Wednesday, January 30, 2013

Purnama Retak Seribu : Syed Azidi Syed Abdul Aziz a.k.a Kickdefella

IMG_3303 by pauzikassim


IMG_3304 by pauzikassim

1) Baru-baru ni abang baru habiskan membaca sebuah buku berunsur politik... Buku ni abang perolehi secara percuma daripada seorang bekas pegawai Kerajaan yang berjawatan agak tinggi... Terus terang dia kata dengan abang dia Pro Umno... Abes abang kene sekolah dengan dia... anak muda zaman sekarang sudah lupa asal usul melayu dan perjuangan bangsa melayu katanya... senang sangat percaya dakyah-dakyah DSAI...

2) Tujuan abang jumpa sebenarnya nak bincang pasal kerja je... dalam kepala otak abang pikir mana lah load pump ni... nanti pandai lah abang beli kabel saiz ape kalo dah ade load pump tu... tapi tahan je lah dengar ceramah pagi-pagi tu... Padahal dia tak tahu yang abang ni tak kisah sangat siapa yang memimpin.. yang abang tahu dalam kepala otak abang... Gulingkan Kerajaan... itu je... ape2 hal.. gulingkan je dulu kerajaan... lepas tu baru pikir siapa yang nak memerintah... Sosialis ke... Kapitalis ke... Komunis ke... Slipknot ke...

3)  Buku ni menceritakan kepincangan pemerintahan PAS di bawah pimpinan TGNA... Gila betul si Kickdefella ni... abes semua rahsia kat Kelantan tu dia bongkar... Dia korek betul betul habis lah KEBOBROKAN Almenantunya TGNA iaitu Ir Arif fahmi yang menjadi COO dalam PMBK... Banyak lah rahsia kerajaan Kelantan yang kickdefella ni tahu... Katanye... pemerintahan TGNA dgn Almenantunya Arif Fahmi tidak ubah seperti pemerintahan Ahmad Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin yang pilih kasih... Maka betul lah kata orang... nak tegur macam mana menantu sendiri... itukan anak orang... Kah Kah Kah...

4) Lagi yang Kickdefella korek isu komisyen duit kayu balak yang perlu disalurkan ke tabung PASTI... di mana tabung PASTI adalah NGO yang berkait rapat dengan PAS... segala surat surat abes si Kickdefella letak dalam buku tu... kesian pulak aku tengok PAS bila rahsia ni terbongkar ke seluruh Malaysia...

5) Sedikit sebanyak terpengaruh jugak lah abang dengan fakta fakta yang ada dalam buku tu yang memberi impak negatif... Hm... nak buat macam mana... kita hanya ada dua parti yang mengaku Islam dan Melayu iaitu PAS atau UMNO... tapi tak tahu mana satu yang lebih kuat dakwaan dia lah melayu dia lah Islam... abang takut ada yang jual agama je... kat Malaysia ni orang pakai serban senang je nak jual agama... sama macam mat saleh kapir makan babi minum arak jual barang kat malaysia... semua percaya barang mat saleh ni bagus...

Nota: abang rakyat yang marhaen ni serabut lah nak pangkah mengundi nanti...

Sharifah-Zohra-Jabeen1 by pauzikassim
Kah kah kah... Ini minah adalah pejuang melayu sebenarnya... Kah kah kah 
Kah kah kah... dia ni kuat dalam memperjuangkan hak melayu....kah kah kah
 sampai KIMA pun tak mengaku dia adalah salah seorang ahli persatuan tu... Kah Kah Kah...

No comments:

Post a Comment