1) Assalammualaikum kepada pembaca blog abang yang masih setia menunggu hendaknya... Dikesempatan ini abang ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada korang... kepada
yang menjalani ibadah kurban semoga kurban korang diterima dan pada mereka yang menjalani hukum Islam kelima ibadah haji... semoga selamat balik ke tanah air...
2) Banyak pulak insiden kali ni... mula mula lagi kren bapak besar dah jatuh... satu hal semua yang terlibat dengan projek tu tak boleh tinggalkan Makkah...sampai lah siasatan selesai... dulu abang ada impian gak nak buat kerja kat Makkah ni...dulu abang ada buat proposal Hospital Makkah... tapi itu dulu lah... nampak gaya macam masih belum ada rezeki untuk berbakti di Makkah dan menunaikan haji terus...
Ada seseorang telah mengeluarkan kenyataan bahawa kren itu tumbang sebab kilat... abang no comment dalam kes ni... sebab abang tak dijemput untuk membuat siasatan...
3) Ok guys... itu kisah di Makkah... kisah abang kat Malaysia ni korang tak nak tahu ke? abang sihat ke? cukup tak makan? masih budak metal ke? kah kah kah... ok sehari sebelum cuti abang berkesempatan melawat satu projek solar farm...
4) Walaupun abang tengah busy dengan satu-satu nya projek yang teramat besar dan mega nye yang akan membawa Malaysia ke negara lebih maju seterusnya menjulang nama Najib... tapi abang bole je lah melayan hal hal yang remeh kecik cenonek ni kalo ada orang panggil... tapi biasanya abang tengok orang tu dulu... kalo future ada potensi big project abang layan lah... kalo tak de potensi alamatnye abang buat bodoh je lah call or sms tu kah kah kah...
5) Abang dipanggil semata-mata untuk selesaikan masalah DC Box solar yang terbakar ni... alahai... sedih pulak abang rasa... serba salah je nak layan kes ni... abang rasa bagi budak IKM yang tengah praktikal pun dia bole selesaikan kah kah kah...
Fius 1000V blow...
6) Setakat fius blow tu...pandai lah abang buat... korang tak payah risaukan... yang abang tertarik atau risau dengan site ni adalah design sistem perlindungan kilat ni... boleh pulak dia pasang early streamer... yang tak tahu pasal early streamer bole google... abang bukan nak ban design early streamer ni... korang bole pakai... tapi pastikan pasang early streamer tu ikut Standard Design IEC lah... iaitu angle method... bila korang guna angle method maka banyak lah early streamer yang kene pasang...
7) Jadi, kalo ada sales man datang kata bagitahu early streamer dia pasang satu je dah cukup... sebab ada bahan cas yang mampu tarik kilat... cakap dengan dia balik... method design dia tu tak de dalam Standard IEC... yang ada dalam IEC hanya tiga:-
a) Angle Method
b) Mesh Method
c) Rolling Sphere
Korang jangan tanye lebih lebih pulak kat abang lepas ni macam mana nak guna method tu... nak menaip post kali ni pun dah rasa panjang... so korang google lah sendiri... tak tahu... baru datang jumpa abang bawak duit dalam bentuk nilai ganjil dan nasi ayam...
Ini pemasangan early streamer yang abang nampak... persoalannya... adakah sudut perlindungan ini dapat memberi perlindungan kilat ikut Standard IEC?
Ini IEC Standard yang bagitahu hanya ada tiga method je... bukan abang yang kata tau ikut nafsu semata mata... tapi standard yang kata
Ini level protection yang berbeza-beza... Jadi negara Malaysia ni kene pakai level berapa bang?? abang bole je jawab soalan ni... tapi sengaja abang tinggalkan untuk korang berfikir...
Hehe... rugi pulak tak bergambar ni kah kah kah...
Nota: Al-fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi di Makkah baru-baru ini...