Sunday, February 24, 2013

BR1M: Satu Kebangangan Yang Jelas, Nyata Dan Terang


BR1M by pauzikassim
Terima kasih kepada KERAJAAN yang memberi bantuan RM250 ni... pandailah abang nak habiskan...

1) Umum semua mengetahui bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia Kepala Bana) sedang giat ditabur-tabur kepada masyarakat yang layak. Mereka yang bujang dan berpendapatan RM 2000 sebulan ke bawah adalah layak untuk memohon bantuan tersebut. Makanya abang yang layak ni terus lah memohon... Mana taknya... gaji kerja sebagai penarik kabel baru je disusun semula dari RM600 bawak ke RM900 untuk memenuhi pendapatan minimum. Tambah elaun dobi RM 50 + elaun rupa paras RM 50 + overtime tarik kabel malam malam RM 200... Cincai kira abang dapat RM 1200 sebulan...

2) Macam macam cerita kita dengar pasal BR1M ni... Isu angkat sumpah kene undi BN lah lepas dapat BR1M... Kene dengar ceramah menghasut undi BN lah masa nak ambik BR1M tu... Isu mengayam ayam kan orang yang terima BR1M ni lah... Semua bende di Malaysia ni boleh dipolitikkan... Demokrasi ma!!!... semua orang bebas bagi pendapat atau idea... walaupun kadang kadang pendapat atau idea tu nampak bangangnya... sampai kene ketuk dahi 10 kali... tapi tetap tak bole terima idea kebangangan tu...

3) Memang abang berasa gembira bila dapat terima duit RM 250 ni... orang bagi ambik je lah... lagipun duit bantuan ni daripada hasil KERAJAAN melalui pendapatan negara atau cukai cukai yang dipungut... jadi ambik je lah... tapi masa terima tu jangan terasa dipolitikkan... masa dia bagi ceramah tu dengar je lah... tapi sampai kene angkat sumpah tu korang mencarut je lah...

4) Pada pandangan abang ni... BR1M ni adalah satu tindakan yang agak bangangnya... penyelesaian yang hanya sementara... untuk nilai RM 250 ni ape je bole buat bai... beli Levis sehelai RM 150 kat JPO... servis kereta RM 100... dah habis begitu saje duit BR1M tu... Abang tak tahu lah korang buat ape pulak dengan duit sebanyak tu... Tapi kat Malaysia ni dulu ade LEMBU dapat RM 250 Juta... Lembu tu siap bole duduk KONDO... Lembu tu bole bawak MERCS bole pergi MAKKAH naik kapal terbang... Hebat tak lembu tu kah kah kah...

5) Kita perlukan penyelesaian yang menyeluruh... yang semua orang dapat rasa nikmatnya... abang bersyukur lah dapat RM 250 tu... tapi kawan kawan abang yang lain tak layak dapat pasti mengeluh... Daripada dikenalkan BR1M tu... lebih baik hapuskan sahaja AP kereta import tu... Bila dah hapus AP kereta import tu... Jadi kereta-kereta import yang berkualiti yang jarang rosak mampu dimiliki oleh kita... tak perlu buat loan panjang panjang macam nak mati bayar bulan bulan duit kereta... Bole lah bawak awek jalan jalan naik SKYLINE atau EVO...

6) Bila harga kereta import sudah turun... pastinya harga kereta tempatan akan turun jugak untuk mengekalkan daya saingnya... jadi harga Myvi yang RM 45000 bulanannya mencecah RM 450 untuk 9 tahun.... apabila disemak semula harganya... pasti akan turun juga... dan mungkin harga bulanan juga akan turun dari RM 450 kepada RM 350... disinilah penjimatan yang kita dapat iaitu RM 100 sebulan untuk 9 tahun... nampak tak... tak perlu BR1M pun kita semua dapat secara automotik... Damn!!! baru abang tahu abang kene tipu selama ni.... Celaka mana dapat AP kereta import ni?? 

7) Sehubungan itu, apa lagi... mari kita sebarkan hasutan... kita sebarkan fitnah... kata kepada ayah, ibu, jiran sebelah rumah, jiran belakang rumah, makcik jual nasi lemak kat simpang, kat sapa-sapa lagi bagitahu apa yang dah berlaku kat Malaysia ni... Sebarkan fitnah... guna je isu LEMBU duduk kondo... yang mana ada iPad atau TAB... tunjuk gambar gambar kat makcik sedara kita apa anak menteri dah buat dalam disko... tunjuk gambar zahida rafiq pun bole kah kah kah... Ingat!!! kita tak ade senjata bom C4 untuk bunuh orang... tapi kita ada senjata FITNAH yang lagi dahsyat dari membunuh... Sebarkan lah fitnah fitnah tersebut...

8) akhir kata dari abang... kenang kenang kan lah kata kata Joker iaitu " Its Not About The Money, Its About Sending A Message"... 


3qchj5 by pauzikassim

Nota: Waktu pilihanraya ni memang waktu keruntuhan akhlak yang paling teruk... dalam kepala abang ni hanya pikir GULINGKAN!!!

Monday, February 18, 2013

Paramore Live In KL 2013

1) Tahukah anda... pada 17 Februari yang lalu bertempat di Stadium Negara... abang berkesempatan untuk berjumpa dengan Hayley William buat kali kedua... kali pertama abang jumpa dia masa kat Stadium Bukit Jalil Paramore 2010... Entah ingat lagi ke tak awek ni kat abang haha...

2) Semenjak peninggalan adik beradik Farro... kumpulan Paramore ini tetap terus memperjuangkan muzik mereka... dan telah menghasilkan dua buah single yang terbaru iaitu Monster yang jadi soundtrack Transformer kontena bole tukar tukar jadi robot dan yang betul betul baru yang dok ulang ulang kat Hitz FM adalah lagu Now... Abang sempat sembang dengan diorang katanye album nak kuar bulan April.. Tunggu je lah... Kalo kene April Fool tu nasib badan lah jadi rakyat Malaysia kene main main... Najib panggil PSY suruh yee sang pun PSY Kapir makan babi buat bodoh je kah kah kah...

3) Secara amnya abang tengok bilangan yang datang tak seramai di Bukit Jalil dulu... mungkin diorang dah tak heran kot sebab dulu dah tengok... lagipun tiket lebih mahal berbanding sebelum tu... apa-apa hal pun mari kita layan foto dan video yang sempat abang rakamkan... 


Abang dulu pernah panggil krew youtube datang rumah abang untuk rakamkan demo misery business... tujuan nya abang nak jadi pengganti Josh Farro... Damn!!! sampai sekarang tak panggil2...

P1160054 by pauzikassim
Paling rendah tak silap abang harga nya RM 120 kot... abang beli yang kedua mahal... celaka gila mat salleh ni cas mahal-mahal... diorang tau nak kaut keuntungan je dengan negara tak membangun bangun ni...


P1160055 by pauzikassim
First time abang sampai ke Stadium Negara... siap ade air cond tu dalam stadium... selesa gak lah nak tido...



P1160057 by pauzikassim
Ini view abang... agak jauh lah... tapi tak sejauh abang tengok dulu masa kat Bukit Jalil... Yang kat Bukit Jalil tu tengok skrin je lah...



P1160059 by pauzikassim




P1160060 by pauzikassim
Abang kalo part AV system ni memang suka betul tengok...



P1160061 by pauzikassim



Lagu pembukaan adalah Now... dalam usaha untuk memromosikan...



lagu twilight ni mesti kene ade...


P1160066 by pauzikassim
Minah ni memang hyper active kat atas stage... dah sama macam Ella je gedik dia ni... Berpusing... terbaring kat stage... berkawad semua dia buat...

P1160068 by pauzikassim

yang ni lagu kat album Brand New Eyes... Careful 

Minah ni banyak cakap pulak...

Morning...


The Only Exception

Lagu penutup memang abang dah iaitu Misery Business... sama macam konsert yang sebelum ni... tapi minah tu nama Lucy... gila lah!!! dapat naik stage peluk Hayley Williams tu... damn!!! dah lah Hayley tengoh hot berpeluh... Damn again!!! kalo abang naik stage mesti nak peluk gitaris dia kah kah kah...


P1160079 by pauzikassim
Konsert dah habis...



P1160082 by pauzikassim
Baju mahal gila...sehelai RM 90 tu...



P1160085 by pauzikassim


P1160084 by pauzikassim
Mesti tak lepas kan peluan bergambar dengan poster besar...

Sementara itu... pada 16 Februari sehari sebelum konsert abang telah berjaya menghadiri siri ceramah Ustaz Azhar Idrus... mana mungkin abang lepaskan peluang ni... ceramah ni diadakan di Masjid Al-Mukaramah, Sri Damansara yang bersebelahan dengan rumah abang... jalan kaki 10 minit dah sampai... jadi tiada alasan untuk tidak pergi ceramah dia...

Gila... memang ramai... abang yang tok imam kenal pun tak dapat saf depan... kene duduk luar tengok ikut skrin... nasib baik cuaca tak hujan... tapi berangin diselangi dengan bunyi mercun cina... abang rasa lagi ramai orang datang ceramah UAI berbanding konsert paramore... Bagus-bagus!!! Fenomena UAI ni memang beri kesan positif... Tapi aku betul2 risau dengan budaya Malaysia ni... semua bende nak bermusim... Dulu masa Mawi tengah up... semua dok sembang pasal Mawi... last last senyap je...

Apa yang aku tergelak masa dengar ceramah beliau adalah semasa sesi soal jawab... Ada yang tanye apa hukum tido bogel... sekali UAI jawab... Hukumnya HARAM kalo tido bogel dalam masjid... kih kih kih tergelak gelak abang...


IMG_3598 by pauzikassim

Nota: Harap satu hari nanti Najib panggil Slipknot pulak datang Malaysia buat show... kalo jadi datang memang abang undi najib lah pilihanraya nanti kah kah kah...

Tuesday, February 12, 2013

Bercuti Di Pulau Pangkor, Perak

1) Sebelum abang sembang panjang... abang nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang berbangsa cina yang merayakannya... dan kepada melayu yang bercuti ke kampung... hati hati memandu... Apsal melayu cina je?? India tak de ke??... gila babi racist betul abang ni...

2) Pada 1, 2 & 3 Feb hari itu abang berkesempatan untuk bercuti di Pulau Pangkor... Percutian yang dirancang kerana abang ada satu jemputan perkahwinan di Lumut pada 3 Feb... Jadi... daripada pergi kenduri kahwin semata je... baik plan bercuti terus je...

3) Hotel yang dipilih untuk menginap sepanjang percutian tersebut adalah Pangkor Bayview Resort... Ok lah rate satu malam RM 180 sebab waktu peak... Condition bilik pun kira ok lah... masih selesa untuk menginap... Malas nak sembang panjang... mari layan gambar suasana di Pulau Pangkor... Tapi bila tengok balik... macam banyak gambar abang je dari gambar suasana di pangkor kah kah kah...

P1150900 by pauzikassim
tiada jambatan untuk ke Pulau Pangkor... jadi perlu naik feri... saat abang menunggu ferri di Jeti Lumut...

P1150902 by pauzikassim
Pemandangan laut dari jeti pangkor... saat abang tiba di jeti pangkor

P1150907 by pauzikassim
Menunggu van untuk dihantar ke Hotel yang menginap... RM15 tambang...  Hotel tersebut terletak di Teluk Nipah...


P1150949 by pauzikassim
Burung ni banyak betul abang jumpa sepanjang berada di pulau ni...

P1150909 by pauzikassim
Saat tiba di bilik... lari terus terjun ke tilam... heaven selepas 3 jam keletihan berada dalam kereta...

IMG_3378 by pauzikassim
Hotel ini juga ada swimming pool... lepas abang berkubang kat pantai... kolam klorin ni pulak yang abang berendam... sebelum masuk bilik...

P1150916 by pauzikassim
Petang tu jugak terus abang pergi ke laut... dah lama tak mandi laut... last rasanye mandi laut masa gi Langkawi setahun yang lalu...


IMG_3376 by pauzikassim
Aduh... celaka betul hidup abang ni... punye ramai awek lalu lalang... menatang ni jugak lah abang terpandang dengan penuh nafsu... bende ni asik menghantui abang je... nak bercuti tenangkan fikiran pun tak boleh...

P1150925 by pauzikassim
Keadaan pantai di Teluk Nipah... Ombak agak kuat lah...

IMG_3377 by pauzikassim
Cuaca agak terik...

P1150920 by pauzikassim
No comment

P1150922 by pauzikassim
and no comment

P1150934 by pauzikassim
terdampar di tepian pantai...

P1150953 by pauzikassim
Ini keesokannya... di mana abang berpeluang untuk snorkelling... sepanjang abang hidup ni... tak pernah ada pengalaman snorkelling...


P1150957 by pauzikassim
Perlu naik bot ke Coral Island untuk snorkelling... RM 80 untuk 4 orang lengkap dengan pakej snorkelling dan pusing pusing pulau... breakfast pun tak sempat... Atas bot pun jadi lah minum air bungkus ikat tepi

P1150956 by pauzikassim


P1150964 by pauzikassim
Amacam abang... dah macam geng Slipknot tak?... kalo Joey jordison nampak gambar ni... mesti dia panggil join... tak kisah lah kalo kene angkat drum dia je pun... janji dapat ikut tour dia...

P1150961 by pauzikassim
Suasana orang snorkelling...

P1150969 by pauzikassim
Selepas snorkelling paginya... tengah hari abang berkesempatan berjalan jalan di Pekan Pangkor... Ini bangunan kedai lama...

P1150968 by pauzikassim
ini pula keadaan kedai baru...

P1150947 by pauzikassim
Malam hari di Teluk Nipah juga ada jual jual...

P1160003 by pauzikassim
Kedai makan yang ada... semua seafood... tapi rate seafood dia sama macam KL lah... 

P1150944 by pauzikassim
Jagung bakar ni waktu dia masak meletup letup...

P1150936 by pauzikassim



P1160008 by pauzikassim
Cenderahati juga ada dijual...

P1160013 by pauzikassim
Ini breakfast abang pada pagi terakhir... Aduh!!!Abang lupa pulak nama melayu kuih ni... nama english dia Banana Pancake... laku gila kuih ni... mat salleh pun beratur beli... Perlu check out segera sebab nak hadir ke majlis perkahwinan...

P1160010 by pauzikassim
No comment

P1150988 by pauzikassim
Terkejut abang jumpa biawak ni kat jeti... mencarut carut terkejut jumpa menatang ni...

P1150985 by pauzikassim

P1150973 by pauzikassim


P1160016 by pauzikassim
Saje tengok tengok drawing kapal... asik tengok drawing bangunan je...

Nota: Mati kutu abang bercuti dengan famili... semua awek lalu lalang tak berkesempatan nak tegur atau ngorat... kene berkelakuan baik depan ibu bapa... Abang kalo depan parents... semut lalu pun abang bagi gula gula suruh makan... siap tambah lagi kalo semut tu nak...

Saturday, February 9, 2013

Sek Men Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang

1) Tahukah anda... Hari Khamis hari tu abang telah melawat sekolah yang telah siap sepenuhnya... Ini pemeriksaan terakhir abang untuk komen ape2 yang tak patut sebelum cikgu cikgu dan anak murid menggunakan sekolah ni... abang pernah post pasal sekolah ni masa awal awal pembinaan...SMK Bukit Tinggi Klang... masa tahun 2011.. 2013 baru siap...

2) Ini saja lah yang abang mampu sumbangkan kepada masyarakat setempat bagi menyalurkan bakti kepada orang orang kampung abang... secara amnya pula... ini lah jasa yang cuba abang balas balik terhadap Kerajaan yang memberi abang biasiswa menggunakan cukai cukai rakyat ketika menuntut ilmu dulu... Sebab tulah abang suka makan Mcdonalds... Orang suruh boikot... abang buat bodoh je... Abang tahu dengan cara tu... abang mampu membantu Kerajaan melalui Government Tax 6% yang dikenakan ke atas setiap pembelian abang... Nak harap potongan cukai pendapatan... Hm... berapa sen je pun... Gaji pun baru naik ke tahap minimum RM 900...

3) Tiada apa apa peristiwa yang menarik pun semasa pembinaan atau pun apa apa sistem yang canggih... Alah sekolah... korang semua pernah sekolah... jadi dah tahu lah apa yang ada dalam sekolah tu...  


P1160028 by pauzikassim
Ini bangunan kantin...

P1160026 by pauzikassim
Ini pulak bangunan pentadbiran dan kelas yang ada 24 buah kelas

P1160042 by pauzikassim
Yang ni pulak Bangunan Makmal


P1160041 by pauzikassim


P1160049 by pauzikassim
Pintu depan Bangunan Pentadbiran

P1160048 by pauzikassim
Siap ada kot takraw tu... abang dulu main takraw atas jalan tar je... kalo lipat gulung salah salah landing mahu calar balar badan (Sembang kencang jap)...

P1160047 by pauzikassim
Padang pun ade... Geram pulak tengok padang ni... dah lama tak main bola padang ni...


P1160053 by pauzikassim
Ini pulak Tempat Menunggu Bas... selesa betul siap ada bumbung... abang dulu sekolah menengah jalan kaki je pergi kelas...


P1160052 by pauzikassim
Yang ni pulak abang... bakal jadi guru pendidikan jasmani kat sekolah ni... kah kah kah...

Jadi kepada adik adik yang menuntut di sekolah ini... tuntutlah ilmu rajin rajin... berkaryalah sekreatif yang boleh... bersukan lah sepuas puasnya... kerana bila dewasa nanti... banyak tanggungjawab yg perlu dipikul macam abang ni... kadang kadang rasa tak terpikul lah...

Selepas abang berpeluang berbakti kepada orang kampung abang dan Kerajaan... Itu pun abang terpaksa jadi gila kuasa dengan selamba menawarkan diri kepada bos nak jaga projek sekolah ni... Kali ni tiba pula peluang untuk abang membuat amal dengan menyiapkan surau baru di Kajang... apa lagi... atas dasar agama Islam... sekali lagi abang menawarkan diri... tak kan sesekali abang lepas kan peluang ni... mana taknye... abang tak mampu nak pergi Gaza macam Afdlin atau Heliza... apatah lagi mengangkat senjata tembak Zionist tu...

securedownload by pauzikassim
Ini surau lama yang akan dirobohkan...
securedownload (1) by pauzikassim
Yang ni Surau yang dicadangkan untuk di bina.... Semoga berjaya...