Wednesday, December 31, 2014

perempuan dan abang...

1) Tahukah anda... abang sebenarnya seorang lelaki haha... nama pun abang kan... jadi semestinya abang seorang lelaki... sebagai seorang lelaki pada pandangan abang mesti kene ada tiga perkara ni yang akan memeningkan lelaki... berikut adalah senarainya:-

a) Pangkat...
Seperti biasa... seorang lelaki adalah ketua dan perlu menjadi ketua... jadi memang banyak kita tengok lelaki akan memegang jawatan jawatan besar... Ya... memang ada wanita yang akan pegang jawatan besar... tapi bilangannya kecil... bagi abang pulak... pangkat abang tak delah besar sangat... kuli beli dengan tarik kabel je... cukup bulan dapat lah duit haha... jadi pening abang terhadap pangkat kecik je... tapi abang tetap seorang lelaki hehe...

b) Duit...
Dah ada pangkat... mesti lah dah ada duit kan... lagi besar pangkat lagi besar tanggungjawab... bak kata Uncle Ben kepada Peter Parker 'With Great Power Comes With Great Responsibility'... masa tu dia baru sahaja dapat power jadi spiderman... ok,,, abang banyak sangat tengok DVD ni... so abang tak de lah pening sangat pasal duit ni... macam biasa, cukup bulan abang tahu bila abang  beratur depan atm machine tu duit mesti kene ada... kalo tak de... memang kene tendang lah atm machine tu sebab abang nak buktikan abang ni lelaki haha....

c) Perempuan...
Haha... sampai dah isu kemuncak... ini untuk orang yang berduit dan berpangkat... jadi dia punye pening terhadap perempuan akan tinggi hehe... oleh kerana abang tak de item a) dan item b) jadi pening abang terhadap perempuan pun rendah haha... harap pembaca wanita percaya statement abang... 

abang hanya pikat perempuan dengan hati yang tulus dan janji setia kah kah kah... jadi untuk mengelakkan abang pening terhadap perempuan... abang ada lah set beberapa kriteria supaya kurang peningnya...

Pertama:
Dia mesti berasal dari Selangor dan menetap di Selangor... Kuala Kubu Bharu yang dalam selangor pun abang terasa jauh dah hehe... dulu abang sekolah kat KKB tu... jadi tujuan nya untuk elakkan abang pening nak balik kampung... cukup lah abang merasa jadi perantauan kat Skudai selama lima tahun... terasa lama gila... 

Kedua:
Level education nya... yang ni agak penting... abang mahu pemikirannya melangkaui batasan sempadan Malaysia bawak ke Dimensi Keempat Teori Angkasa Lepas... bukan setakat level URTV atau Meletop... jadi secara minimumnya kelayakan dia mesti ada degree dengan pointer 3 ke atas tanpa extend... kalo boleh tak de PTPTN... satu hal kene pikir nak bayarkan nanti...

Degree pun kene yang up up lah macam sains sosial ke... sains politik ke sains sukan ke haha... sebab dia kene handle topik perbualan abang... topik perbualan abang bukan calang calang... kadang-kadang Ulama' atau Profesor je yang boleh duduk sembang dengan abang... 

Ketiga:
Kerjanya... abang kene pastikan dia bukan kerja sebagai seorang pelakon... bahaya nanti... abang tak tahu dia menangis tu nanti memang original atau sekadar menjiwai watak... sebab tu abang hanya mampu berkawan je dengan Hanis Zalikha... tak lebih dari itu... 

Dengan syarifah amani pun kami hanya sekadar kawan

Selain itu, perempuan yang kerja sebagai pramugari... yang ni pun abang cuba elakkan... bukan sebab abang nak hina keje diorang jual nasi ayam kat dalam flight tu atau kene kutip sampah ke atau cuci tandas ke... tidak kerana itu... bukan itu sama sekali... 

Tapi kerana senyumannya... sebab keje diorang ni asik senyum je... abang penat2 angkat drawing masuk dalam flight lepas tu diorang nampak abang mesti senyum... abang sakit perut nak berak kat belakang tu pun diorang akan senyum bila abang masuk jamban... abang keluar jamban pun diorang nak senyum gak... nanti kalo kat rumah abang pun tak tahu senyumannya tu original ke tak...

Yang ni abang bergambar dengan pramugari... tengok tu... mesti nak senyum je... 

Keempat:
Minat terhadap muzik dan Manchester United... yang ni penting... perempuan tu mesti suara nya sedap menyanyi... sebab abang kalau main gitar sambil menyanyi suara abang tak sedap... jadi bila abang petik gitar dia mesti nyanyi untuk hiburkan abang... kadang kadang dia pun kene ikut abang pegi konsert... sebab itu je hiburan abang... 

Selain tu... Manchester United... sebab abang kenal MU ni sejak dari abang darjah tiga... jadi dia kene ikut abang minat kat MU... kalau dia Chelshit atau Arsengal... sila jauhi dari abang... 


Perempuan ni vokalis kumpulan Salam...

Begitulah beberapa kriteria yang ada abang letakkan pada seorang perempuan... walaubagaimanapun... sebagai seorang lelaki abang tetap akan mendahulukan ibu abang dan adik perempuan abang... tapi tak pe... abang boleh je balancekan hubungan kasih sayang ni...

Sebab kehebatan seorang lelaki sebenarnya adalah kerana mereka mampu untuk menyayangi lebih daripada seorang wanita... mungkin dua... mungkin tiga...  amacam.. hebat kan lelaki ni...


Nota: Takziah kepada mereka yang terlibat dalam nahas QZ8501... tidak ada apa yang dapat digambarkan di atas kesedihan mereka itu...

No comments:

Post a Comment