Sunday, October 3, 2010

Kisah Aku Mendapat Ilmu Dunia

Nama penuh aku Mohamad Pauzi bin Mohamed Kassim... aku pun x tau mcm mn name aku ini diperolehi.... dari segi ejaan jika anda perhatikan macam ada salah eja kerana kebiasaanya kita akn dengar Fauzi... aku prnh keutarakan soalan ini kepada bapak aku... tp dia x prnh jwb knp dia letak huruh 'P' berbanding 'F'... namun aku perasan apabila bapak aku mengeja sesuatu perkataan pasti kesalahan ejaan begitu teruk sehingga adik kecik aku yg berumur 10 tahun pasti akan menegur ejaan bapak aku tu... x heran lh kalo bapak aku eja nama aku mcm tu hehe..."tp abah... abah bagi nama kat along panjang sgt lah... along nk jawab soalan  math kejut pn x sempat masa kt UTM sbb nama pnjg sgt... rugi semint untuk setiap page yg kene tulis nama" keluh aku kepada bapak aku... ape2 pn sbb bapak aku ni lah aku lahir kt dunia ni... dilahirkan pada 6 november 1984 kalender matahari, 15 safar ikut kalender bulan... so boleh tahu lh brp umur aku skrg iaitu 2010 - 1984 = 26...
nombor surat beranak G 077875 IC 841106105393 ... yang ni pasti x salah eja sbb kerajaan yg bagi nmbr ni... kalo salah gak mknenye diorg x wt keje lh kot hehe...

Aku dibesarkan dari keluarga yang x lh kaya sehingga bole mkn KFC hari2 dan bkn lh dr yg miskin smpi hari2 mkn ns dgn lauk ikn bilis goreng... (lauk ikn bilis goreng aku prnh mkn ms pantang berkhatan) sederhana dan secara umumnya tiadalh yg istimewa terhadap kanak2 seperti aku kerana aku bukan lh kanak2 istimewa mcm Adi Putra yang boleh menyelesaikan soalan kamiran pada umur 7tahun walhal aku bljar dulu kamiran ms form 5 tp msh belum tentu lagi dapt selesaikan soalan tersebut dan bukan juga seperti Siti Muslihah yang mampu menghafal yassin dan juga pndi menyanyi sedangkan aku ms tu br hafal al fatihah dan lagu as maaulhusna... aku juga tidak ditawarkan ke kelas kanak2 istimewa masa skloh rendah dulu kerana ibu bapa aku dan guru tidak dapat melihat sebarang keistimewaan terhadap diri aku...

Pendidikan awl yg aku perolehi adalh dari ibu bapa aku bermula dari kandungan sehingga umur 6 tahun... ketika itu pelajaran yg aku perolehi adalah memanggil lelaki yg tua sket dgn "abah" dan perempuan yg ade kt dpn aku "emak" dan bacaan selawat2 ABC dan 123 serius aku x tau, cara menulis juga x diajar menyebabkan tulisan aku sehingga hari ini masih x berubah keseniannya... kemudian mak bapak aku telah menghantar aku ke tadika yang bernama Al-Arqam... itu lh tadika yg hampir dengan rumah aku... pergi jalan kaki je dalam 5 minit... tadika itu lebih mengajar berlandaskan islam, sehingga hari ini aku masih igt aku mkn dalam dulang bersama rakan2 dan guru perempuan aku pasti akan pki purdah bila dia nmpk lelaki dan kemudian menanggalkn purdah tersebut selepas lelaki tersbt brlalu... aku yg masih kecil ketika itu terpinga2 dan bila sudah dewasa barulh aku tau knp cikgu pmpmn tu wt mcm tu sbb dia nk jg aurat dia... aku pn kata ooooo....

Selepas tamat di al arqam... aku pn x tau al-arqam tu btl ke ajaran sesat so aku x sempat nk kaji... tp aku tau ajaran dia kt aku ms tu elok2 saje sehingga org kampung aku begitu menyokong masa tu... aku melanjutkan pelajaran aku ke Sek Rendah Kebangsaan Telok Pulai... itupn lps pndi ABC dengn pndi tulis... aku masih igt cikgu2 yg garang terhadap aku sebagai contoh Cikgu Jemaah... dia pernah lempang aku dua tangan ketika subjek bahasa melayu kerana tulisan ku yg x seni... "tp x pe cikgu saya dpt nmbr 4 dari 20 org" kata aku kpd cikgu aku masa tu br drjh satu... aku pnh mengadu hal ni kepada ibu bapa aku... tp korang taulh jawapannya... "padan muka, sape suruh x dgr ckp cikgu" kata mak aku... aku pn berkata semula dalam hati... alah sbb mak dgn abah x de pangkat kt PIBG tu... tu yg takut nk g jmp cikgu... cube kalo lawyer practice mesti beria2 nk saman cikgu tu sbb nk tnjk power hehe... Masa drjh dua pula aku prnh kene tempeleng smpi melekat kt papan hijau dgn Cikgu Harun sbb x hafal sifir dua... x cukup dgn itu, dengan selambernya esok dia pggl aku kt perhimpunan suruh baca sifir empat pula di depan khalayak ramai padahal mlm tu aku beria2 hafal sifir dua je... malu punye x terkata lh masa tu sbb lgsg x bole baca sifir sehingga aku rasa saham aku jatuh dn x mmpu nk ngorat noraliza atau haliza (Pengawas Paling Hot) ms tu huhu...  Masa tu terasa bodohlah," tapi skrg aku dh hafal lah cikgu sifir dua tu"... kata aku dalam hati ketika terlihat Cikgu Harun beli barang kt Giant Bukit Tinggi tahun lepas... dia masih pendek mcm dulu... dan aku sudh tinggi berbanding dia hahah...

Darjah tiga kene ketuk dengan Cikgu Azman sbb msk kelas lambat... darjah empat hmmm x de rasanya... drjh lima pn same gk lh darjah enam kene skali dgn Cikgu Theva... dengan selambernya dia lontar buku latihan matematik kt muka aku yg agak kacak lh ms tu dn antr lelaki yg menajdi sebut2an dikalangan gadis2 kerana mengatakan tulisan aku sggh tidk seni... Mereka semua x tau menghargai keseniaan aku... mereka x phm ape itu seni... Ckp citer skolh rendah aku dan seperti biasa tiada lh apa yg istimewa terhadap diri aku kerana dari drjh satu smpi drjh enam tidak berkesempatan pn msk kelas kanak2 istemewa... dapat lah UPSR 3A 1B dan B itu pstilh bahasa inggeris kerana bahasa rasmi keluarga aku adalh bahasa melayu disamping bahasa rasmi negara kita adalah bahasa melayu... (Padahal masa tu beria2 hafal lagu Kurt Cobain "About My Girl" yg sah2 bahasa amerika...) o... pttlh x dpt A kt BI ms UPSR sbb br aku tau kita guna BI British sedangkan aku jwb UPSR guna BI Amerika.... o... no wonder lah they cant understand hahahahahahah

Seterusnya aku ke Sekolah Menengah Agama Tinggi Kuala Kubu Bharu (Asrama) kerana permohonan aku nk ke Asrama Yayasan Selangor di tolak mentah2 kerana BI amerika aku tidak diiktiraf sbb Amerika x pernh jajah kita... Aku dpt msk ke sekolah tu kerana keputusan SPRA aku yg agak sedang2 iaitu 70.9... Masa Tingkatan Satu aku diletakkan di kelas 1.4 yang rata2 nye keputusana SPRA di julat 70-75... Baru lah aku sedar yg aku telah ditempatkan di kelas yg terakhir atau bahasa kasarnya budak bodoh huhu... Masa tu mmbr2 aku yg pndi mcm nabil muharram aza majid ade kt kelas 1.1 dimana purata keputusan SPRA diorg 90-99... Oh begitu jelesnye... terpaksalah aku berkawan dengan kawan yg sama bodoh seperti Qudry dgn Dzul Izwan... Aku pn x tau ape jd kt diog skrg ni... Semasa Tingkatan Satu tiada yg buli aku kerana aku agak comel dan aku ade Abg Angkat dr Form 5 yg pengerusi Silat Gayung... Back up besar tu wo....

Naik Tingkatan Dua aku sudah tiada back up bsr sbb dia dh abs SPM menybbkn aku telah mula di'pau' mcm maggi dan biskut sayur... Secara umumnya aku telah dipukul oleh senior masa Tingkatan Dua antara kesalahan berikut:-
1) Tidak Hadir Sembahyang Jumaat(Qudry ajk aku mkn cendol bwh pokok) - Aku dan qudry telah dipukul oleh bdk2 Form 4 tersebut yg rata2nye dr SamTaj diketuai oleh Anyit don konco2 nye... Selepas kejadian mlm itu, mereka semua telah dibuang sekolah kerana Ketua Umum masa tu diterajui olh Abg Odeng yg telah menyaksikan kejadian tersebut telh melaporkan terus ke Cikgu Anas. 

2) Mengurung bdk Form 1 yg benama "nyempeng" ke dalam lokar - Aku x tau plk Abg Agkt dia Pengamal Ilmu Tomoi dan aku tlh dihentam seteruk2nya setelah dia mereport perbuatan aku... Geng Tomoi tersebut telah diketuai oleh Abg Khairul dan Abg Aziz dari Tingkatan 6 Bawah. Last aku tau psl diorg brjy melnjtkn pelajaran ke Al-Azhar Mesir yg prnh satu ketika dulu adalh salah satu senarai Univrsiti yg aku nk pergi bljr...

3) Menceroboh Dapur Kantin untuk makan burger percuma - Kegiatan aku selama sebulan telh terkantoi oleh Ewok dan Mektar yg ms itu sama2 ponteng prep malam... x sangka plk Ewok dn Mektar kamcing dgn brader kantin dan mereka telah menjadikan dapur kantin sbg tempt lepak dan main gtar dan sememangnya masuk dapur ikt pintu sdgkn aku beria2 lah pnjt dinding msk ikt loteng... tup2 dlm kegelapan mereka masih nmpk aku sbb aku brkulit putih mereka brkulit gelap yg aku x nmpk... Aku telah dipukul oleh Ewok dgn Pam Bola terus ke kepala aku....

Tingkatan 3 adalh thn PMR... tp aku masih lg dibuli oleh senior Form 5 yg br nk up... aktvt mingguan aku adlh mmbsh bj dn kst Form 5 mcm Nanu... Aku juga telah pndi pnjt pgr asrama kerana aku sdh tinggi, tiap2 minggu aku akn blk umh parents aku bg mengelakkan kene bsh bj diorg... semenjk itu lh port lepak aku adlh msjd negara utk tido... dan kotaraya utk main game dgn main kuda... sehinggalh kegiatan aku ini kantoi oleh ustazah yg telah melaporkan kejadian ke mak aku dimana aku tidak hadir Bengkel PMR seminggu yg dianjurkn oleh ustazah tersbt... Bila aku blk je... mak aku telah menunggu aku dn menayakan beberapa soalan yg mengkantoikn aku... lalu menitik lh air mata mak aku kerana dia adlh prmpn yg senang nangis berbndg aku lelaki yg x prlu menangis kerana ponteng sekolah... Dengan masalah ponteng dan pembulian dari Nanu aku telah memperolehi PMR 5A 2B 2C... KHB dn BM adlh B dan aku pasti BM aku dpt B sbb tulisan ku psti akn dikomen oleh pemeriksa sungguh seni... manakala C adalh untk sbjk BI British sdgkn aku jwb ikt amerika dan Bahasa Arab dimana aku slalu kutuk Ustaz Arab aku dress-up 60 an... sbb pki suar boot-cut tu... sdgkn suar aku gk ms tu boot-cut mgkt trend semasa... tempah kt Aztec Plaza Metro...

Dgn berbekalkan result PMR yg x seberapa...aku telah memohon MRSM... sekali lagi permohonan aku ditolak sbb BI aku adalh BI Amerika hm... mengeluh aku kerana ms tu aku hanya kenal kurt cobain yg mengajar aku BI tp x sgka plk dia dr Amerika sdgkn ms kck aku igt England dan Amerika sama... kalo x mst aku dh lepak dgn Chris Martin (Coldplay) x pn lpk dgn Bellamy(Muse) x pn lpk dgn Beckham(Bdg Kg delek)... Aku pn dgn rs rendah diri g lh sklh kt kmpg aku iaitu ACS... Dlm 2 minggu aku kt sklh tu... smpt plk ckgu disiplin denda aku dengan memotong rambut aku dikhalayak rmi...Aku telh mendpt tawaran ke Sek Men Agama Bestari Jais Subang Jaya... Aku pn g lh ke sekolh tersebt dgr cite sklh tu adalh sklh bestari dn hnya bdk2 terpilih shj lyk... skali lg aku yg bkn knk2 istimewa pn terpilih dgn bangganya g ke sklh trsbt... x sangka si Nabil yg dpt PMR 9A pn ade kt situ... Muharram yg 7 A pn ade gk... Ini bkn calang2 org aku jmp... sdgkn aku hanya 5A... aku mula mencari kwn br yg seangkatn result nye dgn aku dn x sangka ade rupanye yg 5A... mknenye bkn aku srg lh yg x pndi kt situ.. msh rmi lg rupanye...

Bermulalah Tingkatan 4 aku di sekolah town yg dkt dgn Summit dn Pariamid skali skale nmpk Sharifah Sofia dgn Muna celcom kt sbg parade... Aku dn rakan2 sekalian belajarlah sprt biasa dgn suasana br dn kwn br kerana Sek Bestari tu mengumpl kn org2 dr SAMER, SG BERT, SAM 10, SAMTAJ dn bermacm2 lg...
Maka brmcm2 lh perangai yg ada... Bdk2 ni Tingkatan 4 telah merokok, kuar mlm semata2 nk lepak CC main Counter Strike... aku yg x reti sgt main game pn ikt lh si Mucai Nuek dan Apip g lpk SS15... yg merokok tu adlh biasa bg lelaki dn aku x lpk sbb aku x hisap rokok.. karang sia2 je aku kene buang sklh sbb lpk dgn bdk hsp rokok walhal aku sdkt nafsu pn x de kt rokok tu... Kegiatan trsbt telah dihidu oleh Ustaz Ismail yg mmg alim dan bertaraf wali menybbkn rmi bdk2 Form 4 trkantoi... Hal ini juga menyebabkn pergaduhan dengan Form 5 kerana ketidakpuasan hati mereka trhdp bdk Form 4 yg otainye melbihi mereka... Tingkatan 4 yg dikepalai oleh Dollah dn Form 5 yg dikepalai oleh Ihsan, Darael ank pegawai rasuah dn Wan Jo yg jongos telh menyebbkn pergaduhn kecil tercetus strsnye tiada sapa menyapa sehinggalh mereka abs SPM... Tiada byk sgt cerita aku di SAMBEST melainkan aku slalu mendapat markah tertinggi utk sbjk Kimia dan Sejarah hahaha...untuk sbjk Add Math aku selalu berada di tempat kedua kerana Nuek yg berkacukan Cina yg pndi main sempoa psti mendapat yg tertinggi dn aku kedua dengan beza markah sebyk 45 per seratus... Thn 2001 aku menduduki SPM dgn selamat tanpa sebrg kes2 disiplin spt aku d Form 2 & 3 dan tanpa kene buli dgn Abg2 Form 5 kerana aku lh Form 5 masa tu... Berkat doa ibu bapa dan solat hajat aku slalu wt berserta puasa sunat 3 bln sblm SPM kerana SPM jatuh pada ramadhan... aku memperolehi 7A 1B 3C... sprt biasa B aku adlh BM kerana pemeriksa itu psti tidk dpt menghargai seni aku... manakala C adalh Lukisan Kejuruteraan kerana tgn aku brpeluh dn menyebbkn lukisan pensel aku comot... kalo pki Autocad mst cantik punye... sbjk Bhs Arab aku yg aku slalu hafal surh2 Al Quran tp x dpt nk gunakan wktu exam sbb diorg nk mintak aku ceritakan kenangan bercuti di pantai dalam bahasa Arab... Kalo tnye surah Al Ikhlas... bole lh aku tulis balik... dan satu lg sbjk C tdk lain tdk bkn BI Amerika aku... mane x nye... aku daftar kod sbjk 1119 ms SPM dimana pemeriksa nye adalh dr England walhal aku kod Amerika ms tu AK-47... dh dpt C sbb x phm BI aku...

Rata2 skolah aku byk menghasilkan keptusan SPM yg cemerlang sehingga walaupn dpt 7A msh blm boleh riak di kalangan shbt2 aku mcm Nabil ank lecturer dpt 9A, Pesot ank Arkitek( Bapaknye skrg satu projek dgn aku kt Balai Bomba Nenasi) dpt 10A dan Nuriman ank pilot 11A... Berbekalkan 7A ni aku pn memohonlh utk ke UTP(Galakan dari Bos aku masa krj kt XTRA supermarket)... permohonan aku tidak layak dan seterunya aku memohon utk bljr ke Jepun walhal tiada lgsg ade rupa muke jepun... skali lagi aku ditolak oleh JPA yg mengatakan BI aku x ckp layak... lalu aku terpinga2 kerana setahu aku org jepun x pndi BI... cite Dark Knight pn dia translate ke Jepun... Cite shin chan pn kita translate ke bahasa melayu...Disebabkn kekecewaan BI Amerika trsbt... Aku mula mendekati Band2 dr UK mcm Muse, Kepala Radio (Radio Head) Coldplay dan seterusnya menyokong Manchester United semata2 nk dgr gaya bahasa BI British dioarg... Rakan2 aku yg berjaya ke Jepun rata2 nye org Jawa telah membuat aku skali lagi iri hati dn tertinggal di Malaysia ini... Aku pn membuat permohonan ke UNITEN sbb ikt Aza Majid yg bpknye keje TNB... Fuhh lega dpt tawaran tersebut dn aku menerimanya kerana Uniten ade kolam renang bersaiz olimpik dn menawarkan kursus Ijazah Kejuruteraan Elektrik Kuasa( Pakcik aku yg kerja sbg Jurutera elktrik di MPS srh ambk kos electrcl engnr... katanye kt semua tempat perlukan elektrik bermakne semua tempt prlukan jurutera elektrik... tp dia lupa kt Tmn Kelip2 kuala selangor x perlukan jurutera elektrik sbb TNB x nk bg supply kt situ)...

Seminggu sblm aku mendaftar msk ke UNITEN aku telah ditimpa kemalangan kereta dan menyebbkan duit yuran aku utk msk ke UNITEN telah digunakan oleh bapak aku utk membaiki kereta trsbt... ArgH... kecewa teramat sgt... kalo x pst aku dh kenal Nurul Izzah tu x pn g tanye Saiful Bahari sakit x kalo masuk ikut blkg hahah... Aku pn menunggu lh tawaran dr univ kerajaan je lah sbb itu je yg tinggal dn aku psti nk masuk U kerajaan tdk memerlukan BI Amerika maupun BI British... Akhirnye aku mendapat tawaran ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam kursus Ijazah Kejuruteraan Elektrik Kuasa... Kalo aku x dpt further study... psti aku msh bkrja lg dpasaraya XTRA yg kini dh jd Giant...

Lalu terikat lh aku dgn AUKU selama 5 tahun di UTM... Tiada apa2 yg istimewa pn aku ni semasa di UTM dn sememangnya tiada kelas utk ank2 istimewa dimana aku hanyalah seorg pelajar yg start moto g kelas dn strt moto g balik kolej... tapi di fakulti aku ade seorg pelajar istimewa yg g kelas menggunakan kerusi roda berkuasa moto... skali pndg aku tgk dh mcm Stephen Hawking( Prof yg cuba membuktikan alam ini adalah dari tiada kepada ada yg sememangya di dalam Al-Quran telah ade citernye) dgn kerusi roda moto tu lh dia grade dgn kelas pertama krusus robotik katanye dia nk menaik taraf kelajuan kerusinye sdgkn aku yg ade 125Z yg pst n confirm dtg kelas bole awal punye sbb laju dn bole bwk awek lentik dpt kelas kedua je... Benarlah Allah Maha Adil... dengan moto yg dihadiahkan oleh PTPTN di mana aku tidak membayar balik duit trsbt setelah mndtpt tawaran biasiswa JPA yg satu ketika dulu prnh mengatakan BI aku x ckp lyk utk further study ke Jepun, aku telah menamatkan pengajian aku dengan jayanya tanpa sebarang subject repeat iaitu ijazah kejuruteraan elektrik kuasa kelas kedua atas dengan pointer 3.1 dari 4.0... terutama sbjk prgrmg (C Boelean & MikroP) sbb aku suck computer dpt D... aku tau main game je kt PC itu pn winning eleven... hanya Bhahu shj yg hebat masa tu menggunakn bhs2 komputer mcm Matlab...    

Hm... bila pkr2 blk knp aku kene bljr smpi ade degree?
Sbb Mak Bapak?
Sbb tuntutan agama?
Sbb masyarakat di mana kalo nk kawin dgn ank dara org pst bapaknye akn tanye dl bljr kt mn?
Kerana bila dikira dari kos2 kewangan..
1) Nk dpt degree RM3500 per sem x 10 sem = RM 35000
2) Nk Dapat SPM RM1000 per year x 2 thn = RM    2000
3) Nk PMR RM 500 per year x 3 thn            = RM    1500
4) Nk UPSR RM 100 per year x 6 thn          = RM      600
                                               Jumlah               RM 39,100...

Aku tlh dipanggil oleh Dekan kerana menunjukkn logo UTM secara terbalik.. Dia tlh menuduh aku sbg pembangkang sama sprt ahli black metal yg menujukkn lambg trbalik... Lalu aku mnjlskn kpd beliau bhw aku tdk menghadiri majls rehearsal...

Tapi Dekan... sehingga ari ini sy masih x dpt tau ape mksd "Kerana Tuhan Untuk Manusia"??








2 comments:

  1. amat panajgn dan complex untuk dibaca.ini adalah blog.bukan buku cerita.hahahah..takper jie.stail masing2

    ReplyDelete
  2. huhu..ur life story lebih kurg mcm saye..dr tadika smpai kje..same course but diffrnt company..dpt tnb gek tp de probs len, so x g..dulu pon sy tadika arqam..nice la :)

    ReplyDelete