Saturday, October 17, 2020

Philea Resort & Spa Melaka





1. Tahukah anda... bulan lepas abang berkesempatan untuk bercuti sekejap di Melaka... Hotel abang tinggal kali ni adalah Philea Resort & Spa Melaka... 

2. Selama ni abang lalu je tengok hotel ni setiap kali pegi meeting kat Melaka buat hotel Muzaffar tu... 

3. orang kata hotel pilea ni mahal... tapi masa Covid ni, harga jatuh murah... dapat lah merasa hotel mahal mahal ni kah kah kah...







Sempat jogging 2 kilo sekitar hotel

Ade tour kat hotel naik buggy... semua kayu ni import dari Rusia katanya




ada muzium getah

produk dari getah


masa abang bersantai tenang kan otak... tapi tak bole lama ada kat swimming pool

Saat check out

Singgah bandar makan nasi ayam cina yang ada nasi bulat bulat tu







Thursday, October 1, 2020

Selamat Tinggal Almera








 1. Tahukah anda setelah abang menjual saga BKD (Budak Klang Datang) yang lalu sekitar tahun 2014... kini tiba masanya abang jual Almera BMQ (Bring My Queen) abang kah kah kah...


2. Rekod jarak yang abang dapat capai tertinggi adalah dari Almera ini 286,077KM. Abang jual kat Carsome... dah lah hari masa collect kereta... semua busy sampai tak de sape abang bole panggil untuk tangkap gambar buat kenangan yang terakhir dengan Almera ni...

3. Overall kereta Almera ni tak de banyak major problem... pick up kereta ni tak power sangat... yang bagus kereta ni luas dalam... penggunaan minyak, 1L untuk 7.2km... lagi satu Almera ni yang termurah berbanding Vios dan City... 

4. Walaupun kegawatan ekonomi akibat Covid, abang peduli apa... ada duit ade rebat dari PM kita rembat terus kereta baru... apakah kereta baru abang tu?? korang tunggu lah 5 atau 6 tahun lagi baru abang bagitau kah kah kah...

Nota: Berdoa lah kita supaya tak de MCO 2.0. Kalo ade mahu payment tak masuk nak bayar duit kete baru nanti huhu... 

 

Saturday, August 29, 2020

Cuba Hidupkan Blog Ni Kah Kah Kah

 Tahukah anda...

Abang sekarang berada pada ketinggian 200meter dari aras Jalan Sultan Ismail...
Tujuan abang berdiri kat atas ni sebab bos abang suruh tengok kilat akan tembak kat belah mana...
abang pun setia lah menunggu kilat nak datang ni...







Monday, June 8, 2020

Kenangan PKP/MCO 2020



Tahukah anda... sepanjang PKP ni... abang terpaksa menggunakan ape sahaja cara untuk mengisi masa di antaranya adalah:
1) review drawing secara digital... ianya amatlah menyukarkan bagi abang untuk membuat ‘cloud’ dan segitiga revision menggunakan mouse... betul betul leceh dan mengambil banyak masa... kebaikkannya, abang telah berjaya menjimatkan kertas dan semua komen2 dapat disimpan terus dalam bentuk digital... berbanding secara konvesional... abang hanya arahkan pelan pelan tersebut dicetak tanpa hiraukan berapa keping kertas dipakai... abang akan conteng menggunakan pen dengan pantas, nak buat cloud pun senang... segala komen2 lukisan tu abang akan tinggalkan di atas meja secretary abang utk mereka scan dan kemudian email semula kepada jurupelan abang sementara abang keluar merayap pegi minum dengan Klien...
2) abang telah menghadiri beberapa meeting dan seminar melalui Zoom. Tapi macam biasa lah... walaupun meeting di Zoom, masih tetap ada masalah ketepatan masa...
3) Abang terpaksa buat konsert unplugged di rumah supaya mereka semua duduk di rumah juga tengok konsert abang...
4) orang kata... kalau nak belajar budaya sesuatu negara tu, elok tengok drama bersiri mereka... jadi abang pun tengoklah siri drama dari beberapa negara ni sampai habis yang rata ratanya 16 episod,
Touch Your Heart (Zimbabwe), Remember Me (Azerbaijan),
Crash Landing On You (South Sudan)
Remember You (Papua New Guinea)
So, banyaklah abang dapat belajar dari segi bahasanya, geografinye, demografinye, petrografinye dan macam macam lagi...
Selamat berkerja pada yang mula kerja esok






Friday, April 3, 2020

Melawat Tianjin

  1. Tahukah anda... sepanjang PKP/MCO ini abang rasa terlalu banyak masa... jadi kesempatan ini abang guna lah untuk update blog yang sekian lama tak update ni...
  2. Macam mana kehidupan MCO korang? harap semua sihat sejahtera... abang pun malas nak taip panjang panjang...
  3. ceritanya sempena hari jadi abang iaitu pada 6/11 tahun lepas abang berkesempatan ke Tanjin China untuk buat testing motor lift...
  4. Nasib baik masa abang pegi tu belum naik lagi virus Covid 19. 
  5. So layan jelah gambar gambar yang ada...



Penerbangan kali ni naik MAS turun ke Beijing... Baju Selangor mesti kene pakai... bangga bangga

Keadaan di Beijing Airport... abang tak tau lah ini airport baru ke tak... sebab sampai pukul 2 pagi waktu beijing...

Pukul 3 pagi baru check inn hotel kat Beijing... Kebulur belasah je lah maggi kat 7E Beijing tu...

Keadaan pagi di sekitar hotel yang abang tinggal...




Konsep design sistem elevator

Hotel abang jaga ni ada 50 tingkat... tapi tak guna button ni... guna touch screen... canggih.

Lif yang pernah dipasang di KLCC

Makan tengah hari di kilang



Bermalam di hotel kawasan Tianjin... 


Bangunan tertinggi di Tianjin... Finance Center... Katanya 100 tingkat...

Ini makanan abang... seafood... kat sini tapak sulaiman pun diorang makan... labi labi pun ada tu...
macam mana lah tak kene Covid 19

Abang selera yang ni je lah

Suasana malam di Tianjin... Tianjin ni bole diibaratkan macam Seksyen 15 Shah Alam... Kawasan Tianjin ni adalah kawasan kilang...

Hari kedua testing

tempat testing escalator

Escalator tu perhiasan je... tak gerak pun...

Abang berkesempatan berjalan di Italian Town... Korang paham paham lah China ni... semua bende dia bole copy mah...





Bandar ni dah wujud tahun 1902... 


Tempat bas awam dia...

Elevator diorang jenis outdoor tu...

Teringin nak makan mee tarik

Tak sedap pun... tawar habis... tak pedas... cili tu separuh lah abang tambah...



Lepak minum starbuck sebelum balik...

Korang ingat abang jalan jalan je ke? adalah abang buat keje... abang belanja satu... abang dah sign NDA dengan kilang ni... so tak bole leak banyak sangat info pasal lift machine ni...