Tuesday, March 27, 2012

Lawatan YAB Dato' Sri Najib Ke Kompleks Permata Pintar Negara, UKM Bangi

1) Pada 27 Mac 2012 bertempat di Kompleks Permata Pintar UKM, Bangi satu lawatan dan upacara perasmian kompleks tersebut telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang cacat cela...

2) Hanya kelewatan ketibaan beliau sahaja membuatkan majlis bermula lewat sedikit... mungkin sebab Smart Tunnnel tutup sebab kerja-kerja penyelenggaraan...

3) Apa kaitan dengan gua??? ya sangat berkait... sangat rapat-rapat macam jamu rapat... gua kene jaga tempat tu supaya tak black out... itu je keje gua pada hari itu... Mari kita layan gambar-gambar suasana di majlis tersebut...

DSC_6723 by pauzikassim
Kutu berahak perhabis subsidi kerajaan macam gua ni sangat bangga dapat jumpa pemimpin kita ni... Gua sempat mengucapkan terima kasih kerana terus terusan memberi subsidi...

DSC_6475 by pauzikassim
Kanak-kanak yang menyambut kedatangan beliau... satu hari nanti pasti mereka sedar adakah menunggu sambil mengibar bendera itu berbaloi... gua pernah buat bende macam ni dulu... sampai sekarang rasa menyesal tak terhingga...

DSC_6406 by pauzikassim
Kitorang tunggu beliau lepak kat Starbuck... Masing-masing stand by... sorang jaga struktur takut2 bangunan tu runtuh... sorang jaga aircond takut orang complain panas... gua kene jaga supaya jangan blackout je...

P1130921 by pauzikassim
Saat ketibaan beliau...

DSC_6497 by pauzikassim
Hm... No comment

P1130933 by pauzikassim
Sempat lagi pose sebelum beliau sampai ke tempat pameran...

P1130934 by pauzikassim
Sesi penerangan bermula...

DSC_6656 by pauzikassim
Masa ni semua orang lah nak mengaku dia yang buat keje itu lah keje ini lah... dia lah yang bancuh simen... sorang tu plak cakap aircond dia paling sejuk lah... gua apa lagi... terus cakap saya yang design faraday cage ni Dato'... Confirm tak kene kilat... 90% dijamin...tercengang terus semua orang... menatang amende aku sebut tu... 

P1130915 by pauzikassim
Hobi gua memang suka tangkap gambar kat poster...

DSC_6630 by pauzikassim
Mereka ni lah tulang belakang yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut... Tahniah diucapkan kepada mereka semua... Gua hanya tumpang menyelit je... interframe... rehearsal hari ahad pun gua tak turun... tido lagi bagus...

Sementara itu... gua telah berbincang dan bercadang untuk menerbitkan album terbaru dengan kerjasama Syafinaz... Hasil perbincangan pihak kami setuju untuk mengeluarkan album genre harmonic soprano death metal... Tunggu sahaja album kami...

DSC_6735 by pauzikassim

DSC_6732 by pauzikassim
Saya sangat berbangga dengan peluang yang diberikan untuk bekerjasama dengan Syafinaz... Beliau sangat berbakat dan mempunyai personaliti yang menarik... Soal cinta memang tiada kerana kami begitu profesional dalam menjayakan projek ini... 

Audit ISO

1) Tahukah anda? Projek sekolah aku telah dipilih untuk diaudit ISO bagi tujuan penganugerahan ISO kepada company tercinta aku ni hehehe... (pergi jahanam lah ko!!!... aku tak nak ambik tahu pun... lagipun aku bukan baca luahan perasaan ko kat blog kau ni)

2) Macam biasa... masalah aku secara peribadi aku tidak suka pada perubahan... mana taknya dulu aku keje cincai kira... main bagi je arahan kat budak suruh lukis tu lukis ni by verbal... lepas tu main suka laki mak tiri aku je tukar saiz kabel kejap 70 kejap 95... Tapi sekarang semua dah ade borang... even nak reject drawing pun aku kene initial and tulis rejected kat drawing tu sebelum dibuang...

3) Tak gila ko macam tu!!! semua bende nak kene isi borang... tapi apakan daya... kuli macam aku kene lah ikut cakap bos... kalo tak dapat ISO karang kene potong gaji pulak... So petang tadi aku pun bawak lah Uncle Audit ni gi site aku... lagipun aku dah lama tak turun site projek sekolah ni... tak tahu ape jadi dah...

4) Namun sebelum sampai ke site ade jugak aku try pelawa Uncle ni gi massage dulu kasi urut-urut sket baru segar... tapi memang Uncle ni tak makan pujuk rayu aku lah...  hahaha...

DSC04081 by pauzikassim 
Masa ni Uncle tengah check approval drawing... tapi gua sekarang dah ISO... gua semua dah isi borang... bole lah sket2 nak berubah ke arah kebaikkan tu... So gua tak risau pun kene audit sebenarnya...

DSC04094 by pauzikassim 
Masa masuk bilik TNB ni gua pun terkejut sejak bila sampai DB ni kat site!!! nampak sangat lama dah tak pegi site...

DSC04095 by pauzikassim 
Gua ada kelebihan membaca minda orang...

DSC04102 by pauzikassim 
Gua pun tak check detail macam Uncle ni check... Nasib baik semua yang diorang pasang sebijik seketul seketul macam drawing aku... (Sembang Kencang)...

DSC04105 by pauzikassim
Mas Poji... kabelnya sudah kehabisan... time ni lah korang sibuk nak order cable dengan aku...

DSC04106 by pauzikassim 
Uncle ni sempat bergambar dengan gua sebelum berpisah...

2012-03-26 19.23.36 by pauzikassim 
Abes je audit gua kebuluran... So gua sebat makan kat sini...Gua paling menyampah kalo nak makan kene masak sendiri... Kehebatan gua makan steamboat ni adalah menelan terus ala-ala tersebut tanpa dimasak atau direndam terlebih dahulu...

Akhir kata dari gua... semoga berjaya dapat ISO... 

Friday, March 23, 2012

Malaysia Land, Kuala Langat

malaysia land1 by pauzikassim

1) Satu lagi projek besar makan 10 tahun gak lah nak disiapkan... Kuli macam aku ni hanya menurut perintah sahaja untuk menyiapkan projek tersebut... Dengan keluasan pembangunan mencecah 170 Ekar dan berbagai-bagai pembangunan akan dibina seperti hotel... hypermarket dan pusat pelancongan... Berdekatan dengan KLIA Airport yang dikira strategik... Kalo ko naik flight nak turun kat Malaysia Land just inform je kat Pramugari tu kata ko nak turun kat Malaysia Land... Nanti dia stop kan lah ko kat situ bila dah sampai... ( Tak kelakar jie)...

2) Tanah yang miliknya aku tak tahu apa status telah diberikan kepada developer yang aku pun tak tahu entah datang dari ceruk mana... tahu tahu dia dapat tanah dari orang atasan dan melantik aku sebagai orang bawahan untuk melaksanakan ideologi kapitalisma ni... (amboi ayat)...

3) Kalo pikir pikir balik ada je orang kat Malaysia ni tak de tanah untuk bina rumah... terpaksa merempat tido belakang Pasar Seni... tapi diorang senang-senang je dapat tanah kan... orang macam aku nak buat loan kereta pun kene cas sampai 3% setahun interest... Bantai Si Mak Cik Lembu buat loan RM250M interest 2% je... hm... rezeki diorang kot... kalo aku asik pikir sangat silap-silap tak bergerak kerja aku... Aku hanya kuli ni ikut je lah arahan... janji gaji cukup bulan macam biasa masuk... komisyen ade sket sebagai pelincir hehehe....

4) Sebagai kuli kerja aku kali ni senang je... pada peringkat awal ni aku hanya perlu pikir macam mana kabel 11kV dan 33kV aku nak lalu... nak tarik ikut celah mana... Dan bagitahu kat orang TNB berapa KW yang aku perlukan dari mereka walaupun TNB negeri Selangor dok pening sebab nak bagi supply untuk future entah cukup ke tidak... Tak pe isu tu biar orang TNB je pikir...

5) Sehubungan itu, sebagai manusia kita kene sentiasa bersangka baik dengan manusia lain... Ini JAKIM dah cop halal masih jugak yang nak tunjuk pandai untuk query hahaha... mungkin pembangunan ni untuk kebaikkan masyarakat setempat yang akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di situ...


6) Akhir kata dari saya... selamat berjuang... Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan...

Friday, March 16, 2012

Puih!!! Sape Suruh Jadi Enjin-Niar

419755_10150678842738482_539928481_9354606_1563720327_n by pauzikassim
Celaka mana berani buat statement ni?? Kene pakat turun jalan raya ni... rasa macam nak buat mogok pun ade...

Nota: Memang aku tak kacak... tapi tekstur muka aku sekata... 

Wednesday, March 14, 2012

IBS (Industrialized Building System)

IMG_1117 by pauzikassim

1) Semalam petang pukul 5.30 sempat jugak aku mencuri masa untuk menghadiri satu seminar berkenaan IBS... Kalo korang nak tahu, Sistem IBS ni lah yang sangat sangat menyusahkan hidup aku dan membuat aku naik hangin dengan orang struktur...

2) Mana taknya... aku nak hack slab sana nak tarik kabel tak boleh... dia kata ade hollow... nak hack wall sini tak boleh... dia kata tak de reinforce... puih!!! semua tak bole hack... ade pulak aku hack uncle ni... ko duduk umah jaga cucu dah lah... " kata hati kecil aku mengeluh"... tapi tak pe... hidup aku memang mengalah... pandai lah aku solve kan...

3) Speaker ada lah orang kerajaan dan tujuan seminar ni nak ajar orang elektrik macam aku ni supaya coordinate betul2 masa design... tak bole simply hack je kat precast atau IBS ni... Dan menurut beliau kerajaan akan menggunakan 100% IBS pada masa akan datang... puih!!! ini mesti kroni IBS dah pegang orang atas... mana taknye... sejarah IBS ni adalah sisa-sisa orang yang buat Smart Tunnel ari tu... lepas tu bila tak de projek Smart Tunnel mula lah buat kat projek kerajaan macam sekolah... Kene lah aku jaga satu sekolah kat klang ni yang guna IBS....

4) Tapi kita kene berpikiran positif sebenarnya... tak baik bersangka buruk... tujuan kerajaan baik nak guna IBS ni sebab akan mengurangkan penggunaan pekerja import bila segala komponen bangunan dah buat di kilang... mana ada orang kita sanggup buat keje bancuh simen pasang bata ni... lagipun kualiti dah boleh control masa kat kilang lagi... tak delah bengkok2 coulomn tu kalo guna formwork... (Amacam... gua pandai bodek tak hehe)...

IMG_0658 by pauzikassim 
Tak bole hack tak pe... kita lalu luar je lah... lepas tu aku bole conduct satu talk kat anak murid nanti apa itu kabel dengan menunjukkan kabel kat wall ni... dan semoga akan datang anak murid ni akan memilih kerja macam aku iaitu penarik kabel...

Sunday, March 11, 2012

Underoath Live In KL

425209_300835566641696_115793291812592_773163_42143523_n by pauzikassim

1) Pada hari sabtu yang lalu bersamaan dengan 10 Mac 2012 aku telah menghadiri satu konsert yang tak patut dilepaskan iaitu Underoath... Ye... band yang bermain genre 'metalcore' yang menjadi panduan muzik aku selama ni... Jauh terbang tu dari Florida...

2) Bertempat di KL Live tempat yang strategik untuk menjadi pusat hiburan berpandukan budaya barat yang menjadi ikutan remaja di Malaysia tidak kira bangsa... Pejam celik pejam celik rupanya dah setahun aku tak masuk KL Live tu... last aku pergi masa konsert Deftones... memang head banging lah layan deftones masa tu... tapi kali ni lagi power... aku tak sangka pulak crowd sudah tak mampu dikawal sampai Spencer si vokalis tu terharu lah dengan sambutan rakyat Malaysia... Abes semua orang panjat stage slam kat crowd...

3) Yang aku tak tahan ada satu awek tu panjat stage lari ke Spencer terus peluk kiss tu... gila lah!!!... Aku pun ape lagi... terus lari ke stage gak lah... tapi malang... baru aku terkial-kial nak panjat stage tu... sempat pulak bonzer yang berbadan besar tu tangkap aku dan melambungkan aku yang jisim hanya 55kg semula ke crowd... rugi rugi....

4) Tapi ape-ape pun ni antara konsert yang memang aku akan kenang sepanjang usia... Dan di bawah ni aku share dengan korang suasana sekitar konsert Underoath...


IMG_1110 by pauzikassim
Ape2 hal sebelum masuk konsert kene ada tiket... Artis pun manusia gak perlukan duit untuk makan dan sokongan dari peminat sangat-sangat diperlukan...

P1130785 by pauzikassim
KL Live berwajah baru... last year aku pergi masa tengok konsert Deftones tu masih renovate lagi... View ni aku ambik masa tengah makan KFC setentang dengan KL Live...

P1130787 by pauzikassim
Seorang pemuda di mana tepat pukul 5 petang dia sudah terpacak... tanpa menghiraukan masa depannya dan wawasan 2020... dia hanya tahu hiburan diperlukan pada hujung minggu....

P1130786 by pauzikassim
Geng-geng Metal tengah q... masa ni masing-masing dok nyanyi lagu Paper Lung...

P1130788 by pauzikassim
Berbekalkan Tshirt berwarna hitam simbolik dengan Metal... Berseluar Levis yang usianya dah mencecah 5 tahun (Masuk e-Bay value seluar tu dah up ke RM2000).... dan ilmu metal di dada bagi mengharungi malam yang penuh berliku itu...

P1130791 by pauzikassim
Opening act by Tres Empre... Vokalis ni hilang Iphone masa dia sibuk slam kat crowd...

P1130835 by pauzikassim
Diikuti oleh 2Side1Brain diimport khas dari Jepun...

P1130792 by pauzikassim

P1130799 by pauzikassim

P1130803 by pauzikassim
Love Me Butch... Tahun lepas pun masa Deftones diorang pun jadi opening act gak...

P1130805 by pauzikassim
Spencer tu wo!!!!! menjerit aku masa ni....

P1130810 by pauzikassim
Timothy Mctague... geram pulak aku tengok effect dia...

P1130795 by pauzikassim
Yang ni aku tak paham... baru balik dari Sunway Lagoon kot... Tak sempat salin baju...

P1130800 by pauzikassim
Depan gua Mat Saleh... Dok bercumbuan aje depan gua... terus terang gua katakan tumpuan gua terhadap konsert tu sedikit trganggu sebab asik tengok diorang ni bercinta kah kah kah...

P1130801 by pauzikassim
Ko bayangkan minah ni slam ke arah gua... tidak terungkap dengan kata-kata...

P1130812 by pauzikassim
Hikmat tangan panjang...

P1130832 by pauzikassim
Ini senarai lagu yang Underoath perform... Gua bertuah beb dapat bende ni... balik terus gua jamming ikut senarai lagu tu wo!!!

P1130833 by pauzikassim

P1130836 by pauzikassim


P1130834 by pauzikassim
Jenama Allen & Heath ni memang jenama yang jadi pilhan gua... High Quality mixer...


Masa ni keadaan dah tak terkawal... bonzer badan besar pun lari tu... pagar abes runtuh...

Ini lagu top diorang... In Division... Reset!!!! Rewind!!! jerit gua...

Masa lagu Paper Lung masing-masing stone...

Masing-masing nak slam....








Sekian sampai di sini sahaja review gua... memang layan bai... gua terkenang-kenang lagi sampai sekarang ni... rasa tak percaya rasa macam bermimpi je....

Nota: Gua rakam sikit sikit je... sebab gua pun nak slam gak...