Tuesday, May 1, 2012

THE AVENGERS



1) Hari ini sempena cuti hari buruh aku berkesempatan untuk tengok citer The Avengers pada pukul 11 malam tadi... Dan masa aku tengah menaip ni adalah pada 2:54 pagi di kala larut malam... sedang insan lain sedang diulit mimpi... hanya tinggal beberapa umat manusia yang masih segar bagi menunggu perlawanan antara Manchester lawan Manchester...

2) Rumusan daripada citer di atas adalah:

a) AMEREKA memang nak tunjukkan diorang ni power... Konon konon ade superhero yang bijak pandai bole melindungi bumi sampai makhluk asing pun AMEREKA bole kalahkan yang diketuai oleh Captain AMEREKA... Padahal kene serang sekali dengan kapal terbang kat PENTAGON dan WTC riuh satu dunia...

b) Dalam citer ni Thor telah menggunakan konsep Faraday Cage yang dipasang pada Bangunan Stark untuk menarik kilat... Padahal kat Malaysia banyak dah bangunan dilindungi dengan sistem Faraday Cage...

c) AMEREKA terlalu bangga dengan bom nuklear nya hasil ciptaan ahli fizik Albert Einstein yang berwarganegara German... Konon-konon bom nuklear adalah segala-galanya iaitu senjata paling hebat... Last resort lah kiranya... Masa rasa nak kalah dalam peperangan makhluk asing sikit-sikit nak guna bom nuklear... pengecut jugak AMEREKA ni... Sejarahnya hanya AMEREKA sahaja yang pernah guna bom nuklear serang JEPUN sebab diorang pengecut...

d) Last sekali... rupa-rupanya orang jahat atau ketua makhluk asing tu adalah HELL BOY...

Akhir kata dari aku... berharap satu hari nanti KELUANG MAN dan TIUNG MAN turut dipilih dalam geng The Avengers bagi menewaskan penjenayah MATA BATU...

Sekarang masa untuk fokus perlawanan MANCHESTER VS MANCHESTER...


No comments:

Post a Comment