Monday, October 25, 2010

Kisah Seorang Jejaka, Tiga Gadis Pada Satu Malam

Gadis Satu
Pukul: 8 PM

Gadis ini memang patut dikagumi... aku yang pernah melihat rekabentuk dan proposal nya sehingga wajahnye boleh terpampang kat majalah arkitek singapore... huh sungguh dasyat... tapi nak wat macam mana... hubungan ini hanya sekadar hubungan profesional... So tak ade ape lagi lah lepas malam tersebut kerana pastinya isu yang akan diborak hanyalah pasal projek... itu pun kalo dia nak borak dengan aku lagi... dan yang pasti mungkin tak ade projek yang dia nak bagi kat aku jika dia melihat hasil kerja aku di tapak


Kalo dia lihat hasil aku seperti di atas... pasti segala arkitek akan benci kat aku...

Gadis Dua
Pukul 10 PM

Aku mengenali gadis ini melalui satu projek sekolah di kuantan dan dia adalah client yang patut aku serve dan entertain... seperti biasa isu perbincangan kadang2 kuar dari topik keje agar bende yang nak diborak tu lebih menarik... tapi sekian lama tidak menghubungi kerana dia dah letak jawatan dan bekerja di satu syarikat swasta di janda baik... tiba-tiba aku ternampak YM dia lalu aku buzz!!! kat YM dia dengan niat bertanya kabar...
Aku: Kenapa lama tak sms pun... Sihat?

Dia: Lepas ni bole tak jangan SMS atau YM dengan saya lagi... (Aku pun terpinga-pinga dengan jawapan tu... tapi aku dapat mengagak pasti seseorang akan memarhi dia jika dia tahu aku SMS atau YM)

Aku:Tak pelah kalo tak bole tegur awak lagi... saya paham mesti BF marah kan...
Dia: Bukan BF saya... tapi tunang saya...
Aku: O... congratz to u... bila bertunang n bila nak kawin?
Dia: Perlu ke awak nak tau bila saya nak kahwin n bila bertunang?? (Hm... macam bukan dia je yang taip... tapi tak pe... itu yang dia nak... kita hormat je lah)
Aku: O... tak boleh ek... hm... its ok... ok lah saya nak sign out dah...

Gadis Tiga
Pukul 11PM

Yang ini memang jangan sesekali cari pasal kerana bole menempah kecelakaan dalam hidup aku huhu... U... nanti ambik i tau pukul 2 pagi kat Shell Selayang... Jangan lupa tau...
Ok2 i ambik u nanti pukul 2... Janji aku kepada dia...
U jangan lah tido... u kalo tido memang tido mati...
I tak tido lah... I tengah online ni supaya tak mengantuk..( Padahal FB dan YM aku sangatlah membosankan dan ramai yang jarang post  atau chat dengan aku melalui internet)

Aku pun secara perlahan2 mula mengantuk kerana menunggu orang yang nak tegur aku kat YM tak ade... slow2 aku pun ZZzzzz....

Tiba2 alarm aku berbunyi dan ianya menandakan waktu untuk aku sembahyang subuh... Oh my god oh my god oh my god!!!! Wargh!!! aku terlupa nak ambik anak orang.... Dengan lintang pukangnya aku siap2 dan korang paham lah ape seterusnya yang perlu dibuat....

Moral: Jangan sakiti hati ibu anda kerana dia juga dalah gadis anda

3 comments:

  1. haha.padan muka.

    hey. tru henpon indeed as a professional la mister. blog & fb still a friend. and yes. awak sungguh IRresponsible. xbrani nk bg project kat awak. malu sy sebagai pemegang saham utama.

    bukan magazine singapore la. magazine asia. (mode belagak da tiba)hohoho

    p/s : bole ke publish work kt blog?x confidential ke?

    ReplyDelete
  2. blog takper.klu confidential terlampau.gomen akan block dan hantar berkampung kat kem kemunting.

    ReplyDelete
  3. oo. no wonder. still, i x brani publish work i kot.

    ReplyDelete