Sunday, July 29, 2012

Berbuka Puasa Bersama Rakan Taulan...

1) Semalam abang berpeluang untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan sepengajian dahulu kala... Sudah sekian lama tidak bersua muka membuatkan hati abang rindu dan hiba sebaik sahaja dapat melihat wajah-wajah suci mereka... Sanggup abang ketepikan pelawaan-pelawaan berbuka di hotel 5 Star semata-mata ingin mengutamakan sahabat abang ni...

2) Bertempat di Sunway Pyramid... tempat yang menjadi titik pertengahan untuk semua pihak berjumpa... Kawan abang ramai... tapi keje jauh jauh... Faktor geografi yang menyusahkan untuk berjumpa semua orang... Abang dah habis jemput semua kawan abang... tapi yang datang sudah pasti yang berada sekitar lembah klang sahaja... atau dengan kata lain... muka yang selalu abang jumpa lah...

3) Macam biasa tujuan berjumpa ni tidak lain tidak bukan untuk bertukar cerita... mengutuk abang... abang mengutuk kawan abang balik dan seterusnya... Abis diungkitnya semua... Ape2 pun abang dapat rasakan lepas ni susah dah nak berjumpa... kerana masing-masing lepas ni dah ada komitmen dengan famili mak mertua suami dan anak-anak... dah susah lah kot nak ajak berbuka sama kan... Tapi itu lah kehidupan... Nilai kekeluargaan mesti diutamakan terlebih dahulu dari yang lain-lain...

Pak cik Mak cik... Selamat Menyambut Ramadhan...


IMG_1209 by pauzikassim
Abang dah mengenali kedai ni hampir 12 tahun sejak tahun 2000... Ini lah port abang makan sejak dari zaman sekolah dulu... Untuk pengetahuan korang...dah tiga kali berpindah kedai ni kat dalam sunway pyramid...

P1150097 by pauzikassim

P1150103 by pauzikassim
Bak kata kawan abang... terasa macam western pulak bukak pose macam ni... AMEREKA!!! katanye...

P1150098 by pauzikassim


P1150101 by pauzikassim
Beria-ia kawan abang ni melantak... 


396775_10151059787623076_1264503327_n by pauzikassim
Ini abang... bole tahan jugak nafsu abang bila berbuka ni...

Friday, July 27, 2012

Berbuka Di Sunway Spa Hotel


1) Semalam pada 25 Julai bermulalah sesi melantak berbuka aku secara buffet... Kali ni aku berpeluang makan di Hotel Sunway Spa Resort...

2) Bagi aku, rasa makanan sangat sedap sebab makan free dan suasana amat tenang... mungkin belum ramai lagi yang berbuka di luar... kalo full house macam gila nak q ambik kambing...


IMG_1200 by pauzikassim
Nampak punggung gajah tu... tempat makan tu sejajar dengan arah punggung nya

IMG_1202 by pauzikassim
Tempat aku duduk memang dekat dengan seafood...

IMG_1203 by pauzikassim

Sunday, July 22, 2012

Taksub...

1) Pada 7 Julai yang lalu aku berkesempatan mendengar ceramah dari pada orang kuat Solar... Iaitu Ir Ali Askar... Dia ni lah yang memperkenalkan Feed In Tariff untuk renewable energy... Dia punye taksub kat solar tu memang gempak... Taksub yang mebawa positif sampai dapt membantu alam sekitar dalam mengurangkan penghasilan CO2...

2) Sekarang ni tengah buat Phd dalam 'Technical Impact Of Connecting Large Scale Solar PV Plants to The Medium Voltage Grid"

IMG_1189 by pauzikassim
Susah nak jumpa C.O.O SEDA ni...

3) Pada 14 Julai pula... aku berkesempatan melawat kilang pembuatan Surge Protection Devices (SPD) dan ceramah pasal lightning... Walaupun aku sentiasa mendengar siri ceramah ini yang sama setiap tahun... tapi bak kata orang jangan jemu dalam menuntut ilmu... Hampir semua dialog dia aku dah hafal... Semua lawak dia aku boleh gelak dulu... Kelantan panahan kilat kurang berbanding Selangor pun aku dah tahu kenapa...

P1140998 by pauzikassim
Taksub beliau terhadap lightning telah memberi kesan positif dalam masyarakat Malaysia... Dengan ilmu yang ada beliau telah mencipta SPD yang sesuai dengan lightning Malaysia...

P1150001 by pauzikassim
Yang ni perserta... aku perhatikan ada mamat sorang ni buat gaya macam pergi konsert black metal pulak...

Kalo orang tanya aku... aku taksub ape pulak?? Hm... aku rasa... aku taksub dengan muzik-muzik dari luar... dari Barat atau AMEREKA!!!... Mana tak gila nya... darjah empat aku dah didedahkan dengan muzik dari Amerika bergenre grunge dan punk rock... sedangkan rakan-rakan aku sebaya itu masih lagi menyanyikan lagu-lagu macam Tiga Sekawan atau Bapa Ku Belikan Kereta...

Jadi aku telah mengcover lagu Toxicity dari System Of A Down yang ditujukan khas kepada Ali Askar atas usaha beliau ingin menyelamatkan bumi Malaysia dari pemanasan global... Nyaris-nyaris aku nak nyanyi lagu Toxic Britney Spears tu...




165924_10150942704327672_426636014_n by pauzikassim
Bila lah aku dapat bertentang empat mata terhadap band yang aku taksub sangat ni...

Sunday, July 15, 2012

Najwa Latif - Cinta Muka Buku (Cover)


1) Video di atas betul-betul mengingatkan aku ketika seusia budak kecil ni... Saat aku mula memegang gitar dan menyusun jari jemari ku yang runcing bagi membentuk sebuah kord... lalu mengayun kan tangan kanan ku untuk mendapatkan rhythm nya... Tapi untuk permulaan pasti tersasul jari itu sehingga dijentik oleh abang jiran aku yang geram tengok aku pegang kord asik salah dan lupa...

2) Bezanya pada waktu itu aku mula mendengar muzik-muzik bertaraf antarabangsa yang English nya agak tinggi berbanding english tahap UPSR aku... Jadi lagu pertama yang aku pelajari adalah About A Girl dari Nirvana... manakala budak kecik ini lebih gemar mendengar lagu dari Najwa Latiff, Taylor Swift atau Christina Perri dalam erti kata lain yang ada nilai commercial...

3) Aku tidak menghalang budak kecik ini untuk bermain gitar kayu aku... tapi aku telah menetapkan beberapa garis panduan jika dia ingin bermain gitar dan yang paling penting jangan sesekali ikut jejak langkah aku atau cara permainan aku yang tiada masa hadapan dan nilai komersial...

a) Jangan sesekali sentuh gitar Fender 22 Fret aku, effect metal aku dan amp speaker aku di kala aku tiada... main je gitar kayu tu sampai bila-bila...

b) Jangan sesekali buka video tutorial Alexi Laiho... Malmsteen atau konsert Slipknot kat lappy aku... Tolong buka lagu2 najwa latif ke asnan tasnim ke kat you tube tu...

c) Jangan sesekali untuk sweeping atau shredding... aku hanya benarkan dia sweeping bilik atau ruang tamu bagi membantu emak aku mengemas rumah... paling jauh pun hammer on pull off je...

d) Tolong belajar tune gune telinga... jangan nak bergantung sangat dengan teknologi...

4) Setakat itu sahaja garis panduan aku bagitau pada dia... nak halang tak boleh sebab dia belajar sendiri main gitar tu... kata nya dah join band kat sekolah tu... Langkah bendul budak kecik ni... aku yang dah lama ni tak de orang nak panggil suruh masuk band...

Sunday, July 8, 2012

Kenapa Perlu Bayar Bil Api?

1) Dikisahkan sebuah negara yang dikatakan aman damai  dimana rakyatnya yang berada di kelas bawahan terus terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi termasuk bil api yang akan meningkat ditambah pula dengan 1% lagi untuk dibayar kepada Solar Generation... Manakala golongan pertengahan yang mendapat kerja yang baik setelah layak masuk ke menara gading second intake dan menggulung ijazah third class hasil bantuan pinjaman kerajaan yang masih belum berbayar lagi hingga hari ini telah mula berani menyuarakan pendapat melalui alam maya dan berbicara di kedai kopi penuh ilmiah dan fakta... Dan golongan atasan yang berjawatan tinggi atau peniaga dimana pendapatanya agak mewah lebih senang untuk berdiam diri bagi mengelakkan periuk nasi nya dikacau...

2) Negara yang dimana jika ingin berniaga mestilah mempunyai kaitan dengan golongan atasan supaya mendapat tawaran secara rundingan terus dengan untung yang gila-gila untuk dikongsi sesama kroni... Tidak terlepas perniagaan penjanaan bekalan elektrik juga boleh dikronikan dan dibuka kepada golongan kapitalis bagi mengaut keuntungan... Maka LKN (Lembaga Kuasa Negara) yang milik sepenuhnya kerajaan agar kebajikan rakyat terjamin telah diswastakan untuk diberi peluang kepada kapitalis melabur dalam bisnes penjanaan bekalan elektrik seterusnya menukar nama kepada KNB (Kuasa Nasional Berhad)

3) Maka terhasil lah satu sistem bekalan elektrik (Gambarajah A) dimana rakyatnya tiada pilihan melainkan bayar sahaja kepada pembekal tunggal yang diberi kepercayaan oleh kerajaan kepada KNB yang tidak perlu bersaing dengan mengenakan kadar yang bukan kompetitif iaitu mw 0.20/kwh.  
Generation by pauzikassim
Gambarajah A
Berdasarkan Hukum Economic Dispatch... Maka G1 akan menjana full capacity iaitu 150MWatt @ 150,000KWatt manakala selebihnya G2 akan menjana bagi memenuhi kehendak bekalan iaitu 200 MWatt.

Kos Penjanaan G1 : (150,000 KW) x (mw 0.12/KWh) = mw 18,000/h.
Kos Penjanaan G2 : (50,000 KW) x (mw 0.15/KWh) = mw 7,500/h.
Jumlah Kos Penjanaan G1 & G2 = mw 18,000/h + mw 7,500/h = mw 25,500/h.

Pendapatan yang diterima oleh KNB setelah memberi bil api kepada rakyat = (200,000 KW) x (mw 0.20 KWh) = mw 40,000/h.

Selepas itu, KNB akan mengira keuntungan atau kerugian dengan membuat perbezaan Pendapatan dan Penjanaan iaitu

Untung atau Rugi = mw 40,000/h - mw 25,500/h = mw 14,500/h.

Ini bermakna KNB telah untung sebanyak mw 14500 untuk setiap jam... ko kira lah sendiri berapa keuntungan dalam sebulan KNB dapat.

4) Setelah kerajaan berjaya menswastakan bekalan elektrik dengan jayanya... dan KNB khayal dengan keuntungan yang diperolehi sehingga lupa diri... Tambahan pula, Perdana Menteri nya sentiasa mengalu alu kan kapitalis luar negara untuk melabur dalam negaranya dengan membuka kilang kilang hotel hotel estet estet kerana rakyatnya pada masa itu tidak pandai mengeksploitasikan sumber hasil negara nya sendiri...

5) Nak dijadikan cerita pada tahun tersebut telah berlaku satu mala petaka... Mala petaka yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran pekerja-pekerja KNB... Mungkin pekerja nya pada masa itu terbawa-bawa lagi perangai kerajaan iaitu tunggu dan lihat... Bila ada mat rempit mati langgar lubang kat jalan raya baru lah terkial-kial nak tampal lubang tu cepat-cepat... Dah tanah runtuh pun masih kata "Kita sedang mengawasi pergerakan tanah"... Bumbung stadium runtuh hm... no comment.

6) Akibat pembukaan kilang-kilang yang mendadak telah menyebabkan permintaan bekalan elektrik meningkat... Mungkin pekerja-pekerja KNB pada masa itu tidak pandai membuat Security Analysis atau pun mungkin pekerjanya pada masa itu third class degree sehingga tak tahu nak analisis transmission line atau Power Flow maka telah berlaku Black Out hampir seluruh negara sehingga menyebabkan kerugian teruk pada kilang aiskrim kerana peti ais tidak berfingsi, kilang elektronik sebab tak dapat siapkan televisyen dan juga kilang karipap sebab tak dapat membekal kepada peniaga-peniaga...

7) Akibat berita tersentak ini, membuatkan Perdana Menteri gelisah dan pening. Tapi tidak mengapa, kerana PM pada masa itu bukan calang-calang orangnya... otak nya bergeliga yang mempunyai wawasan lantas memikirkan pelan mengatasi masalah ini. Mungkin ilmu kedoktorannya sedikit sebanyak dapat merawat masalah ini... Masalah yang tidak pernah terpikir oleh pekerja KNB tetapi telah diselesaikan oleh seorang Doktor Perubatan.

8) Lantas dihubunginya kawan kawan yang rapat yang kaya raya untuk melabur dalam perniagaan penjanaan elektrik... Perbualan ini telah diulang semula...

PM: Hello Lato'... How are u... Bisnes simen ada bagus ke?
Cukong: Hello Tan Sli... I'm fine I'm Fine... wargh itu hali I ada dengar blackout.. manyak lugi wo... semua kene bayar itu kilang aisklim sebab itu aisklim cair... Haiyaaa... I pun tak dapat makan itu aisklim wo...
PM: Haiya... itu olang cilaka lah... tido saja... itu pasal black out ma...  Thats why I call u... I mau offer satu bisnes ni... U mau ka?
Cukong: Itu bisnes kalo ada untung I mau lah...
PM: Ini mesti untung punye... I secure u punye bisnes ma... I mau u back up power supply to KNB.
Cukong: Huyoo... Itu million punye investment lah Tan Sli... itu KNB mau ke?
PM: Itu KNB I handle... U punye part bagi proposal sistem sahaja ma...
Cukong: Ok2... I'll come to you...

Cukong dengan segera mendapatkan pekerja-pekerja yang mungkin First Class Degree dan pandai analisis power flow... lalu dibentangkan Coal Power Plant kepada PM dengan syarat KNB mesti bayar capital cost supaya perlaburannya terjamin. Maka setelah dibincang, dengan kuasa diktator, PM telah mengarahkan KNB untuk membuat perjanjian IPP Purchase Agreement selama 20 tahun. Maka terhasil lah IPP seperti gambarah B.

IPP by pauzikassim
Gambarajah B

Akibat bekalan elektrik meningkat dari 200MWatt kepada 600MWatt. IPP seperti YTPU dan JEMAH telah dipanggil untuk membantu KNB dalam menampung bekalan elektrik pada masa itu. Ambik ko... Mak Jemah pun berniaga penjanaan bekalan elektrik.

Berdasarkan Hukum Economic Dispatch, G1 akan jana 150,000KW, G2:100,000KW, G3: 200,000KW G4: 150,000KW.

Kos Penjanaan G1: (150,000KW) x (mw 0.12/KWh) = mw 18,000/h.
Kos Penjanaan G2: (100,000KW) x (mw 0.15/KWh) = mw 15,000/h.
Kos Penjanaan YTPU: (200,000KW) x (mw 0.15/KWh) + (200,000KW x mw0.04/KWh) =                mw 38,000/h.
Kos Penjanaan Jemah: (150,000KW) x (mw 0.16/KWh) + (200,000KW x mw 0.04/KWh) =
mw 32,000/h.

Jumlah Penjanaan : 18,000 + 15,000 + 38,000 + 32,000 = mw 103,000/h.
Jumlah Pendapatan: (600,000KW x mw 0.20/KWh) = mw 120,000/h.
Jumlah Keuntungan: 120,000 - 103,000 = mw 17,000/h.

Ini bermakna KNB telah untung sebanyak mw 17,000 dalam sejam.

"Nasib baik masih untung"... Kata pekerja-pekerja KNB walaupun dipaksa membeli bekalan elektrik dari Mak Jemah dan YTPU.

Tapi pekerja KNB lupa beban maksimum hanya pada siang hari... bila waktu malam menjelma dimana kilang kilang estet estet dan orang jual karipap tidak beroperasi... maka permintaan bekalan elektrik telah turun dari 600MWatt kepada 200MWatt.

Berdasarkan Hukum Economic Dispatch: G1 : 150,000 KW dan G2: 50,000KW manakala YTPU dan JEMAH tidak beroperasi tetapi KNB perlu membayar capital cost seperti yang terkandung di dalam IPP-PA.

Kos Penjanaan G1 : (150,000 KW) x (mw 0.12/KWh) = mw 18,000/h.
Kos Penjanaan G2 : (50,000 KW) x (mw 0.15/KWh) = mw 7,500/h.
Capital Cost YTPU : (200,000KW) x (mw 0.04/KWh) = mw 8,000/h.
Capital Cost JEMAH : (200,000KW) x (mw 0.04/KWh) = mw 8,000/h.

Jumlah Kos Penjanaan : 18,000 + 7,500 + 8,000 + 8,000 = mw 41,500/h.
Jumlah Pendapatan : (200,000KW) x (mw 0.20/KWh) = mw 40,000/h.

Jumlah Untung = mw 40,000/h - 41,500 = - mw 1500/h.

Ape!!! dapat negatif!!! cilakak gua sudah rugi woo...

Ini bermakna KNB kerugian sebanyak mw 1500 untuk setiap jam.

Inilah perniagaan di negara ini.

Tuesday, July 3, 2012

lawatan pembelajaran uitm

lawatan uitm by pauzikassim

1) Tahukah anda... pagi tadi abang telah didatangi oleh dua orang wakil Jabatan Pembangunan, UITM... Tujuan mereka jumpa abang atas niat murni dan suci ingin berkongsi pengalaman abang dalam merekabentuk dan mengetahui teknik-teknik abang dalam  menarik kabel ni...

2) Jadi dengan ilmu yang cetek ni... abang pun curah kan je lah apa yang mampu untuk dikongsi... Dari peringkat HT 275kV 132kV 33kv SF6 VCB abang cerita... bawak ke transformer yang abang pergi Korea ari tu... turun ke ACB sampai lah MCB kat rumah tu... Abis semua abang cerita...

3) Masuk sekali Capacitor bank untuk power factor correction... tu pasal kat kertas tu ada Power Triangle... cuma tak sempat abang nak sembang kencang part kegemaran abang iaitu Fault Current Level... Masa sangat mencemburui abang...

4) Yang LPS dengan SPD abang tinggalkan pada bos abang... sebab itu expertise dia... karang abang ajar takut jadi ajaran sesat pulak...

5) Abes penerangan abang... mereka semua berkongsi pengalaman dengan isu-isu semasa berkenaan projek yang diorang tengah jaga dan abang diminta untuk memberi komen dan pandangan... Mula-mula rasa berat jugak lah abang nak jawab atau memberi komen... Mana taknye... seolah-olah abang membuka pekong pada designer2 lain...

6) Tapi abang faham... manusia-manusia yang macam abang bukan sempurna dan penuh dengan dosa sejak manusia diturunkan ke muka bumi ini dan pintu taubat telah dibuka seluas-luasnya sehingga matahari terbit dari barat... jadi abang pun menjawab lah dan memberi ulasan berkenaan isu-isu yang mereka hadapi... Abes lah designer2 yang lain tu... next week dia kata ade meeting... dia memang nak hentam kuat2 katanye berdasarkan info yang abang bagi...

7) Akhir kata... abang pun pesan kepada mereka... next time jumpe saya masa jaga projek... Puan jangan lah hentam saya kuat2... kita old friend ma... semua bole bincang hehe... Semoga abang dan mereka diberkati amin....

Monday, July 2, 2012

ABRAHAM LINCOLN: VAMPIRE HUNTER




1) Pada ahad semalam... aku berpeluang menonton citer Abraham Lincoln ni di Cathay The Curve... Siap aku berselisih dengan seseorang yang sudah hampir tiga tahun tak jumpa... mungkin dia dah lupa akan wajah aku dan tak sedar kehadiran aku di sebelah dia... tapi wajah dia masih aku ingat terutama sekali kasut dia... memang aku ingat...

2) Ok kembali ke cerita Abraham Lincoln... Orang Amerika ni memang taksub dengan citer vampire sama macam citer melayu yang taksub dengan pontianak... tapi vampire Amerika ni semua muka hensem2 macam Robert Pattinson...

3) Macam biasa... AMEREKA!!! akan menyebarkan propaganda nya konon-konon dia lah satu satunya negara yang berjuang membebaskan hamba... konon2nya diorang lah yang berjuang hak sama rata sesama manusia... padahal zaman tamadun Islam lagi dah ade hak sesama manusia...

4) Abraham Lincoln cuba memperjuangkan hak kebebasan manusia dengan menjadi Perdana Menteri dan beliau telah mendapat tentangan dari golongan pontianak yang berusaha untuk menjadi pemimpin di AMEREKA bagi mengiktiraf kewujudan vampire ni... Sungguh berwawasan vampire AMEREKA ni...

5) Bagi aku... ok lah citer ni... tak de banyak info sangat lah melainkan propaganda AMEREKA sahaja yang dijuang-juangkan... Lagi pun aku dah lama tak menikmati weekend...

Nota: Abang frust sebenarnya tak dapat tengok Snow White...

Sunday, July 1, 2012

ETS

1) Tahukah anda... pada sabtu yang lalu... abang telah berkesempatan untuk menaiki ETS KTM dari KL ke Ipoh secara percuma... Bos abang belanje... Kalo tak percuma jangan harap lah abang nak naik ETS pergi Ipoh... Ade ape je Ipoh??...  Abes dia angkutnya satu ofis ikut dia ramai-ramai naik tren... Bos abang memang expert dan minat pasal keretapi... 

2) apa lagi... tak mahu sembang kencang atau panjang panjang... mari ikut abang merasakan pengalaman batak naik keretapi beramai-ramai...

ETS by pauzikassim
Ini koc yang abang naik... Koc 1Malaysia

ETS by pauzikassim
Yang ni penyokong kerajaan... Sebab tu dia buat isyarat Satu...

ETS by pauzikassim
Pose abang ni memang mahal...

ETS by pauzikassim
Ini aktiviti sepanjang tren... dua jam masa perjalanan dari KL ke Ipoh... Kalo tak de aktiviti mampus keras kot masing-masing pandang muka sebelah-sebelah...

ETS by pauzikassim
Ucapan rasmi dimulakan oleh bos abang... abes dia bukak semua sejarah keretapi... tu belum lagi dia citer teknikal rel berapa lebar... semua pasal keretapi dah ade dalam otak dia... Dia kata keretapi ni adalah future... penentuan kemajuan sesuatu negara... dan dia sempat menyindir abang kalo nak naik public transport kene disiplin dengan masa... mana taknye... abang sampai kat KL Sentral tu lagi 10 minit je tren nak jalan...cuma abang tak sampai hati nak tanye dia kalo nak pam tayar keretapi macam mana...

ETS by pauzikassim
Ada aktiviti merwarna untuk kanak kanak... Menjadi tradisi pegawai tren untuk memulakan sesuatu pertandingan dalam tren perlu ade perasmian...
ETS by pauzikassim
ade live band di bawa khas untuk menghiburkan hati kami...

ETS by pauzikassim
Tidak terlepas... abang juga turut menyumbangkan sebuah lagu... memang sumbang lah lagu tu abang rasa... sampai ke laut lah...

ETS by pauzikassim
TSaat tiba di Ipoh... Abang sempat bergambar dengan kepala keretapi... masa ni dalam pukul 1

ETS by pauzikassim
Suasana Ipoh Station yang tak sesibuk KL Sentral... 

ETS by pauzikassim

ETS by pauzikassim
Hanya sempat berjalan-jalan di kawasan stesen ipoh sahaja... mana tak nye... pukul 3 kene naik balik KL...

ETS by pauzikassim
dah lama abang tak jumpa peti pos ni...

ETS by pauzikassim
kasut abang memang rare... Kurt Cobain pun pinjam abang punye...


ETS by pauzikassim
Ini entah ape namanya... abang lupa plak... Bos abang kata dia ambik supply HT 24 kV DC... 

ETS by pauzikassim
Saat terima hadiah... abang menang main game super spontan...

ETS by pauzikassim
Yang ni abang berjaya menjawab soalan am berkenaan keretapi...

ETS by pauzikassim
ada makanan disediakan iaitu Nasi Lemak rendang...

ETS by pauzikassim


ETS by pauzikassim


ETS by pauzikassim
hah!!! yang ni memang abang terkejut... ingat naik Fire fly je ade pramugari... naik tren pun ade... So pramugari ni nak bergambar dengan abang... abang tak de lah kisah sangat kalo orang nak bergambar dengan abang....


ETS by pauzikassim
masa ni abang KTM ni tengah citer pengalaman dia bawak tren... kene kacau hantu malam-malam...

ETS by pauzikassim
saat tiba di KL dalam pukul 5 petang... sempat jugak bergambar tu...

Nota: Tak sabar rasanya nak tengok kemajuan keretapi kat Malaysia ni... harapnya maju macam sistem keretapi kat Korea yang abang pernah naik...