Sunday, June 10, 2012

Prometheus


1) Malam tadi aku berkesempatan tengok wayang... dah lama tak tengok wayang ni... sentiasa sibuk mengejar hal dunia dan hal orang lain je... last movie aku tengok pun The Avengers...

2) Menyaksikan Prometheus ni memang berbahaya... Gila ko!!! kalo akidah atau prinsip agama tak kuat bole terpesong tu... Ko paham-paham lah fahaman saintis kafir kesan daripada gerakan renascence yang mendukung sekularisma ni...

3) Cerita bermula dengan sekumpulan saintis yang mendapat maklumat di mana mereka bole berjumpa dengan pencipta manusia di sebuah planet yang jaraknya 10 tahun perjalanan dari bumi... Mereka menggelar pencipta manusia ni adalah 'Engineer' dan tujuan mencari Engineer ni hanya ingin bertanya satu soalan sahaja 'Mengapa manusia dicipta?'... Ini lah kesan kalo bergantung dengan ilmu sains akal semata-mata tanpa merujuk dalil Naqli...

4) Apa yang aku kagum dalam cerita ni adalah mesin pembedahan pada tahun 2096 tu... Dimana pembedahan sudah tak payah pakai doktor tu nak bedah manual-manual... tak delah kes tertinggal gunting dalam perut... Pada tahun tu... semua kerja pembedahan dibuat oleh robot... hanya perlu pilih 'mode' jenis pembedahan je macam nak bedah jantung atau nak bersalin... terus mesin tu buat je pembedahan...

5) Kesimpulan dari cerita tu golongan saintis ni masih belum mampu menjawab persoalan "Mengapa manusia di cipta?"... dan golongan yang mempercayai teori darwin ini meneruskan pencariannya ke planet lain...

Aku cadangkan tak payah tengok lah... buat pening korang je nak paham nanti... gi tengok Madagascar 3 lagi best kot...







No comments:

Post a Comment