Pada hari Rabu yang lalu... aku telah dijemput untuk berbuka puasa di Palm Garden Serdang... Kali ni aku kene 'kencing' lah dengan kontraktor... Mati mati aku ingat berbuka kat Marriot IOI tu.. sekali bila aku sampai rupa-rupanya makan kat sebelah Marriot Hotel iaitu Palm Garden...
Memandangkan itu rezeki... aku pun belasah jelah makan... Jemputan kali ni dari kontraktor projek Kuarters Bomba Cheras aku...
Manakala tadi... aku berbuka buat kali kedua dalam sebulan ni di Saujana Hotel Subang bersama kontraktor sekolah bukit tinggi klang aku... Ini last aku makan luar... Dah naik jemu aku makan kat hotel ni... Balik balik kambing aku belasah dulu... rasa2 kalo aku kumpul selama ni aku makan kambing dah bersamaan dengan Seekor Kambing agaknya aku dah tibai...
Walaubagaimanapun... tahap banyak aku melantak... tapi berat badan aku tak pernah-pernah naik iaitu 55 Kg je... aku pun tak tahu mana pegi makanan tu?? Nak kate kongsi dengan setan... mana ade setan dah bulan pose ni... yang ade pun Setan Merah.... Itu pun Setan jenis yang main bola....
Nak kata keturunan aku ade membela saka... rase tak de... misteri kemanakah makanan aku telah dihadamkan??
No comments:
Post a Comment