Wednesday, March 6, 2013

Menjadi Armatur Tourist Guide

1) Tahukah anda... hari Isnin kelmarin abang menjadi JURUpelancong untuk pelabur dari Qatar... Ambik ko... ni semua gara-gara bos abang tak nak layan investor dari middle east sebab ragu-ragu... sudahnya abang lah jadi mangsa nak layan diorang ni...

2) Kisahnya bermula apabila investor ni ingin interview semua yang terlibat dengan projek dia... abang yang tak pernah tahu menahu langsung digesa oleh bos untuk hadir interview tersebut di KL... Berbekalkan MUET Band 2... Bahasa Arab 6C... abang gagah kan jugak diri ini untuk hadir interview tersebut... Well... seperti yang korang tahu perangai abang... Abes abang sembang kencang pasal projek dia... kene ade PMU lah... ni kene pasang lightning ni... banyak kilat ni... abes semua abang kuarkan apa ilmu yang ada... padahal satu haram jadah abang tak pernah tengok pun drawing projek investor ni...

3) Selepas interview semua orang... satu hal pulak investor ni nak tengok keadaan ofis masing-masing... di sinilah bermula nya investor ni naik kete abang dan tour dari ofis arkitek... sampai lah ke ofis abang... abes dia interview semua staf... abang pun sempat lah tunjuk kabel kabel yang pernah abang tarik kat stor tu... dari sekecik kecik saiz 1.5mmsq sampai ke 240mmsq abang kencingkan ke investor ni...

4) Lepas jalan kat ofis... abang kene hantar diorang ke hotel the zone KL... sempat lah diorang request ke abang untuk bawak jalan jalan ke KL...Jom layan gambar apa yang ada....

IMG_3778 by pauzikassim
Selepas abes je interview... abang telah edarkan gambar diorang ni ke kawan kawan abang yang lain... takut pulak abang jadi Keldai Dadah... Yang putih tu berwarganegara Palestin... manakala yang gelap tu dari Somalia... Kaya diorang ni beb...

IMG_3782 by pauzikassim
Diorang nak sangat tengok KLCC... so abang bawak lah masuk KLCC ni...

IMG_3783 by pauzikassim
Ko tengok nafsu diorang... abang lepas makan 4 slices je... yang lain selamba diorang abes kan....

Lepas makan di KLCC... mereka request pulak ke abang nak jalan-jalan kat Bukit Bintang... Ai... risau pulak abang nak bawak diorang tempat macam tu... Abang pun dah lama tak lepak Bukit Bintang ni... Dulu zaman zaman 125Z tu rajin lah... tapi diorang nak jugak sebab diorang tahu situ banyak kedai Arab... Ok lah abang bawak...

IMG_3789 by pauzikassim
Terkejut diorang tengok apa yang berlaku kat Bukit Bintang ni... sempat pulak ada satu cina ni nak jual lendir... aduh... malu  abang dibuatnya... Memang dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah pun Bukit Bintang ni punye bisnes... Letak lah bangunan tinggi tinggi... tapi kalo tiada kemajuan ummah tiada gunanya... setakat bisnes kelab malam... zaman nabi luth pun dah ada... 

Diorang ni dah lah alim... sepanjang abang borak dengan diorang... mulut diorang berbicara pasti sepotong ayat al-quran akan terpancar... tasbih, tahmid istighfar tidak pernah lekang daripada mulut diorang setiap kali berbual...

abang yang melayu ni rasa segan pulak sebab tak dapat berbicara macam diorang... itu lah amalan...

IMG_3786 by pauzikassim
Boleh pulak dia ni terserempak dengan sepupu dia... sepupu dia ni sedang belajar master kat UM dalam accountant... kerja part time sebagai supervisor restoran nak bayar duit yuran... Masha Allah... semoga Allah mudahkan urusan diri ini dan dan diri nya...
IMG_3790 by pauzikassim


IMG_3791 by pauzikassim
Abes pusing bukit bintang... abang bawak dia makan buah kat kedai cina mana entah... dia tak pernah rasa dragon fruit tu... nak bagi makan durian takut pengsan pulak kepanasan... satu hal nanti nanti nakbawak gi hospital

IMG_3785 by pauzikassim
Lepas tu... dia nak minum coffee turkish... dia kata kedai arab je ada... belasah je lah bawak masuk kedai ni... nasib baik ade...

IMG_3794 by pauzikassim

IMG_3795 by pauzikassim
Ini coffee turki... mak ai cenonet nye... harga sampai RM 15... ek eleh...

Nota: Betul ke middle east dah tak de duit?? abang dengar citer UEM yang besar bagak kat Malaysia ni senang senang je kene tipu dengan pak arab...

4 comments:

  1. assalamualaikum bro,

    bersangka baik n beeecareful:-)

    mohd adinor

    ReplyDelete
  2. Letak lah bangunan tinggi tinggi... tapi kalo tiada kemajuan ummah tiada gunanya... setakat bisnes kelab malam... zaman nabi luth pun dah ada...

    saya setuju^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecut perut bila baca balik kisah nabi luth...

      hanya dipisahkan dengan satu garisan...

      bukannya tembok berlin atau tembok besar cina

      Delete