1) Hello... anybody home?... ada orang ke ni... lantak lah korang... abang nak bercerita gak...
Tahukah anda sabtu lalu abang berkesempatan jumpa dengan idola abang... haha... setiap bidang yang abang minat pasti abang ada letak idola sebagai rujukan... baik dari segi sukan bola sepak abang... bidang muzik... bidang kerja tarik kabel... bidang berniaga... semua nya abang dah ada idola... amacam... kencang kan abang sembang kah kah kah... korang pun mesti ada idola gak kan...
Tinggi gak Dr Zaharuddin ni...
2) Dalam bab hal ehwal agama ni... abang letakkan Dr Zaharuddin Abdul Rahman ni lah sebagai idola dan rujukan... abang mula baca penulisan beliau pada tahun 2008 di website http://www.zaharuddin.net/
Kenapa abang sangat mengagumi beliau? Ini kerana beliau banyak membincangkan isu muamalat... maklumlah hal-hal muamalat ni penting bagi abang kerana kehidupan harian abang banyak berurusan dengan orang dan duit duit orang... dari kecik kecik cina supplier sampai lah kepada taikun taikun cina besar yang berkerjasama dengan abang nak dapatkan tender tender melayu bumiputra...
3) Cara beliau mengulas sesuatu isu juga amat menarik... ada manhaj nya... dalil dalil nya... dalam erti kata lain kukuh lah rujukan yang beliau buat sampai sesuatu hukum tu dapat dikeluarkan... lagi-lagi berkenaan Forex dan Riba'... bagi abang Forex tu memang pembunuh ekonomi... puas dah abang explain kat kawan kawan abang yang main Forex tu bahaya... hampir pada judi dan haram... tapi tak bole diterima oleh kawan kawan abang...
Abang sarankan korang patut baca buku ni
untuk memahami isu riba'
4) Isu riba' pula memang sukar untuk difahami oleh orang biasa... orang macam abang yang SPM subjek Pendidikan Syariah Islamiah dapat A pun kadang kadang ambik masa gak nak faham... apatah lagi korang yang tak ambik Syariah kan... lagi lah jahanam nak faham betul tak... ada yang tak teragak agak terus kata rugi buat loan islamic... mahal... baik buat loan konvesional murah sket...
Buku ini lebih istimewa kepada abang kerana
abang sempat dapatkan autograph beliau...
5) Perkara ini juga turut diakui oleh Saidina Umar r.a kerana beliau pun sukar untuk memahami lebih mendalam isu riba' ni... Hal ini kerana ayat pengharaman riba' diturunkan pada akhir akhir ayat al-quran dan hampir kepada kewafatan Rasulullah SAW...
6) Selain itu, abang juga ada baca buku travelog beliau... buku ni lah sebagai motivasi abang untuk gagahkan hidup dalam mencari ilmu hingga ke akhir ayat...
Yang mana nak rasa motivasi... bole lah baca buku ni...