Tuesday, August 30, 2011

Apa Itu Rancid? Merdeka Kah Aku?

Dikala aku mendengar ucapan isteri perdana menteri malam tadi berkenaan istimewa raya yang bertembung dengan merdeka tahun ni... hm... aku teringat balik zaman ideologis atau revolusi muzik ke atas diriku... Sampai terpikir merdeka kah aku di hari raya ini??

Ye... ideologis Punk yang aku perjuangkan masa aku Form 2... masa tu sahabat-sahabat aku sudah mula berpecah dengan fahaman masing-masing... Masa tu sapa yang tak mengamalkan assobbiyyah tak cool... sape yang rase samseng masa tu mesti cari payung Pekida... tak pun kongsi gelap paling otai kat Klang masa tu Top 24... Ade budak hip-hop lah... ade skaters lah... ade budak nasyid lah... Kalo Skinhead masa tu sibuk memperjuangkan Working Class...

Manakala aku yang lebih mencintai muzik mula terpengaruh dengan muzik-muzik dan ideologis punk... baik Punk Chaos, Punk Nazi atau Punk Anarchy semua aku dengar... masa tu zaman Sex Pistols dan Rancid yang menjadi hiburan dan panduan muzik aku... Masa tu tau nak riot je bila dengar lagu Rancid...

Aku pernah sekali turun Riot di KL berhadapan Sogo... masa tu Zaman Reformasi... Zaman Anwar dituduh peliwat... sekitar tahun 98... Aku yang ikut senior aku main laung je perkataan REFORMASI diselangi dengan takbir...

Lagu Ruby Soho dari kumpulan Rancid kali ni aku cover... Nama Rancid ni lah yang menjadi nama tambahan dalam FB aku... Sampai orang TNB Kelantan cucuk pendrive aku terkeluar nama PAUZIRANCID... Orang TNB pun tanye aku apa itu Rancid?? aku hanya mampu tersengih sengih je tak tahu nak jawab ape haha...


img_mainphoto by pauzikassim

Rancid-band-wallpaper by pauzikassim
Kumpulan Rancid... Vokalis/gitaris dia iaitu Amstrong... antara vokalis yang aku kagumi... dengan nyanyian bersahaja sambil memperjuangkan ideologis nya... bermain gitar kidal serupa dengan Kurt Cobain...



Merdeka Kah Aku??

Bila aku pikir sekarang ni... susah betul nak buang kan unsur-unsur penjajahan kat dalam diri aku... kuat betul unsur British dalam hati aku... mana tak nye... bila weekend je dok tengok bola Manchester aka Setan Merah...

Lepas tu muzik... hm... lagu melayu dah tak dengar... Aku layan Coldplay... Radiohead... Blur... Konsert artis barat... habis semua nak pegi... Masa study dulu... semua rujuk sukatan british... lepas tu dah keje pun... semua nak rujuk British Standard...

Sekarang ni aku baru tau sejarah kita telah dipersoalkan... Sapa yang hero sebenarnya?? Adakah melayu barua British yang patut digelar hero atau melayu yang dikatakan bersengkokol dengan komunis adalah pejuang kemerdekaan?? Siapakah hero Bukit Kepong sebenarnya??

Kalo sejarah kemerdekaan kita ada unsur-unsur pemalsuan atau auta... Maknanya subjek Sejarah masa SPM yang aku dapat A tu tak bole dibanggakan lah... Hm... maknenya aku telah di'kencing' bulat-bulat lah ni... Maknanye aku salah belajar lah... Letih betul hidup aku ni asik kene kencing... Patutlah masa kat U aku belajar subjek Kenegaraan Malaysia rasa macam bodoh je... Sebab aku dapat rasa kan yang aku nak kene kencing dengan lecturer kot hahahaha...


P1040050 by pauzikassim
Saat aku menonton Manchester United lwn Malaysia... Sekitar tahun 2008 kot...


P1040055 by pauzikassim
Selepas memperkotak katik kan team Malaysia... British ni pun meninggal kan tanah air ni dengan kuitpan jutaan ringgit ... sama macam nenek moyang diorang dulu yang datang kat tanah melayu... kencing nenek moyang kita... lepas tu angkut semua hasil timah dan rempah... nasib baik masa tu tak jumpe petroleum...

IMG_0444 by pauzikassim
Ini gambar gua... Gaya macam orang UK... BS 7832 adalah merujuk kepada kod Performance Standards In Building....

Remaja-Punk-4 by pauzikassim
Ini punk tak sekolah tinggi... Menggunakan nama punk untuk berenjoy sakan di Sg Wang... Aku panggil Punk Jawa Totok... 


4fd799af052aff380fa0b8b3f7ee3c5e by pauzikassim
Ini budaya kita... sebab tu Portugis, British dengan Jepun senang-senang je kencing kita... Pantang orang 
bawak kebaikkan... terus-terus aje terima bulat bulat... lepas tu tak nak kaji atau mentelaah... terus angguk-angguk geleng geleng je... 
Belum jadi Perdana Menteri dah ade yang mengampu dulu... Aku sangat terasa sebenarnya kah kah kah....

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan selamat hari merdeka kepada warga Malaysia yang meraikannya... Aku tahu OKU pasti akan meraikannya...

Sebelum itu aku tinggalkan korang dengan Hooligans dari Rancid... Baik korang Punk... Skinhead atau ape2 ideologis baik Anti Kapitalis ke... Komunis ke... Puak Haluan Kiri ke... Syiah ke... UNICEF ke WHO ke...WWF ke... UFO ke... Kerajaan yang zalim perlu ditentang... Kalo perlu turun ke jalan raya roger2 gua... 




Luahan Hati Seorang Rakyat Malaysia
Pauzi Kassim Rancid

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Selepas hampir sebulan berpuasa... penuh ke puasa tu bang?? Tiba lah saat untuk aku menyambut hari raya... Huh macam biasa... bila nak cuti panjang... mesti kemas umah... roomate aku semua dah cabut dulu balik ke kampung masing-masing...

tinggal aku sorang-sorang je kat umah untuk bersiap balik ke kampung... Abes kemas baju... aku pun mula menyusun lagu-lagu MP3 supaya perjalanan ke kampung aku tidak bosan... Paham2 je lah jalan jem orang berebut-rebut nak balik... Lepas tu dalam kete bole head banging puas2...

 Kete dah abes servis... performance tip top... tapi sebelum nak gerak balik... sebelum aku berpisah dengan gitar aku... sempat jugak aku rakam kan lagu raya untuk diri aku...

Bagi aku... lagu raya yang tak kan pupus dan sentiasa berada di ranking no 1 carta aku semestinya lagu Dendang Perantau... Lagu ni sangat keramat... sangat touching... sangat feel... tambahan pula aku ni di rantauan... bila dengar je lagu ni... gua jadi stone bai... gua seolah-olah di kayangan... kalo Kurt Cobain dengar lagu ni pasti dia tak ambil heroin untuk stone kan diri...


Saya Mohamad Pauzi Bin Mohamed Kassim yang berada di Kepong... Ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin kepada Ayahanda dan Bonda yang berada di kampung halaman... tidak ketinggalan juga saudara saya... sahabat saya dan juga kepada sesiapa yang mengenali diri ini... 


P1120800 by pauzikassim
Ini beg balik kampung aku... kat atas tu ade 5 gulung drawing... Argh!!! raya pun aku kene mengadap keje... ini gara-gara hotel melaka aku lah.... semua Ali Rustam punye pasal!!!... projek yang paling aku tak suka... projek yang menjatuhkan prestasi aku... projek yang menampakkan aku dalam keadaan kebingungan... kalo aku bole drop projek seperti aku drop subjek masa study dulu... mesti aku dah buat... 

kah kah kah.... woit budak kah kah kah...
Kampung jarak sekangkang kera pun nak kecoh2 ke balik kampung!!!... jalan jem lah... nak susun MP3 lah... Nak servis kete lah... Nak dengar lagu Dendang Perantau lah...

Kampung setakat setengah jam je drive nak kira balik kampung ke!!! cakap lah balik umah parents je...

Haha... memang dekat je pun sebenarnya umah sewa aku dengan umah parents... tapi selalu jem gak lah kat simpang meru tu... lepas tu balik ikut jalan altantuya... takut wooo... kene pasang lagu Slipknot dengan Children Of Bodom baru roh dia tak kaco...

Tambahan pula aku ni ade kaitan dengan Kak Ros melalui projek kat bangi tu... tahu nye dek hantu altantuya mesti dia kaco aku nanti waktu drive...

altantuya-3rd by pauzikassim
Kes pembunuhan dia abes macam itu je... Memang benar kata Dr M "Melayu mudah lupa"....





Friday, August 26, 2011

Hari Terakhir Berkeje Sebelum Cuti Raya

Seperti tahun tahun sebelumnya... hari terakhir bekerja sebelum cuti raya adalah hari yang sangat memberatkan... boleh dikatakan kalah lah Blues Monday... Bagaimana aku menghabiskan hari tersebut?? Kalo tahun lepas aku layan movie Benjamin Button... Tahun ni ape cerita??

Aku macam biasa sebagai pekerja harapan berlagak ala2 'star' pasti masuk lewat... sekitar 9.30 aku tiba walaupun jalan sudah tidak jem... Lagipun aku dah lama menganggap company tu macam bapak aku punye sebab bos aku ade anak perempuan dan selalu aku dapat rasakan yang bos aku akan jodohkan aku dengan anak perempuan dia... Tapi malangnya anak dia dah nak kawin dengan orang lain... dan selepas itu aku tidak boleh lagi menganggap itu company bapak aku punye...

Tepat pukul 10 aku mula menghubungi Arkitek Permata aku bagi mendapatkan layout perabot makmal terbaru... Memang celaka hari terakhir ade saje keje last2 minit... memang hobi akitek yang aku jumpe suke sangat ubah layout makmal... baik Arkitek Permata aku... Mahupun Arkitek Sekolah Bukit Tinggi... dua dua sama aje... dan dua-dua juga adalah perempuan.... dan dua-dua juga anak dara...

Disebabkan diorang perempuan maka aku pun turutkan lah untuk ubah drawing aku ikut perabot diorang yang baru tu... macam biasa bila nak revise drawing tu kene lah mengadap akak draftman aku yang dah ade anak tiga ni... dan seperti biasa sedikit pertengkaran akan tercetus sebab draftman aku kene buat keje yang sama berulang-ulang kali... dan aku seperti biasa mempertahankan Arkitek aku sebab diorang masih anak dara dan hati diorang lebih patut aku jaga berbanding hati perempuan yang dah ada anak tiga hahaha...

Bila mood keje dah tak de... makanya drawing yang siap hanya GF dan 1Floor sahaja berbanding tiga tingkat  keseluruhannya... Dan apabila kontraktor dapat drawing aku melalui email mereka pun menelefon aku dan bertanya mana tingkat yang selebihnya?? Aku pun jawab... Minta Maaf... draftman saya hari ni Quarter Day je, sebab nak ambik anak... jadi dia siapkan sampai tingkat satu je... yang selebih lepas raya... Jangan lupa bagi duit raya... kata aku sambil berseloroh dan berharap...

Tepat pukul 11 ada hantaran hamper khas untuk aku... ini lagi satu masalah... kalo nak bagi hamper janganlah bagi kat ofis direct... call lah aku suruh collect kat mana2 huhu... kan semua orang dah nampak... siap ade yang cakap nak bakul tu lah... nak gelas tu lah... nak coklat lah... nak aku lah... hm... mcm biasa aku hanya  mampu melihat hamper itu dilapah dengan begitu rakus oleh department elektrikal aku....

IMG_0780 by pauzikassim
Tangkap gambar sebelum hamper aku dikekah...

IMG_0782 by pauzikassim
Kad ucapan raya... puas aku godek2 kot2 ade duit raya tapi malang...

IMG_0785 by pauzikassim
Ini gambar selepas dikekah... ape ape pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kontraktor aku yang berjaya menggembirakan budak budak department aku dengan hamper tersebut....

Tepat pukul 12 hati dah berat nak mengadap laptop... Jadi persetankan semua keje dan aku mula mengisi dengan bacaan bacaan kegemaran aku...

IMG_0788 by pauzikassim
Ini lah bacaan yang aku cuba habiskan... iaitu Feel 100%... kitab ni aku  baca dulu masa kat UTM tapi tak habis... Kali ni aku nak habiskan sebelum raya sebab kitab ni aku pinjam dari orang... ada 16 episod... aku baru sampai nombor 10.... 

Tepat pukul 1... aku meninggalkan ofis dan menunaikan tanggungjawab aku sebagai lelaki islam untuk solat Jumaat...

Tepat pukul 3 aku masuk ofis semula dan terus sahaja bergurau senda dan berborak borak dengan staff yang
ada... dan pada masa ini ada cabutan bertuah untuk memungut hamper-hamper yang lain...

IMG_0789 by pauzikassim
Adalah menjadi tradisi ofis aku mengkekah hamper hamper bos aku yang ade di ofis dan diagih2kan sama rata...

Tepat pukul 6... aku meninggalkan ofis bagi menghadiri jemputan berbuka puasa oleh supplier aircond di Sime Darby Convention Centre lagi... Padahal selasa hari tu aku baru je pegi... jemputan ni sebenarnya untuk budak-budak mekanikal sahaja... tapi memandangkan untuk menghidupkan aircond kene ada kabel elektrik yang sambung ke aircond tersebut... jadi diorang tak bole lah tinggalkan budak elektrik... jadi aku sebagai wakil elektrik... aku pun hadir lah majlis tu....

IMG_0791 by pauzikassim
Ini anak senior mechanical engineer aku... aku bergambar dengan anak dan wife dia... untuk pengetahuan korang jugak bapaknya baru sahaja dapat title Ir dari BEM semalam secara rasmi dan pagi tadi cop bulat dia pun dah siap... abis dia cop nya kat drawing elektrik aku sambil sibuk berlagak menandatangani drawing elektrik aku...

IMG_0790 by pauzikassim
Macam biasalah gambar makanan aku mesti jumpe kambing dulu


IMG_0794 by pauzikassim
Ala-Ala dengan kueh teow goreng memang favourite aku.... belasah cukup cukup tu...

IMG_0793 by pauzikassim
ade pulak burung puyuh kali ni... hari tu tak de plak....

IMG_0792 by pauzikassim
Buat julung-julung kali  dalam hidup aku... aku makan ais krim goreng...


IMG_0795 by pauzikassim
Sebagai penutup... aku makan aiskrim potong perisa durian....

Begitulah aku habiskan hari-hari terakhir aku sebelum cuti panjang untuk menyambut hari raya... Korang tunggu lah rakaman video lagu raya aku dengan lagu sempena hari merdeka nanti kah kah kah...

Thursday, August 25, 2011

Berbuka Di Palm Garden, Serdang dan Saujana Subang Hotel

Pada hari Rabu yang lalu... aku telah dijemput untuk berbuka puasa di Palm Garden Serdang... Kali ni aku kene 'kencing' lah dengan kontraktor... Mati mati aku ingat berbuka kat Marriot IOI tu.. sekali bila aku sampai rupa-rupanya makan kat sebelah Marriot Hotel iaitu Palm Garden...

Memandangkan itu rezeki... aku pun belasah jelah makan... Jemputan kali ni dari kontraktor projek Kuarters Bomba Cheras aku...

Manakala tadi... aku berbuka buat kali kedua dalam sebulan ni di Saujana Hotel Subang bersama kontraktor sekolah bukit tinggi klang aku... Ini last aku makan luar... Dah naik jemu aku makan kat hotel ni... Balik balik kambing aku belasah dulu... rasa2 kalo aku kumpul selama ni aku makan kambing dah bersamaan dengan Seekor Kambing agaknya aku dah tibai...

Walaubagaimanapun... tahap banyak aku melantak... tapi berat badan aku tak pernah-pernah naik iaitu 55 Kg je... aku pun tak tahu mana pegi makanan tu?? Nak kate kongsi dengan setan... mana ade setan dah bulan pose ni... yang ade pun Setan Merah.... Itu pun Setan jenis yang main bola....

Nak kata keturunan aku ade membela saka... rase tak de... misteri kemanakah makanan aku   telah dihadamkan??



IMG_0773 by pauzikassim
Ini gambar susun atur meja di Palm Garden

IMG_0774 by pauzikassim
Ini gambar susun atur di Subang Saujana... Tak sangka lapik meja diorang adalah sama... dah macam perempuan pulak aku ni dok mengumpat kain lapik meja orang...

IMG_0777 by pauzikassim

IMG_0778 by pauzikassim

IMG_0775 by pauzikassim
Tak sia-sia bawak diorang... makan tak berenti dari berbuka sampai lah pukul 9.30 tadi...

Berdasarkan jemputan berbuka puasa bula ni... bila orang tanya aku mana sedap? aku tak bole menjawab soalan tu kerana bagi aku semua tempat yang aku pegi adalah sedap...

Wednesday, August 24, 2011

Majlis Berbuka Puasa Ofis Aku Di Sime Darby Convention Centre

1) Adalah menjadi tradisi tahunan syarikat aku untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa kerana kesemua staff adalah berbangsa melayu dan beragama Islam seperti yang tercetak pada kad pengenalan.

2) Tempat berbuka kali ini adalah di Sime Darby Convention Centre dekat-dekat dengan hartamas... Tempat strategik tak serabut nak cari parking dan parking pun free.


IMG_0763 by pauzikassim
Saat aku duduk... meja tersusun rapi...

IMG_0766 by pauzikassim
Lepas tu... apa lagi... ambik ko!!! semua diangkutnya....

IMG_0764 by pauzikassim
Saat menunggu berbuka puasa... aku bersama orang kuat aku di tapak... masing-masing berborak...

IMG_0767 by pauzikassim
Saat ni aku hanya tunggu bunyi azan je...

IMG_0769 by pauzikassim
Ini kari kambing gurun punye... kalah kambing australia...

IMG_0768 by pauzikassim
Ini ala-ala... aku bantai dekat tiga pinggan...

Tuesday, August 23, 2011

Bengkel Bersama Stakeholders Mengenai Perundangan Subsidiari Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 Dan Berbuka Puasa Di Marriot Hotel Putrajaya

1) Aku masa mula-mula baca tajuk satu ape pun tak paham... Tapi macam biasa... aku akan jadi mangsa untuk menghadiri seminar tersebut... Ini gara-gara bos aku nak involve dengan projek Solar Farm untuk generate supply dan jual kat TNB dengan nilai kos projek 'Undisclosed' hahaha... dah macam pemain bola pulak transfer fee player... manager dia suruh state undisclosed kan... Jadi dia suruh aku paham betul betul akan Akta Bekalan Boleh Baru 2011 yang bakal dibentangkan di Parlimen...

2) Bila berkaitan undang undang ni... Mestilah orang yang berkelayakan akan membentangkannya iaitu seorang lawyer dari firm guaman yang agung dan korang pasti kenal firm tersebut iaitu Zaid Ibrahim & Co... Orang politikus pasti kenal punye lah firm ni... Turut dibantu adalah seorang lecturer dari UNITEN bagi menjawab soalan-soalan teknikal yang pasti lawyer tu tergagap nak jawab... dan wakil dari KeTTHA untuk memastikan pembekal-pembekal Renewable Energy paham akan subsidi tersebut....

3) Aku seperti biasa... bersifat pembangkang... apabila lawyer tu cakap sket je aku pun menyampuk lah dengan berkata " Saya membantah Yang Arif!!!"... "Soalan ini tidak releven terhadap anak guaman saya"... Saya meminta perbicaraan ditangguhkan Yang Arif... hahaha...

4) Mana tak bangkangnya... dah lah paksa TNB beli bekalan dari Independent Power Plan (IPP) supaya gerombolan dapat duit... Ini pulak nak introduce Renewable Energy macam Solar, Biomass atau Biogas dan paksa TNB beli jugak... Sekali lagi Makcik Felda ditipu dengan menggunakan perkataan 'Renewable Energy'... Tapi kita jangan lupa ramai anak Felda yang berjaya belajar di oversea... bila balik dah paham maksud Renewable Energy... dah tak bole nak kecing dah...

5) Semasa pembentangan tersebut sempat jugak aku tengok wakil TNB bertekak dengan pembekal Solar pasal isu nak letak meter je pun... Sorang kata letak kat plant dia... yang TNB kata mesti letak meter dalam bilik dia...

6) Seminar yang abes satu hari... Tapi aku tetap diganggu dengan panggilan2 luar... Aku pun malas nak jawab dan buat bodoh kecuali panggilan telefon dari Akitek projek Permata aku tu... Panggilan dia memang aku pasti jawab... sebab projek tu jatuh kategori utama dalam senarai projek aku jaga... Jahanam projek lain.



Photo0015 by pauzikassim

Photo0014 by pauzikassim


Photo0013 by pauzikassim
Port aku memang kat belakang... karang duduk depan bantai lawyer tu tanye aku ape2 nanti menggagau aku nak jawab balik...

Abes seminar ape lagi... tunggu je bukak pose terus aku melantak kaw kaw punye...

Photo0016 by pauzikassim

Photo0018 by pauzikassim
Yang ni memang tip top... memang cara... dua pinggan aku bantai...

Photo0017 by pauzikassim



Saturday, August 20, 2011

Berbuka Di Flamingo Hotel, Ampang

1) Jumaat semalam aku telah menghadiri Majlis Berbuka di antara company aku dengan team Rapid KL sebagai penghargaan kepada Rapid KL yang banyak membantu dalam usaha menyelesaikan masalah kilat dan surge kat train diorang.

2) Selepas ini mereka berharap agar operasi tren mereka tidak terganggu disebabkan kilat... padahal kita manusia yang lemah tidak dapat menghalang kekuasaan ciptaanNya...

3) Seperti biasa berbekalkan perut kosong dan duit parking RM 4 yang cukup2 ade dalam walet... Aku pun berbuka lah bersama mereka dengan penuh gembira sambil diiringi lagu raya...



IMG_0757 by pauzikassim
Hotel Flamingo berada di Ampang... Dan Awek yang berasal dari kawasan ampang kebiasaanya adalah anak Dato' yang selalu berbuka di Flamingo.

22h22-ronaldinho-flamengo by pauzikassim
Ini Ronaldinho... Awek dia bukan duduk Ampang... Dia sekarang bermain di Kelab Flamengo... Tiada kene mengena antara Flamingo Hotel dengan Flamengo FC....

IMG_0758 by pauzikassim
Aku dok kenal syarikat DMG...

IMG_0761 by pauzikassim
Aku bersama bos besar yang buat Surge Protection Devices.

IMG_0760 by pauzikassim

IMG_0759 by pauzikassim
Ini lah makanan yang selalu aku mengadap ketika berbuka...

Friday, August 19, 2011

Fahami Berita Ini... Dan Bagi Pandangan.


Pandangan Aku Sebagai Egnr Elektrik:

1) Satu usaha kerajaan yang bagus dan perlu dipuji kerana mengorak langkah dalam usaha menjimatkan tenaga elektrik dan seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan negara bagi pembayaran bil elektrik ke Che Khalib orang nombor satu di TNB.

2) Tiada apa-apa perubahan pada saiz kabel elektrik sebab penentuan saiz kabel elektrik adalah berkadar langsung dengan kuasa kuda aircond tersebut. (semenjak dua menjak ni aku asik borak pasal kuda je...)

3) Mungkin pengilang aircond akan design remote air-cond setting paling rendah adalah 24 darjah celcius sahaja berbanding sekarang iaitu 16 darjah celcius ade button 'turbo' lengkap dengan 'swing'. (Aku agak-agak aje design remote ni... nak confirm tanye supplier aircond hehe...)

Pandangan Aku Sebagai Rakyat Biasa Yang Bersifat Negatif Dan Pembangkang:

1) Ai bang... jimat nampak... nak simpan duit tu ke mana?? Hulur-hulur sikit ke saya bang... jangan bagi direct lah... kita pusing dengan bagi projek... Bukan susah pun nak tipu Makcik Makcik Felda tu... Cakap je kita nak buat "Rationalization" tak pun "Goverment Transformation Program" diorang mesti angguk je... lepas tu salam cium tangan....


No lower than 24 degrees Celcius at govt offices


PUTRAJAYA: Putrajaya has ordered all government offices to set their air-condition temperature no lower than 24 degrees Celcius.
Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin Fah Kui said a new Act would be tabled in Parliament to enable the private sector to follow suit.
He said for now the prime minister has agreed that all government buildings set their temperatures at no lower than 24 degrees unless under certain circumstances such as the hospitals.
The measure will be implemented as soon as the Chief Secretary issues a circular to the government offices, Chin told a press conference after a Green Technology and Climate Change Council meeting chaired byPrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
He said that in every office, at least 40% of energy consumed goes to air-conditioning.
For every degree dropped in air-conditioning temperature, he said, the government can slash its energy bill by between four and seven per cent.
“And 24 degrees is a comfortable temperature - it's neither too cold nor too hot. In some countries, like in China, they are required to set their temperatures at 26 degrees, that is too hot,” he said.

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka Di Atrium, Sunway

Hari Isnin yang lalu... Aku berbuka puasa di Atrium Lounge, Sunway Pariamid... Kali ni aku pergi atas jemputan Main Switch Board Manufacturer aku... macam biasa lah... yang ajak berbuka tu mesti menatang tok pek yang memang tak puasa...

Berbuka kali ni agak menarik kerana aku bole terserempak pulak dengan rakan sejahanam hujung minggu iaitu Kabut Ribut (Blog dia ade kat list aku)... Macam biasa lah kalo dah terserempak tu buat muka biasa biasa je lah sebab dah selalu jumpe...

IMG_0734 by pauzikassim

IMG_0735 by pauzikassim
Kat sini sedap sebab dia ade lamb chop... 5 keping lamb chop gak lah aku tibai....

IMG_0736 by pauzikassim

Itu cerita Isnin aku... tapi ari selasa pulak... disebabkan tiada jemputan apa-apa... aku pun makan lah Mcd kat Subang Airport... disebabkan jalan jem dan tak sempat beli kat pasar... maka Mcd lah paling senang untuk pergi... order pun cepat kene lah dengan tema dia iaitu "Fast Food, Fast Die"...

IMG_0737 by pauzikassim

Bila ingat-ingat balik... Hmmm... sebenarnya sebab aku dah keje lah dapat peluang makan sedap-sedap ni... Aku bila makan waktu berbuka tu sampai terlupa ape mak aku makan... bapak aku makan... orang miskin berbuka ape? anak yatim makan ape?

Paling aku teringat saat aku berbuka zaman study... Kalo dah tak de duit tu... Awal-awal lagi pukul 6 petang dah sampai masjid UTM tu book dulang... Abes makan angkat dulang lepas tu terus je balik... makan dalam dulang beb... kalo bangun lambat petang tu agak-agak masjid dah penuh... Beli nasi ayam je lah kat pasar UTM...

IMAG0013 by pauzikassim
Ini saat aku berbuka masa kat UTM... Mak aku tengok gambar ni rasa nak menangis tengok anak dia makan macam ni... Aku tengok balik gambar ni pun rase nak nangis jugak sebab lama tak bergurau kasar dengan diorang hahaha...

IMAG0011 by pauzikassim
Saat nak tunggu berbuka...

Berbuka Di Atrium, Sunway

IMG_0735 by pauzikassim
IMG_0735, a photo by pauzikassim on Flickr.