Monday, February 20, 2012

BEM Mandatory Course Episode 2 - Engineering Management Practices


IMG_1078 by pauzikassim
Ini speaker... Dr Samad... tapi aku tak tahu lah dia ni sama power ke tak dengan Dr Hassan... Tak pun Dr Ros... Tapi syarahan dia memang bagus lah...

IMG_1079 by pauzikassim
Dalam ni ade nota... kalo korang rajin nak baca bole pau ke aku...

1) Sekali lagi aku telah mencuri masa untuk menghadiri seminar wajib iaitu "Engineering Management Practices" selepas berjayanya hadiri episode 1 ari tu... tinggal satu episod sahaja lagi itu pun belum plan nak ambik lagi sebab bulan mac... lama lagi...

2) Seminar memang bagus dan tidak membosankan... ade satu mamat tu dah tiga kali attend seminar ni sebab speaker memang best... lecture dia buat orang nak dengar tanpa mengantuk... speaker ni otai gak sebab dia dulu adalah bekas CEO di sebuah company oil & gas di mana beliau perlu 'manage' beribu-ribu pekerja di bawah kuasa nya...

3) Jadi beliau telah berkongsi pengalamannya dan bagi pandangan aku pakcik ni memang power... Dan aku yang memang tidak terurus dah ni berasa motivasi pulak selepas dengar syarahannya walaupun aku tau career aku sudah tentu aku tak akan boleh jadi manager pun kah kah kah...  Sebenarnya ilmu pengurusan ni aku dah belajar masa kat UTM dulu... tapi biasa lah subjek elektif atau lebih dikenali subjek luar... mana ade aku ambik port...

4) Yang aku buat hanya memikat PA lecturer aku dan membantu beliau menyemak kertas jawapan ujian budak2 kelas aku... abes aku ubah semua markah yang terbaik untuk kroni2 aku hahaha... nasib baik lulus subjek tu... final exam ngeri tu... ade ke soalan final dia tanye "Please derive milestones?" aku yang bangang english ni dan tak pernah baca buku management terus blur... sampai abes masa aku tak bole jawab sebab aku translate dalam Bahasa Melayu jadi "milestones=batu batu" amende batu batu ni?? batu bata aku tahu lah... kah kah kah...

Info : Gantt Chart telah diperkenalkan oleh Henry L Gantt (1861-1919) 

No comments:

Post a Comment