Sunday, June 29, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Menonton FIFA World Cup 2014

1) Tahukah anda... abang nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada pembaca-pembaca blog abang... abang ingin meminta maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja...

2) Puasa kali ini kita bertembung dengan acara terbesar dunia iaitu FIFA World Cup 2014 yang pasti tidak akan dilepaskan oleh peminat peminat bola sepak... gila apa tak tengok... empat tahun sekali kene tunggu tu... dah macam sambut hari jadi tahun lompat lah pulak...

3) Jadi amalan di bulan Ramadhan kita kali ini membuat kan kita dalam dilema untuk fokus amalan akhirat atau terus berhibur dengan hiburan dunia... ye dak... mana tak nya game start pukul 12 malam abes 6 pagi... nak seimbangkan amalan pun dah susah...

4) Sepanjang abang tengok world cup dari dulu dulu lagi... abang memang tak pernah sokong mana mana negara yang menjadi pilihan... abang akan tengok game world cup yang ada player manchester united je hehe... nak buat macam mana... minat kat Manchester United melebihi segala-galanya...

5) Untuk world cup kali ini ada beberapa player MU yang menjadi perhatian:-

A) Spain
Ada De Gea dan Juan Mata... tapi jahanam... Spain dah tak layak untuk ke peringkat kalah mati...

Tapi kelibat De Gea kita tidak dapat saksikan untuk edisi ini... sebab dibayangi oleh Casillas penjaga gol Real Madrid... tu yang bangang tu sampai bolos lima haha...


B) England
Yang ni macam biasa lah... publisiti liganya tinggi sangat dan seterusnya mengangkat nama England di World Cup... tanye perempuan pun konfiden je diorang jawab England akan menang World Cup... tapi macam biasa... peringkat kumpulan pun jahanam untuk edisi kali ini...
Player MU yang ada dalam skuad England ini ramai gak sebenarnya... ada Rooney, Jones, Smalling dan Welbeck.

Muka kecewa Rooney selepas England gagal dalam peringkat kumpulan

C) Belgium
Yang ni ada dua orang... satu nampak lah bakat nya sampai abang bukak akaun instagram abang guna nama dia lah pauzi_januzaj kah kah kah... sekor lagi si Fellaini tu...

Belgium telah berjaya melepasi peringkat kumpulan...

D) Netherland
Tidak lain tidak bukan... si Van Persie The Flying Dutchman... kehebatan dia dalam edisi kali ini sangat mengagumkan dan membantu Netherland untuk kalahkan Spain 5-1... 

Gol pertama Van Persie untuk edisi 2014... jauh tu terbang...

E) Mexico
Pun macam biasa... si Hernandez aka Chicarito... Mexico berjaya melepasi peringkat kumpulan dan bertemu dengan Netherland pada malam ini... susah gak abang nak sokong negara mana yang menang ni hehe...

Sudah pasti kelibat mereka menjadi tumpuan... mana taknye... publisiti kelab Man United ni melambung lambung tinggi...

F) France
Pemain left back terbaik Manchester United setakat ini iaitu Evra... France akan bertemu Nigeria dalam peringkat kalah mati pada 30 Jun ini...

G) Portugal
Pemain wing Manchester United iaitu Nani... namun kelibat dia kelihatan tidak menyerlah dan gagal membantu Portugal untuk melepasi peringkat kumpulan...

H) Ecuador
Juga pemain sayap di MU... iaitu Antonio Valencia... Juga tidak melepasi peringkat kumpulan...

I) Japan
Pemain tengah MU iaitu Kagawa... Namun untuk edisi kali ini Jepun kelihatan sangat lemah dan hanya mampu mengutip satu mata ketika seri tanpa jaringan menentang Greece... 

Jadi... siapakah pemain MU yang akan berada di pentas akhir FIFA World Cup edisi 2014 ini?. Mari kita tunggu...

Nota:-
Puasa tadi korang berbuka makan apa? ini lauk kegemaran abang...
Burung puyuh masak merah... pergh!!! dia punye pergi tak ingat dunia...



No comments:

Post a Comment