Tuesday, February 8, 2011

Aku Ke Negeri Peghok Tengok Yob Kawin, Umi Kawin Sambil Makan Derian Di Warung Pak Jabit Dekat Menara Condong




Pada 5 Februari aku telah menghadiri kenduri sahabat karib aku di UTM iaitu Fab... Namun aku telah mendatangkan masalah kepada beliau kerana aku tiba teramat lah awal iaitu 9.50 tepat di Dewan Kg Bahagia... Sekaligus menyebabkan Fab huru hara untuk siap awal sebab tetamu dah sampai haha... Namun Fab telah mencadangkan aku untuk bersiar-siar terlebih dahulu dan datang semula pada pukul 1 iaitu waktu kebiasaan orang bersanding " Mangkuk betul ko ni... tak tahu adat kenduri kawin ke? Main hentam je datang... Ko gi lah merayap dulu... Ko gi je lah tengok Menara Pisa kat Telok Intan tu" Keluh Fab...

Ate... teman pun berjalan lah sambil cakap loghat Perak... ate... ate... ate... itu je teman kaborkan...



Menurut perbualan aku dengan orang JKR zaman 30an... Bangunan ni condong disebabkan Egnr tak ambik kira load tangki air dan struktur tanah... Tapi tak pe, dalam dunia kejuruteraan tiada isu kegagalan rekabentuk selagi Bangunan tu tidak roboh...

Negara Perak adalah negara paling banyak memiliki motor C70... Moto ni memang legend... kalah 125Z aku...


Aku sempat pose di Moto Sandarkan Pada Kenangan

Artis macam aku perlu menurunkan tandatangan sebagai rujukan... alah macam Jalan Jalan Cari Makan tu...





Ini memang Old Skool... Spec zaman 30 an tu...

Sempat juga lah aku testing suis tu...


Ini adik kecik aku...



Selepas puas berjalan di Menara Pisa tu... aku terus sahaja menuju ke majlis Fab dan ngam-ngam aku sampai pengantin pun sampai...

"Ate... teman tak kabor ke? Moh.. kita bakor aje umah si Limah tu..." sempat Yob berseloroh dengan aku...

Mike memang kacak bebenor...


Antara perangai tak semenggah aku di Majlis Orang Kawin

Selepas aku membuat perangai di Majlis Fab... Aku pun terus ke Manjung kerana keesokannya aku perlu menghadiri satu lagi majlis perkahwinan budak ofis aku... Namun sempat juga aku singgah di Kastam Lumut iaitu salah satu projek aku yang telah diserahkan dengan jayanya kepada JKR... 


Kuarters

Ini lah sisa sisa aku... hehe...

Tepat pukul 6 aku check in di Lumut Country Resort untuk bermalam....


Aku dan Adik Kecik aku di Restoran Seafood Di Lumut

Test power camera aku...


Lampu yang ada di bilik tempat aku menginap


Tepat pukul 1 tengah hari aku telah check out untuk menghadiri majlis kahwin kawan aku... kali ni aku tak buat perangai lagi datang awal sangat macam kenduri Fab... Aku tiba di majlis sekitar pukul 1.30 ngam-ngam pengantin tengah melantak...

Berlatih potong kek


Macam biasa... uji bakat jadi photographer...


Pakaian aku yang mengikut tema

Aku pun tak tahu nak ulas ape dah gambar ni... Hm.. memang buat perangai aku ni...

Maka habis lah cuti weekend aku hari tu diisi oleh majlis kawin kawan aku... Dan paling ngeri aku tersadai jem di jalan Kuala Selangor... Ape-ape pun aku ucapkan tahniah kepada mereka...

"Ate... bila pulak mike punye giliran... teman dah lama bebenor tunggu mike pulak..." Tanya aku di dalam hati kecil aku...


2 comments:

  1. aah....bile nye giliran kome nk menikah....teman pun menunggu jugak.....

    ReplyDelete