Thursday, December 13, 2012

Citer Serammmm....

1) Tahukah anda... abang nak citer seram ni... tapi tak tahulah korang seram ke tak bila baca ni... citer ni abang dapat selepas mendengar kisah kisah mereka yang berada di site abang ni... tak tahu nak percaya ke tak... Bak kata Dr Fadilah dalam Al-Quran ada Jin dan Syaitan je... Mak bapak kita je yang takutkan kita dengan hantu...bila maghrib dah dekat suruh kita masuk umah sebab ada hantu berbanding takut kn pada Allah S.W.T...

2) Antara citer yang abang dengar... terdapatnya sebatang pokok yang telah mati... pekerja cuba memotong pokok tersebut... namun mesin pemotong tersebut mati dengan tiba-tiba... menurut pekerja di situ, pokok tersebut mempunyai 'tuan'... dan mereka pernah ternampak 'sesuatu' terbang dari pokok tersebut ke pokok lagi satu dalam hutan pada waktu maghrib... Nasib baik pokok tu tak kaco lalu lintas... makanya terpacaklah pokok yang tinggi tu...

3) Apa yang peliknya... 'tuan' pokok tersebut ingin kan durian... maka pekerja-pekerja tersebut mengadakan jamuan makan durian pada waktu rabu malam baru-baru ni... mereka jugak turut jemput abang... katanye lepas bacaan yassin oleh ustaz ada majlis makan-makan durian... lain macam je... tapi abang tak dapat join sebab malam tu tengok Twilight... tiket wayang rabu malam RM 6 je tu...

P1120830 by pauzikassim

P1140702 by pauzikassim
Ini lah pokok yang abang kata kan... siapa lah yang ilmu tinggi mampu tebang pokok tu?? mungkin kene bagi durian musang king kot?

4) Ada citer lagi... ada pekerja pernah melihat lembaga berkain putih berlegar-legar di ruang dewan makan yang masih dalam pembinaan... kejadian tersebut pada waktu malam... seram jugak lah abang nak jalan kat dewan makan walaupun waktu siang... tapi macam biasa... depan orang ramai mesti abang kene berlagak berani... berlagak jantan... berlagak Fahrin Ahmad dapat Tasha...

P1150704 by pauzikassim
Ini adalah dewan yang abang katakan tu... kat dalam tu lah lembaga berkain putih berlegar-legar di ruang makan... 

565617_10151180915273171_489627809_n by pauzikassim
Ini abang... sedang mendengar kisah 'lembaga kain putih' yang berlegar-legar di ruang dewan makan tersebut seperti yang didakwa... abang bagi cadangan kene panggil Uncle Seekers ni...

5) Ada citer lain pulak... Seorang pensyarah pernah menegur seorang wanita dengan bayi kecil di tandas di blok pentadbiran... wanita tersebut baru lepas mandi pada waktu maghrib... lantas pensyarah tersebut menegur wanita tersebut... tanpa berkata kata apa apa... wanita tersebut bergerak terus ke arah site meninggalkan pensyarah yang dalam keadaan terpinga-pinga... Keesokannya pensyarah tersebut bertanyakan pada kami semua semasa dalam meeting... lantas semua berkata tiada wanita dengan anak kecil  di site tersebut... Arghhhh... Sudahhhhh....

6) Ade citer lagi... pensyarah tersebut pernah menahan sebuah teksi pada waktu tengah malam... dan beliau bertanya pada pemandu tersebut apa yang dia buat kat sini... pemandu tersebut memberitahu kepada pensyarah tersebut yang dia baru sahaja lepas hantar seorang wanita kat atas tu (merujuk kepada site tadi sebelum ia dibina)... Pemandu tersebut memaklumkan meriah sungguh majlis perkahwinan tersebut... walhal pensyarah tersebut maklum bahawa kat atas tu hanyalah hutan... 

7) Begitulah beberapa citer seram yang abang berjaya kumpul... dan baru baru ni ada kes pekerja kene rasuk... sekali lagi mereka menyalahkan sesama sendiri kerana tidak membuat sebarang 'ritual' semasa menerokai kawasan hutan tersebut... terserah pada anda untuk mempercayainya... dan baru-baru ni diorang ajak abang tido asrama yang baru siap tu... tapi abang malas lah nak tido asrama tu... bukan ape... abang dah 10 tahun tido kat asrama... bosan lah...


UNCLE by pauzikassim
Sebut pasal Uncle Seekers tadi... kat mana dia ek skrg? last abang tau dia kene tangkap pasal positif dadah katanye... ada sape2 tahu kabar dia??

Nota: amacam citer abang... ada macam Mastika tak?? hehe...

No comments:

Post a Comment