Tepat 9 pagi aku tiba di bangunan TNB untuk urusan semakan kelulusan bangunan TNB... dah sampai semakan ketiga tak lulus2 lagi... hm.. mengeluh panjang aku... memandangkan appointment aku dengan mamat TNB ni pada pukul 10 pagi... aku pun terus menuju ke gerai melayu bawah pokok yang berhampiran dan rata-ratanya adalah pekerja TNB yang sednag breakfast pada pukul 9:15 am... Aku pun duduk lah sambil menikmati breakfast aku secara individu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...
Tiba-tiba datang satu mamat yang agak segak datang menegur aku... Dan aku memang tak sukalah cakap dengan stranger kerana takut aku diculik... salah satu pesan mak aku pada aku masih kecik "Stranger is danger"
Dia: Assalammualaikum bang...
Aku: Waalaikumsalam (mamat ni tak tahu hadis ke yang kita tak bole bagi salam pada orang tengah makan... nak berceramah karang menagis pulak mamat ni)
Dia: Abang buat bisnes ke?
Aku: Tak lah... saya kuli je...
Dia: o... saya ingat abang buat bisnes ELKEN (Bangunan ELKEN adalah bersebelahan Bangunan TNB yang aku nak gi)...Aku pun mula rasa gelisah kerana tak ade masa nak layan orang macam ni... lantas aku terus bangun nak gi bayar makan aku
Dia: abang tak minat nak join kitorang ke? Nak saya perkenalkan kan plan kita bang?
Aku: Mintak maaf lah bro... aku tak sempat dah ni sebab aku ada appointment pukul 10 ni...
Dia: kalo macam tu lepas ni abang contact saya k... (Lantas dia menulis nombor phone dia pada sehelai kertas)
Mamat ni nak bisnes... name card tak de ke... so aku pun meninggalkan mamat tu dengan segera terus ke bangunan TNB....
Di Pejabat TNB...
terpaksa menunggu pegawai TNB tu lebih setengah jam... lepas tu aku terus jumpa dia dan malang sekali baru tu lah dia nak semak drawing aku... sesungguhnya aku tiada masa nak layan atau mengajar orang baca drawing... lagi-lagi itu adalh drawing dari Arkitek aku yang sibuk dok kejar aku bila drawing dia mau approve... Malang sekali kerana masih ada lagi komen yang perlu dibaiki... maka terpaksalah aku mengadap Arkitek aku untuk wat lukisan semakan keempat...
Jam telah menunjukkan pukul 12 PM...
Aku pun dengan pantas menuju ke KPM putrajaya bagi urusan penilaian tender... yang ni pun satu hal gak nak melayan karenah QS aku... mana taknye... tak penah penah dalam hidup aku projek pakej M & E kene evaluate gak... karang aku pilih petender nombor 3... ko pulak tak setuju nak pilih nombor 8 plak... so lebih baik aku tak payah nak pilih... demi ingin memuaskan nafsu dia.. maka tersadai lah aku kt KPM untuk menilai tender orang yang sememangnya aku tak suka nak buat.... Dah lah aku rasa pelik sebab tak payah angkat sumpah tu... sedangkan aku masa gi evaluate kat JKR asik kene angkat sumpah je... nasib baik diorang tak suruh aku angkat sumpah adakah aku mengenali orang ni...
Kalo aku kenal orang ni mampus aku nak menjawab dengan wartawan...
Jam sudah pukul 4:30... mengenangkan banyak lagi tender nak dinilai dan tiada pulak angkat sumpah untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan...Tanpa merasa bersalah kerana aku sentiasa merasa betul... maka aku dengan pantasnya telah menyeludup beberapa dokumen tender supaya aku selesa nak buat kat umah dengan hanya ber'boxer' sambil berguling2 je...
Consultant dari kuching... skali hantar hackers sampai empat orang tu... best lah mu dapat siap cepat...