Monday, April 11, 2011

Aku layan Kak Ros


Ok ok... selepas korang dengar Kak Ros kita berucap mengenai anak anak pintar yang jangan dilepaskan atau disia sia kan bakat kanak kanak tersebut... Maka Kak Ros kita telah melancarkan satu program yang diberi nama Permata Pintar...

Apa kaitan Kak Ros dalam hidup aku kali ni?? adakah sebab aku juga dulu anak pintar cuma tak de program Permata?? Oh tidak.... Adakah aku juga berkait rapat dengan Altantuya?? Oh tidak... Atau sepupu dua pupu... pun tidak....

Kaitan aku kali ni dalam hidup Kak Ros adalah membantu beliau dalam merealisasikan Program Permata melalui Projek Pembinaan Kemudahan Bangunan Permata di UKM Bangi... Bermula mesyuarat kali pertama pagi tadi... company aku telah dilantik untuk menasihat kak Ros berkenaan rekabentuk sistem elektrik Bangunan Permata yang mengandungi Dua Blok Asrama Lelaki Dan Perempuan, Dewan Makan, Kediaman Pensyarah, Auditorium, stadium Dan Dewan Peperiksaan...

Butiran rekabentuk aku baru je nak baca brief jap lagi... dan yang paling malang sekali projek ni adalah fastrak... Hari pertama aku dah timbulkan masalah kerana enggan menghadiri Value Management Project bagi projek yang bernilai RM50m... Mana taknye... satu minggu beb kene lepak hotel kat PD semata mata nak check atau re-engineering... memang tak boleh lah... Cuti dua hari pun bos aku dah bising apatah lagi seminggu... Keje melambak beb... korang ingat aku layan Kak Ros sorang je ke... ramai aku kene layan... So drafter dan T.A aku lah jadi mangsa untuk wakilkan aku gi kursus tu nanti hahah....

Cabaran kali ni adalah untuk meng'integrated'kan existing site yang baru siap dan telah selamat di'handover' ke Kak Ros baru baru ni... menurut cerita aku dengar M&E engineer sebelum ni ada sedikit masalah mengenai rekabentuk menyebabkan perkhidmatan nya ditamatkan dan diganti oleh aku...aku pun  tak bole komen design diorang sebab terikat dengan Ethic Board sebab Tuan Kerusi suruh aku komen on the spot tu... Gila ko nak komen design orang... Abes lah Kak Ros... Lepas mulut buaya masuk mulut jerung plak hahah.... Tak pe tak pe... aku dah janji kat Tuan Kerusi tu yang aku akan commit projek ni... Biasa beb janji kene manis... abes aku tanam tebu kat bibir aku ni sampai Kak Ros pun rasa manisnya haha....

So gud luck kepada diri aku yang kene menanggung beban Kak Ros dan semoga dengan doa korang aku berjaya siapkan amanah yang telah diberi dengan jayanya...

P/S: kecut perut dowh... semua yang ade dalam meeting tu ade title Dr.... aku pulak masih title Mr haha....







No comments:

Post a Comment