Wednesday, April 1, 2020

The Current War


Tahukah anda… sepanjang tempoh PKP/MCO ini…
Abang telah berpeluang untuk menonton cerita The Current War di Fox Astro secara percuma…
Cerita ini disarankan untuk ditonton oleh mereka yang terlibat di dalam bidang elektrikal kuasa.
Cerita ini mengisahkan pertembungan dan perlumbaan dua sistem elektrikal iaitu DC (Direct Current) dan AC (Alternative Current) yang digunakan di US untuk tujuan penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik sekitar penghujung kurun ke 18.
Jangan nak tanya abang apa kebaikkan dan keburukan dua sistem ini… bukan level abang nak jawab soalan macam ni… tapi keyword yang abang boleh berikan adalah ‘distance’.
Watak utama di dalam cerita ini adalah Edison, yang memperjuangkan sistem DC, Westinghouse, yang ingin menceburi bisnes elektrik dengan mempromosikan sistem AC, Tesla, mencipta motor AC dan JP Morgan, seorang kapitalis.
Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari cerita ini untuk dijadikan panduan memandangkan cerita ini tak de pun tunjuk formula formula ngeri macam Jelmaan Laplace, Kamiran Ganda Tiga atau Siri Fourier yang membuatkan pemikiran kita pening untuk memikirkannya.
Antara pengajaran yang dapat di ambil adalah:-
Keangkuhan dan mungkir janji oleh majikan kepada pekerja, Edison selalu tidak menerima pandangan Tesla yang seorang bijak juga. Edison juga telah memungkiri janji untuk memberi ganjaran USD 50k jika berjaya menyelesaikan masalah Edison. Hal ini menyebabkan Tesla kecewa dan resign dari syarikat Edison.
Perlanggaran etika atau prinsip, Edison mempunyai prinsip untuk tidak menggunakan kebolehannya bagi mencipta alat yang boleh membunuh dan dijadikan sebagai senjata walaupun mendapat tawaran kontrak dari Kerajaan US. Namun, demi memburukkan pesaingnya, Edison telah mendapat idea untuk mencipta kerusi renjatan elektrik yang menggunakan sistem AC bagi menggantikan kaedah hukum gantung. Ianya lebih kejam lagi apabila kerusi membunuh tersebut diletakkan dengan nama pesaingnya.
Persaingan di dalam bisnes, persaingan di antara Edison dan Westinghouse telah menjadi tumpuan di US. Mereka juga sedang bersaing untuk merebut kontrak Pesta Cahaya Chicago. Edison sering menyerang dan memburukkan Westinghouse dengan memberi gambaran sistem AC adalah berbahaya dan membunuh tanpa beliau sedar sistem DC juga merbahaya dan mampu membunuh manusia.
Peluang yang ada, Tesla melihat sistem AC ini lebih bagus berbanding sistem DC. Namun Tesla hanya ada idea dan teori di dalam pemikirannya sahaja. Westinghouse telah berjumpa Tesla kerana sistem motor AC ini mampu menggerakkan mesin mesin mekanikal seperti mesin jahit. Tanpa modal wang ringgit dan berbekalkan teori sahaja, Tesla telah berunding dengan Westinghouse dan mendapat USD 2.50 untuk setiap Horsepower machine yang akan dikeluarkan oleh Westinghouse.
Oleh yang demikian, dikesempatan hari Jumaat ini, hari yang abang tak dapat pergi sembahyang Jumaat, abang ingin menyeru untuk korang menderma secara online ke masjid yang korang selalu pergi sembahyang Jumaat sebagai tanda rindu ke masjid walaupun seminggu sekali. Selepas derma baru bole like post ni.
Untuk yang tak ingin menderma, bole lah tekan button share. Bagi mereka yang selalu main snooker waktu waktu macam ni, harap bertabahlah… bole download Snooker 147 buat lepas gian…
Siapa siapa yang berani kritik penulisan abang yang panjang kali ni… abang doakan masa korang tengah present thesis nanti, korang akan gagap… tak pun panel penilai korang tido lena masa korang tengah cakap… biar ko rasa cakap sorang sorang ni macam mana perasaannya…
Ok lah...lepas ni abang nak ulas cerita Touch Your Heart pulak... cerita pasal lawyer dengan secretary



No comments:

Post a Comment