Saturday, February 9, 2013

Sek Men Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang

1) Tahukah anda... Hari Khamis hari tu abang telah melawat sekolah yang telah siap sepenuhnya... Ini pemeriksaan terakhir abang untuk komen ape2 yang tak patut sebelum cikgu cikgu dan anak murid menggunakan sekolah ni... abang pernah post pasal sekolah ni masa awal awal pembinaan...SMK Bukit Tinggi Klang... masa tahun 2011.. 2013 baru siap...

2) Ini saja lah yang abang mampu sumbangkan kepada masyarakat setempat bagi menyalurkan bakti kepada orang orang kampung abang... secara amnya pula... ini lah jasa yang cuba abang balas balik terhadap Kerajaan yang memberi abang biasiswa menggunakan cukai cukai rakyat ketika menuntut ilmu dulu... Sebab tulah abang suka makan Mcdonalds... Orang suruh boikot... abang buat bodoh je... Abang tahu dengan cara tu... abang mampu membantu Kerajaan melalui Government Tax 6% yang dikenakan ke atas setiap pembelian abang... Nak harap potongan cukai pendapatan... Hm... berapa sen je pun... Gaji pun baru naik ke tahap minimum RM 900...

3) Tiada apa apa peristiwa yang menarik pun semasa pembinaan atau pun apa apa sistem yang canggih... Alah sekolah... korang semua pernah sekolah... jadi dah tahu lah apa yang ada dalam sekolah tu...  


P1160028 by pauzikassim
Ini bangunan kantin...

P1160026 by pauzikassim
Ini pulak bangunan pentadbiran dan kelas yang ada 24 buah kelas

P1160042 by pauzikassim
Yang ni pulak Bangunan Makmal


P1160041 by pauzikassim


P1160049 by pauzikassim
Pintu depan Bangunan Pentadbiran

P1160048 by pauzikassim
Siap ada kot takraw tu... abang dulu main takraw atas jalan tar je... kalo lipat gulung salah salah landing mahu calar balar badan (Sembang kencang jap)...

P1160047 by pauzikassim
Padang pun ade... Geram pulak tengok padang ni... dah lama tak main bola padang ni...


P1160053 by pauzikassim
Ini pulak Tempat Menunggu Bas... selesa betul siap ada bumbung... abang dulu sekolah menengah jalan kaki je pergi kelas...


P1160052 by pauzikassim
Yang ni pulak abang... bakal jadi guru pendidikan jasmani kat sekolah ni... kah kah kah...

Jadi kepada adik adik yang menuntut di sekolah ini... tuntutlah ilmu rajin rajin... berkaryalah sekreatif yang boleh... bersukan lah sepuas puasnya... kerana bila dewasa nanti... banyak tanggungjawab yg perlu dipikul macam abang ni... kadang kadang rasa tak terpikul lah...

Selepas abang berpeluang berbakti kepada orang kampung abang dan Kerajaan... Itu pun abang terpaksa jadi gila kuasa dengan selamba menawarkan diri kepada bos nak jaga projek sekolah ni... Kali ni tiba pula peluang untuk abang membuat amal dengan menyiapkan surau baru di Kajang... apa lagi... atas dasar agama Islam... sekali lagi abang menawarkan diri... tak kan sesekali abang lepas kan peluang ni... mana taknye... abang tak mampu nak pergi Gaza macam Afdlin atau Heliza... apatah lagi mengangkat senjata tembak Zionist tu...

securedownload by pauzikassim
Ini surau lama yang akan dirobohkan...
securedownload (1) by pauzikassim
Yang ni Surau yang dicadangkan untuk di bina.... Semoga berjaya...

2 comments:

  1. hii...seronok membaca experience kamu. Tahniah di ucapkan keatas pencapaian kamu sebagai guru jasmani......Semoga anda terus berjaya dalam semua aktiviti dengan cemerlang....:)

    posted by: Raja@swathy

    ReplyDelete