Monday, November 28, 2011

Kenduri Kahwin Kawan Aku

1) Semalam aku telah menghadiri majlis kahwin sahabat karib aku dari kecik... yang ari tu aku ade datang majlis nikahnye... siap buat show lagi tu haha... Majlis Nikah Dia Hari Tu... Tapi kali ni sahabat aku tak benarkan aku buat persembahan atas beberapa kejadian yang telah berlaku malam ari tu...

2) Bertempat Di Dewan MPK Klang... majlis berlangsung dengan jayanya yang penuh dengan warna pink...


389556_308601399157799_100000238240344_1202626_638979634_n by pauzikassim
Yang ni gambar sahabat aku dan kawan-kawan aku satu sekolah dulu...

376882_308601532491119_100000238240344_1202632_458048847_n by pauzikassim
Yang ni baru ade gambar pengantin perempuan...

377490_308601245824481_100000238240344_1202623_1268362635_n by pauzikassim

384541_308601349157804_100000238240344_1202625_1098989047_n by pauzikassim
Jangan sesekali bagi aku pegang kamera... kalo tak ini lah padahnya...

308237_308601575824448_100000238240344_1202633_1549123506_n by pauzikassim
Selamat Pengantin Baru Kepada Sahabat Karib Aku...

Friday, November 25, 2011

ECER - Tender Evaluation Kat KLCC

1) Hari ini aku diarahkan untuk membuat penilaian tender di KLCC bagi projek ECER Development... Hanya ade tiga petender sahaja yang aku perlu nilai... amat menarik ade tiga sahaja petender sahaja... jadi senanglah keje aku nak menilai berbanding projek sekolah sampai 50 petender...

2) Persoalannya kenapa tiga sahaja yang ade?? Bukan 50?? Yang tu aku malas nak jawab... Biarkan mereka... Asal jangan buat bende bangang kat projek aku sudah... Bagi RM250juta lepas tu kasi lembu duduk dalam kondo... Yang kelakarnya lagi siap hantar lembu pegi buat umrah tu...

3) Apa yang menarik hari ni adalah aku naik KLCC tu... KLCC tu hahaha... dengan berpakaian formal... tapi ber beg kamping sebab ade laptop dalam tu... hm... lepas ni rasa macam nak suruh bos belikan IPAD 2 je... Sambil berselisih dengan Engineer Engineer Petronas yang berpakaian korporat pasti menjadi kegilaan gadis-gadis di KL... Maklumlah saudagar minyak... Oil & Gas katakan...

4) Aku je yang keje biasa je... tarik kabel je... nak masuk petronas tak layak pulak... katanye BI aku tinggi sangat... takut orang2 europe tak paham english accent finland aku...

IMG_0923 by pauzikassim
Gambar beg aku di tingkat 42...


IMG_0920 by pauzikassim
Ini jambatan gantung yang menghubungkan dua bangunan...

Nota: Sepanjang riwayat aku... aku tak pernah lagi masuk Petrosains... Member aku asal dari Kelantan pun dah masuk... Ade sape2 nak bawak aku tak masuk??

ECER

IMG_0923 by pauzikassim
IMG_0923, a photo by pauzikassim on Flickr.

Thursday, November 24, 2011

Habis Hari Aku Semalam

9:30am - 10:30 am : Meeting di JKR Maju Junction... macam biasa aku sampai lewat... meeting start pukul 9...

10:30am - 11:00am: Makan nasi lemak kat Maju Junction...

11:00am - 1:00pm: meeting sg gombak kat JPS... sekali lagi aku masuk lambat dalam 11:30am buat muka bodoh je...

1:00pm - 3pm: Jumpe QS permatapintar aku kat KL betulkan claim... dah lama keje pun buat bangang lagi salah key in claim... bangang apa bayar 150%.... lama jugak kene sekolah dengan QS...

3:00pm - 4:00pm : Singgah IEM kat PJ gi sembang kencang jap dengan orang IEM pasal pengalaman keje... tapi pasal pengalaman bangang tak bagitau...

4:00pm - 5.30pm: baru nak masuk ofis terserempak dengan supplier MSB... ajak minum tea time... borak pong pang pong pang...

6:30pm-7.30pm: masuk ofis update FB... baca blog...

7:30pm - 8:30pm: lepak mapley booking tempat sambil borak kosong...

8:30pm-10:30pm: fokus tengok bola... awek lalu depan mata pun tak perasan...

10:30pm-11:30pm: Berbincang dengan sahabat handai macam mana nak gulingkan Sultan Bola... Pakat nak turun jalan raya sambil timbang bola bawak sepanduk ajak Sultan main bola sekali...

11:30pm - 12:30pm: balik rumah...ambik gitar lepas tu bukak Youtube... bukak Guitar Pro... sweeping lagu Bodom After Midninght... dari tahun 2002 sampai sekarang tak dapat lagi teknik menyapu...

12:30pm: ambik penyapu sapu bilik... terus tido...

Bilakah aku buat keje?? rasa macam nak bela hantu raya pun ade suruh check drawing orang ni...

Saturday, November 19, 2011

Children Of Bodom Live In Singapore

1) Hari Khamis yang lalu pada 17/11/2011 aku telah pergi ke sebuah konsert yang memang aku tunggu-tunggu sepanjang hayat hidup aku... Band yang menjadi kegemaran dan ikutan aku iaitu Children Of Bodom yang diadakan di Fort Canning Park, Singapore...

Children Of Bodom Live In Singapore by pauzikassim
Punye taksub aku dengan band ni sampai meeting hotel dengan meeting Bukhari sanggup aku ponteng... Nak risau ape... band ni aku tau diorang hanya datang sekali je... nak datang lagi jangan haraplah...

2) Ini adalah kali pertama aku keluar dari Malaysia beb... rasa takut... rasa batak... rasa happy pun ade... 5 tahun aku bertapa kat UTM Skudai sekali haram pun aku tak pernah jejak kaki kat Singapura tu... Dah lah drive sorang2 dari KL ke JB... lepas border baru Hate Crew tunggu aku...


P1130123 by pauzikassim
First time tengok pasport kene chop... aku tengah isi white form dalam cab dari City Square menuju ke Singapore... tourist guide aku yang bagitau ape nak buat bila nak masuk Singapore... Yang kelakarnya tourist guide aku ni guide guna SMS je dari UTM haha...

P1130125 by pauzikassim

P1130124 by pauzikassim
Lihatlah mereka yang hadir... Serba-serbi hitam... di saat ni masing-masing berdebar dan tak sabar nak tengok show dah... aku pulak bila sampai tempat macam ni pasti aku akan panjatkan doa jangan lah jodoh aku bertemu di tempat macam ni... kalo bertemu pun biarlah habis malam tu sahaja hahahaha....

P1130130 by pauzikassim
Ini keadaan stage sebelum konsert bermula... aku tertinggal lah kambing hitam dengan sabit rumput lengkap dengan jubah... kalo aku bawak bende alah tu pasti aku dapat pass backstage lepak dengan Alexis Laiho...

Children Of Bodom Live In Singapore by pauzikassim
Sebab gua buat simbol macam Najwa Latif... Jadi gua telah dijemput untuk lepak belakang stage hahaha....

P1130148 by pauzikassim
Laiho sedang beraksi dengan Flying V cap ESP...

P1130150 by pauzikassim
Warman tak buat teknik rebonding... aku tengok rambut dah serabai gila...

P1130146 by pauzikassim

P1130157 by pauzikassim
Ini awek depan aku bukan jodoh aku... nasib baik... tapi dia punye head banging bole tahan bai... aku dah muntah... dia tak muntah muntah lagi...

P1130169 by pauzikassim
Selepas show....

P1130167 by pauzikassim
Jaska punye set drum... double paddle yang best tu... geduk geduk geduk bunyinye...

P1130134 by pauzikassim
aku teringin benar nak keje ni... setting sistem ELV...

P1130172 by pauzikassim
Bangsa ni aku dah tak tau nak cakap ape... pegi mana2 je mesti ade bendera ni...

P1130133 by pauzikassim
Ini hate crew yang tunggu aku... masing-masing vokal mantap dan dah ade band... aku je vokal tak mantap-mantap lagi hahaha...

Children Of Bodom Live In Singapore by pauzikassim
Habis show masing-masing berbincang dan memberi pendapat... ape si kapir laknat Laiho tu goreng punye sedap... dan cuba tiru gaya laiho bila sampai ke rumah... dan bagi input kat band masing-masing... gua je tak de band lagi... sikit-sikit jamming dengan TV huhu....

Abes show... gua bermalam di pontian umah vokalis band Lorong Terbabas sebab tak larat dah nak balik KL... Tapi gua langsung tak berpeluang jalan-jalan di Singapura... satu barang ape pun aku tak sempat nak beli... jadi janganlah mengepau ape2 buah tangan dari Singapura... Jangan kan buah tangan... buah hati pun aku tak dapat sebab masa terhad... pergi Singapore semata nak tengok konsert je...

Children Of Bodom Live In Singapore by pauzikassim
Duit Singapore ni pun aku tak sempat nak tukar RM(Rosmah Mansur) balik

Children Of Bodom Live In Singapore by pauzikassim
Tiket yang belum koyak lagi... bole guna lagi ni kalo Laiho datang...


Berikut adalah sebahagian video yang sempat aku record... nak record lama-lama tak larat tangan lenguh... lagipun aku nak head banging puas-puas...


Opening...

Aku rasa si Laiho ni beratus kali cakap F*** tu... aku pun tak paham kenapa nak cakap banyak kali... Masa ni lagu downfall... antara lagu kegemaran aku...



Lagu paling aku minat... Bodom After Midninght...

If You Hate Me...


Solo ngeri punye...

Nota: Hate Crew adalah gelaran yang diberi kepada mereka yang menjadi pengikut/peminat Children Of Bodom...

Sunday, November 13, 2011

PEOPLE = SHIT

Gua post tajuk di atas bukannya gua marah dengan masyarakat setempat... tapi sekadar ingin meraung sahaja... arghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Minta maaf... kipas lupa nak tutup... jadi bunyi effect tambahan angin kipas pun ada dalam rakaman...

1) Arghhhhhhhh.... Aku rasa nak jerit je sebab banyak sangat kerja terbelenggu dalam kepala otak aku... arghhhhhhhh...

2) Arghhhhh.... kenapa hari jumaat yang mulia bertarikh 11/11/11 ada meeting yang panas sampai bertegang leher... arghhhhhhhhhh... abes meeting nak dekat maghrib arghhhhhhhh...........

3) Arghhhhh.... kenapa dia susah sangat nak reply sms aku... arghhhhhhhh... Kalo malu nak kuar dengan aku tak pe... aku bole pakai topeng supaya dia tak malu dengan wajah aku yang langsung tak de iras Brad Pitt... arghhhhhhh...
308702_10150270108977672_6478112671_7792600_7056175_n by pauzikassim
Gua dah pakai topeng sekarang... bila gua tengok balik... gua rasa lagi kacak sebenarnya kalo pakai topeng haha... next time gi meeting gua nak pakai topeng macam ni lah...

4) Arghhhhhhh.... kenapa kabel bawah tanah aku tak cukup panjang arghhhhhhhh.....

5) Arghhhh... Mungkin hidup kene selesaikan masalah arghhhhh.....

Ini video asal dari dalam tv tu... setiap kali aku upload video gitar aku berlatarbelakang video asal, pasti aku akan dapat email warning dari Youtube sebab aku melanggar hak cipta terpelihara Youtube... Ape cilake team youtube ni nak warning aku!!!... blog aku bukan glamour pun macam jejariruncing.blogspot.com tu... alah si tunang Khairul Fahmi Keeper Malaysia tu... Blog aku hanya ada 12 pembaca rasmi sahaja (follower)... dan salah seorang dari 12 tu adalah diri aku sendiri hahaha

Ini video memang otai... aku belajar head banging dengan main lagu ni pun dari video ni... sampai rasa nak lempar gitar pun ade kalo cover lagu ni hahaha....

Nota: Slipknot sekarang tengah mempromosikan ulang tahun ke 10 kejayaan album diorang yang paling sukses iaitu "Slipknot -Iowa"... album yang membuatkan mereka terkenal sehingga pelusuk dunia pada tahun 2001... untuk pengetahuan korang... album Slipknot Iowa ini teramat lah glamour sampai album tersebut berjaya dipromosi ke sekolah aku masa tu... Tapi malang... semua student dalam bilik aku telah disoal siasat oleh pengetua kerana disyaki budak dorm aku ade yang mengamalkan ilmu Black Metal akibat gambar kambing hitam di kulit album tersebut... dan album tersebut telah dirampas...

Slipknot_Iowa_by_itachi_makaveli by pauzikassim
Ini kulit album dia masa tahun 2001...

Wednesday, November 9, 2011

Installation Of Surge Protection Devices

1) Sekarang kita dah sampai hujung tahun... bila hujung tahun sinonimnya jemputan kenduri kahwin akan bertubi-tubi sampai kat umah aku... pegawai kerajaan  pula akan cuti panjang menyebabkan lewatnya approval material aku dengan process claim aku... tidak lupa juga budak sekolah akan seronok kerana cuti panjang tamat sesi persekolahan...

2) Namun jangan lupa bencana yang akan tiba di Malaysia pada hujung tahun iaitu Hujan Lebat yang berpanjangan... diikuti dengan kilat sabung menyabung... guruh berdentum... air tempayan jangan dibuang... tiupan angin kencang sangka kala... air yang tenang jangan disangka ada buaya dan diikuti dengan banjir besar... Atas alasan hujan lebat dan banjir ni lah yang menyebabkan mereka-mereka yang terlibat dalam industri pembinaan akan cuba menggunakan alasan keadaan cuaca buruk untuk memohon tempoh lanjutan masa... 

3) Apa yang merisaukan aku sebagai enjin nyiur leterik... apabila hujung tahun tiba... kadar kilat dentum berdentum adalah sangat tinggi sehingga bos aku cerita kat aku yang Jabatan Kaji Cuaca Malaysia bagitau kat bos aku... kadar kilat dentum berdentum ni secara purata adalah 300 kali setahun di Malaysia berbanding di kampung halaman aku di Manchester, England dengan purata 5 kali setahun...

4) Apakah persediaan kita sudah cukup untuk menghadapi kilat hujung tahun? itulah yang merisaukan aku sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menggunakan ilmu elektrik bagi menjawab persoalan tu... Untuk makluman korang... Ilmu kilat juga adalah salah satu cabang dalam bidang elektrik... jangan pikir bila sebut elektrik je mesti nak cakap pasal lampu tak terang... tak pun bila 'black out' umah tu baru nak ingat sape ade kawan dia keje ejin nyiur leterik nak suruh deal dengan TNB kasi on balik supply rumah dia... padahal dia sendiri tertunggak lupa bayar bil api TNB...

5) Oleh yang demikian... aku tinggalkan korang dengan konsep rekabentuk pemasangan surge protection devices bagi melindungi peralatan elektrik korang yang hi-tech macam laptop cap Apple, Iphone, TV LCD... Gitar Karen... periuk nasi... hair dryer jenama panasonic... astro decoder... atau bagai-bagai lagi dari surge akibat kesan kilat yang dentum berdentum ni... 
Vdrop by pauzikassim
Setiap SPD yang dipasang akan berbeza-beza tahap ketahanan bergantung kepada kesan Induce Voltage yang mengalir di dalam kabel yang berbagai-bagai saiz...

P1080563 by pauzikassim
Contoh Surge Protection Devices yang dipasang dalam DB... Apa motif gua ade kat situ??

P1130083 by pauzikassim
Ini contoh SPD yang terdapat kat rumah aku bagi melindungi TV aku... gitar karen aku... gitar kapok aku... dan handphone aku punye charger... tapi ingat!!! ini adalah salah satu usaha kita... dan selebihnya kita perlu tawakkal kepada Allah S.W.T yang menciptakan kilat sebagai peringatan untuk mereka yang beriman berfikir akan kehebatan Pencipta kilat tersebut... 


Semantara itu... pagi tadi gua datang meeting kat ukm bangi... projek ni salah satu punca lewat sebab hujan lebat sangat...

2011-11-09 10.21.19 by pauzikassim
Aku dengan fokusnye dengar ceramah pasal macam mana taik nak masuk ke sewerage treatment plant... diorang ni pasal taik pun nak bergaduh hahaha...

Saturday, November 5, 2011

Menonton cerita In Time Di TGV Sunway



1) Lepas aku tengok citer tu... baru aku tau masa sangat berharga... lebih dari nilai emas... masa adalah nyawa... tapi masih ade yang berfoya-foya buang masa tanpa merisaukan masa yang hilang tu...

2) Golongan Kapitalis memang sentiasa akan berpikir untuk menindas orang miskin supaya mereka terus senang... dengan cara mengenakan interest tinggi2 kepada mereka yang lemah...

3) Golongan muda akan bangkit menentang orang atasan walaupun cara golongan muda tersebut kadang2 menyalahi undang-undang seperti merompak untuk menderma kepada orang lain atau turun di jalanan buat rusuhan sambil bawak sepanduk...

4) Penjaga Masa dalam citer ni tak makan rasuah walaupun ditawarkan dengan masa sebanyak 100 tahun...

Thursday, November 3, 2011

Projek Kangar

1) Selasa hari tu aku pergi menjenguk site aku kat Kangar... Tinggal satu je projek aku kat belah Utara ni... lepas ni dah tak payah merayau jauh2... hubungan aku dengan pramugari firefly pun akan tamat jugak... dijangka bulan 2 tahun depan siap... sekarang ni aku tengah pikir ayat macam mana nak tamatkan hubungan aku dengan pramugari ni hmmmm.... banyak sangat janji dah tabur kat dia....




P1130062 by pauzikassim
Ini namanya bangang!!! pasang dinding tinggi sangat sampai tak nampak dah pondok pengawal

P1130061 by pauzikassim
Jam kecik kat pok guard ade... tapi jam besar kat menara tak de... pitih habih doh..

P1130052 by pauzikassim


P1130016 by pauzikassim


P1130030 by pauzikassim
Ini barang gua...ari tu yang gua pegi penang MSB FAT... selamat sampai dari kilang ke tapak... sampai sekarang gua tak percaya macam mana dari sekeping drawing jadi kotak besar macam tu... kalo gua hidup zaman Feudal... pasti dihukum bunuh sebab disyaki mengamalkan ilmu Black Metal...