Monday, February 29, 2016
Mencari Cinta Sejati
Asal masuk bulan dua je mesti nak sembang pasal cinta kan kah kah kah... hurm ada lah sekali abang sembang pasal cinta zaman sekolah dulu...kisah cinta zaman sekolah
Tapi itu cerita zaman sekolah... ape lah yang kita tahu sangat... aduh... tak tahu nak start macam mana ni... mata ngantuk dah... tapi try lah sembang gak dengan korang kan...
Bila kita dewasa... kisah cinta kita pasti berlainan kan... mungkin kita berharap pasangan itu akan menjadi teman kita sehidup semati... itu secara ideal nya yang kita harap... atau dari segi teori nya hukum itu mesti jadi kerana menjadi lumrah kita bahawa emosi gembira adalah emosi yang kita suka... jadi mengapa ada yang masih bersedih dalam percintaan ni...
Ya... cinta ini adalah satu emosi bukan... mana mungkin kita dapat mencipta model matematik untuk memastikan hubungan cinta kita kekal... amat sukar untuk kita menjangkakan hati dan perasaan seseorang itu... walaupun sehebat mana ilmu kebarangkalian atau statistik kita... pasti sukar juga untuk kita meneka pengakhiran percintaan itu...
Terlalu banyak parameter yang akan kita pertimbangkan dalam mencari cinta sejati ni... parameter yang menjadi pilihan selalu nya berbentuk fizikal... kerana itu yang senang kita nampak melalui mata kasar... dan seterusnya mempengaruhi pilihan kita dan berjaya mengaburi mata hati... sangat bahaya bukan...
Jika kecantikan menjadi kayu ukur kebahagian... mana mungkin Nora Danish dan Fasha Sandha berpisah dengan lelaki yang sama iaitu Jejai kah kah kah... ini abang no comment haha... gila apa dua dua hot kene tinggal...
Jadi kepada pembaca semua... jangan berhenti mencari cinta sejati korang... (sorry terpaksa ending terus mata ngantuk)... jangan takut untuk berasa sedih gembira terkilan ditinggalkan dijahanamkan haha emosi pulak kan... kerana jodoh rezeki mati hidup kan ketentuan Ilahi... tapi bukannya bermaksud untuk kita menyalahkan takdir... kerana apa yang berlaku pasti ada sebab... pasti ada hikmahnya...
Dalam usaha mencari cinta sejati ini juga jangan lupa... pengorbanan mesti dibuat... walaubagaimanapun pengorbanan setiap pasangan itu sudah pasti berlainan... ada yang berkorban sangat besar fight sana sini dan mungkin ada yang mudah sahaja... Ianya betul betul bergantung pada keadaan kan...
Jahanam vokal ke laut terus... kah kah kah
Sunday, February 7, 2016
Subculture & ACAB: Two Decades of Rebellion
1) Tahukah anda 24hb Januari 2016 abang berkesempatan untuk turun hard rock layan gig... pergh rasa lama dah tak turun gig ni... makan tahun gak lah ni... tapi gig kali ni mana bole abang nak lepaskan... band punk made in Malaysia ni iaitu Subculture... nak tunggu band Rancid entah bila lah nak datang Malaysia kan...
2) Lagi satu... dua dua band ni betul betul mengulit kenangan... ye lah... abang layan lagu2 Subculture ni masa zaman study ni... zaman2 tengah membesar jiwa rebel kah kah kah... kalo lagu ACAB pulak abang buat untuk turun jamming... masa layan gig ni abang rasa macam abang stone je kah kah kah... tengok video yang rekod balik tu haha... dah macam kene rasuk masing2...
3) Paling abang layan masa Subculture bawak lagu Blue Skirt Baby & lagu cover dari Rancid - Ruby Soho... pergh... masa bawak lagu2 ni memang naik syekh lah abang... lagu penutup Subculture tu lagu Ruby Soho... rasa sedih wooo... menunggu Rancid datang Malaysia ni...
4) Masuk je ACAB punya turn... abang pun ke belakang lah slow2... budak2 skin ni ko paham2 lah... tengok gig pun nak bergaduh... tu yang lintang pukang bergaduh kat luar tu lari masuk dalam... overall memang layan gig ni... sampai hilang suara lah melalak lalak kat dalam tu...
sebulan awal dah beli tiket... memang menjadi kebiasaan abang beli tiket awal... paling celaka tiket Taylor Swift... hari pertama jual tiket abang pergi kat Rock Corner The Curve terus Sold Out...
Diorang ade buat tour... jadi yang mana terlepas kat KL... boleh lah gi kat tempat lain...
Dah macam mini reunion ni... umur lanjut... tapi jiwa masih Rock & Roll kah kah kah...
Malas pulak nak bergambar dengan Megat...
ambik selfie dari video... kalo terlepas video ni memang dajei lah haha...
Nota: Nasib baik cuti raya cina ni panjang... sempat lah abang update... kalo tak mahu bersawang ni kah kah kah
Subscribe to:
Posts (Atom)