Tuesday, August 30, 2011

Apa Itu Rancid? Merdeka Kah Aku?

Dikala aku mendengar ucapan isteri perdana menteri malam tadi berkenaan istimewa raya yang bertembung dengan merdeka tahun ni... hm... aku teringat balik zaman ideologis atau revolusi muzik ke atas diriku... Sampai terpikir merdeka kah aku di hari raya ini??

Ye... ideologis Punk yang aku perjuangkan masa aku Form 2... masa tu sahabat-sahabat aku sudah mula berpecah dengan fahaman masing-masing... Masa tu sapa yang tak mengamalkan assobbiyyah tak cool... sape yang rase samseng masa tu mesti cari payung Pekida... tak pun kongsi gelap paling otai kat Klang masa tu Top 24... Ade budak hip-hop lah... ade skaters lah... ade budak nasyid lah... Kalo Skinhead masa tu sibuk memperjuangkan Working Class...

Manakala aku yang lebih mencintai muzik mula terpengaruh dengan muzik-muzik dan ideologis punk... baik Punk Chaos, Punk Nazi atau Punk Anarchy semua aku dengar... masa tu zaman Sex Pistols dan Rancid yang menjadi hiburan dan panduan muzik aku... Masa tu tau nak riot je bila dengar lagu Rancid...

Aku pernah sekali turun Riot di KL berhadapan Sogo... masa tu Zaman Reformasi... Zaman Anwar dituduh peliwat... sekitar tahun 98... Aku yang ikut senior aku main laung je perkataan REFORMASI diselangi dengan takbir...

Lagu Ruby Soho dari kumpulan Rancid kali ni aku cover... Nama Rancid ni lah yang menjadi nama tambahan dalam FB aku... Sampai orang TNB Kelantan cucuk pendrive aku terkeluar nama PAUZIRANCID... Orang TNB pun tanye aku apa itu Rancid?? aku hanya mampu tersengih sengih je tak tahu nak jawab ape haha...


img_mainphoto by pauzikassim

Rancid-band-wallpaper by pauzikassim
Kumpulan Rancid... Vokalis/gitaris dia iaitu Amstrong... antara vokalis yang aku kagumi... dengan nyanyian bersahaja sambil memperjuangkan ideologis nya... bermain gitar kidal serupa dengan Kurt Cobain...



Merdeka Kah Aku??

Bila aku pikir sekarang ni... susah betul nak buang kan unsur-unsur penjajahan kat dalam diri aku... kuat betul unsur British dalam hati aku... mana tak nye... bila weekend je dok tengok bola Manchester aka Setan Merah...

Lepas tu muzik... hm... lagu melayu dah tak dengar... Aku layan Coldplay... Radiohead... Blur... Konsert artis barat... habis semua nak pegi... Masa study dulu... semua rujuk sukatan british... lepas tu dah keje pun... semua nak rujuk British Standard...

Sekarang ni aku baru tau sejarah kita telah dipersoalkan... Sapa yang hero sebenarnya?? Adakah melayu barua British yang patut digelar hero atau melayu yang dikatakan bersengkokol dengan komunis adalah pejuang kemerdekaan?? Siapakah hero Bukit Kepong sebenarnya??

Kalo sejarah kemerdekaan kita ada unsur-unsur pemalsuan atau auta... Maknanya subjek Sejarah masa SPM yang aku dapat A tu tak bole dibanggakan lah... Hm... maknenya aku telah di'kencing' bulat-bulat lah ni... Maknanye aku salah belajar lah... Letih betul hidup aku ni asik kene kencing... Patutlah masa kat U aku belajar subjek Kenegaraan Malaysia rasa macam bodoh je... Sebab aku dapat rasa kan yang aku nak kene kencing dengan lecturer kot hahahaha...


P1040050 by pauzikassim
Saat aku menonton Manchester United lwn Malaysia... Sekitar tahun 2008 kot...


P1040055 by pauzikassim
Selepas memperkotak katik kan team Malaysia... British ni pun meninggal kan tanah air ni dengan kuitpan jutaan ringgit ... sama macam nenek moyang diorang dulu yang datang kat tanah melayu... kencing nenek moyang kita... lepas tu angkut semua hasil timah dan rempah... nasib baik masa tu tak jumpe petroleum...

IMG_0444 by pauzikassim
Ini gambar gua... Gaya macam orang UK... BS 7832 adalah merujuk kepada kod Performance Standards In Building....

Remaja-Punk-4 by pauzikassim
Ini punk tak sekolah tinggi... Menggunakan nama punk untuk berenjoy sakan di Sg Wang... Aku panggil Punk Jawa Totok... 


4fd799af052aff380fa0b8b3f7ee3c5e by pauzikassim
Ini budaya kita... sebab tu Portugis, British dengan Jepun senang-senang je kencing kita... Pantang orang 
bawak kebaikkan... terus-terus aje terima bulat bulat... lepas tu tak nak kaji atau mentelaah... terus angguk-angguk geleng geleng je... 
Belum jadi Perdana Menteri dah ade yang mengampu dulu... Aku sangat terasa sebenarnya kah kah kah....

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan selamat hari merdeka kepada warga Malaysia yang meraikannya... Aku tahu OKU pasti akan meraikannya...

Sebelum itu aku tinggalkan korang dengan Hooligans dari Rancid... Baik korang Punk... Skinhead atau ape2 ideologis baik Anti Kapitalis ke... Komunis ke... Puak Haluan Kiri ke... Syiah ke... UNICEF ke WHO ke...WWF ke... UFO ke... Kerajaan yang zalim perlu ditentang... Kalo perlu turun ke jalan raya roger2 gua... 




Luahan Hati Seorang Rakyat Malaysia
Pauzi Kassim Rancid

2 comments:

  1. pergh..aku syak kau terlebih lemang..tu yang semangat lain tu hehe agak2 jalan lagi ke buat riot ni..try lu buat band...berjuang pakai sore..hehe

    ReplyDelete
  2. haha... memang hampir overdose aku makan lemang ni...

    aku rasa brother lemang ni taruk ice kot dalam lemang dia...

    nak buat band tak bole... nanti aku kene ISA... aku kutuk belakang belakang berani lah

    ReplyDelete