Wednesday, September 28, 2011

Hilangnya Seorang Teman

1) Hari ini aku hilang lagi seorang teman selepas Mek Lina hari tu pergi meninggalkan aku... untuk pengetahuan korang sepanjang setahun ni aku telah dibantu oleh seorang lecturer bertitle Dr dari UITM Shah Alam... 

2) Tujuan dia keje kat ofis aku sebagai pelatih adalah bertujuan untuk mendapatkan pengalaman industri... Disamping itu dia juga on the way nak dapatkan title Ir... Jadi bos aku telah meletakkan dia dibawah jagaan aku... Ambik ko!!! tak pasal pasal aku melatih orang... berbekalkan ilmu elektrik yang cetek ni aku pun luahkan lah ape yang ade... Cuma nak suruh dia tarik kabel kat site tu aku tak sampai hatilah...

3) Aku berasa ok jugak ada pembantu ni.. at least dia bole ganti meeting projek sekolah bukit tinggi klang aku yang tak berapa penting tu... Haha... diskriminasi projek memang ada dalam diri aku... Lantas aku menyuarakan pendapat kepada bos aku agar dibanyakkan lecturer training di bawah aku dan bos aku tiada halangan... 

4) Hm... tapi kali ni aku berharap biarlah lecturer perempuan yang masih single dan dara training bawah aku hahaha... Jangankan ilmu elektrik aku ajar... ilmu kahwin pun aku bole ajar... erti kata lain semua ilmu lah aku ajar... Ilmu tengok wayang lepas site meeting pun aku bole ajar...

IMG_0852 by pauzikassim
Gambar hari terakhir aku dengan dia... kebetulan hari ni ada site meeting kat UKM bangi... so aku ajak dia join meeting sekali


Thursday, September 22, 2011

Kuarters Bomba Cheras

1) Semalam aku telah hadir ke meeting satu-satunya projek High Rise Building yang masih jalan berbanding projek Hotel Melaka dan Hospital Makkah.

2) Nak harap kan Hotel aku... hm... hentikanlah berharap ianya jalan... walaupun pada peringkat awal aku take over dari senior aku dan aku bersungguh-sungguh nak bagi komitmen... tapi bila dah macam ni terus malas nak pikir... (Tak baik buka aib orang... melainkan jika iannya kes Saiful kah kah kah)...

3) Hospital Makkah... lagi lah aku tak nak involve construction stage... cukup lah derita design stage... dan aku sekeras-kerasnya menolak tawaran untuk stay kat Makkah... kalo aku kene pegi jugak abes lah korang... kene panggil aku tiga kali Haji... Haji Haji Haji Pauzi... (Tiga kali aku raya haji kat sana nanti)...


P1120853 by pauzikassim
Piling belaka...

P1120858 by pauzikassim

P1120856 by pauzikassim

P1120851 by pauzikassim


P1120854 by pauzikassim

P1120852 by pauzikassim
Baru sampai First Floor... 16 tingkat lagi nak sampai puncak bumbung... Ramalan aku 4 kali raya baru sampai... dah dua kali raya sekarang ni

P1120849 by pauzikassim
Penulis sempat bergambar dengan Sistem Perlindungan Kilat... Hampir-hampir tertinggal...

Saturday, September 17, 2011

Trivia Mengenai Temerloh

1) Temerloh dikenali sebagai Bandar Ikan Patin.

2) Temerloh adalah titik tengah Semenanjung Malaysia.

Nota: entry gua paling ringkas kah kah kah

Friday, September 16, 2011

British Sebagai Penjajah Atau Pelindung Malaysia? (Selamat Menyambut Hari Malaysia)

Flagbig by pauzikassim
Ambik ko!!! Awal-awal lagi dah kibar bendera haha

1) Bunyi tajuk kat atas macam aku nak sembang kencang pasal sejarah Malaysia hahaha... Minta maaf... aku bukan orang yang kompeten untuk bagitau pasal sejarah... Kita biarkan lah pada yang pakar macam Prof Zainal Kling yang makluman terbaru adalah Malaysia bukan dijajah tapi dilindungi... (Penulis sudah mula keliru dengan sejarah negaranya) Kalo kene lindung oleh British... Maknenye selama ni tak perlu lah sambut Merdeka kah kah kah....

2) Walaupun dapat A masa SPM subjek sejarah... Tapi aku dah lupa pun pasal Sejarah Malaysia... Belajar untuk lulus exam je kan... Ini lah hasilnya belajar untuk lulus exam je... lepas exam abes semua dah lupa huhu...Segala fakta sejarah aku dah lupa...

3)Tapi yang malang sape jawab KOMSAS ikut Buku Kepong lagi lah kesian... Diorang baru tau diorang kene kencing kot hahaha... Gua masa tu jiwang... So gua jawab KOMSAS ikut novel Konserto Terakhir... Kalo kerajaan panggil balik suruh duduk exam semula mampus sekor2 sebab SPM Sejarah dengan Bukit Kepong tak diiktiraf...

4) Tapi apa2 hal pun bagi pandangan aku... ok ape kene jajah dengan British... Ada style sket hahaha... kalo bangsa kita tak kene jajah aku rasa:


a) Aku mungkin kerja sebagai penanam kangkungberbanding sekarang keje sebagai Penarik Kabel   sebab tiada British Standard lagi untuk dijadikan rujukan...
b) Aku mungkin tiada SPM sebab tak tahu nak belajar ikut sukatan ape??
c) Mungkin Malaysia tiada KLCC, Jambatan Pulau Pinang, UUP Sg Besi, Kuarters Bomba Cheras, Kompleks KDN Kangar, Kastam Lumut, Kompleks Permata Kak Ros, Rawatan Air Sg Gombak  dan Sekolah  Sekolah Kerajaan sebab hakikatnye orang kita nak buat jarum pun tak pandai...
d) Aku mungkin berbaju melayu ala2 hang tuah berbanding sekarang memakai seluar Levis dan ber T-shirt U.C.O.B
f) Malaysia mendapat bekalan elektrik dengan kadaran 415/240V ikut British berbanding US 380/220V... Kalo tak de British... mungkin Malaysia tiada bekalan elektrik... dan masih guna kan pelita minyak tanah... TNB atau LLN pun tak de...
g) Aku mungkin bermain kompang mendendangkan lagu2 keroncong atau lenggang-lenggang kangkung berbanding sekarang bermain gitar mendendangkan lagu2 Brit Pop macam MUSE atau Hardcore macam SLIPKNOT...
h) Aku mungkin bermain guli atau congkak berbanding sekarang aku bermain bola padang dengan futsal... Dan menonton game bola dihujung minggu iaitu kelab kegemaran aku Setan Merah...


Kah Kah Kah... Woit budak... Kah Kah Kah...
Kah Kah Kah... Hargailah perjuangan Atuk Nenek Ko... Kah Kah Kah...
Kah Kah Kah... Nenek Ko Bagi tanah kat British kan itu perjuangan.... Kah Kah Kah..
Kah Kah Kah... Lantik Pegawai British Sebagai penasihat kan satu perjuangan... Kah Kah Kah


Manchester-United-3405 by pauzikassim
Ini logo Kelab Setan Merah... Kalo tak kerana British... Mungkin Rooney tak kan singgah datang Bukit Jalil

muse1 by pauzikassim
Ini Muse... Tapi malang sekali aku tak dapat pegi konsert dia tahun 2007 sebab masa tu aku pergi Malam Pra Graduan... Rugi gila tak pegi konsert dia... orang kata best sangat2...


Ok geng... sebelum aku tinggalkan korang... aku dendangkan korang dengan lagu Lenggang Kangkung...

Thursday, September 15, 2011

Meeting Permata Pintar, UKM

1) Dah lama tak citer pasal projek progress... asik citer pasal makan makan makan je... badan tak naik naik gak... awek pun menyampah dah tengok badan aku yang kurus kering... bagi makan banyak macam mana pun... langsung tak berubah badan tu...

2) Meeting pertama aku selepas raya iaitu projek Permata, Bangi... aku bertolak dari rumah pukul 8.30 supaya tak lewat sampai tempat meeting... Macam biasa... memandu berseorangan tanpa teman... hanya bertemankan lagu2 dari album Placebo... pasang kuat2 sambil melalak dan merenung kembali keje2 yang tertangguh sekian lama...

3) Teringat keje banyak pending pasal projek ni terus kecut perut... rasa macam nak patah balik pun ade... Tapi aku steady... aku dah lama perasan muka hensem n steady pasti tak sampai hati orang nak marah hahaha... kalo tak caya cuba korang marah pramugari... korang sampai hati tak...

4) Sampai saje mesyuarat bermula... maka berbagai-bagai isu mula timbul dan aku pun mula lah menangkis sana dan sini cuba mengelakkan diri dari jadi Kambing Hitam atau Pak Sanggup tak pun Cina Buta... Beberapa janji manis seperti menanam tebu di bibir mula aku taburkan....Tapi yang malangnye projek ni... aku dah empat (4) kali kira pad footing C&S ni... Asik berubah je... kejap beso kejap kecik kejap beso kejap kecik... karang aku piling diorang ni baru tau hahaha...

5) Tapi tak pe... aku kalo dengan arkitek or C&S memang kamcing... bole hisap rokok sama...(Penulis bukan hisap rokok... tapi adalah penghisap asap rokok).... aku tak banyak bunyi dengan diorang... tak berkira sangat pun berubah berubah drawing tu... lagipun akitek aku adalah gadis... tak kan lah nak gaduh dengan gadis kan hahaha....

P1120830 by pauzikassim
Ini lah hasil kerakusan manusia... nampak karam sigh waliah... mampus keras nak jawab...

P1120834 by pauzikassim


P1120842 by pauzikassim

P1120841 by pauzikassim
Tengah mengendap....

P1120840 by pauzikassim

P1120836 by pauzikassim
Brother2 otai tengah discuss


P1120844 by pauzikassim
Hari nak hujan... So aku cepat2 tinggalkan site...karang kene panah petir plak... aku ni dah lah asik mungkir janji...

Monday, September 12, 2011

Budak SAMBEST Beraya Di Rumah Aku

1) Semalam bersamaan dengan hari Ahad... Kawan-kawan seangkatan semasa belajar SPM kat sekolah SAMBEST USJ 5 dulu dulu telah hadir ke rumah aku untuk beraya.

2) Oleh kerana tiada perancangan dan makluman awal... Makanya aku telah menghidangkan mereka dengan makanan British iaitu Pizza Hut dan Mee Goreng yang sempat mak aku masakkan... Ambik ko!!! Raya pun masih ala-ala British lagi hahaha...

P1120821 by pauzikassim
Dari kiri: Aza, Rex, awek dia, Muhawwam, Zubir

P1120822 by pauzikassim
Aku tak tahu pizza apa aku order... yang pasti aku mintak cheese lebih...

P1120819 by pauzikassim
Member gua ni kaki Pizza...

P1120824 by pauzikassim
Muka member aku ni si Rex hampir sama je dengan GF dia...

P1120825 by pauzikassim
Ini member aku paling berjaya... Jadi Egnr TNB sekarang... aku je yang masih keje tarik kabel dari TNB pegi ke MSB...

P1120826 by pauzikassim
Gua dah stone bai pekena cheese Pizza Hut... Di saat ini hatta janda Maya Karin lalu sebelah pun... aku pasti tidak akan perasan... 

P1120828 by pauzikassim
Bahana overdose pekena pizza hut... semua terbongkang...

Sunday, September 11, 2011

Aku Menyambut Hari Lahir Sahabat Di Murni USJ (Bagaimana Weekend aku Habis Begitu Sahaja)

1) Malam tadi aku dijemput oleh Girlfriend sahabat aku yang merangkap client aku (JKR) dan classmate di UTM tapi bukan roomate sebab berlainan jantina bagi menghadiri makan free sempena Bithday Boy friend dia merangkap sahabat aku... classmate di UTM dan rakan sepermainan Futsal dan bola padang. Tempat untuk makan free tersebut adalah di USJ Murni.

IMG_0817 by pauzikassim
Yang laki tu lah BF dia dan Birthday Boy... Terima Kasih kepada Cik Ina yang menjemput aku untuk makan free... Katanye tahun depan nak sambut hari jadi kat umah siap dia masak... Hm... tunggu je lah... Bila korang nak kawin bai??

2) Aku seperti biasa, keluar dari rumah dan memandu secara berseorangan... Ini je lah masa yang aku ade menyendiri untuk muhasabah diri dan mengenang dosa-dosa silam sambil memikirkan masa hadapan ku yang masih samar samar... Kali ni aku bertemankan lagu dari kumpulan My Chemical Romance dan Children Of Bodom...

3) 20 minit memandu... aku sampai di Sunway untuk memungut dua ekor sahabat aku sejahanam di mana masa depan mereka juga masih samar samar lagi sama dengan diri ku... Tidak menepati masa sudah menjadi adat mereka dan aku setia menunggu... selepas tu terus sahaja memandu menuju ke destinasi seperti yang dinyatakan pada perkara (1) di atas.

IMG_0821 by pauzikassim
Lokasi Makan Makan...
4) Tiba sahaja di tempat tersebut... Aku bertiga adalah orang yang terawal (punctual Beb) diikuti oleh John dan pasangannya... kemudian tibalah pasangan Birthday Boy tersebut dan paling lewat yang tidak berapa penting iaitu member aku dari shah alam rakan sekonsert aku dimana pengajian Mekanikal Pembuatannya di UTM telah diragui oleh JPA.

319416_10150304743393076_546128075_7912465_1416935840_n by pauzikassim
Aku dan member aku dari Shah Alam ni...

5) Perut lapar terus sahaja order... Memandangkan perlawatan Liga British antara Artsengal dan Swansea telah bermula... Aku pun order lah Spaghetti Meatball dan Ribena Laici... Hm... aku masih lagi mengekalkan gaya British... Tak kan nak mintak sambal belacan plak makan dengan meat ball...  Mencarut nanti waiter tu kat aku hahaha...

IMG_0818 by pauzikassim
View aku menonton game Artsengal... Penulis sebenarnya penyokong setia Setan Merah... Diharap jangan salah faham terhadap gambar di atas....

IMG_0808 by pauzikassim
Antara menu yang ada

IMG_0810 by pauzikassim
Air aku... Ribena Laici... Pernah satu ketika ada awek tegur yang aku seperti kanak kanak ribena kerana order air Ribena kat Mcd... 

IMG_0811 by pauzikassim
Ini air Pink Panther namanye.. aku tak tahu air ape... tapi segala bahan ada dalam air tu aku tengok...

IMG_0812 by pauzikassim
Ini makanan aku... Spaghetti Meatball... Masih mengekalkan ciri-ciri British hahaha... Tapi lagi bangang ade Profesor kata Malaysia tak pernah kene jajah dengan British... Sebenarnya Tanah Melayu telah dilindungi oleh British... Kah Kah Kah Stupid Prof Kah Kah Kah... tak percaya tanye Prof Dr Zainal Kling Fakta Bangang!!! 

IMG_0819 by pauzikassim
Yang tengah tu roomate aku masa UTM dari tahun 2005-2007... Paling kanan Tabligh UTM....Ini lah dua ekor yang pungut tadi.... Aku pernah dimaki oleh perempuan kerana masa depan ku yang samar... hm...

IMG_0813 by pauzikassim
Mereka masih membuat onar... sehingga pasangan di bucu kanan memerhati sahaja gelagat mereka


IMG_0820 by pauzikassim
Tiba-tiba jumpa classmate iaitu Abu berkaca mata yang turut sama lepak tapi dengan kawan-kawan lainnya...


6) Abes sahaja berborak dan makan... Aku dan dua orang sahabat aku pun pulang ke rumah sewa mereka bagi menyambung semula aktiviti menonton bola... Selepas game Artsengal habis dengan gol bangang dari Arshavin (sebijik je pun dapat lawan swansea... tak delah art mana pun)... Aku pun menonton pasukan kegemaran aku iaitu Setan Merah... Ambik ko!!!! 5-0 bantai Bolton tu...

7) Abes sahaja game Setan Merah... Aku pun pulang keseorangan menuju ke rumah sewa aku bagi menonton game Real Madrid  plak... Ini gara-gara Cristiano Ronaldo punye pasal... Tepat jam 5.30 pagi... Aku ngantuk dan terus tido...

8) Abes sudah satu malam weekend ku... dan seperti biasa... bangun pagi ahad sekitar pukul 11.30 pagi dalam keadaan mamai... lantas mengeluh kesal hm... ini kah masa depan ku....

IMG_0823 by pauzikassim
Pemandangan game Real Madrid live dari rumah aku....

Saturday, September 10, 2011

Dinner Di Uptown Damansara The Legend

1) Jam telah menunjukkan pukul 12 tengah malam dan aku baru sedar yang aku tertido selepas maghrib tadi... Perut lapar dan aku perlu mencari makanan untuk isi perut aku... Lantas aku ke bilik air mandi dan bersiap...

2) Roomate yang lain sudah keluar... tinggal seorang lagi yang masih setia dengan FB nya... Sempat beliau bertanya kepada aku nak pegi date ke? aku pun menjawab "Ko ingat aku nak date dengan pontianak ke malam malam buta ni?" Sambil mempelawa dia untuk turut serta makan tapi malang dia sudah makan...

3) Terus aku keseorangan memandu.... Kali ini aku bersendirian dalam perjalanan bertemankan lagu Cradle Of Filth sambil mengenang dosa-dosa yang lalu dan memikirkan hala tuju hidup aku adakah menuju ke syurga akhirat... Hm... Tepuk Dada Tanyalah Iman...

4) 10 minit memandu sampai lah aku ke destinasi iaitu Uptown Damansara The Legend... Banyak pilihan makanan dari negeri Kelantan/Siam, China membawa ke British... Dan banyak kenangan aku sepanjang aku lepak bermula tahun 2000 sehingga ke hari ini... Port aku macam biasa Steven Corner...

IMG_0804 by pauzikassim
Kedai lengang je sebab aku dinner dah dekat pukul 1...

5) Aku pun order chicken chop dan air laici... sedang menanti makanan aku... datang sekumpulan remaja melayu   yang terdiri dua perempuan dan dua lelaki... Yang lelaki langsung aku tak endahkan... tapi mata aku sempat mengekori dua perempuan 'cara' tersebut yang melintasi depan aku berpakaian seksi ala-ala Selena Gomez dan Vanessa Hudgens... dan duduk di sebelah meja aku... Baru kenang dosa tadi dah tambah dosa baru hm....

6) Sampai je makanan aku... terus aku melantak... sepanjang makan aku hanya mendengar mereka berborak sahaja... Dengan selambe awek tu berkata kepada kawannya yang dia masih steady... tak mabuk... walaupun minum banyak... sambil tangan memegang rokok.... Aku dah dapat tangkap ni mesti baru balik mana mana club... Hm... aku berharap dia dapat jawab depan malaikat nanti yang dia steady... tak mabuk masuk minum air setan kat dunia... Walaupun aku bermain tali setan... menyokong kelab setan merah... mendengar muzik band setan tapi aku tak sanggup minum air setan tu... Pujuk lah goda lah macam mana pun aku sanggup minum air coke yang lagi mahal berbanding air setan tu...

7) Apa yang mengagumkan aku terhadap awek ni... Dia masih lagi mengekalkan ciri-ciri melayunya saat ketika dia order Nasi Goreng Ikan Masin dan meminta sambal belacan lebih sedikit... Berbanding aku yang muka melayu... tapi makan makanan British... Hati dan jiwa masih British lagi hm... Segan aku... takkan lah nak makan chicken chop mintak sambal belacan gak...

8) Abes makan dan minum cepat-cepat bayar dan gerak balik... esok banyak bende nak buat... Begitulah kehidupan orang bujang yang makan minumnya tak menentu kah kah kah....

IMG_0807 by pauzikassim
Uptown ni memang legend... Sehingga zaman kegemilangannya telah diabadikan melalui lagu Streets Of Uptown dari ACAB dan Generasi Bundle dari Republic Of Brickfields

Friday, September 9, 2011

Girl Friday (Video Pertama Aku Rakam)

Hari Jumaat petang production kerja agak menurun sedikit... Bagi menggantikan masa tersebut aku akan mengular di alam maya menjelajah profile dari satu awek ke awek lain dan membaca blog pelbagai genre (dah macam muzik bunyinye) dari blog politik membawa ke hiburan dan sukan.

Teringat aku satu video pertama aku rakam sempena untuk hari Jumaat iaitu Lagu Girl Friday dari Butterfinggers. Zaman tu sekitar tahun 2005 masing-masing batak dengan video/digital camera... Zaman Kodak dah habes...

Zaman ni lah bermula era Melayu 3gp yang satu ketika menjadi kebanggan melayu... yang berjaya menenggelamkan nama Babyrina dan membawa era Najwa Ampang... haha aku dengar je orang citer... aku pun tak tahu ape itu Babyrina ape itu Najwa Ampang....






Ini video pertama aku rakam dalam sejarah aku bermain tali setan ni... Jari telunjuk hitam tu akibat aku tersepit pintu kereta kat Projet Meru Batu 5 (Sekarang dah jadi Shell)... Tiada unsur pemujaan Black Metal.


Ini lagu instrumen ape entah aku mainkan... Dituju untuk perempuan study kat UTM aku kenal masa naik bas dari Klang Ke UTM... Tak sangka perempuan tu kaki Hardcore dan aku terjumpa dia lagi di Rock The World 2006 dan paling baru jumpa lagi kat konsert Deftones di Live KL Rujuk link ni



Ini aku lupa tajuk lagu...


Tengok balik video kat atas... hm... memang perangai tak semenggah gak aku dulu waktu study... Nasib baik dah keje ni aku bertamadun sket hahaha...

Tuesday, September 6, 2011

Post FB Terbaik Dari Member Aku Pasal Kahwin

Aku memang dah lama perasan post member sejahanam aku tengok konsert sama sama ni... Semenjak dua menjak ni banyak plak post post yang berunsur keagamaan... Mungkin dia dah dapat hidayah sama seperti Sham Kamikaze kot... 


Tapi post kali ni memang menarik dan aku ingin kongsi dalam blog aku... Mungkin persoalan "Bila Nak Kahwin?" telah menghantui beliau sepanjang cuti raya ni... Tambahan pula antara kalangan kawan-kawan aku ni ada yang akan mendirikan rumahtangganya bulan sepuluh ni... Perkara ini juga mungkin menambahkan tekanan pada beliau haha... 


Jangan kan dia tertekan... aku pun tertekan gak...  bila orang tanya pasal kahwin... lagi2 bos aku... asik mengeluh je bila tengok aku tak kahwin-kahwin lagi... Katanya kalo aku tak kahwin aku belum matang lagi... Jadi bos tak berani bagi aku projek-projek besar sebab tak de pengalaman handle masalah rumahtangga yang lagi besar...


Mak aku lagi lah... mengeluh jugak... tapi dah letih... siap warning aku lagi tu sampai bila nak hidup dalam keadaan berdosa... Aik!! mak aku ni... macam tahu je... hm...


Tak pe lah... sampai jodoh nanti adalah kad jemputannya... Cuma aku tunggu bila lah diorang nak buat bachelor party untuk member aku yang nak kahwin ni... (Unsur-Unsur British masih ade lagi)


Ini post beliau:


"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."
Bunyi macam senang? Nah ini erti sebenarnya:

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku 

rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku." (renung2kan dan slmt b'amal)


Hm... memang kene renung renung sampai termenung gak lah aku baca post dia hari ni...


Copy of Copy of DSC03123 by pauzikassim
Ini gambar aku dengan Sham Kamikaze... Terharu tengok dia dah berubah ke arah kebaikkan