Sunday, July 1, 2012

ETS

1) Tahukah anda... pada sabtu yang lalu... abang telah berkesempatan untuk menaiki ETS KTM dari KL ke Ipoh secara percuma... Bos abang belanje... Kalo tak percuma jangan harap lah abang nak naik ETS pergi Ipoh... Ade ape je Ipoh??...  Abes dia angkutnya satu ofis ikut dia ramai-ramai naik tren... Bos abang memang expert dan minat pasal keretapi... 

2) apa lagi... tak mahu sembang kencang atau panjang panjang... mari ikut abang merasakan pengalaman batak naik keretapi beramai-ramai...

ETS by pauzikassim
Ini koc yang abang naik... Koc 1Malaysia

ETS by pauzikassim
Yang ni penyokong kerajaan... Sebab tu dia buat isyarat Satu...

ETS by pauzikassim
Pose abang ni memang mahal...

ETS by pauzikassim
Ini aktiviti sepanjang tren... dua jam masa perjalanan dari KL ke Ipoh... Kalo tak de aktiviti mampus keras kot masing-masing pandang muka sebelah-sebelah...

ETS by pauzikassim
Ucapan rasmi dimulakan oleh bos abang... abes dia bukak semua sejarah keretapi... tu belum lagi dia citer teknikal rel berapa lebar... semua pasal keretapi dah ade dalam otak dia... Dia kata keretapi ni adalah future... penentuan kemajuan sesuatu negara... dan dia sempat menyindir abang kalo nak naik public transport kene disiplin dengan masa... mana taknye... abang sampai kat KL Sentral tu lagi 10 minit je tren nak jalan...cuma abang tak sampai hati nak tanye dia kalo nak pam tayar keretapi macam mana...

ETS by pauzikassim
Ada aktiviti merwarna untuk kanak kanak... Menjadi tradisi pegawai tren untuk memulakan sesuatu pertandingan dalam tren perlu ade perasmian...
ETS by pauzikassim
ade live band di bawa khas untuk menghiburkan hati kami...

ETS by pauzikassim
Tidak terlepas... abang juga turut menyumbangkan sebuah lagu... memang sumbang lah lagu tu abang rasa... sampai ke laut lah...

ETS by pauzikassim
TSaat tiba di Ipoh... Abang sempat bergambar dengan kepala keretapi... masa ni dalam pukul 1

ETS by pauzikassim
Suasana Ipoh Station yang tak sesibuk KL Sentral... 

ETS by pauzikassim

ETS by pauzikassim
Hanya sempat berjalan-jalan di kawasan stesen ipoh sahaja... mana tak nye... pukul 3 kene naik balik KL...

ETS by pauzikassim
dah lama abang tak jumpa peti pos ni...

ETS by pauzikassim
kasut abang memang rare... Kurt Cobain pun pinjam abang punye...


ETS by pauzikassim
Ini entah ape namanya... abang lupa plak... Bos abang kata dia ambik supply HT 24 kV DC... 

ETS by pauzikassim
Saat terima hadiah... abang menang main game super spontan...

ETS by pauzikassim
Yang ni abang berjaya menjawab soalan am berkenaan keretapi...

ETS by pauzikassim
ada makanan disediakan iaitu Nasi Lemak rendang...

ETS by pauzikassim


ETS by pauzikassim


ETS by pauzikassim
hah!!! yang ni memang abang terkejut... ingat naik Fire fly je ade pramugari... naik tren pun ade... So pramugari ni nak bergambar dengan abang... abang tak de lah kisah sangat kalo orang nak bergambar dengan abang....


ETS by pauzikassim
masa ni abang KTM ni tengah citer pengalaman dia bawak tren... kene kacau hantu malam-malam...

ETS by pauzikassim
saat tiba di KL dalam pukul 5 petang... sempat jugak bergambar tu...

Nota: Tak sabar rasanya nak tengok kemajuan keretapi kat Malaysia ni... harapnya maju macam sistem keretapi kat Korea yang abang pernah naik...

No comments:

Post a Comment