I Only Dream Of You... My Beautiful....
Hm... akhirnya video di atas berjaya juga aku upload... yang kelakarnya lagu ni aku layan sejak dari UTM... tapi tak pernah terpikir pun nak cover... mungkin dulu masa kat UTM aku hidup tanpa tekanan... penuh dengan hiburan dan gelak tawa sahabat handai... Tak perlu berasa bertanggungjawab... bebas sahaja bergerak...
Tapi disebabkan hati ku yang terlalu sedih baru-baru ni... maka aku pindahkan lah kesedihan hati ku pada gitar... hanya bunyi petikan vibrato lagu MUSE ni sahaja dapat menunjukkan betapa meraungnya hati aku... tatkala ini... aku hanya biarkan hati aku mendalami melodi itu sambil cuba menterjemah lirik lagu British yang englishnya sangat tinggi walaupun tak setaraf dengan B.I 1119 aku...
Segala-galanya bermula pada Ramadhan yang mulia baru-baru ini... Aku mula berkenalan rapat dengan dia... mula ber'sms' satu persatu sampai bil telefon handset aku naik mendadak... Tapi tak kisah... aku tahu kerajaan Barisan Nasional pasti tidak kisah.... sampai lah saat aku pelawa dia untuk ajak berbuka bersama di hotel kerana masa tu dia asik dengar citer aku buka kat hotel je... langsung tak nak ajak dia... hmmm.... silap... jangan cabar haha... kata hati kecil aku...
Lantas aku mula mengatur langkah untuk ajak dia berbuka sama di hotel... tapi hotel mana?? lantas aku mula menyemak jadual majlis berbuka puasa aku... Hah!! cantek!!! ade satu kontraktor ni ajak aku berbuka kat Palm Garden dan suruh ajak ofis aku sekali... nak kuar duit sendiri belanje dia makan hotel tak mampu plak aku... aku keje tarik kabel je compare dengan dia pangkat beso hahaha...
Hm... ape lagi aku pun ajak lah dia join aku dan aku tak sangka pulak dia ni terima pelawaan aku... Sungguh percaya diri dia terhadap aku... Ada jodoh kah aku ni?? sambil hati gembira bukan main kepalang... masih ada lagi gadis bertudung bagi harapan kat aku...
Dengan muka yang tenang... tapi hati berdebar... campur kecut perut aku mengambil dia di ofis dia... seperti biasa janji aku terhadap mana-mana perempuan tidak pernah tepat... mesti tersasar lewat setengah jam itu bernasib baik... ade yang malang sampai aku terlupa nak ambik kat bus stand pudu raya pun ade huhu... dengan dia ni macam mana plak aku bole sangkut jem (alasan)... dekat sejam dia tunggu aku... spoil lah ko pojie!!!!
Tapi tak pe... berdasarkan pengalaman aku... first date semuanya akan kelihatan ok je... asalkan ko jangan buat perangai menjengkelkan... Sampai sahaja kami di Palm Garden Putrajaya.... semuanya memandang aku dan dia sebab sampai lewat... orang dah berbuka huhu... mula lah mata-mata liar client aku... kontraktor aku... geng2 akitek, geng2 piling (C&S egnr) memandang ke arah kami sambil senyum2 dan bergosip sesama sendiri... Maklumlah aku bujang... pantang ade perempuan kat sisi aku abes jadi bahan cerita...
Tidak terlepas juga beberapa wartawan mula menghalakan lensanya ke arah aku... ini lagi satu cilaka punye paparazi... mesti ade gosip liar terpampang kat majalah-majalah sampah mereka... tapi aku cool... aku bole handle gosip liar ni hahaha.... pandailah aku pusing putar belit alam nanti bila diorang tanya soalan yang more personal.... Seorang lelaki pasti hebat berkata-kata sama seperti Najib bersumpah tidak mengenali Altantuya...
Abes sahaja saat aku berbuka sama... maka aku mesti anta anak dara ni pulang dengan selamat... kali ni aku mesti bertanggungjawab... ambik dan pulang mesti dalam keadaan sama... tak nak melencong buang masa tengok wayang atau ke mana-mana... dan selepas itu... sms lah yang menjadi perantara kami berdua... nak keluar bersama lagi lepas tu memang tak de lah sebab masing-masing busy....
Sampai tibanya Syawal... Kali ni dia berajak-ajak sahaja untuk aku beraya di rumah dia... haha... mana bole tolak... Tengah Hari Raya Kedua aku dah sampai kat umah dia... aku serius ni... tak bole main2 dah ni... gadis macam ni memang aku tak kan lepaskan dah... Macam biasa Adik perempuan aku menjadi mangsa untuk aku bawa sebagai teman... Aku rasa adik aku ni pun dah pening dengan masalah abang dia ni haha...
Sampai sahaja di rumahnya... aku disambut mesra oleh mak dia... Wah wah wah... pandai ko pilih... manis orangnya... kata mak dia... dialog ni korang jangan percaya haha... tak de pun... Sambil tu aku berborak-borak lah dengan mak dia dan dia sekali... tak sampai 15 minit... Ambik ko!!!! abang-abang dan kakak kakak dia abang ipar dan kakak ipar semua baru sampai balik dari beraya...
Terkedu aku... sambil dipelawa makan ikan patin masak lemak tempoyak yang dimasak oleh maknya sebagai hidangan makan tengah hari... aku mula disoal siasat oleh abang dan kakak dia... tidak terlepas kakak ipar dia pun turut soal siasat... Berbagai-bagai soalan keluar... satu persatu aku jawab dengan tenang sama seperti aku menjawab soalan yang diajukan oleh pengerusi ketika mesyuarat tapak... bezanya tak de kambing hitam untuk aku tepis kalo tak bole jawab... dari soalan aku kerja mana? Bujang ke? kenal adik dia kat mana? belajar mana? serius ke dengan adik dia? Ko jangan main2 dengan dia!!! Nanti aku pukul ko!!! Aku nak ko jaga dia elok2.... last soalan... ko teruna lagi ke? yang itu melampau lah... yang tu pun tak de dalam dialog sebenarnya haha...
Sehari suntuk gak lah aku berborak dengan family dia...siap ikut beraya umah sedara dia aku tak tahan tu... aku lepak kampung dia sampai lah malam.... dalam pukul 9 malam baru aku bertolak balik.... hm... ade chance ke aku ni?? ah!!! ketepikan semua tu kerana terlalu awal... tapi aku berharap ada peluang untuk langkah seterusnya... Saat aku bersalam dengan abang dia... sempat abang dia menepuk bahu aku...
Tapi malang... malang teramat sangat... dalam masa yang sama rupa-rupanya ada pulak satu family ni berkenan dengan dia jugak... Siap dah datang merisik untuk dijodohkan dengan anak lelaki dia... Aduh!!!! bole tak dalam kehidupan aku ni tak perlu bersaing!!!!
Aku ingatkan family dia hanya nak buat Direct Nego je... tapi Selected Tender lah pulak....hmmm... susah lah aku... dalam sejarah aku bersaing ni mana lah pernah menang... Periksa??... mana pernah dapat nombor 1 dari darjah satu sampai lah tingkatan 5... main ping pong... hmmm... naib johan zon tengah je... itupun beregu... Pemain Bola?? Bola sepak Malaysia tak kan kemana2 selagi Sultan Bola berada di tampuk teratas... Awek aku dulu pun bole blah pegi lelaki yang terbaik yang baru sahaja bersaing dengan aku... Wah!!! Aku Tak Suka Bersaing!!! nyaris-nyaris aku main gitar head banging lagu PEOPLE=SH**T...
Saat aku mendengar berita tersebut dari dia... aku pun terus memberi motivasi kepada dia jangan berasa pening... terima je sebab biasanya orang macam tu adalah orang kuat agama... dia memandang serius terhadap institusi perkahwinan... aku yang hati berat dan bercampur bersalah kalo nekad jugak nak bersaing tak nak lah... sebab mesti aku tewas punye...
Aku siap bagi nasihat tu lelaki tu pasti mempunyai agama yang kuat... dia dah tak perlu risau sebab pasti lelaki tu akan menjaga mata dan langkahnya selepas perkahwinan... cuma dia hanya perlu memberi masa untuk berkenalan dengan lelaki tu sebelum ke langkah seterusnya... dan sampai di situ lah kisah aku dengan dia selama sebulan lebih ni... Saat aku pandang wajah dia mula2... aku terbayang bagaimana lah aku menjaga seorang isteri...
Bagaimana hati gua yang berkecamuk ni?? Tak pe2... gua pernah mengalami lagi teruk dari itu... terima kasih pada kenangan first love gua... masa tu gua sedih sebulan je pasal first love... gua hati punk... hati punk mana sedih... pandailah gua menghiburkan hati... tambahan pula... hati gua ni fleksibel sama seperti fleksibelnye kabel yang gua tarik... kalo gua tarik kabel tak bole punch through beam gua belok kanan hack Orang Piling punye slab... tak bole hack... gua kasi pecah brick wall akitek gua... lepas tu tutup dengan trunking settle...
Sementara itu gua nak ucap tahniah kepada Jaar roomate gua masa tahun satu merangkap classmate dengan ucapan Selamat Pengantin Baru... Moga Kekal Sehingga Hayat Dikandung Badan....
Penulis adalah yang duduk paling kiri... Di Majlis resepsi pada 2 Oktober 2011...