Friday, August 26, 2011

Hari Terakhir Berkeje Sebelum Cuti Raya

Seperti tahun tahun sebelumnya... hari terakhir bekerja sebelum cuti raya adalah hari yang sangat memberatkan... boleh dikatakan kalah lah Blues Monday... Bagaimana aku menghabiskan hari tersebut?? Kalo tahun lepas aku layan movie Benjamin Button... Tahun ni ape cerita??

Aku macam biasa sebagai pekerja harapan berlagak ala2 'star' pasti masuk lewat... sekitar 9.30 aku tiba walaupun jalan sudah tidak jem... Lagipun aku dah lama menganggap company tu macam bapak aku punye sebab bos aku ade anak perempuan dan selalu aku dapat rasakan yang bos aku akan jodohkan aku dengan anak perempuan dia... Tapi malangnya anak dia dah nak kawin dengan orang lain... dan selepas itu aku tidak boleh lagi menganggap itu company bapak aku punye...

Tepat pukul 10 aku mula menghubungi Arkitek Permata aku bagi mendapatkan layout perabot makmal terbaru... Memang celaka hari terakhir ade saje keje last2 minit... memang hobi akitek yang aku jumpe suke sangat ubah layout makmal... baik Arkitek Permata aku... Mahupun Arkitek Sekolah Bukit Tinggi... dua dua sama aje... dan dua-dua juga adalah perempuan.... dan dua-dua juga anak dara...

Disebabkan diorang perempuan maka aku pun turutkan lah untuk ubah drawing aku ikut perabot diorang yang baru tu... macam biasa bila nak revise drawing tu kene lah mengadap akak draftman aku yang dah ade anak tiga ni... dan seperti biasa sedikit pertengkaran akan tercetus sebab draftman aku kene buat keje yang sama berulang-ulang kali... dan aku seperti biasa mempertahankan Arkitek aku sebab diorang masih anak dara dan hati diorang lebih patut aku jaga berbanding hati perempuan yang dah ada anak tiga hahaha...

Bila mood keje dah tak de... makanya drawing yang siap hanya GF dan 1Floor sahaja berbanding tiga tingkat  keseluruhannya... Dan apabila kontraktor dapat drawing aku melalui email mereka pun menelefon aku dan bertanya mana tingkat yang selebihnya?? Aku pun jawab... Minta Maaf... draftman saya hari ni Quarter Day je, sebab nak ambik anak... jadi dia siapkan sampai tingkat satu je... yang selebih lepas raya... Jangan lupa bagi duit raya... kata aku sambil berseloroh dan berharap...

Tepat pukul 11 ada hantaran hamper khas untuk aku... ini lagi satu masalah... kalo nak bagi hamper janganlah bagi kat ofis direct... call lah aku suruh collect kat mana2 huhu... kan semua orang dah nampak... siap ade yang cakap nak bakul tu lah... nak gelas tu lah... nak coklat lah... nak aku lah... hm... mcm biasa aku hanya  mampu melihat hamper itu dilapah dengan begitu rakus oleh department elektrikal aku....

IMG_0780 by pauzikassim
Tangkap gambar sebelum hamper aku dikekah...

IMG_0782 by pauzikassim
Kad ucapan raya... puas aku godek2 kot2 ade duit raya tapi malang...

IMG_0785 by pauzikassim
Ini gambar selepas dikekah... ape ape pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kontraktor aku yang berjaya menggembirakan budak budak department aku dengan hamper tersebut....

Tepat pukul 12 hati dah berat nak mengadap laptop... Jadi persetankan semua keje dan aku mula mengisi dengan bacaan bacaan kegemaran aku...

IMG_0788 by pauzikassim
Ini lah bacaan yang aku cuba habiskan... iaitu Feel 100%... kitab ni aku  baca dulu masa kat UTM tapi tak habis... Kali ni aku nak habiskan sebelum raya sebab kitab ni aku pinjam dari orang... ada 16 episod... aku baru sampai nombor 10.... 

Tepat pukul 1... aku meninggalkan ofis dan menunaikan tanggungjawab aku sebagai lelaki islam untuk solat Jumaat...

Tepat pukul 3 aku masuk ofis semula dan terus sahaja bergurau senda dan berborak borak dengan staff yang
ada... dan pada masa ini ada cabutan bertuah untuk memungut hamper-hamper yang lain...

IMG_0789 by pauzikassim
Adalah menjadi tradisi ofis aku mengkekah hamper hamper bos aku yang ade di ofis dan diagih2kan sama rata...

Tepat pukul 6... aku meninggalkan ofis bagi menghadiri jemputan berbuka puasa oleh supplier aircond di Sime Darby Convention Centre lagi... Padahal selasa hari tu aku baru je pegi... jemputan ni sebenarnya untuk budak-budak mekanikal sahaja... tapi memandangkan untuk menghidupkan aircond kene ada kabel elektrik yang sambung ke aircond tersebut... jadi diorang tak bole lah tinggalkan budak elektrik... jadi aku sebagai wakil elektrik... aku pun hadir lah majlis tu....

IMG_0791 by pauzikassim
Ini anak senior mechanical engineer aku... aku bergambar dengan anak dan wife dia... untuk pengetahuan korang jugak bapaknya baru sahaja dapat title Ir dari BEM semalam secara rasmi dan pagi tadi cop bulat dia pun dah siap... abis dia cop nya kat drawing elektrik aku sambil sibuk berlagak menandatangani drawing elektrik aku...

IMG_0790 by pauzikassim
Macam biasalah gambar makanan aku mesti jumpe kambing dulu


IMG_0794 by pauzikassim
Ala-Ala dengan kueh teow goreng memang favourite aku.... belasah cukup cukup tu...

IMG_0793 by pauzikassim
ade pulak burung puyuh kali ni... hari tu tak de plak....

IMG_0792 by pauzikassim
Buat julung-julung kali  dalam hidup aku... aku makan ais krim goreng...


IMG_0795 by pauzikassim
Sebagai penutup... aku makan aiskrim potong perisa durian....

Begitulah aku habiskan hari-hari terakhir aku sebelum cuti panjang untuk menyambut hari raya... Korang tunggu lah rakaman video lagu raya aku dengan lagu sempena hari merdeka nanti kah kah kah...

3 comments:

  1. haha fyi bukan saya yang suka tukar2 design ni. yang suka tukar2 ialah boss and client. :P

    ReplyDelete
  2. Basikal: Gua pun mengucapkan selamat hari raya kepada lu bro... Nanti turun kapar bagitau... bole jamming sama

    rean: Jangan risau... ini bukan masalah peribadi... tapi masalah business... so tak de ape2 yang perlu dirungsingkan haha... yang penting cukup bulan dapat gaji... bole sedekah kat masjid dengan bayar zakat dengan belanja saya cendol

    ReplyDelete