Wednesday, June 11, 2014

Happy Graduation Day!!!!!

1) Saat yang dinanti-nanti kan oleh semua graduan universiti... tak semua pun... mana yang rasa macam tak nak konvo dalam erti kata lain yang sedih...tiada teman... sorang sorang... akan mengambil sikap buat dek je tak nak pikir pasal konvo...

2) Macam mana dengan perasaan abang pula pasal konvo ni... haha... abang excited gak sebenarnya pasal konvo ni... sebab dapat lah rasakan klimaks nya... lagi pun kalo abang buat pilihan tak nak konvo... tu hah... mak abang yang akan membebel... lagipun kawan kawan abang jugak mesti paksa abang berkonvo... maklumlah... semua orang sayang abang kan hehe... mesti nak bergambar sama kan... kah kah kah...

3) Pada 24 Mei yang lalu... berlangsunglah satu majlis konvo untuk meraikan abang yang bertungkus lumus belajar selama dua tahun ni... puas dah tergolek terguling siapkan tesis akhirnya berjaya juga menamatkan study abang... kali terakhir abang konvo pun pada tahun 2007... kali ni di pentas yang sama abang telah menerima penganugerahan tu... cuma pada tahun 2007 tu abang lupa dah sape yang bagi... tapi kali ni special sket... sebab Raja Zarith Sofia iaitu Canselor UTM yang bagi tu...




4) Majlis konvo abang masa tu semua nya berjalan lancar... tiada isu black out macam budak budak UiTM kene kah kah kah... Cuaca pun panas  terik je masa tu... So korang semua dah ready nak layan gambar gambar abang kah kah kah...


Sesi budak punk rock try baju dulu...
Seawal pagi jumpa kawan kawan dulu... sebelah abang ni budak paling pandai... tapi kadang kadang dia pun tanya abang kalau tak tahu...

Saat nak beratur sebelum masuk dewan....

Penuh tawadu' abang menerima penganugerahan ni dari Zarith Sofia ni...

Time ni dah rasa klimaks nye hahaha... dua tahun beb duduk terperap dengan buku...


Suasana dalam dewan lepas abis majlis...

Bersama dengan family yang memang tak sabar sabar nak gi majlis konvo...

Sementara itu... sempat gak abang rekod budak kecik ni cover lagu taylor swift... dia frust dengan abangnya yang sambil lewa je untuk beli tiket... ada ke abang dia kata "Alah rilek lah... takkan abesnya tiket taylor swift ni... orang Malaysia mana suka tengok konsert berbayar... cuba tengok konsert Metallica ari tu... mana penuh..." tegas abang menyatakan pendapat...

Tapi silap... abang membuat silap... dengan menyamakan Taylor Swift terhadap Metallica adalah satu kesalahan besar... sudahnya... tiket Taylor Swift telah habis dijual dalam tempoh dua jam... harap beliau tabah...



  

1 comment: