2) Bezanya pada waktu itu aku mula mendengar muzik-muzik bertaraf antarabangsa yang English nya agak tinggi berbanding english tahap UPSR aku... Jadi lagu pertama yang aku pelajari adalah About A Girl dari Nirvana... manakala budak kecik ini lebih gemar mendengar lagu dari Najwa Latiff, Taylor Swift atau Christina Perri dalam erti kata lain yang ada nilai commercial...
3) Aku tidak menghalang budak kecik ini untuk bermain gitar kayu aku... tapi aku telah menetapkan beberapa garis panduan jika dia ingin bermain gitar dan yang paling penting jangan sesekali ikut jejak langkah aku atau cara permainan aku yang tiada masa hadapan dan nilai komersial...
a) Jangan sesekali sentuh gitar Fender 22 Fret aku, effect metal aku dan amp speaker aku di kala aku tiada... main je gitar kayu tu sampai bila-bila...
b) Jangan sesekali buka video tutorial Alexi Laiho... Malmsteen atau konsert Slipknot kat lappy aku... Tolong buka lagu2 najwa latif ke asnan tasnim ke kat you tube tu...
c) Jangan sesekali untuk sweeping atau shredding... aku hanya benarkan dia sweeping bilik atau ruang tamu bagi membantu emak aku mengemas rumah... paling jauh pun hammer on pull off je...
d) Tolong belajar tune gune telinga... jangan nak bergantung sangat dengan teknologi...
4) Setakat itu sahaja garis panduan aku bagitau pada dia... nak halang tak boleh sebab dia belajar sendiri main gitar tu... kata nya dah join band kat sekolah tu... Langkah bendul budak kecik ni... aku yang dah lama ni tak de orang nak panggil suruh masuk band...
Ikin main gitar. wah wah wah. kagum! boleh la duet dengan justin bieber lepas ni
ReplyDeletejauh sangat tu...
Delete