Sunday, September 11, 2011

Aku Menyambut Hari Lahir Sahabat Di Murni USJ (Bagaimana Weekend aku Habis Begitu Sahaja)

1) Malam tadi aku dijemput oleh Girlfriend sahabat aku yang merangkap client aku (JKR) dan classmate di UTM tapi bukan roomate sebab berlainan jantina bagi menghadiri makan free sempena Bithday Boy friend dia merangkap sahabat aku... classmate di UTM dan rakan sepermainan Futsal dan bola padang. Tempat untuk makan free tersebut adalah di USJ Murni.

IMG_0817 by pauzikassim
Yang laki tu lah BF dia dan Birthday Boy... Terima Kasih kepada Cik Ina yang menjemput aku untuk makan free... Katanye tahun depan nak sambut hari jadi kat umah siap dia masak... Hm... tunggu je lah... Bila korang nak kawin bai??

2) Aku seperti biasa, keluar dari rumah dan memandu secara berseorangan... Ini je lah masa yang aku ade menyendiri untuk muhasabah diri dan mengenang dosa-dosa silam sambil memikirkan masa hadapan ku yang masih samar samar... Kali ni aku bertemankan lagu dari kumpulan My Chemical Romance dan Children Of Bodom...

3) 20 minit memandu... aku sampai di Sunway untuk memungut dua ekor sahabat aku sejahanam di mana masa depan mereka juga masih samar samar lagi sama dengan diri ku... Tidak menepati masa sudah menjadi adat mereka dan aku setia menunggu... selepas tu terus sahaja memandu menuju ke destinasi seperti yang dinyatakan pada perkara (1) di atas.

IMG_0821 by pauzikassim
Lokasi Makan Makan...
4) Tiba sahaja di tempat tersebut... Aku bertiga adalah orang yang terawal (punctual Beb) diikuti oleh John dan pasangannya... kemudian tibalah pasangan Birthday Boy tersebut dan paling lewat yang tidak berapa penting iaitu member aku dari shah alam rakan sekonsert aku dimana pengajian Mekanikal Pembuatannya di UTM telah diragui oleh JPA.

319416_10150304743393076_546128075_7912465_1416935840_n by pauzikassim
Aku dan member aku dari Shah Alam ni...

5) Perut lapar terus sahaja order... Memandangkan perlawatan Liga British antara Artsengal dan Swansea telah bermula... Aku pun order lah Spaghetti Meatball dan Ribena Laici... Hm... aku masih lagi mengekalkan gaya British... Tak kan nak mintak sambal belacan plak makan dengan meat ball...  Mencarut nanti waiter tu kat aku hahaha...

IMG_0818 by pauzikassim
View aku menonton game Artsengal... Penulis sebenarnya penyokong setia Setan Merah... Diharap jangan salah faham terhadap gambar di atas....

IMG_0808 by pauzikassim
Antara menu yang ada

IMG_0810 by pauzikassim
Air aku... Ribena Laici... Pernah satu ketika ada awek tegur yang aku seperti kanak kanak ribena kerana order air Ribena kat Mcd... 

IMG_0811 by pauzikassim
Ini air Pink Panther namanye.. aku tak tahu air ape... tapi segala bahan ada dalam air tu aku tengok...

IMG_0812 by pauzikassim
Ini makanan aku... Spaghetti Meatball... Masih mengekalkan ciri-ciri British hahaha... Tapi lagi bangang ade Profesor kata Malaysia tak pernah kene jajah dengan British... Sebenarnya Tanah Melayu telah dilindungi oleh British... Kah Kah Kah Stupid Prof Kah Kah Kah... tak percaya tanye Prof Dr Zainal Kling Fakta Bangang!!! 

IMG_0819 by pauzikassim
Yang tengah tu roomate aku masa UTM dari tahun 2005-2007... Paling kanan Tabligh UTM....Ini lah dua ekor yang pungut tadi.... Aku pernah dimaki oleh perempuan kerana masa depan ku yang samar... hm...

IMG_0813 by pauzikassim
Mereka masih membuat onar... sehingga pasangan di bucu kanan memerhati sahaja gelagat mereka


IMG_0820 by pauzikassim
Tiba-tiba jumpa classmate iaitu Abu berkaca mata yang turut sama lepak tapi dengan kawan-kawan lainnya...


6) Abes sahaja berborak dan makan... Aku dan dua orang sahabat aku pun pulang ke rumah sewa mereka bagi menyambung semula aktiviti menonton bola... Selepas game Artsengal habis dengan gol bangang dari Arshavin (sebijik je pun dapat lawan swansea... tak delah art mana pun)... Aku pun menonton pasukan kegemaran aku iaitu Setan Merah... Ambik ko!!!! 5-0 bantai Bolton tu...

7) Abes sahaja game Setan Merah... Aku pun pulang keseorangan menuju ke rumah sewa aku bagi menonton game Real Madrid  plak... Ini gara-gara Cristiano Ronaldo punye pasal... Tepat jam 5.30 pagi... Aku ngantuk dan terus tido...

8) Abes sudah satu malam weekend ku... dan seperti biasa... bangun pagi ahad sekitar pukul 11.30 pagi dalam keadaan mamai... lantas mengeluh kesal hm... ini kah masa depan ku....

IMG_0823 by pauzikassim
Pemandangan game Real Madrid live dari rumah aku....

3 comments:

  1. masa depan akan gemilang bila kawan2 seperjuangan membantu untuk mewarnainya..hohohohoh.......

    ReplyDelete
  2. Masa depan saya lagi samar dari awak. Jadi akitek cabuk, student maleh dan penganggor berjaya :(

    ReplyDelete
  3. mecah: kawan2 seperjuangan amendenye... ko ingat nak berperang lawan british ke hahaha...

    Nebulo: Anda memang penganggor berjaya... masakan seorang pengagor bole dapat gaji tiap2 bulan hehe...

    ReplyDelete