Saturday, May 19, 2012

Korea Trip : Day 1

1) Pada 13/5/2012 sehingga 17/5/2012... aku berpeluang untuk melawat kilang elektrikal di Korea Selatan... tujuan lawatan aku kali ini adalah untuk membuat pemeriksaan transformer yang telah aku beli dan akan dipasang di salah satu projek aku...

2) Macam biasa... tengok barang satu hari je... yang selebihnya apa lagi... aku merayap lah dengan klien aku pusing satu Korea tu hahaha... 

3) ape yang aku tahu pasal Korea Selatan? tak banyak... sangat sedikit... yang aku tahu hanya lah Park Ji Sung... Drama Full House... dan World Cup 2002 buat kat Korea Selatan... Jangan lah korang tanya aku siapa Menteri Pertanian Korea pulak...

4) Sepanjang menetap di Korea Selatan... banyak foto telah aku rakam kan... dan mungkin bole jadi panduan untuk mereka yang ingin berjalan-jalan di Korea Selatan tu... Harap-harap korang jangan rasa muntah sebab aku sendiri tengok pun macam meluat je... banyak sangat muka aku kah kah kah... So r u ready kid!!!!

Sebelum tu... kene ambik mood Korea dulu... walaupun muka aku tak boleh nak ubah jadi K-Pop sebab muka aku belah belah Lisbon... tapi aku pernah dengar satu lagu drama Korea... Cuma aku tak ingat cerita Autumn In My Heart atau Winter Sonata...   



Korean Song a video by pauzikassim on Flickr.

Tolong abaikan poster Twilight tu... Adik kecik gua yang sengaja tampal tu...


Secret Recipe by pauzikassim
Saat-saat terakhir gua di Malaysia... Melantak dulu kat Secret Recipe KLIA... 

Celcom by pauzikassim
Untuk Celcom dan Maxis bole roaming di Korea... tapi Digi gua tak boleh... sebab Orang Kuning dah kene tahan masa Bersih 3.0 hari tu...

Tiket by pauzikassim
Lawak tertinggal tiket pun tak bole terima akal... jangan lupa...

P1140226 by pauzikassim
Buku merah jangan lupa bawak moga-moga jangan tamat tempoh... lagi satu... PTPTN jangan lupa bayar... karang blacklist pulak...

P1140228 by pauzikassim
Canggih jugak naik Korean Air... ade LCD TV tu walaupun kelas ekonomi...

P1140229 by pauzikassim
Fuyooo!!! gua sedang merentasi Laut China Selatan tu...


P1140230 by pauzikassim
Breakfast gua pada pukul 6 pagi... sejam lagi gua mendarat di Incheon Airport...

P1140231 by pauzikassim
Gua tido dalam flight... bukak je mata... terkejut tengok orang korea... gua rasa macam tengah tengok drama korea pun ade masa diorang berborak...


P1140232 by pauzikassim

Incheon Airport by pauzikassim
Saat tiba nya gua di Incheon Airport... 

Seremban Travel by pauzikassim
Aku tak tahu mana datang bas pegi Seremban ni kah kah kah... ikut highway LEKAS kot...


Naik Bas by pauzikassim
Ini bas yang bawak delegasi Malaysia ke Kilang Elektrikal tu...



R & R by pauzikassim
Keadaan R&R di Korea Selatan... memang bersih... dan jangan lupa angkat tray sendiri lepas makan...

Vending Machine by pauzikassim
Ini vending machine... banyak gila... sebab di Korea tiada masalah vandalisma... lagi satu rakyat mereka tak batak dengan teknologi canggih...

Coca Cola Korea by pauzikassim
Ini contoh air Coke di Korea...

Minum pagi by pauzikassim
Coffe yang gua telan...

LS Founder by pauzikassim
Berhala tu adalah pengasas Kilang LS... Aku pun lupa nama dia... Lump Sum kira kot kah kah kah...

Delegasi Malaysia by pauzikassim
Muka tak mandi pagi... 


Kilang LS by pauzikassim
Betapa besar kilang LS ni...

VCB by pauzikassim
Ini contoh VCB

Cross Section VCB by pauzikassim
Yang ni cross section VCB...

MCCB by pauzikassim
Ko bayangkan... sampai nak ke Korea tu.. untuk aku tengok MCCB ni... padahal kedai elektrik bawah ofis aku ade je jual menatang ni hahaha....

General Workers by pauzikassim
General workers... semua local...

Cross Section Cast Resin by pauzikassim
Yang ni pula cross section bagi Cast Resin Transformer... Tapi ini contoh aluminium winding... gua punye pakai copper... mahal sket... Market Korea lebih berminat guna aluminium berbanding malaysia yang sikit2 nak guna copper...

Cast Resin by pauzikassim
Gua punye tengah-tengah tu... ready untuk test... tapi sebab gua rasa masa macam tak cukup masa dan keletihan pulak tambahan tengok muka klien gua yang tua tu... kesian pulak... so gua hanya check nombor siri dan rating make sure 2000kVA... yang lain gua percaya kualiti kilang ni yang bertaraf antrabangsa... so datang lah perangai gua... cincai kira... pejam mata... tenyeh je borang test tu... perut lapar tu woooo!!!!

Tuan Rumah by pauzikassim
Abes je pemeriksaan.... kitorang dijemput makan... yang kiri tu satu-satunya Engineer Malaysia yang berkerja di Kilang Korea... So bahasa Korea dia memang fasih... dah bole berlakon cerita Korea aku rasa... dia lah yang tukang translate bahasa melayu gua kepada bahasa korea... 

Lunch by pauzikassim
Klien gua sebelah ni... korang jangan gelak pulak...

Ticket by pauzikassim
Abes je lawatan tu... kitorang bertolak untuk pulang ke hotel... so masing-masing nak merasa naik subway tren ... jadi kitorang pun berpeluang lah naik tren tu...

KELUAR Sign by pauzikassim
Ok jugak idea KELUAR SIGN kat lantai... ni letak tinggi tinggi sampai 8 meter siap yang nampak kan... bole pakai jugak idea Korea ni...

Fast Lane by pauzikassim
kene kosongkan line kiri... untuk bagi laluan kepada mereka yang nak bergerak pantas...

Subway Train by pauzikassim
Tren dia lagi lebar berbanding PUTRA LRT...

Train Map by pauzikassim
Kotengok betapa serabutnya laluan subway train... so korang dapat lah bayangkan betapa serabutnya rakyat Korea... dan pengangkutan awam menjadi pilihan utama kerana minyak petrol di sana adalah RM9 untuk satu liter berbanding Malaysia RM1.90 seliter...

Transmission Line by pauzikassim
Ini contoh sign board jalan di Korea... ape yang menarik perhatian aku adalah walaupun di bandar mereka tak kisah pun guna overhead cable yang serabut tu... berbanding di Malaysia yang sikit-sikit kene tarik kabel underground... sikit-sikit nak korek jalan tanam kabel... katanya nak jaga ESTETIK Value lah... puihhhh...

Overhead Cable by pauzikassim
Tapi setelah gua berdiskusi dengan penarik kabel Korea... diorang prefer pasang overhead cable sebab kat bawah jalan semuanya adalah laluan subway train... so susah lah nak potong atau korek jalan... 

Simpang 4 by pauzikassim
Ini contoh simpang empat di Korea...

Outdoor HT Panel by pauzikassim
Ini contoh feeder pillar di Korea...

Masjid Itaewon by pauzikassim
Sampai lah gua di Masjid Itaewon untuk sembahyang maghrib...

Masjid Itaewon by pauzikassim

Little Bombay by pauzikassim 
Di Itaewon sahaja korang boleh dapat makanan yang halal... tempat  lain korang makan pejam mata... telan je lah... tak payah lah nak tanya ingredients makanan tu huhu... 

Pokok Korea by pauzikassim
Ini contoh pokok Korea... Hujan waktu ni... so gua berpeluang merasa hujan di Korea... lagi pun hujan di sana hanya hujan semata berbanding di Malaysia... hujan + guruh berdentum air tempayan di buang + halilintar+ kilat sabung menyabung... bahaya kalo duduk di bawah pokok takut kene sambar petir....


Hotel S by pauzikassim 
Ini hotel gua menginap di tengah-tengah Seoul, Korea Selatan...

Jamban Elektronik by pauzikassim
Negara maju ni mesti suka guna tandas elektronik ni... satu lagi negara yang pakai Jepun...

LED TV by pauzikassim
TV LED ni perkara biasa bagi mereka di sana...

CPU by pauzikassim
Hotel gua ade PC dengan kelajuan internet 100mb/s... tapi malang... satu ape gua tak paham sebab Windows nye guna bahasa Korea...

Abes sudah satu hari gua... tunggu hari kedua berikutnya di mana gua berjalan-jalan di Everland...

4 comments:

  1. naper ekh.. setiap kali upload gambar..
    mesti akan keluar as new entry that have been published..?

    setting ke? hehe

    ReplyDelete
  2. Peh, best siot dapat cuti-cuti korea..haha

    ReplyDelete