Saturday, January 9, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Tahukah anda... Tidak sukar sebenarnya untuk kita mencipta kejayaan di dalam kehidupan ini...

Apa yang perlu kita buat hanyalah... memilih satu idea yang mudah dan laksanakan idea tersebut dengan serius...

Thomas Edison hanya perlu mencuba setiap bahan supaya lampu ciptaan nya menyala dengan lama... selepas beribu-ribu cubaan... akhirnya filamen yang sesuai telah dijumpai dan dunia hari ni telah disinari dengan cahaya lampu elektrik pada malam nya...

Benjamin Franklin pula, beliau hanya perlu menerbangkan layang layang nya yang diletak dengan kunci pada waktu hujan bagi membuat eksperimen terhadap kilat... eksperimen tersebut hampir meragut nyawanya akibat dipanah kilat... Kini, semua bangunan telah dilengkapi dengan sistem perlindungan kilat hasil daripada eksperimen ini dan seterusnya telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia...

Colonel Sanders, beliau hanya perlu berjalan dari satu rumah ke satu rumah untuk memberitahu resipi ayam goreng nya... disebabkan ayam goreng ini lah... seorang pemuda yang membesar di Jalan Telok Gadong Kecil berkerja di KFC Simpang Empat...

Honda... beliau hanya perlu mengumpul sisa sisa peluru yang ditinggalkan selepas peperangan bagi mencipta piston nya yang pertama...

Kurt Cobain, walaupun hidupnya dipengaruhi dengan dadah... namun beliau mampu mencipta lagu yang memberi impak ke alam sejagat ini... jika tidak mana mungkin seorang anak kecil yang membesar di Jalan Telok Gadong Kecil jugak dapat menjadikan Kurt Cobain ini sebagai idolanya yang beribu ribu kilometer jarak terpisah nya antara mereka... sehingga ke hari ini juga, anak kecil ini yang telah dewasa masih bernafas dengan 'Teen Spirit' nya bagi menempuh cabaran dalam kehidupannya yang mendatang...

Selamat Tahun Baru 2016




Nota: Copy Paste dari status FB abang...
          Jahanam lah blog ni... tunggu masa nak bersawang je kah kah kah...
          Dua minit je abang update blog kali ni