Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka - Orang Melayu Dengan Cabaran Masa Kini



P1150259 by pauzikassim
Buku ni diterbitkan pada 1984... Lepas ni aku nak pulangkan semula pada rak asal di masjid umah aku... ada sudut membaca kat masjid tu...

1) Tarikh keramat hari ni... Rugi wooo tak post something... Pertama sekali mari kita ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 55 untuk negara Malaysia negara tercinta. 

2) Kenapa kita sayangkan negara kita? Kerana kita ingin mempertahankan hasil kekayaan negara ini daripada diambil orang asing macam Portugis atau British supaya generasi seterusnya iaitu anak muda dan anak-anak kecil kita turut sama merasai kekayaan negara ini.

3) Walaupun kita telah berjaya membebaskan diri daripada penjajahan British, namun apa yang kita hadapi sekarang ini adalah kita masih dijajah oleh bangsa kita sendiri. Bangsa kita yang terus menjajah dan mengaut keuntungan hasil negara ini untuk diri mereka sahaja. 

4) Ya sudah 55 tahun mereka memerintah dengan slogan Hidup Melayu seolah-olah bangsa melayu sekarang ini tiada oksigen. Cukup lah dengan kes lembu yang duduk di kondominium dan memandu mercedes. Kasihan kepada pengembala lembu di kampung yang rata-ratanya orang melayu.

5) Sempena bulan merdeka ini aku telah terbaca sebuah buku seperti gambar di atas. Buku itu mengisahkan cabaran-cabaran melayu sehingga D.E.B dicipta bertujuan untuk membantu melayu. Memang kasihan orang melayu pada zaman 80 an... Semua benda perlu diberi bantuan... Nak berniaga, MARA ditubuhkan bagi pinjam wang... Nak masuk universiti kene buat ITM... Nak tangkap ikan LKIM ditubuhkan bagi subsidi kat nelayan... Nak buat filem pun terpaksa ditubuhkan FINAS untuk bantu orang melayu buat filem... Menarik juga baca buku tu...

6) Akhir kata semoga Malaysia maju jaya.... Maju untuk semua bangsa... bukan untuk lembu sahaja yang boleh tunaikan haji...


mamak umno penang by pauzikassim
Hanya orang macam ni sahaja yang berjuang untuk melayu... Hidup Melayu katanya...

Monday, August 27, 2012

ENGINEERING DISASTER - CHINA YANGMINGTAN BRIDGE COLLAPSE RAMP KILLS 3,INVESTIGATION IS UNDERWAY



CHINA builds over a hundred bridges every year. The nation has earned recognition as perhaps one of the world’s most efficient infrastructure builders.
Look at the Hangzhou Bay Bridge, Lupu Bridge and Nanjing Yangtze River Bridge. They have become China’s landmark modern bridges.
But, the collapse of a ramp on the Third Ring Road about 3.5km from the Yangmingtan Bridge in Hei­longjiang province’s Harbin city last Friday has yet again tainted China’s image following a dozen similar incidents in recent years.
The ramp tilted to one side before crashing onto the ground. The collapse caused four trucks to fall 30m from the ramp, killing three people and injuring six.
Built at a cost of 1.88 billion yuan (RM902mil) by China Railway First Group Co Ltd and China Railway 13th Bureau Group Co Ltd, the 15.42km-long Yangmingtan bridge across the Songhua River has been opened to traffic for only 10 months.
The bridge is touted to be the longest in northern China.
Soon after the deadly collapse, the State Administration of Work Safety spokesman Huang Yi said that for a bridge to collapse after less than a year in operation, there must be a problem.
On Saturday, Harbin city government secretary-general Huang Yusheng said the ramp was not part of the Yangmingtan bridge project and the bridge was found to be safe.
He denied that the project management team for the ramp project was disbanded and the contractors were nowhere to be found.
He said the road authorities would submit a list of responsible parties and any related information to an investigation committee set up by the government to determine the cause of the incident.
In its editorial, Yangcheng Evening News questioned why the State Administration of Work Safety did not intervene as the participation of a higher authority would make the investigation fairer and more credible.
Many incidents of bridge cracking and collapse happened in the past, but none of them received as much attention as this bridge in Harbin.
Perhaps the reason is that this bridge is short-lived and cost too much money to build, the newspaper said.
Beijing News said according to official records, the bridge project kicked off in 2009 and took only 18 months to complete, a feat which earned praises.
The daily said it was impossible for the ramp to collapse suddenly as the structure could have developed cracks or other defects before the incident.
But, why didn’t the road authorities discover such defects during their daily maintenance of the bridge and carry out preventive measures, it asked.
Barely three weeks ago, the Hedong Bridge in Guangchang county in Jiangxi province crashed, killing two people.
Last July, the Baihe Bridge in Huairou district in Beijing was crushed as a result of truck overloading.
Around the same time, a similar fate happened to Gongguan Bridge in Fujian province’s Wuyishan city and another section of a bridge in Zhejiang province’s Hangzhou.
The incident in Wuyishan caused a death and injured 22 people while a truck driver was hurt in the bridge crash in Hangzhou.
In June 2010, a truck and a taxi fell from the collapsed Jinjiang Bridge in Wusong, Jilin province.
In 2009, another major bridge collapse happened at Zhuzhou city in Hunan province which saw a death toll of nine and left 16 people injured.
In 2007, a total of 64 people were killed in the tragedy on a bridge across the Tixituo River in Fenghuang county in Hunan. Four officials involved were on trial last week for bribery and negligence.
The spate of incidents certainly warrants a thorough check on contractors to ensure the construction of roads and bridges are carried out to the best standards. - The Star - 
Nota: Pagi tadi abang dengar berita kat radio jambatan MRR2 goyang-goyang...

Tuesday, August 21, 2012

Everton Vs Manchester United

255337_10151039730022746_1904421998_n by pauzikassim

1) Korang lihat tak gambar di atas... Ye memang satu perkara yang memeritkan hati bagi setiap peminat Red Devils... Satu permulaan yang tak menarik kerana kalah pada perlawanan pertama... Tambahan pula mood Syawal pulak tu...

2) Si Fellaini Afro ni memang selalu menjadi penjaring setiap kali bertemu M.U... Cukuplah season lepas apabila Everton mampu bangkit untuk seri... Secara amnya... hasil pemerhatian awal pagi tadi... dapat disimpulkan kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk menang... hanya siapa yang mampu menukar peluang tersebut kepada jaringan sahaja yang dapat menentukan siapa yang menang...

3) Turut menjadi tumpuan pada perlawanan tu adalah pemain baru dibeli iaitu Kagawa dan Van Persie... Tetapi masih belum menunjukkan aksi yang memberangsangkan... Kita berharap sekurang-kurangnya Kagawa dapat mengatasi kehebatan Park Ji Sung selaku wakil Asia yang bermain di England... Manakala Van Persie mungkin boleh menjadi penjaring terbanyak sama seperti senior dia dulu Van Nistelrooy... Mungkin terlalu awal untuk menilai mereka ni...

4) Kita berharap M.U akan merampas semula kejuaraan EPL dari jiran sebelah Manchester City untuk musim kali ini...

Berikut adalah beberapa aksi sepanjang perlawanan tersebut...

426669_10151040652607746_154627390_n by pauzikassim
De Gea patut dipuji atas kecermelangan menjaga gawang gol...  Badan pun dah naik sket aku tengok compare season lepas...

526269_10151040652307746_979659655_n by pauzikassim
Ini aksi pemain bernilai 20 juta

539033_10151040652717746_1287352518_n by pauzikassim
lagi aksi dia...

555649_10151040652782746_1733725262_n by pauzikassim
Kagawa Persie & Neville

527932_10151040652942746_1483140381_n by pauzikassim
Gua dah score sebijik... Lu bila nak score kah kah kah...

559276_10151040652487746_1240819352_n by pauzikassim
Jangan lupa orang terpenting MU Mr Alex Ferguson...

Nota: Aku teringin sebenarnya nak cover or jamming lagu Glory Glory Man United ni...

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Bangun di pagi raya 
Diri ini ingin menunaikan sembahyang raya
Berharap Izara Aishah menyiapkan pakaian 
Yang masih setia hanyalah Siti Halijah...

Diri bergegas mengejar ke masjid...
Yamaha 125Z cukup pantas mengejar takbir...
Ayah sudah pasti di dalam...
Mencari sahabat berborak-borak di luar...

Menjadi cucu sulung cucu harapan...
Setiap tahun menjadi kepala tahlil...
Tugas berat menjadi hipokrit...
Tapi itulah harapan keluarga...

Di perkuburan kelihatan seperti pesta...
Berpakaian berwarna warni lelaki dan perempuan...
Kubur atuk dan nenek di mukim berbeza...
Masih gagah menahan cuaca panas...

Berjumpa sahabat lama bekas gitaris tomok...
Walaupun di perkuburan masih bertanya hal dunia...
Melihat isterinya membaca Yassin dengan Ipad...
Teringat sahabat lama kala MP3 30 Juzuk...
Di bawah folder Maria Ozawa...

Selang beberapa langkah selisih keluarga kesedihan...
Melihat rombongan mengusung jenazah...
Diri ini terus terkenang nasib...
Bilakah tarikh kematian diri ini...
1 syawal juga? 1 Ramadhan? 1 Muharram? 1 Malaysia?
Cukup kah amalan ini?

Dikesempatan ini diri ingin memohon kemaafan...
Memang diri ini sentiasa fikir bagus...
Bangang dan bengap sering dilontarkan...
Sahabat, Arkitek, Kerajaan menjadi mangsa...

Sekali lagi diri ini mohon kemaafan...
Kecut perut mengenangkan salah lalu...
Sahabat, Arkitek, Kerajaan...
Maafkan diri ini halal kan makan minum juga...

Nota: Korang ingat kutu punk rock macam gua ni tak sambut raya ke??  

Sunday, August 12, 2012

Dak Dak SAMBEST Berbuka Di Restoran D'Manggis, Kuang


1) Tahukah anda... pada 10 Ogos bersamaan Jumaat... abang telah menghadiri jemputan majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan dahulu ketika belajar SPM di SAMBEST, USJ 5... Lokasi yang telah dipilih adalah Restoran D'Manggis Steamboat & BBQ, Kuang...

2) Sudah sekian lama tidak berjumpa mereka membuat kan hati menjadi sayup sahaja saat melihat wajah mereka... Macam biasa... bila dah jumpa tu banyak lah cerita yang hendak dikongsi dan soalan yang kene jawab... Ko sihat ke? Dia ape citer? Awek kelas ko dah kawin ke? Anak berapa? Ko celaka ni bila nak kahwin? Ko keje mana?... Lepas tu mula lah perangai tak semenggah diorang kutuk abang... abang kutuk diorang balik dan seterusnya... sampai cikgu Add Math pun jadi mangsa...

3) Malas nak citer panjang... mari layan suasana majlis tersebut...



418452_10151086669569647_1024787343_n by pauzikassim
Abang bersama pertahanan pasukan bola sepak sekolah yang terbaik... kalo abang jadi keeper tu tak ada lah risau sangat.... abang hantar dia je suruh lari patah kan serangan pihak lawan...

P1150207 by pauzikassim
Yang ni penganjur majlis... Katanya dia ni ketua budak-budak Dorm B 4.3


P1150206 by pauzikassim
Yang ni photographer abang... hasil foto dia bawah sedikit daripada Saiful Nang... kata dia lah...


189410_10151086669944647_1673036429_n by pauzikassim
Saat menunggu waktu berbuka...


427471_10151086670579647_1121678094_n by pauzikassim
Abang bersama tekong sepak takraw terbaik... servis kuda dia maut... abang sorang je bole angkat servis dia...


P1150211 by pauzikassim
Yang ni pula kawan-kawan lama abang... abang kenal sejak dari SAMTKKB sebelum masuk SAMBEST....

P1150208 by pauzikassim
Yang sorang ni pula pemain ping pong nombor satu di sekolah abang... abang pula di kedudukan nombor dua... Lagi sorang peminat setia Slipknot... Orang kata dia ni budak Black Metal...

P1150212 by pauzikassim
Ini table untuk orang yang masih bujang dan orang yang tiba tiba berasa bujang ketika itu sahaja...

202470_10150991684945689_59440299_o by pauzikassim


P1150214 by pauzikassim

Yang ni pula table untuk mereka yang sudah mendirikan rumah tangga... sungguh beradab bila diperhatikan masing - masing... 

Majlis bersurai sekitar pukul 10... tapi untuk mereka yang masih bujang... sesi berborak bersambung di kedai entah apa nama abang lupa...


P1150215 by pauzikassim


Bergelas-gelas minum... abes sembang dalam pukul 1 am lah...

Nota: Gempak gila abang masa sekolah dulu-dulu... semua bende abang bole kan... 


Wednesday, August 8, 2012

The Dark Knight Rises & Serai




1) Rata-rata kawan abang semuanya dah tengok movie ni... abang je terlewat untuk tengok citer Batman ni... Isnin hari tu abang berpeluang untuk tengok citer ni di GSC Summit... Mana mungkin untuk abang tak tengok citer superhero kegemaran abang... Pernah sekali masa abang darjah satu... abang cakap kat kawan abang yang cita-cita abang nak jadi Batman... Sebab Batman tak perlukan power macam Superman atau Spiderman untuk kalahkan penjahat...

2) Batman kali ni ada penjenayah baru yang menyerang Gotham City... Kalo sebelum ni penjahatnya adalah Joker dan Two Face... Kali ni penjahatnya bole tahan kejam lah iaitu Bane yang bersuara robot... Kejam sangat-sangat... menci menci menci tau... Kalo Joker dulu letupkan hospital... Si Bane ni letupkan padang American Football tu...

3) Kali ni Batman tak keseorangan lawan Bane tu... Dia ditemani oleh Catwoman... Mereka berdua cuba menyelamatkan Gotham City daripada letupan nuklear yang dicipta oleh Batman bagi tujuan menjana tenaga elektrik... Bole pulak si Bane ni cari Doktor Fizik untuk ubah reaktor nuclear tu menjadi bom...

4) Dalam masa yang sama Bane cuba menggunakan propaganda kerajaan korupsi harus ditentang menyebabkan orang kaya telah dirompak dan diadili di mahkamah yang tiada saksi... Hukuman yang dijatuhkan hanya hukuman mati atau buang daerah...

5) Cuma abang paling tak gemar kenderaan Batman... baik kereta mahupun motor... design pelik pelik belaka... Dan yang ni first time abang tengok Batman keluar di siang hari... Selalu kelawar takut cahaya... Langgar hukum pulak Batman kali ni...

Sementara itu... abang sempat berbuka puasa di SERAI sebelum tengok Batman... Huh... jangan dicuba makan di kedai ni... nasi kerabu RM22 sepinggan tu... Dah tiga hari abang buka kat masjid...


Serai by pauzikassim

Sunday, August 5, 2012

Give & Take - Program Menghasut

Give & Take by pauzikassim

1) Memang tepat album ni dikeluarkan dekat-dekat dengan Bulan Ogos... Bulan merdeka... ada orang kata bulan Ogos ni bulan malapetaka... Penulis pun sudah kecewa dengan sejarah negara nya yang kini menjadi bahan permainan... entah mana satu yang betul... Komunis ke? British adalah pelindung ke? Subjek sejarah yang menjadi subjek yang paling diminati semasa PMR dan SPM sehingga mendapat A sudah tidak dapat dibanggakan lagi... Penulis hanya menunggu bilakah perdebatan rasmi di Astro Awani antara sejarahwan Malaysia berdebat pasal kemerdekaan ni... 

2) Ketepikan semua sejarah seketika... Gua nak review album Punk buatan tempatan ni yang kene dengan jiwa gua menjadi puak radikal memberontak... Asik dengar lagu dari Barat je... Tambahan pula bulan ni ade pulak lagu suwey "Janji Telah Ditepati, Kini Masa Balas Budi" ape kejadahnya!!! Bulan ni gua nak sokong barangan tempatan je... Album ni dah kuar secara rasmi pada 4 Jun... tapi gua baru beli dan selamat sampai di ofis gua dalam pertengahan bulan Julai... Dah dekat setengah bulan album ni berpusing dalam kereta gua... 

3) Himpunan lagu-lagu menghasut dari 22 buah band tempatan yang sangat memberi inspirasi... dan lagu yang menjadi pilihak gua adalah The Regiment - Nothing Fear yang bersuara hard core... Dan lagu yang paling menghasut?? Korang lah yang tentukan... Terima kasih atas usaha Nervhouse Record dalam usaha anda menghimpun pemuzik tempatan... 

Nota: Bole ke bulan ni nak sokong semua barangan tempatan?... tadi baru je beli Levi's 505 hm...