Tuesday, August 23, 2011

Bengkel Bersama Stakeholders Mengenai Perundangan Subsidiari Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 Dan Berbuka Puasa Di Marriot Hotel Putrajaya

1) Aku masa mula-mula baca tajuk satu ape pun tak paham... Tapi macam biasa... aku akan jadi mangsa untuk menghadiri seminar tersebut... Ini gara-gara bos aku nak involve dengan projek Solar Farm untuk generate supply dan jual kat TNB dengan nilai kos projek 'Undisclosed' hahaha... dah macam pemain bola pulak transfer fee player... manager dia suruh state undisclosed kan... Jadi dia suruh aku paham betul betul akan Akta Bekalan Boleh Baru 2011 yang bakal dibentangkan di Parlimen...

2) Bila berkaitan undang undang ni... Mestilah orang yang berkelayakan akan membentangkannya iaitu seorang lawyer dari firm guaman yang agung dan korang pasti kenal firm tersebut iaitu Zaid Ibrahim & Co... Orang politikus pasti kenal punye lah firm ni... Turut dibantu adalah seorang lecturer dari UNITEN bagi menjawab soalan-soalan teknikal yang pasti lawyer tu tergagap nak jawab... dan wakil dari KeTTHA untuk memastikan pembekal-pembekal Renewable Energy paham akan subsidi tersebut....

3) Aku seperti biasa... bersifat pembangkang... apabila lawyer tu cakap sket je aku pun menyampuk lah dengan berkata " Saya membantah Yang Arif!!!"... "Soalan ini tidak releven terhadap anak guaman saya"... Saya meminta perbicaraan ditangguhkan Yang Arif... hahaha...

4) Mana tak bangkangnya... dah lah paksa TNB beli bekalan dari Independent Power Plan (IPP) supaya gerombolan dapat duit... Ini pulak nak introduce Renewable Energy macam Solar, Biomass atau Biogas dan paksa TNB beli jugak... Sekali lagi Makcik Felda ditipu dengan menggunakan perkataan 'Renewable Energy'... Tapi kita jangan lupa ramai anak Felda yang berjaya belajar di oversea... bila balik dah paham maksud Renewable Energy... dah tak bole nak kecing dah...

5) Semasa pembentangan tersebut sempat jugak aku tengok wakil TNB bertekak dengan pembekal Solar pasal isu nak letak meter je pun... Sorang kata letak kat plant dia... yang TNB kata mesti letak meter dalam bilik dia...

6) Seminar yang abes satu hari... Tapi aku tetap diganggu dengan panggilan2 luar... Aku pun malas nak jawab dan buat bodoh kecuali panggilan telefon dari Akitek projek Permata aku tu... Panggilan dia memang aku pasti jawab... sebab projek tu jatuh kategori utama dalam senarai projek aku jaga... Jahanam projek lain.



Photo0015 by pauzikassim

Photo0014 by pauzikassim


Photo0013 by pauzikassim
Port aku memang kat belakang... karang duduk depan bantai lawyer tu tanye aku ape2 nanti menggagau aku nak jawab balik...

Abes seminar ape lagi... tunggu je bukak pose terus aku melantak kaw kaw punye...

Photo0016 by pauzikassim

Photo0018 by pauzikassim
Yang ni memang tip top... memang cara... dua pinggan aku bantai...

Photo0017 by pauzikassim



No comments:

Post a Comment