Wednesday, December 29, 2010

Kenduri Kawin Jehan Pada 25-12-2010

Pada 25 Disember bersamaan dengan Hari Natal ( Hari mengingat tsunami dan putus cinta pertama) aku telah dijemput oleh rakan sekelas aku untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau... Majlis perkahwinan rakan aku ni bukan sebarangan kerana ianya di adakan di Dewan Puspanita, Precint 10 (Tempat Mak Mak Datin Brkumpul)... mana tak nya... bila tengok nama dia kat dewan tu.... punya lah panjang

                                                       Majlis Perkahwinan Di antara
                                       Nik Noor Jehan Binti Tan Sri Dato' Ir Nik Mokhtar
                                                                            &
                                                 Laki dia aku tak tahu pulak nama dia tapi Doktor lah...


Kira agak grand lah majlis tu siap dipenuhi dengan Bunga Ros Merah Hidup tapi tak de duri plak aku tengok... Sempat jugak merembat beberapa kuntum bunga untuk diletak di dalam kocek baju dan kereta aku sehingga aku bole digelar Mat Bunga hahah....

Si Jehan ni kawan aku ketika sekolah rendah dan di antara gadis yang menjadi rebutan zaman sekolah rendah, sekolah menengah di UM& UNISEL dan Master ntah aku tak tahu kat mana dia buat master... Tapi kakak dia lagi 'cara' sebenarnya hahah... Kenapa dia tak jadi GF aku??? hah... mana taknye, masa sekolah dulu aku belum ade nafsu kat wanita... aku hanya lebih meminati Suria Baja Hitam berbanding jehan ni... Jadi aku dengan dia memang tak de ape ape hubungan yang lebih dari seorang kawan... "Kita orang berkawan seperti biasa", kata aku kepada wartawan URTV... " We're not more than fren anymore... we're just hang out together sometime" kata aku kepada paparazi Hot Magazine... bagi memberi gambaran sebenar mengenai hubungan kami...


Aku dan Dato' Petai

Gadis yang mengambil kesempatan mengambil gambar di Bunga Ros tempat mempelai bersantap


Antara penari-penari yang menurut beliau adalah sepupu sepapat dia... Abis name card aku bagi kat diorang semua haha

Antara perangai tak semenggah aku di Majlis Utama

Lagak laki cool... tapi hati menangis dipenuhi taman taman bunga

Bunga yang diletak dalam kocek

Test bakat jadi photographer


Dari kiri cepat jalan!!!! Nurin, jehan, doktor ape entah & pauzi...

sama seperti di atas

Ini lah mak mak datin yang selalu berkumpul tu...


Imuda dan Iphone adalah bende yang lain... tapi Imuda pakai Iphone sebenarnye

Monday, December 27, 2010

FAT MSB UPP PADANG BESAR & T&C UUP SG BESI


Pada 23 Disember yang lalu, hari tersebut boleh di anggap hari yang memnatkan bagi aku... mana taknye... pagi sampai petang aku ade FAT kt Shah Alam nak tolong si Sumirat ni saipkan prjek dia kat padang besar... malam plak aku T&C hight mast aku dgn lampu landasan untuk pilot mendarat kat UUP sg besi...

FAT MSB aku kat Shah Alam kali ini memang agak meriah berbanding FAT Genset ari tu... mana taknye... sisumirat bawakorg JKR tu... aku plak bawak orang ofis aku yang sorang ni ade title Dr. dan sorang lagi Senior Engineer aku yang ade Ir... itu pun nyaris nyaris bos aku nak turun gak... tapi memandangkan dia kata kat aku ade golf jemputan, terus dia mesej aku... "Pauzi, U proceed dulu... anything just let me know... Kirim Salam kat orang JKR tu" Hm... mmg best jadi boss kan haha...

Abes je FAT dalam pukul 2 petang... aku dengan sumirat melencong ke Sunway untuk sambung borak... tak sedap borak pasal citer dulu2 depan orang JKR dengan budak ofis... nanti kantoi macam macam haha...


Sempat gak aku menjeling ke PapaRazi



Sedikit Pengencing kepada tetamu




"Saya sebenarnya yang design board ni Encik... Diorang orang kilang ni bukan tau ape pun... saya sampai tiga pagi duduk kilang ni" - kata aku dengan kencangnya...




Melencong dengan Bos kat Starf**k Caffein...



Abes lepak dalam pukul 5... aku gegas pulang ke umah dan perlu bersiap untuk nect T&C kat UUP sg besi... janji pukul 8... tapi apa kan daya aku sampai 8:30 sebab jalan jem teruk...

World Trade Centre kene langgar sebab tak pasang bende ni lah... Pilot tak nampak

ngeri tak... tapi lepas aku tengok my name is khan tadi... aku sedar yang aku ni bukan terrorist... kalo nak jihad kene mula dari diri sendiri dulu kan...


Orang polis nak main futsal malam malam katanye





Cita cita aku sebenarnye nak jadi pilot... tapi sebab english british aku tak laku... maka tersadai lah aku kat malaysia jadi enjiniar huhu...


Thursday, December 23, 2010

Dah Lama Tak Main



Dah tak lama tak main gitar karen aku... nasib baik segala sound system dan bunyi-bunyian nye masih cara dan mantap... hanya sedikit tune ke atas gitar aku dan beberapa helai kod togeh dengan tab untuk aku study sebelum aku rakam video ni...

Tujuan aku meng'upload' video ni adalah bertujuan menghantar resume bagi menggantikan adik beradik farro yang akan meninggalkan Paramore... Hm... baru turun Malaysia dah nak split...http://galaxieblog.com.my/blog/permalink.asp?id=3925

Korang refer je lah link yang aku attach ni berkenaan perpecahan mereka...

Rindu aku zaman UTM di mana aku mampu bermain dengan gitar aku hampir setiap hari beranding sekarang kerana aku mampu main hanya seminggu sekali... Itu pun kalo weekend tu tak de aktiviti macam kenduri kawin atau tengok movie...

Korang tengoklah video aku tu yang tak seberapa kualiti visual dan bunyi kerana aku rakam guna kamera cum to face... eh silap cum to video...

Sebarang kutukan cacian makian atau hinaan amat di alu-alu kan... kerana aku hidup di muka bumi ni memang untuk dimaki....

Sunday, December 19, 2010

TRAILER FILEM Hantu Kak Limah Balik Rumah-9 Disember 2010.flv



Pada 18 Disember yang lalu aku telah menonton satu lagi hasil karya Hassan Mutalib iaitu cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah... Movie kali ni tak perlu nak book kerana citer melayu tak pernah full house berbanding citer citer barat yang menjadi sanjungan dan kebanggaan anak muda masa kini hahaha....

Seperti biasa hasil karya Hassan Mutalib ni memang lawak lawak belaka.... Tidak lupa juga dengan sindiran sindiran pedas melalui citer ni seperti contoh:

Udah tua pun nak memerintah lagi...


Hantu kak limah sebenarnya bukan lah hantu... tapi adalah orang sakit jiwa yang terlepas dari Hospital Bahagia...

Scene yang lawak bagi aku adalah ketika bomoh tu berjampi sebut "Pelawok" hampir dekat 200 kali lah dia sebut....

Secara kasar ok lah citer ni dan tak perlu ade sebarang kutukan...

Aku Pergi UPP & KHEDN Perlis


Pada 14 Disember yang lalu... aku telah disuruh oleh bos aku untuk memantau kemajuan projek di Perlis (KHEN & UPP) dan mengentertain client aku juga... Sperti biasa flight yang menjadi pilihan ofis aku adalah Firefly kerana dekat dgn ofis aku n ianya murah berbanding syrkt penerbangan yang lain macam Fly Emirates... mujur pramugari dia cara2 hehe... Kali ini aku bertuah kerana dapat seat tepi tingkap... macam orang batak lah aku tengok overwing, upper wing, dan segala wing wing dia lah... kagum aku kerana Prinsip Bernoulli ni lah yang telah membantu aku menjimatkan tempoh perjalanan dari lapan jam (naik kete) kepada (1 jam sahaja) naik flight... tapi jangan lupa... kerana angin ini lah yang telah dicipta oleh Allah yang membolehkan Prinsip tersebut digunapakai... 


Down wing... kalo diperhatikan betol2 bole nampak sudut yang boleh diubah untuk kasi flight ni naik atau brek...

Ini propeller... korang jangan sesekali sebut fan kerana jika Pilot or Aeronautic Engr dengar, pasti kecik hati mereka


View Spirit Aerosystem Sdn Bhd

Fajar terbit

Tak silap aku ini gunung Jerai




KHEDN, Kangar

Tepat pukul 10.30 aku tiba di tapak KHEDN, Kangar... Pojek ini meme teramatlah ngeri kerana Arkietk aku sentiasa berubah fikiran rekabentuk dia sebab client mintak macam-macam masa construction....

Aku baru tau akan ade jam besar atas bumbung pondok pengawal ni....



Setiap kali lawatan tapak, semua orang mesti suka sangat  nak tengok kawasan kafeteria ni...


Aku dah mula sibuk sebab kerja-kerja pasang siling dah nak start

UPP Padang Besar

Tepat jam pukul tiga, aku selamat tiba di Padang Besar bagi lawatan seterusnya... projek ni agak kecik je bagi aku kerana building tak sebesar KHEDN kangar aku... Projek UPP ni agak spesial bagi aku kerana ianya ditadbir oleh sahabat karib aku masa di UTM iaitu Sumirat...





Buang hajat secara Combo haha

Ini Lokap

Tempat Main Takraw



Blok Pentadbiran


Hasil lawatan aku, KHEDN memang tak bole siap on time... UPP bole siap sebab baru je lulus dia punye permohonan nak tambah masa...