1) Nampak gaya nya... abang ni jenis update blog sebulan sekali lah hehe... harap pembaca pembaca blog abang ni mempunyai tahap kesabaran yang tinggi... Rasa kalo sebulan tu macam lama sangat harap korang boleh bayangkan lah satu hari di akhirat nanti adalah 1000 tahun dunia... amacam lama tak...
2) Tahukah anda... baru-baru ni buat julung julung kalinya dalam riwayat hidup abang sepanjang hidup ni dalam menongkah arus yang bergelora demi meneruskan kelangsungan hidup... abang telah dijemput oleh supervisor abang untuk present technical paper dalam satu conference energy yang diberi nama CENCON 2014... ambik ko... terketar-ketar abang semasa menerima pelawaan supervisor abang ni... dia siap kata dah yuran untuk attend semua telah dijelaskan... memang berat rasanya nak pegi... tapi sebab supervisor abang seorang yang baik hati yang telah memberi A kepada tesis abang... maka abang gagahkan jugak lah untuk hadir present...
3) Satu pengalaman yang menarik kerana abang yang berlatar belakang industri dikelilingi oleh mereka yang daripada researcher dan academician... ye lah... abang kan kerja tarik kabel je... diorang ni semua present sembang formula je... tapi otak abang pick up... jenis sel sel otak berhubung... sekali diorang tunjuk formula terus abang boleh faham...
4) Abang pula hanya perlu present berkenaan salah satu projek solar padang besar 5MW... alah bukan susah pun tajuk abang...citer je lah pakai kabel apa... transformer ape... macam mana abang dapat data solar dari HOMER... macam mana expectation output energy kwH abng... lepas tu ROI macam mana... lagipun slide presentation abang... supervisor dah sediakan siap dengan journal...
Seawal pagi abang mendengar keynote dari pakcik otai tentang kepentingan power electronic dalam renewable energy...
Abang berkesempatan bergambar dengan pakcik otai ni Prof. Muhammad H. Rashid... pakcik ni otai kerana kepakaran dia dalam ilmu Power Electronics dan telah menerbitkan banyak buku berkenaan tajuk tersebut... abang pun dulu study refer buku dia jugak...
Abang macam biasa lah duduk depan sekali... dari zaman sekolah lagi abang sentiasa duduk depan dalam kelas...
Ini journal yang lecturer abang dah siapakan untuk abang... tunggu masa je untuk publish kat IEEE...
Negro ni banyak sangat tanya soalan kat abang masa present... tapi abang tenang... satu-satu abang menjawab... ye lah katanye tesis Phd dia guna HOMER...
Nota: Bagi abang... mereka yang berada dalam bidang academician atau researcher ni... adalah dianggap penting... kerana mereka lah yang menghabiskan masa sangat lama semata-mata untuk membuktikan kajian diorang ni ada hasil dan berfaedah... yang menghabiskan grant kerajaan tak perlu diambil kira ek hehe...
Mereka ni boleh dianggap macam orang yang mula-mula meneroka jalan semak samun... sebab mereka lah akan mendahului terlebih dahulu untuk memberi jalan kepada orang lain iaitu mereka yang berada di industri... ye lah orang industri macam abang... pergi je kedai terus beli kabel saiz apa apa... tapi sikit pun abang tak pernah pikir macam mana nak improve performance kabel tu...
contoh macam mana nak transmit current yang tinggi tinggi secara wireless ke? kejap... kejap... bahaya ni kalau ada orang boleh transmit current tinggi tanpa guna kabel... mampus lah abang nanti future tak de duit gaji nak bagi makan anak bini...