Monday, May 28, 2012

Korea Trip: Day 3

1) Minta maaf pembaca-pembaca sekalian kerana kelewatan abang untuk mengupdate cerita abang sepanjang menetap di Korea... mungkin ade yang rasa dah basi... dan saat abang mengarang ni pun banyak fakta-fakta telah mula kabur... Mungkin faktor usia abang yang telah meningkat tak pun gula kat umah abang banyak sangat semut dah masuk...

2) Selepas tamat cerita abang pada hari kedua di mana malam nya abang bermain pocket ball setelah di 'pau' oleh klien yang berharga RM 25 sejam... Kini tiba pula pada hari ketiga di mana abang banyak berjalan di kawasan-kawasan bersejarah bagi mengenali Korea Selatan dengan lebih mendalam...

3) Apa lagi... badan dah recharge lepas tidur lena... Jom mari ikut abang... mari lah... mari lah... jom lah ikut abang... abang tak buat ape2 pun kat adik... percaya lah cakap abang ok...  jom... ikut abang ek... (tiba- tiba tanduk dan ekor terkeluar)

Tempat pertama abang singgah adalah AMETHYST FACTORY... Iaitu kilang memproses batu amende ntah... abang pun tak tahu nak menilai... tapi harga dia mahal2 gila... hanya orang yang gaji kategori mewah sahaja mampu beli berbanding abang yang gaji nya pada paras minimum...

P1140474 by pauzi_84
Masa ni abang dengar dia bercakap... tapi satu ape abang tak paham...

P1140479 by pauzi_84
Ini adalah contoh-contoh batu perhiasan dunia yang dijual... harga minimum USD 700 tu...


P1140478 by pauzi_84
Ramai datin-datin di Malaysia suka shopping batu ni kat sini... siap ada yang kata kat abang... dia paling suka kalo Dato' pergi Korea bagi dia hadiah batu ni... padahal dalam hati abang berkata laki ko tu cuba menghayalkan ko dengan batu tersebut supaya ko tak banyak sangat soal siasat ape laki ko buat kat sana? pergi dengan sapa? bisnes ke? hehe...

Selepas hanya mampu melihat keindahan batu tersebut... Kini tiba pula abang bergerak ke GINSENG CENTRE... tempat di mana ginseng terbaik di Korea dihasilkan... Ini pun satu gak... mahal gila... hampir RM 2000 untuk beli satu set ginseng tersebut... tapi sepanjang abang dengar taklimat dari penjual tersebut... abang dapati ginseng tu memang sangat2 berkhasiat... baik untuk kesihatan dan paling berkesan antara ginseng-ginseng di dunia... Kalo korang berkesempatan beli... abang nasihatkan beli lah...


P1140480 by pauzi_84
Gambar ini menunjukkan usia akar ginseng tersebut pada 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun 5 tahun dan 6 tahun...

Selepas abang hanya mampu merasa sample minuman akan kehebatan ginseng tersebut... dan abang dapat rasa kan satu tenaga yang umphhh... rasa bole lari laju laju lah... kini abang bergerak ke JOGYESA TEMPLE... Tempat di mana orang-orang buddha beribadat...

P1140486 by pauzi_84
Mamat Korea ni sedang menerangkan yang penganut buddha ni ramai orang tua... orang muda yang macam dia tidak mempercayai agama... orang muda lebih mempercayai kebenaran UFO... mamat ni hanya percaya Perbuatan Baik di Balas Dengan Baik...


P1140483 by pauzi_84
Kertas-kerta berwarna itu adalah hajat atau doa-doa yang digantung dengan harapan dewa dewa di langit akan menunaikan hajat mereka setelah membaca kertas tersebut...

Di kawasan temple tersebut ada juga pasar-pasar macam pasar tani kat Malaysia... Abang pun membeli lah sabun buatan tangan... kata mak cik ni sabun ni mampu menanggalkan bintik-bintik hitam di hidung abang... dan juga bole mengubah muka abang jadi ala-ala K-POP...

P1140485 by pauzi_84
Ini muka makcik Korea...

Abes melawat kawasan temple... abang meneruskan perjalan ke NAM DAE MU... tempat ni macam Petaling Street lah... pasar yang menjual baju dan cenderahati...

P1140488 by pauzi_84
Tahukah anda... setiap tiang lampu di kawasan ni dilengkapi dengan built in speaker... terkejut abang sebab bole dengar radio melalui tiang sahaja...

Sempat juga abang singgah di KAFE SORI untuk lunch... tapi ini je yang mampu abang telan...

P1140489 by pauzi_84
Waffle je lah abang telan...

P1140490 by pauzi_84
Dua orang berbaju merah itu adalah tourist guide sukarela... pelajar-pelajar Korea akan berbuat kerja amal menjadi tourist guide di pasar tersebut kerana pak cik dan makcik di situ satu apa tak paham bahasa inggeris... jadi sehebat mana MUET anda walaupun 6 Band tetap tidak berkesan untuk berbicara dengan peniaga-peniaga di situ... kadang-kadang abang rasa nak lepuk je pak cik tu sebab nak negotiate harga pun susah... pada hal abang tak de pun teringin nak beli ape2 barang...

Abes berjalan di pasar tersebut... abang meneruskan perjalan ke KYONGBOK PALACE... tempat di mana Maharaja Korea dahulu kala bertakhta...

Tapi abang sempat snap satu bentuk bangunan yang abang rasa pelik dan unik... hm... mungkin tuan design ni tak tengok betul betul kot drawing dia sampai bangunan dia senget pun tak sedar...

P1140491 by pauzi_84
Selamber je abang kutuk design orang kan... yelah cuba korang tengok betul2... tak pelik ke bangunan tu... selalu kan bangunan bentuk kotak kotak simetri...

Sampai jugak abang di Istana tersebut... ape lagi... jom layan....

P1140495 by pauzi_84

P1140496 by pauzi_84
Korang baca sendiri... abang malas nak explain... yang abang tahu dulu Jepun pernah serang istana Korea Selatan ni...

P1140497 by pauzi_84
Yang ni layout istana... menurut adat orang korea... kalo masuk istana hendaklah mengerat dua rokok tersebut jika anda membawa rokok masuk ke istana...


P1140500 by pauzi_84
Teringat pulak abang akan video clip 30 Second To The Mars yang bertajuk From Yesterday bila tengok istana ni... tapi muka abang ni tak de lah sama macam Jared Leto tu... korang jangan lah memandai mandai nak samakan pulak ok... malu abang tau...

P1140525 by pauzi_84

P1140507 by pauzi_84
Yang ni anak korea... memang terkedu tak terkata lah budak korea ni bila tengok abang....

P1140508 by pauzi_84
tempat Maharaja duduk...

P1140519 by pauzi_84
Zaman dulu-dulu pun Korea dah ada Feeder Pillar... memang negara maju lah diorang ni...

P1140534 by pauzi_84
Tak silap abang sign board tu tulis "Cadangan Menaiktaraf Ruang Dapur Istana Yang Terbakar Akibat Serangan Ganas Samurai Jepun"


P1140536 by pauzi_84
Ini gaya kongsi gelap atau yakuza berjalan...

P1140516 by pauzi_84
Yang ni abang tak tahu nak komen ape... malu dengan abang kot...

P1140506 by pauzi_84
saat meninggalkan istana...

Selepas penat berjalan di istana tersebut... kini abang menuju ke Muzium Korea yang tidak berapa jauh dari istana tersebut... cukup dengan berjalan kaki sahaja sudah sampai...

P1140544 by pauzi_84
Penulis sempat bergambar


P1140547 by pauzi_84
perkampungan orang Korea dulu dulu...

P1140549 by pauzi_84
askar askar ni tepat pukul 12 malam hidup tau...

P1140550 by pauzi_84

P1140559 by pauzi_84
kasut-kasut yang dipakai oleh orang korea...

Setelah abang mengenali sejarah Korea walaupun sejarah negara abang sendiri pun tak kenal kenal lagi... abang pun pelik jugak macam mana lah abang dapat A masa SPM dulu...abang terus menuju ke Daeng Nae Mon pula...

P1140561 by pauzi_84
Ini adalah sungai di tengah-tengah kota daeng nae mon yang dahulunya tercemar kini telah dibaik pulih dan dijadikan pusat rekreasi... teknologi ni lah yang abang cuba bawak kat Sungai Segget, Jalan Wong Ah Fook JB... kalo berjaya nanti baru abang sembang macam mana abang buat untuk merawat sungai tu ek...

P1140562 by pauzi_84
Abang merasa Roti Cheese...

P1140564 by pauzi_84
Suasana masjid di kala siang hari... masjid yang abang pergi pada malam pertama...

Selepas itu... abang menuju ke SEOUL CINEMA untuk menyaksikan teater JUMP... ya... abang memang tak kan melepaskan peluang menonton teater-teater Korea... kerana abang sangat terhibur menyaksikan teater... tambahan pula abang dulu pernah memasuki Kelab Teater dan pernah menjadi pelakon Teater suatu ketika duhulu...

P1140566 by pauzi_84

P1140567 by pauzi_84
JUMP ni mengisahkan kehebatan sebuah keluarga dalam berkung fu... dan banyak aksi komedi yang menghiburkan... INGAT!!! KALO KORANG SAMPAI SANA JANGAN LEPASKAN PELUANG TENGOK DUA DUA TEATER NI (NANTA & JUMP)!!!

P1140569 by pauzi_84
Saat fotografi dengan pelakon JUMP... sempat jugak lah abang memegang muscle-muscle mereka tu... kagum abang dibuatnya... Bila lah abang nak ade muscle ni??

Abes sudah hari ketiga abang di Korea...




Saturday, May 19, 2012

Korea Trip : Day 2 (Everland dan NANTA)

1) Setelah keletihan pada hari pertama di mana aku telah  menghadiri sesi penerangan di kilang... kini tiba giliran untuk bersiar-siar di Korea...

2) Destinasi berikutnya adalah Everland... Alah tempat ni macam Genting Theme Park... Apa lagi jom bergerak.. Roller Coster favourite ride... let me kiss you one  more time...

P1140333 by pauzikassim 
Sebelum bergerak kene isi perut dulu...


P1140334 by pauzikassim
nak makan pun kene ada duit beribu ribu...


P1140337 by pauzikassim
lawa pulak kasut mamat korea ni...


P1140342 by pauzikassim
saat-saat nak masuk ke taman tu...

P1140343 by pauzikassim
Ini anak-anak korea


P1140346 by pauzikassim


P1140348 by pauzikassim
selalu buat lambang black metal... kali ni tukar lambang K-Pop

P1140350 by pauzikassim
Ini pula remaja korea...

P1140353 by pauzikassim
buaian...

P1140354 by pauzikassim
beruang polar... aku memang geram dengan menatang ni... rasa macam nak guling-guling je...

P1140359 by pauzikassim

P1140362 by pauzikassim
haha... gua memang target datang korea ni nak main roller coaster je sebenarnya... yang genting punya dah bosan lah...

P1140367 by pauzikassim
struktur nye pakai kayu je... tapi aku dah pegang dan cuba goyang kayu tu... hm... memang kukuh... so rasa selamat lah...

P1140371 by pauzikassim
ini hasil peninggalan semasa pembinaan... senang rupanya jadi struktur egnr ni... tahu baik aku ambik kos struktur engr masa study... setakat kira kayu melendut guna catenary method senang aje... rasa susah pulak tukar pakai parabolik hm....  


P1140373 by pauzikassim
stretching dulu...

P1140376 by pauzikassim
ya!!! sudah tiba keretapi gua....

Abes meraung terpekik terlolong kat roller coaster... tiba pula masa untuk cari ketenangan... nak hilangkan trauma... memang power lah roller coster korea ni... kalah genting...

Jadi... aku  pun jalan-jalan lah di taman bunga jadi mat bunga...

P1140380 by pauzikassim
Aku berada di Taman 4 season...

P1140388 by pauzikassim
Ini pula di Netherlands 

P1140390 by pauzikassimd

P1140397 by pauzikassim
dekat setengah jam aku cuba amati... tenung.. dan menghayati seni ukir ni... memang abstrak... 

P1140364 by pauzikassim


P1140393 by pauzikassim
bole pulak minah korea ni nak bergambar pulak dengan aku...


P1140405 by pauzikassim
pergh!!! memang mat bunga lah aku ni...

P1140406 by pauzikassim
eh...eh...eh...

P1140411 by pauzikassim
ada carnival marching band

P1140428 by pauzikassim
beruang ni aku geram jugak... aku tunggu peluang je nak terkam ajak guling guling... kalo bole dengan akak korea tu skali hahaha...

P1140438 by pauzikassim
betapa riangnya aku...

P1140442 by pauzikassim
sekali lagi awek korea nak bergambar dengan gua...

Abes je jalan di Everland... kali ni kitorang jalan di Daeng Nae Mon untuk menyaksikan teater Nanta... alah yang macam Awal Ashaari gi tengok tu di bawah tajaan Air Asia...

P1140450 by pauzikassimtu


P1140451 by pauzikassim


P1140453 by pauzikassim

P1140457 by pauzikassim
memang layan teater ni... korang digalakkan untuk menyaksikan teater ni... memang kelakar habis...  jangan
 sesekali lepaskan peluang ni bila korang dah sampai kat sana...

P1140460 by pauzikassim
Ini pasaraya Doota...  menjual pakaian jenama korea... so rasa-rasa nak jadi K-Pop bole shopping kat sini... 


P1140459 by pauzikassim
gua dah angkat sepasang... amacam... ada macam K-Pop tak? ke macam celaka?

Abes jalan... tiba pula giliran untuk beriadah... gua diberi peluang untuk menunjukkan bakat bermain pool... setakat game ni... hm... gua memang jaguh... ini hasil training masa zaman ponteng sekolah dulu-dulu...

P1140463 by pauzi_84
suasana malam di korea... 

P1140465 by pauzi_84
ada gaya professional tak gua...

ini skill bola tarik... orang korea pun tepuk tangan tengok aku buat kah kah kah...

yang ni skill backhand... gua memang nak tunjukkan skill masukkan bola warna dengan bola putih skali...

Abes main pool... tiba untuk ke hotel berehat... tapi sepanjang perjalanan tu... korang kene berhati-hati... kerana di negara maju juga ada masalah pelacuran... tapi tak pe sebab negara korea ni negara kapir yang pemimpinnya makan babi minum arak... ini negara kata negara islam... tapi pembayar cukai terbesar adalah syarikat perjudian di Genting tu. hmmm...

jadi urusan perlacuran di korea... mereka hanya mencampakkan business card di jalan raya untuk dihubungi berbanding di bukit bintang yang ada bapak ayam sebagai perantara... nasib baik iman gua kuat walaupun di perantauan...

P1140462 by pauzi_84
bisnes perlacuran dianggap bisnes paling hina di korea... 

abes sudah satu hari gua... esok pula adalah hari ketiga dimana gua berjalan-jalan di tempat bersejarah... dan tempat shopping lagi...