Monday, May 19, 2014

Bachelor Engineering (Electrical); Where Are They?

1) Sebelum abang nak mengarang... abang ingin mengucapkan selamat bercuti sempena Hari Buruh ini... ye lah buruh macam abang ni rasa seronok je dapat penghargaan kan... kalo dua tahun yang lalu abang bercerita berkenaan Pengalaman Bekerja abang... kali ini abang nak bercerita kemana hala tuju pemegang ijazah kejuruteraan elektrik ini...

2) Lepas je mereka semua ini bertungkus lumus tunggang langgang tergolek BJ HJ 69 bagai bagi menyiapkan tesis semester terakhir... maka bermulalah era merancang masa depan pemuda pemuda ini... berbekalkan transkrip yang konon konon nya dah abes belajar, dan dengan rasa bangga dan berangan bakal memegang jawatan penting... maka abes lah di forward kan resume nye ke Lina Jobstreet tu... kalo ada sedara ke kat Petronas tu dengan harapan menggunung dapat lah pak sedara nya membantu... dan bagi pelajar yang ada biasiswa JPA... maka mendaftar di SPA adalah menjadi satu kewajipan... yang pakai PTPTN pulak jahanam lah korang bayar bulan bulan RM100 untuk 20 tahun...

3) Setelah resume pemuda pemuda ini dihebahkan.... tiba lah saat interview... mana yang ada soft skill petah berbicara in english mungkin mudah lah mendapat pekerjaan dan mana yang cakap pun tak reti seolah olah tiada skill langsung maka mencuba lah dia sampai dapat... dalam tempoh sebulan hingga ke tiga bulan... bertempiaran lah anak muda ini bekerja di berbagai industri di pelusuk Malaysia ini dan mungkin ada yang ke luar negara memandangkan masa depan di negara ni macam merapu je... entah apa jadi Wawasan 2020 Kepala Bana tu... Jadi mari kita tengok ke mana budak budak ni... apa masa depan mereka dari segi kaca mata abang yang bijaksana sini situ depan belakang...

A) Jabatan Kerja Raya (JKR)
Kerja yang menjadi idaman untuk graduan melayu bumiputra... mana tak nye... masa tahun 2009 abang lalu kat JKR Sultan Salahuddin tu lepas abes meeting... penuh khemah tu dengan muka muka classmate abang... rata rata yang pergi interview tu berharap dapat masuk kerajaan... katanya terjamin masa depan...

Di JKR, sebagai Jurutera Elektrik mereka akan ditempatkan ke macam macam department macam Cawangan Rekebentuk ke... Cawangan Penyelenggaraan ke... atau pun ikut ke kementerian macam Cawangan Keselamatan gi jaga penjara... Cawangan Kesihatan gi jaga klinik dan hospital... Ramai kawan abang ada di JKR ni.... tunggu diorang naik pangkat besar besar senang sket abang nak melobi projek dengan mereka...

Bagi abang kerja di kerajaan ni bagus kerana mewarisi tugas Saidina Umar... mana tak nye mereka diberi amanah untuk menguruskan duit rakyat bagi membuat sekolah, hospital, jalan raya dan macam macam kemudahan rakyat... jangan main gila... akhirat nanti kene jawab kalo ade terseleweng duit rakyat... walaupun mereka ni sering diberi tohmahan macam Jangan Kerja Rajin, Jalan Kerap Rosak, Jasa Kepada Rosmah, Jasa Kepada Raja, Jahanam Kau Rakyat, Jabatan Kerja Roboh... abang harap korang semua tabah dalam menyiapkan kerja-kerja buat bangunan ni tanpa terbengkalai dan roboh sana sini..

Yang penting... cukup bulan cucuk gaji, kerja target sampai usia pencen... settle hidup...

Ini adalah bangunan pertama yang abang siapkan dibawah pengawasan JKR


B) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Kalau tak dapat kerajaan pulak... ini yang akan menjadi pilihan seterusnya bagi melayu bumiputra... company GLC yang ade share kerajaan iaitu TNB... Satu satunya syarikat yang diberi kuasa untuk menyalurkan bekalan elektrik ke semenanjung malaysia tanpa perlu bersaing seterusnya mewujudkan monopoli...

Yang ni masa zaman abang... senang gila nak dapat kerja TNB... pastikan pointer 3.0 ke atas dan tajuk tesis mesti berkaitan pasal Power... abes je belajar terus dapat kerja... yang pointer bawah 3.0 pulak kene lah tunggu tahun hadapannya... ramai gak kawan kawan abang kat TNB di seluruh pelusuk semenanjung ni... Mana tak nye... setiap kali abang hantar drawing untuk kelulusan TNB mesti terserempak dengan budak kelas abang...

nasib baik abang bukan jenis buat taik dengan member... jadi bila buat submission tu diorang tengok je muka abang terus bagi approval... senang citer lah... mana tak nye...masa zaman study banyak bende baik abang buat kat diorang ni macam kejut diorang subuh lepas tu abang tido balik... minyak motor habis abang pergi belikan minyak motor... tayar motor bocor...kat situ gak abang tukarkan tayar moto diorang dengan tayar moto abang... tak paham tutorial... malam malam diorang datang bilik abang berguru... tengok betapa mulianya abang ni...

Panjang pulak sembang pasal abang ye dak... Ok. Di TNB ni banyak tempat ko akan diletakkan... macam Generation kat Cameron tu... macam transmission kene jaga 132kV/275kV/33kV merata lah diorang ni merayap... claim pun tinggi je... yang nak sibuk gila masuk lah Distribution... sebab mereka dekat dengan rakyat... kalo sekolah siap tapi elektrik tak masuk... abes lah YB KSU ICU bagai cari Distribution ni kasi suruh cepat supply...

C) Oil and Gas
Bagi mereka yang suka kan cabaran fizikal dan mental... ini lah kerja yang bole menguji fizikal dan mental korang... tapi berbaloi kerana umum telah mengetahui kerja-kerja yang berkaitan oil&gas ni menawarkan gaji yang lumayan... kadang kadang tak sampai dek akal gaji diorang banyak gila... kecuali kerja pump attendant stesyen minyak... yang itu rate gaji lain dan skop kerja pump attendant ni pun tak akan diulas....

Disebalik gaji yang mewah... ada pengorbanan besar yang perlu dibuat... iaitu pengorbanan masa bersama keluarga... bila tiba giliran ke platform atau rig... maka pergilah beliau bekerja meninggalkan anak bini... kalo kerja 2 - 3 hari je ok lah... tapi ada yang cecah minggu dan ada yang cecah bulan bulan... sebagai isteri... tunggu je lah laki korang balik... ada satu tahap tu abang nampak... steady je kawan abang belikan bini dia kereta volkswagen polo GT...

Ramai gak kawan kawan abang yang kerja di oil&gas ni... macam Whetherford, Schlumberger, talisman entah lah betol ke idok abang eja... malas pulak nak google... dekat oil&gas sector ni pun banyak jugak skop keje... abang pun tak paham bila abang lepak dengan kawan abang yang talisman dengan wheterford ni... dengar je lah... ada pulak yang buat kerja-kerja instrument... instrument ni sangat penting di oil&gas ni sebab semua sistem fully control pakai computer ma...

Ini contoh offer letter kawan abang... buta buta je dia tolak wei... dia forward ke abang info company ni sebab mengenangkan jasa abang mengajar dia Teknologi Elektrik dan dia suruh abang apply... abang telan air liur je tengok gaji banyak ni compare dengan gaji abang sekarang RM 1500.00... abang gaji RM 1500.00 pun dah ke laut huru hara hidup party sana sini... jadi lepas abang fikir panjang sebab abang dapat rasakan lagi jahanam hidup abang kalo dapat RM9k ni... abang pun buat dek je lah... tak apply pun...

D) Pensyarah
Pekerjaan ni sesuai untuk mereka yang akal nya luar biasa... di mana tahap intelektual dan gaya pemikirannya agak luar biasa... bukan susah nak kenal budak macam ni... korang tengok every sem dapat anugerah dekan je... lepas tu konvo dapat anugerah di raja lah bagai... hah!!! ni lah budak yang layak jadi pensyarah... mana tak nye every sem 4 flat je...

Pada pndangan abang budak 4 Flat ni tak sesuai kerja di industri... kerana banyak keputusan perlu dibuat segera... kadang kadang kita hentam je tak payah fikir pun haha... kalo budak 4 flat dapat arahan bos... abes lah banyak bende pulak dia tanye sampai dapat jawapan yang memuaskan markah 4 flat hehe... masa abes tanya tu dah makan satu hari haha...

Jadi.. budak 4 Flat ni akan meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi iaitu peringkat Master dan PhD... budak 4 Flat macam ni senang je nak dapat biasiswa... dah tamat pengajian dengan gelaran 'Dr' maka berkhidmat lah di IPTA atau IPTS...

Ok... abang ada impian jadi pensyarah sebenarnya... harap korang jangan gelak... walaupun pointer abang tak cecah 4 Flat hehe...

E) Cikgu
Yang ni pun ada gak kawan kawan abang yang bertukar career daripada engineer menjadi guru... yang asalnya kontraktor dah jadi cikgu pun ada... yang dah keje TNB pun bole resign untuk jadi cikgu jugak... ada yang dah keje engineer kat kilang pun tahu tahu dah jadi cikgu...

Tidak sukar untuk seorang engineer bertukar career menjadi guru... Guru... Kau ibarat lilin yang membakar diri... itu lah sajak yang korang akan dengar setiap kali tibanya hari guru... betapa mulianya keje menjadi guru mendidik bangsa... Syarat utama untuk menjadi guru hanya perlu belajar semula dalam setahun setengah bagi mendapatkan KPLI... abang pun tak tahu ape maksud penuh... korang google je lah sendiri...

Walaupun kehadiran guru-guru engineer ini kemungkinan akan menyebabkan beberapa guru sedia ada berasa tidak senang kerana ibarat mengganggu periuk nasi mereka... tidak mengapa... katakan sahaja pada mereka rezeki jodoh ajal maut adalah ketentuan Ilahi... kita hanya mampu merancang...

F) Jurutera Perunding (Consultant Engineer)
Yang ni abang pernah dengar je... tapi tak tahu menahu sangat apa diorang ni buat... cuma ada satu ketika tu abang pernah sembang dengan seorang consultant ni... gaya dress-up nya yang berseluar ketat, berkasut congek nak pergi site persis macam nak masuk kelab malam... dengan muka jambunya dan petahnya dia berkata-kata dalam meeting tu bagi menyakinkan semua orang yang dia ni power sebenarnya membuat kan abang ingin menegurnya walaupun dia jantan... lagipun kerja-kerja abang kat site ni memang sentiasa kene jumpa diorang sebenarnya... yelah... kabel kabel yang abang nak pasang kat site ni kan kene dapat restu diorang...

Sempat lah abang bertanya ape yang perlu untuk jadi consultant ni... katanye, yang pertama adalah Ilmu... tanpa ilmu bagaimana kau ingin mengajar mereka... yang kedua pula adalah amal... selepas kau memberi ilmu maka hendaklah kau pastikan mereka beramal dengan ilmu yang kau sampai kan... dan ketiga pula adalah taqwa... dikala kau sudah ada ilmu dan pandai beramal maka hendaklah kamu tanamkan sifat taqwa ini supaya kamu patuh dengan ilmu dan amal yang kamu laksanakan... ambik ko... panjang gak dia ceramah kat abang...

Abang tanye lagi ape pulak cabarannya jadi consultant ni... katanya, banyak sangat cabaran... semua cabaran seperti habuan wang ringgit atau harta bende buta buta je dia tolak... sikit pun takkan goyahkan imannya walaupun kadang kadang abang bagi cadangan nak tukar kabel copper ke aluminium... tak baginye wei... begitulah yang sempat abang sembang dengan dia sambil makan pisang goreng panas yang abang belikan...

G) Lain-Lain
Yang selebihnya abang malas nak ulas... malas nak taip panjang panjang sebenarnya... bukannya korang baca pun... scroll ke bawah cari gambar abang je kan hehe... banyak lagi tempat engineer ni bekerja macam kerja di kilang sebagai production engineer... atau menjadi Maintenance Engineer sama ada di kilang atau di bangunan-bangunan kerajaan mahupun swasta... atau yang ada paras rupa sedikit boleh lah jadi sales engineer... pakai skirt pendek sket... ajak karok settle lah deal...


Thursday, May 8, 2014

Selamat Tinggal Saga BLM BKD 4967

1) Tahukah anda... selepas motor 125Z abang yang usianye mencecah hampir 10 tahun telah dijual oleh bapak abang... kali ni kereta abang yang baru berusia 5 tahun telah berpisah dengan abang... warghhhhh memang sedih untuk berpisah dengan Saga abang ni...

2) Maklumlah... banyak jasa Saga abang ni... Rantau Pajang Kelantan dia pernah bawak abang pegi kenduri kawin kawan... tak cukup dengan tu... Padang Besar Perlis pun Saga abang ni pernah sampai masa abang siapkan projek UPP, Padang Besar... kalau ke selatan pula tempat paling jauh dia pernah sampai adalah Johor Bharu...

3) Jadi kepada siapa-siapa yang nampak kereta Saga abang tu lepas ni... rajin rajin lah korang tegur pemandu baru tu... kata kan pada pemandu itu yang pada satu ketika dahulu pemilik kereta saga ini adalah seorang pemuda yang kacak, berjiwa besar dan berfahaman punk rock kah kah kah...   

4) Jadi... dikesempatan ini abang ingin mengucapkan selamat tinggal kepada saga abang... berjasa lah kepada tuan baru mu itu... banyak kenangan abang dengan Saga ni... nasib baik saga ni tak boleh berkata kata... kalau tak abes dia cerita semua apa yang berlaku kat dalam tu hahaha...
                 

Ambik ko mileage kereta abang ni cecah 247k tu untuk tempoh lima tahun... teksi pun kalah taw....

Abang sempat bergambar sebelum berpisah... banyak gelaran yang abang dapat dengan kereta ni... Antaranya Budak Klang Datang... Budak Kacak Datang... Buaya Klang Datang haha... yang lain lain korang pikir lah sendiri ek...

                IMG_2798 by pauzikassim
                  Tapi... abang lagi suka motor 125Z abang ni tau... abang lagi rasa kacak bawak motor ni    
                    berbanding bawak saga hehe....