Monday, February 29, 2016

Mencari Cinta Sejati


Asal masuk bulan dua je mesti nak sembang pasal cinta kan kah kah kah... hurm ada lah sekali abang sembang pasal cinta zaman sekolah dulu...kisah cinta zaman sekolah

Tapi itu cerita zaman sekolah... ape lah yang kita tahu sangat... aduh... tak tahu nak start macam mana ni... mata ngantuk dah... tapi try lah sembang gak dengan korang kan...

Bila kita dewasa... kisah cinta kita pasti berlainan kan... mungkin kita berharap pasangan itu akan menjadi teman kita sehidup semati... itu secara ideal nya yang kita harap... atau dari segi teori nya hukum itu mesti jadi kerana menjadi lumrah kita bahawa emosi gembira adalah emosi yang kita suka... jadi mengapa ada yang masih bersedih dalam percintaan ni...

Ya... cinta ini adalah satu emosi bukan... mana mungkin kita dapat mencipta model matematik untuk memastikan hubungan cinta kita kekal... amat sukar untuk kita menjangkakan hati dan perasaan seseorang itu... walaupun sehebat mana ilmu kebarangkalian atau statistik kita... pasti sukar juga untuk kita meneka pengakhiran percintaan itu...

Terlalu banyak parameter yang akan kita pertimbangkan dalam mencari cinta sejati ni... parameter yang menjadi pilihan selalu nya berbentuk fizikal... kerana itu yang senang kita nampak melalui mata kasar... dan seterusnya mempengaruhi pilihan kita dan berjaya mengaburi mata hati... sangat bahaya bukan...

Jika kecantikan menjadi kayu ukur kebahagian... mana mungkin Nora Danish dan Fasha Sandha berpisah dengan lelaki yang sama iaitu Jejai kah kah kah... ini abang no comment haha... gila apa dua dua hot kene tinggal...

Jadi kepada pembaca semua... jangan berhenti mencari cinta sejati korang... (sorry terpaksa ending terus mata ngantuk)... jangan takut untuk berasa sedih gembira terkilan ditinggalkan dijahanamkan haha emosi pulak kan... kerana jodoh rezeki mati hidup kan ketentuan Ilahi... tapi bukannya bermaksud untuk kita menyalahkan takdir... kerana apa yang berlaku pasti ada sebab... pasti ada hikmahnya...

Dalam usaha mencari cinta sejati ini juga jangan lupa... pengorbanan mesti dibuat... walaubagaimanapun pengorbanan setiap pasangan itu sudah pasti berlainan... ada yang berkorban sangat besar fight sana sini dan mungkin ada yang mudah sahaja... Ianya betul betul bergantung pada keadaan kan...



Jahanam vokal ke laut terus... kah kah kah

1 comment: