Tuesday, January 31, 2012

Sekitar Majlis Penyerahan KDN Kangar

1) Sebelum cuti hari raya Cina dung dung ceng hari tu... aku berkesempatan untuk hadiri majlis penyerahan rasmi Bangunan KDN, Kangar... Ait bang!!! hari tu sembang kata dah serah??

2) Hari tu adalah pra penyerahan sebenarnya dik... abang datang hari tu nak tengok dengan double check hok kabel2 yang abang tanam tu ade lagi ke? lampu menyala ke? ade terbakar tak? acond sejuk tak? sound system stage yang abang pasang tu gempak tak? bole buat gig ke tak bila dengar sound kuar tu... Bila semua dah ok baru lah abang kasi green light ok dah bole handover ke orang ade paham!!!

P1130547 by pauzikassim
Logo baru pasang... ari tu tak pasang lagi...
P1130577 by pauzikassim
Abang tengah sound check... abang kadang kadang keje jadi Sound engineer.. adik jangan gelak tau... abang ade ambik subjek akustik... 4 kredit lagi tu... siap dapat A lagi...

P1130575 by pauzikassim
Tengah sound check... tiba-tiba black out pulak dik... tapi adik jangan risau... design abang gempak... abang ade bagi dua supply khas untuk auditorium ni... satu untuk normal satu untuk kecemasan... nampak tak ade sedikit lampu menyala tu... nampak x!!! sound system je tak gempak sket dik... budget tak de... pakai box speaker je lah... nak pakai line array tak de duit dah... kalo ade gig kat sini tak payah pegi lah...

P1130586 by pauzikassim
Majlis penyerahan gambar bangunan simbolik kepada serah bangunan betul-betul... Mana muka abang?? Abang masa ni tak join dik... Abang kan 'unsung hero'... memang abang suka hidup belakang tabir je dik... Kalo adik cari abang belakang jalan sg wang pun ade je abang kat situ... kadang2 belakang CM mengadap sg gombak...

P1130573 by pauzikassim
Ini abang... maaf kualiti gambar agak teruk sebab yang mengambil foto ni dah tua... tekan button kamera pun menggigil2...

P1130563 by pauzikassim
Sebelah abang ni adalah abang BESAR...

P1130554 by pauzikassim
Dah beroperasi kaunter ni masa abang datang... ape lagi... terus abang ngorat semua kakak kakak yang buat IC tu... abang siap buat pasport terus tu ajak kakak semua tu lepak Danok...

P1130550 by pauzikassim
Adik kalo rase bila tengok gambar pasport adik tu nampak macam hodoh je... macam tak bole terima hakikat... adik bole terjun terus je ke dalam tasik buatan ni kalo rasa nak bunuh diri... tak de pagar pun...

P1130542 by pauzikassim
Ini hotel abang beradu di Kuala Perlis Hotel Putra Brasmana

P1130545 by pauzikassim
abang BESAR bagitau abang yang depan tu pulau langkawi... abang tak tahu lah betul ke tak sebab abang tak pernah pergi lagi pulau langkawi tu... kalo dia kencing abang... adik pulak jangan kene kencing... gi lah google dulu sahkan...

Friday, January 27, 2012

"Punk Rock Disebalik Fesyen & Muzik Bising" -Punk Satu Pemberontakan-


P1130603 by pauzikassim
Buku yang menarik dibaca untuk berkongsi zaman kegemilangan Punk...

aku sangat menghargai usaha murni Nizang dalam usaha mengumpulkan 10 orang otai2 punk yang latar belakang terhadap ajaran atau fahaman punk sangat lah kuat... dengan himpunan kisah-kisah pengalaman mereka secara tak langsung mengimbas kembali zaman aku muda-muda... ya satu zaman di mana darah muda yang kuat memberontak telah mengalir ke dalam jiwa aku di mana scene punk telah merasuk ke jiwa aku dan masyarakat sekitar Klang dan Plaza Metro...

Setiap penulis cuba merungkai maksud punk berdasarkan fahaman masing-masing... memang sukar untuk mencari maksud punk kerana tiada ajaran khusus atau formal mengenai fahaman tersebut...Jika kita menyelongkar fahaman tersebut melalui Wikipedia... pasti perkara yang dibincangkan adalah Ramones...DIY... Political... Kapitalis....Muzik... Masih terlalu umum dan fahaman tersebut hanya golongan minoriti sahaja yang memperjuangkannya dan masih sukar mendapat tempat di Malaysia... Malah lebih malang lagi golongan Punk ni dilayan sangat negatif di Malaysia akibat hebahan negatif oleh media massa pro kerajaan yang cuba menakut-nakutkan rakyat supaya bergantung dengan kerajaan (kaki bodek)... 

Bagi aku pula... aku mengerti bahawa punk itu adalah satu pemberontakan... berdasarkan pengalaman yang aku lalui apa yang telah aku dapat rasakan bahawa seorang yang sentiasa memberontak memperjuangkan sesuatu yang dirasa adalah hak dia adalah seorang yang Punk... Tidak perlu dengan rambut mohawk atau kasut but dia sudah dikatakan punk... dikhuatiri pakaian tersebut hanya ingin menutupi dirinya yang sebenar iaitu seorang yang ikut-ikutan...

Punk yang memberontak terhadap kapitalis atau erti kata lain memaksimumkan untung tanpa hirau hak orang lain atau menggunakan hak orang lain untuk mendapatkan keuntungan... Punk juga memberontak terhadap mereka yang sentiasa menindas golongan orang lemah untuk terus mengukuhkan kuasa mereka... Ya mereka semua yang berada di tampuk pemerintahan sekarang ini perlu diberontakkan dan digulingkan bagi digantikan satu kerajaan yang harmoni...


Video yang diambil kita aku mula2 mengenali muzik... Kisah aku, Kurt Cobain Dan Muzik

Aku masih teringat dimana ketika aku tingkatan 3 tahun 1999 aku telah berpisah dengan sahabat karib aku yang banyak mengajar ilmu gitar akibat perbezaan fahaman... Dia yang telah memilih fahaman Skinhead dan meninggalkan muzik2 Grunge bagi mengikuti golongan2 Skinhead... Manakala aku telah dididik oleh abang sahabat aku untuk memperjuangkan fahaman Punk... Masa tu abang dia menyuruh aku mengikuti geng2 Punk Anarchy yang lebih memperjuangkan ideologis melalui muzik disebabkan aku ade sedikit ilmu gitar manakala adik aku telah direkrut untuk berjuang bersama Punk Chaos...

Maka... bermulalah sesi kutuk-mengutuk dan caci mencaci di antara kawan aku Skinhead dan aku yang Punk akibat masing-masing merasakan fahaman mereka lah yang terbaik... Dan aku masih ingat tempat lepak atau tidur sudah pastinya Plaza Metro atau jejantas yang menghubungkan bangunan Mydin dan Centrepoint... masa ni aku nak ber dressup ala2 punk pure memang tak mampu lah... mana ade duit... sekolah pun belanje pakai duit mak... berbekalkan t-shirt Rancid itu pun kawan aku bagi... aku pun pakai lah dan lepak pada hujung minggu sekitar Klang sambil melayan muzik2 Punk Rock tidak lain tidak bukan RANCID second generation selepas Ramones... masa ni lagu lain aku tak boleh terima... lagu dia je dok ulang2...

P1050439 by pauzikassim
Jejantas yang menghubungkan Mydin dengan Centrepoint telah dirobohkan oleh hasil tangan aku sendiri... semuanya telah menjadi kenangan... Akibat keperluan yang mendesak bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Bandar Di Raja Bandar Klang... Company aku telah terlibat untuk membina satu jambatan bertingkat dan jejantas yang dirobohkan telah digantikan dengan laluan bawah tanah...

Tiba lah saat di mana Malaysia telah digegarkan dengan isu Punk Makan Sampah di JB pada tahun 2003... aku yang masa ini telah melanjutkan pelajaran di UTM Skudai dalam jurusan ijazah kejuruteraan elektrik telah menerima tamparan hebat apabila pulang ke kampung... masa ni hanya ade dua orang sahaja orang kampung aku yang belajar di UTM iaitu aku dengan Ana kawan sepermainan aku dari kecil yang menuntut ijazah kejuruteraan petroleum... Mana taknye... masa balik kampung je lalu depan simpang empat tu abis aku kene bahan "Woi!! budak Punk dari JB dah balik.. nak makan sampah KFC simpang pulak ke?? hahaha" itulah antara tohmahan yang masih segar dari sahabat aku yang memiliki bundle...

Ini lah kesan dari hebahan surat khabar pedana yang memandang negatif terhadap budaya Punk dengan sengaja menghina mereka yang makan sampah KFC di JB sedangkan mereka tak tahu ada satu mesej besar yang cuba disampaikan oleh budak Punk... Iaitu menentang pembaziran yang dilakukan oleh Bisnes Kapitalis yang membuang ayam ayam KFC yang siap goreng tapi kene reject sebab tak ikut standard untuk dijual ke pelanggan... 

Video dari karangan aku pasal Rancid iaitu Apa Itu Rancid? Merdeka Kah Aku?

Ya memang benar pembaziran tersebut kerana aku pernah bekerja di KFC Simpang dan apabila burger2 atau ayam2 yang direject perlu dilupuskan di dalam tong sampah dan mengikut prosedur pekerja tidak dibenarkan bawak balik makanan yang direject walaupun makanan tersebut masih sempurna... Tengok undang2 kapitalis sanggup tidak mahu berkongsi malah lebih rela buang sahaja makanan tersebut... Tapi aku Punk masa tu... aku sanggup mengambil makanan tersebut dan bawa ke kawan2 selepak aku yang masih Punk dan aku juga tetap menghulurkan makanan KFC tersebut kepada sahabat aku yang ada bundle yang pernah mengutuk aku...

Kini sudah tiba zaman aku bekerja dan jiwa atau fahaman Punk aku masih kuat dan anti kapitalis aku masih membuak-buak... Dengan urusan kerja aku yang berkaitan dengan pengurusan-pengurusan kontrak kerajaan... sudah pasti aku tahu selok belok apa yang berlaku di bahagian 'dalaman'... Memang jika mengetahui perkara tersebut sangatlah menyakitkan hati tetapi dengan pengajaran Punk merompak daripada seorang hasil perompak memang menarik... Malah aku masih tersenyum walaupun aku selalu dihimpit dengan etika profesional yang selalu dipertikaikan dengan mata wang...

Akhir kata... memang sukar untuk memperjuangkan fahaman minoriti ini kerana minda masyarakat telah didedahkan terlebih dahulu kesan negatif punk ini... dan aku sehingga ini masih berada di dalam golongan minoriti ini...

Yang Benar
Punk Rock Part Time
Pauzi Kassim Rancid

Nota: dah lama tak buat entry panjang-panjang... ade ke orang baca haha 

Sunday, January 15, 2012

Tahniah Di Atas Kemenangan DSAI... RIOT O! O! O! 901


Sorry geng... gua tak dapat join riot hari tu sebab keje menimbun sangat2... gua masa tu tengah buat Bangunan Spa urut urut kasi massage... next time kalo ade riot gua turun... dah dua kali miss ni...

1) Aku rasa masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan tahniah di atas kemenangan DSAI di atas dakwaan liwat Mamat Fool Bolos... Perlawanan yang agak sengit yang berjaya menghimpunkan penyokong-penyokong yang ramai bertempat di Mahkamah Jalan Duta persis macam perlawanan antara M.U vs Arsenal di Old Trafford...

2) Namun demikian gua ade dengar sedikit kekecohon semasa perhimpunan tersebut... ade pulak budak2 main bom ringan-ringan... aduh tak Riot!!! lah geng... orang riot main cota hempuk-hempuk sudah lah... ni nak main bom2 ni tak adil lah... Tak pasal-pasal gua dapat panggilan dari Orang TNB bagitahu ade letupan depan Substation Pusat Penjaja Jalan Duta yang rekod pembinaannya ada dalam tangan gua...

3) Sekarang ni gua dengar ada rayuan untuk lawan semula... maknenya ada perlawanan timbal balik ke lepas ni?? Aduh nak kene turun gak lah aku kali ni... Itu lah undang-undang manusia yang boleh ditawar menawar...

Nota: Ade budak ugut p.m nak bom helikopter dia... memang gempak lah budak tu... macam mana lah dia nak dapatkan bom tu... tak pun buat bom sendiri yang mampu bunuh katak je kot...

Tuesday, January 10, 2012

Ini Baru Liberal

'Non-engineers should not own firms'

PETALING JAYA: Thousands of engineers in the country will have to “close shop” if the Government allows non-professionals to own and operate consultancy practices, the Institution of Engineers Malaysia (IEM) says.

“If anyone is allowed to own 100% equity in an engineering consultancy practice, even a fish monger can start a consultancy firm and hire engineers to work for him,” IEM president Vincent Chen said.

Chen added that this could be avoided by making sure that the equity of engineering consultancy practice remained in the hands of professional engineers.

He said IEM was not against the Cabinet's directive to open up the engineering consultancy practice to support free trade and liberalisation but the move must be confined to professional engineers only.

Chen was expressing concern over the proposed amendments to the laws following Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's announcement in Budget 2012 that the engineering consultancy practice would be opened up to allow anyone, including foreigners, to own 100% equity in the practice.

Chen said those responsible for amending the laws should take into account the engineers' concern when drafting the laws.

Currently, he said, there were about 3,500 engineering consultancy practices in the country.

He also claimed engineering decisions could be compromised if the business owner had undue influence in what engineers should or should not do.

“Consumers can also be adversely affected if safety standards are compromised as a result of having non-professional engineers owning the practice,” he said.

Nota: English gua tak segempak di atas... sumber The Star
          Pakcik Goreng Pisang pun dah bole bukak bisnes ni sebagai salah satu portfolio beliau...

Monday, January 9, 2012

Hotel & Spa

Slide1 by pauzikassim

1) Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih ke atas team drafter aku... terima kasih bebanyak kerana sanggup masuk ofis hari sabtu untuk menterjemahkan tulisan cakar babi dan sketching aku seterusnya menyiapkan drawing autoCAD tersebut... Pengetahuan aku pasal AutoCAD sangat lah minimum sekadar " li + Enter" untuk ukur panjang kabel kah...kah... kah...

2) Mintak maaf sebab bagi keje last minute... ape bole buat... dah memang kita ni selalu buat keje last minute... Dan di saat ini aku masih menyemak hasil korang dan sedang mengira berapa banyak kabel nak guna... padahal nak anta esok bersamaan hari perbicaraan Anwar... aku siap dah cover lagu Punk nak seru budak Punk turun Jln Duta esok... tapi tak sempat2 nak rakam...

3) Disebabkan keje yang tertunggak maka aku terpaksa beli meja dan kerusi ofis untuk keselesaan buat homework... Nak jadikan rumah sebagai ofis (SOHO)... Jadi aku akan tukar jadual masuk ofis aku kepada pukul 11 pagi sehingga 4 petang dari yang asal 8:45 pagi sampai 5:30 petang...

P1130478 by pauzikassim
Gua tak tahu ape best barang IKEA... Dah lah mahal nak mampos... lepas tu harga berasingan pulak tu... meja harga lain... kaki meja harga lain... Ini gara-gara client gua si arkitek tu lah dok agung-agungkan barang IKEA... gua pun try lah beli... Gua rasa baik beli kat kedai Cina simpang empat kat umah kampung gua lagi murah... siap pasang dan siap hantar percuma lagi tu... Ape2 pun Meatball Kat IKEA memang terbaik... 

Poster Nirvana?? memang penting sebagai pembakar semangat gua... itu poster kecik je... gua ade lagi besar punye... Gitar elektrik pulak... dengan gua yang bekerja di bidang elektrik memang tak boleh dipisahkan... agak-agak rasa otak dah tepu rehat jap bukak youtube 'search' lagu Bodom jamming dengan mereka secara online...

Amacam!!! Gempak tak gua sembang malam-malam buta begini kah kah kah...

Yang Benar
Insan Mangsa Last Minute

Nota: Esok road block banyak kat KL... sape2 ade mesyuarat atau nak masuk KL batalkan sahaja niat anda kerana akan jadi mangsa road block... kalo ade cuti tahun boleh lah guna..

Thursday, January 5, 2012

SHERLOCK HOLMES - A GAME OF SHADOWS


1) Citer ni lah yang aku layan tadi kat GSC Summit... Citer penyiasatan Sherlock Holmes sambungan Sherlock Holmes yang ari tu masa tahun lepas yang sekarang ni dok ulang ulang kat HBO... aku kenal Sherlock Holmes ni masa aku nak ambik SPM... aku baca novel dia sebagai persediaan ambik english SPM (amacam!! gua gempak tak baca novel english... padahal masa tu orang semua dah khatam novel Harry Potter kah kah kah...)

2) Berlatarbelakangkan kurun ke 18 zaman di mana enjin stim baru dicipta dan macam-macam lagi ciptaan baru yang menyebabkan orang barat tidak dapat beza kan mana satu sains mana satu sihir... Jadi Sherlock Holmes yang dikurniakan dengan kepandaian menganalisis data dan membuat kesimpulan dengan tepat telah menyiasat kes-kes pembunuhan berdasarkan fakta dan sains...

3) Episod kali ni dia pergi siasat teknologi pembuatan senjata yang tercanggih iaitu bom... dan menghukum Professor Mauritius yang mencipta dan menjual senjata tersebut... lagi malang awek yang Sherlock Holmes suka tu masa episod satu dah meninggal kene bunuh dengan profesor tu...

4) Lagi satu korang jangan tertipu ingat Sherlock tu mati masa jatuh kat sungai di Switzerland... dia sebenarnya hidup lagi sebab guna teknologi bekalan oksigen ciptaan abang dia...

5) Citer ni bagi gua sangat seronok sebab penuh dengan aksi slowmotion dan berbaloi layan... semoga korang pun terhibur kalo tengok...

Nota: Citer ni sebenarnya dah lama kuar masa bulan 12 ari tu... gua je ketinggalan lambat tengok

Sunday, January 1, 2012

Ustaz Azhar Main Gitar


1) Korang tengok video kat atas ni!!! Ceramah agama sempena tahun baru daripada ustaz azhar sebagai alternatif untuk remaja yang selalu menjadikan malam tahun baru adalah malam hiburan kosong tanpa pengisian agama... Tahniah kepada penganjur... semoga tahun-tahun berikut ade lagi majlis macam ni...

2) Ambik ko!!! Ustaz azhar punye rhythm buat aku ternganga kejap... dapat rasa lah dia punye soul tu... siap plucking plus hammer on and pull of tu...

3) Ape-ape pun..... Selamat Tahun Baru Kepada pembaca-pembaca blog gua terutama sekali pembaca rasmi gua sebanyak 14 orang tu kah kah kah...

4) Semoga tahun ni lebih bermanfaat daripada tahun lepas... gud bye 2011!!!