Tuesday, March 19, 2013

Universal Studio Singapore

1) Sebelum abang nak sembang pasal Universal Studio Singapore ni... apa apa hal abang nak cakap dulu... celaka gila Singapore... negara kecik je!!! barang mahal nak mampos... Nasi lemak ayam SGD 5 bersamaan   RM 12.50... Ambik ko...

2) Ok... baru abang nak sembang... tahukah anda... pada 8 Mac 2013 abang telah berkesempatan untuk masuk lagi singapore... Kali terakhir abang masuk Singapore adalah pada 17 November 2011 sebab nak tengok Children Of Bodom beraksi... Podah!!! kali terakhir... pada hal baru kali pertama...

3) Lepas je meeting kat Johor abang jadi khamis tu... terus abang apply cuti Jumaat tu sebab nak jalan jalan ke Universal ni...  Abang rasa entry kali ni adalah entry yang paling banyak gambar diupload... Lepas ni taubat dah... tak nak upload banyak2 gambar... korang nak gambar abang posing bagai bagai semua ada kat bawah ni kah kah kah... Jangan muntah tengok gambar abang sudah lah...

4) Mari kita layan gambar-gambar sepanjang perjalanan abang ni... Kot kot boleh membantu korang gak kalo nak masuk ke USS ni... tak pun korang kalo nak lantik abang jadi tourist guide pun boleh... ko belanja abang tiket masuk pun dah cukup....

5) Cuma sepanjang perjalanan abang kat Singapore ni... sempat jugak abang pikir kan keadaan Melayu Singapore ni... adakah istilah Bumiputra ni ada dalam negara cina tu?... adakah melayu singapore bole beraya atau berpuasa tanpa pengemuman Sultan atau Mohor Besar? sebab Melayu kat Malaysia kalo nak raya atau puasa kene tunggu Sultan announce dulu... Adakah ketuanan melayu berkesan di Singapura?

P1160148 by pauzikassim
Ini lah nasi lemak ayam Singapore... mahal nak mampos...


P1160159 by pauzikassim
General Electric... Syarikat elektrik yang worldwide pun bukak kat singapor yang kecik... 
P1160162 by pauzikassim
Ini Cable Car... abang pun tak tahu dari mana nak ke mana cable car ni... abang nampak masa nk ke harbour front...

P1160163 by pauzikassim
Abang bergambar di Harbour Front... USS terletak di Pulau Sentosa... Jadi korang kene naik tren dari Harbour Front ni...

P1160164 by pauzikassim
Abang belum sampai USS lagi... abang masih berada di Harbour Front  lagi... saja tangkap gambar...

P1160165 by pauzikassim
Ini Sentosa Station yang akan membawa abang ke USS... ada dalam harbour front...

P1160172 by pauzikassim
Korang ingat kat KL je ade Vivo...
P1160175 by pauzikassim
Tiket tren ni SGD 3.50... korang darab lah sendiri kalo nak tukar duit malaysia...

P1160178 by pauzikassim
Pemandangan semasa dalam tren...

P1160181 by pauzikassim
Ini lah tren yang ke Pulau Sentosa....

P1160183 by pauzikassim
Sempat jugak abang tengok ape ade bawah tren ni...

P1160194 by pauzikassim
Ini abang ade depan USS... belum masuk lagi...

P1160186 by pauzikassim
Banyak bende tarikan di Pulau Sentosa selain USS...

P1160184 by pauzikassim
Casino ni memang kene pegi...

P1160196 by pauzikassim
Ok... Sekarang baru abang nak masuk... tiket tu berharga RM180 seorang... kene beli dekat agen pelancongan di Johor...
Maka... Bermulah kegembiraan abang di dalam USS ni... waktu ni pukul 10:00 am waktu tempatan...

P1160201 by pauzikassim
Abang berada di Hollywood Street Amereka!!!... Tapi cuaca panas gila... cecah 30 darjah... dulu abang masa menetap kat Korea suhu paling panas 17 darjah je tu...

P1160203 by pauzikassim
Sampai je kat Hollywood Street... abang disambut oleh mascott2 ni...

IMG_3886 by pauzi_84
Kungfu Panda ni geram je abang tengok... nak je tumbuk perut dia...
P1160205 by pauzikassim

P1160207 by pauzikassim

P1160209 by pauzikassim
Lepas lalu Hollywood Street... Abang dihidangkan dengan Street Show dari Sesame Street...

P1160213 by pauzikassim
Budak budak pun khusyuk tengok menantang ni berjoget...

P1160225 by pauzikassim


P1160232 by pauzikassim
Kat dalam Monster Rock tu ada persembahan teater muzikal daripada karekter Monster macam Vampire dan Frankestein... ok lah abang layan... tak de menarik sangat...

P1160236 by pauzikassim


P1160234 by pauzikassim
Jangan dicuba makan dalam ni... mahal nak mampos... Singapore semua bende mahal lah...

P1160241 by pauzikassim
Ambik ko!!! Burger sampai SGD 45.80...


P1160237 by pauzikassim


P1160238 by pauzikassim

P1160215 by pauzikassim
Orang kata sampai je USS terus masuk Cinema 3D Transformer... Abang pun ape lagi gerak terus lah... 
IMG_3907 by pauzi_84
Macam padat je badan abang ni... Geram pulak mak tengok... 


IMG_3873 by pauzi_84


P1160219 by pauzikassim


P1160220 by pauzikassim
Sepanjang abang hidup... inilah kali pertama abang tengok wayang 3D... best lah tengok transformer ni... kerusi gerak gerak mcm real...
P1160324 by pauzikassim
Awek ni ajak bergambar... tak nak lah abang... segan pulak...

P1160244 by pauzikassim
Abang sekarang berada di kawasan Madagascar...

P1160262 by pauzikassim
Tempat abang berdiri ni ada street show gak daripada karekter madagascar... abang geram betul dengan watak penguin tu...

P1160265 by pauzikassim
I like move it move it...

P1160266 by pauzikassim
sekor sekor abang perhatikan... geram pulak tengok... rasa nak lari terus peluk... terus ajak guling guling...

P1160268 by pauzikassim
No comment...

P1160263 by pauzikassim


P1160246 by pauzikassim
abang baru nak tengok peta... nak kene plan ape yang nak main...

P1160248 by pauzikassim
Bosan gak lah mainan ni... sesuai untuk budak budak je... lepas tu nak trick orang dewasa dengan air terjun... korang jangan tertipu dengan air tu...


P1160258 by pauzikassim

P1160270 by pauzikassim
Ini lunch abang... SGD 15.00... celaka kan mahal gila... makan kat Sunway Lagoon baru RM 8.00...

P1160273 by pauzikassim
Abang berada di Far Far Away... kat dalam ni ada movie 4D Shrek... layan gak lah abang... seronok je...

P1160275 by pauzikassim

P1160277 by pauzikassim
Abang on the way ke Jurassic Park pulak...


P1160278 by pauzikassim
Bodoh anak mat salleh ni... main air pulak...

P1160279 by pauzikassim


P1160282 by pauzikassim
aban tgh Q nak main Flying Canopy... yang ni pun ok lah...

P1160286 by pauzikassim


P1160287 by pauzikassim
Kasut Converse edisi 2007... amacam... mau ke? abang jual SGD 60 je... Noh Hujan pernah pijak kasut ni tau...

P1160290 by pauzikassim
Pergh!!! lama tak tangkap gambar macam ni kah kah kah.. Khidmat tangan panjang...

P1160292 by pauzikassim
Ini adalah set Water World... Kalo korang pernah layan movie ni lah... kali ni diorang buat real live stunt... korang jangan duduk depan... nanti kene siram air...

P1160293 by pauzikassim


P1160294 by pauzikassim
Abang berada di Lost World... Kalo korang pernah layan citer ni... korang tahu lah...

P1160295 by pauzikassim
Dah macam kat Mesir je abang ni...

P1160304 by pauzikassim

P1160299 by pauzikassim
Dalam ni ade roller coaster... yang ni best...



P1160308 by pauzikassim
Abang sempat bergambar dengan watak citer Mummy... tinggi gila mamat sebelah abang ni...

P1160319 by pauzikassim

P1160310 by pauzikassim
Illuminati ni...


P1160317 by pauzikassim
Roller Coaster yang besar ni je abang miss... harap next time ada yang sudi bawak abang jalan hehe...

P1160320 by pauzikassim


P1160325 by pauzikassim
Terduduk abang letih... masa ni tengah tunggu satu lagi street show...

P1160328 by pauzikassim


P1160330 by pauzikassim
diorang nak menari...


P1160333 by pauzikassim

P1160347 by pauzikassim
Dalam ni ada set pengambaran yang Steven Spielberg setup untuk buat effect ribut taufan...

P1160336 by pauzikassim
memang real mat salleh buat effect ribut ni... siap ade kapal kargo tu...

P1160356 by pauzikassim
Sini pun ade street performance

P1160374 by pauzikassim

P1160367 by pauzikassim
Ada lagi street performance... Selambe je Negro tu mengaku dia rakyat Malaysia... pergh!!! celah mana Malaysia ada baka macam tu...


P1160364 by pauzikassim


P1160346 by pauzikassim
Sebelum keluar dari USS.. sempat gak lah abang main permainan kanak kanak ni... Space Chimp...

P1160358 by pauzikassim
Balik naik bas sekolah...


P1160378 by pauzikassim
Cendera hati yang dijual... jangan nak mintak abang belikan... mahal macam celaka... kalo Korea tu tak pe lah mahal mahal...

P1160379 by pauzikassim



P1160386 by pauzikassim
Ini shopping mall... macam biasa... celaka gila barang barang singapore ni...

P1160387 by pauzikassim

P1160385 by pauzikassim
Abang sempat berjalan di Casino Singapore... Istimewanya Casino ni kerana semua kaum dibenarkan masuk... tak kisah korang cina india atau melayu...


P1160382 by pauzikassim



candylicious by pauzikassim

hard rock hotel by pauzikassim
Abang hanya mampu bergambar je... nak stay sini dah tahu... mesti harga mahal celaka punye...

Selepas berjalan jalan... abang nak merasa naik public transport negara yang dikatakan lebih maju dari Malaysia ni...
Tapi memang maju pun Singapor ni.... Plaza Tol tak de palang... semua sensor macam Smart TAG tu...

P1160156 by pauzikassim
Abang dalam bas... memang effisien gak lah bas diorang ni... sepanjang abang naik bas tak pernah penuh tu... dia susun jadual bas tu memang cantik... frequent tinggi tu... kalo bas kat Malaysia... tak payah sembanglah...

P1160153 by pauzikassim

P1160158 by pauzikassim
Babi ni asik ikut abang je dalam bas...
IMG_3895 by pauzi_84
Keadaan stesyen Bas Di Woodlands...

IMG_3891 by pauzi_84
Yang ni MRT Singapor... bertapa maju diorang ni dah siap MRT... Malaysia baru menggagau nak buat MRT... ade hati nak maju wawasan 2020...

IMG_3892 by pauzi_84
Keadaan dalam MRT


P1160150 by pauzikassim
Feeder Pillar Singapore ni kecik kecik berbanding Malaysia yang besar bagak...

P1160146 by pauzikassim

P1160149 by pauzikassim
Suasana malam di Geylang... Cina kat sini minum arak gila gila... sorang sampai 5 botol... melayu kat The Laundry bole tahan satu botol je...

IMG_3890 by pauzi_84
Tengok!!! Negara yang pemimpinnya Cina kapir minum arak makan babi pun masih mementingkan halal haram ni... Mereka turut menjaga kepentingan orang Islam di sini...

IMG_3896 by pauzi_84
Budak sekolah ni sempat gak abang interview... abang bole sesat pulak kat Wood land ni... Budak ni baru 15 tahun... Warganegara Malaysia tinggal di JB... tapi sekolah di Singapor... dalam erti kata lain dia tak guna silibus Malaysia... tak de PMR atau SPM... Abang tanye kenapa tak belajar  silibus Malaysia? dia hanya mampu tersenyum... Argh sudah!!! ape kekurangan SPM abang ni?? tak power ke?? SPM abang tak bole pakai ke??


Ini beberapa link video yang abang rakam sepanjang berada di USS... Abang tak tahu ape problem segala video yang abang dah upload kat Youtube tapi tak bole share dalam entry abang ni... Korang bole tolong tak??

http://www.youtube.com/watch?v=GnL5GcPJ3gk
http://www.youtube.com/watch?v=Z7UGAUcBP7s
http://www.youtube.com/watch?v=3chvVkYWVBA
http://www.youtube.com/watch?v=7ZmWsoZbMos
http://www.youtube.com/watch?v=mLZ1cUffT-c
http://www.youtube.com/watch?v=knpyMH0dKes
http://www.youtube.com/watch?v=rzA7G5MYJlY
http://www.youtube.com/watch?v=hnzrVl-PGu0

Nota: Abang plan nak pegi Transtudio pulak lah kih kih kih... nak ikut?

Wednesday, March 6, 2013

Menjadi Armatur Tourist Guide

1) Tahukah anda... hari Isnin kelmarin abang menjadi JURUpelancong untuk pelabur dari Qatar... Ambik ko... ni semua gara-gara bos abang tak nak layan investor dari middle east sebab ragu-ragu... sudahnya abang lah jadi mangsa nak layan diorang ni...

2) Kisahnya bermula apabila investor ni ingin interview semua yang terlibat dengan projek dia... abang yang tak pernah tahu menahu langsung digesa oleh bos untuk hadir interview tersebut di KL... Berbekalkan MUET Band 2... Bahasa Arab 6C... abang gagah kan jugak diri ini untuk hadir interview tersebut... Well... seperti yang korang tahu perangai abang... Abes abang sembang kencang pasal projek dia... kene ade PMU lah... ni kene pasang lightning ni... banyak kilat ni... abes semua abang kuarkan apa ilmu yang ada... padahal satu haram jadah abang tak pernah tengok pun drawing projek investor ni...

3) Selepas interview semua orang... satu hal pulak investor ni nak tengok keadaan ofis masing-masing... di sinilah bermula nya investor ni naik kete abang dan tour dari ofis arkitek... sampai lah ke ofis abang... abes dia interview semua staf... abang pun sempat lah tunjuk kabel kabel yang pernah abang tarik kat stor tu... dari sekecik kecik saiz 1.5mmsq sampai ke 240mmsq abang kencingkan ke investor ni...

4) Lepas jalan kat ofis... abang kene hantar diorang ke hotel the zone KL... sempat lah diorang request ke abang untuk bawak jalan jalan ke KL...Jom layan gambar apa yang ada....

IMG_3778 by pauzikassim
Selepas abes je interview... abang telah edarkan gambar diorang ni ke kawan kawan abang yang lain... takut pulak abang jadi Keldai Dadah... Yang putih tu berwarganegara Palestin... manakala yang gelap tu dari Somalia... Kaya diorang ni beb...

IMG_3782 by pauzikassim
Diorang nak sangat tengok KLCC... so abang bawak lah masuk KLCC ni...

IMG_3783 by pauzikassim
Ko tengok nafsu diorang... abang lepas makan 4 slices je... yang lain selamba diorang abes kan....

Lepas makan di KLCC... mereka request pulak ke abang nak jalan-jalan kat Bukit Bintang... Ai... risau pulak abang nak bawak diorang tempat macam tu... Abang pun dah lama tak lepak Bukit Bintang ni... Dulu zaman zaman 125Z tu rajin lah... tapi diorang nak jugak sebab diorang tahu situ banyak kedai Arab... Ok lah abang bawak...

IMG_3789 by pauzikassim
Terkejut diorang tengok apa yang berlaku kat Bukit Bintang ni... sempat pulak ada satu cina ni nak jual lendir... aduh... malu  abang dibuatnya... Memang dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah pun Bukit Bintang ni punye bisnes... Letak lah bangunan tinggi tinggi... tapi kalo tiada kemajuan ummah tiada gunanya... setakat bisnes kelab malam... zaman nabi luth pun dah ada... 

Diorang ni dah lah alim... sepanjang abang borak dengan diorang... mulut diorang berbicara pasti sepotong ayat al-quran akan terpancar... tasbih, tahmid istighfar tidak pernah lekang daripada mulut diorang setiap kali berbual...

abang yang melayu ni rasa segan pulak sebab tak dapat berbicara macam diorang... itu lah amalan...

IMG_3786 by pauzikassim
Boleh pulak dia ni terserempak dengan sepupu dia... sepupu dia ni sedang belajar master kat UM dalam accountant... kerja part time sebagai supervisor restoran nak bayar duit yuran... Masha Allah... semoga Allah mudahkan urusan diri ini dan dan diri nya...
IMG_3790 by pauzikassim


IMG_3791 by pauzikassim
Abes pusing bukit bintang... abang bawak dia makan buah kat kedai cina mana entah... dia tak pernah rasa dragon fruit tu... nak bagi makan durian takut pengsan pulak kepanasan... satu hal nanti nanti nakbawak gi hospital

IMG_3785 by pauzikassim
Lepas tu... dia nak minum coffee turkish... dia kata kedai arab je ada... belasah je lah bawak masuk kedai ni... nasib baik ade...

IMG_3794 by pauzikassim

IMG_3795 by pauzikassim
Ini coffee turki... mak ai cenonet nye... harga sampai RM 15... ek eleh...

Nota: Betul ke middle east dah tak de duit?? abang dengar citer UEM yang besar bagak kat Malaysia ni senang senang je kene tipu dengan pak arab...

Tuesday, March 5, 2013

Engineering Disaster - Jejambat Cyberjaya Patah Dua

flyover-runtuh-di-putrajaya-1 by pauzikassim

Oleh Zurairi AR KUALA LUMPUR, 1 Mac — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor tidak bertanggungjawab ke atas jejambat runtuh di Cyberjaya semalam, tegas Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
“Saya tidak berfikir begitu. Kontrak telah diberi pada 2007,” kata Abdul Khalid apabila ditanya sama ada PR bertangungjawab atas insiden tersebut. bagaimanapun berkongsi pandangan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya jejambat tersebut perlu dibina semula dan pihak pengurusannya akan menangani insiden tersebut secara profesional.

“Kami tidak akan cari kesalahan, tapi kami pastikan semuanya diperbetulkan,” kata Abdul Khalid.
MB Selangor tersebut juga berkata PKNS telah menandatangani ikrar integriti yang akan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sebarang salahguna kuasa.
“Mereka akan lihat sama ada keputusan yang diambil adalah profesional dan selari dengan piawaian yang ditetapkan oleh badan korporat,” ujar beliau yang merujuk kepada badan pencegah rasuah tersebut.
Abdul Khalid juga mengulangi dakwaan ahli majlis negeri (exco) Selangor Ronnie Liu mengatakan PKNS mungkin menyaman PLUS Malaysia Berhad jika bukti menunjukkan pengendali lebuh raya tersebut sebagai punca jejambat tersebut runtuh.


Dalam pada itu, pengurus besar PKNS Othman Omar hari ini berkata PKNS masih belum memutuskan sebarang tindakan undang-undang keatas mana-mana parti ekoran insiden tersebut.
Jejambat itu runtuh jam 12.30 tengah hari semalam dan kelihatan terbelah dua, menyebabkan paip yang menyalurkan air juga pecah.


Jejambat tersebut ialah susur keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) menuju Selangor Science Park 2 (SSP2).
Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009. Empat peneraju projek ini — PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.


Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.
Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan.-Malaysian Insider


Nota: Sorry lambat sembang... abang tengah kira pad footing ni...

Sunday, February 24, 2013

BR1M: Satu Kebangangan Yang Jelas, Nyata Dan Terang


BR1M by pauzikassim
Terima kasih kepada KERAJAAN yang memberi bantuan RM250 ni... pandailah abang nak habiskan...

1) Umum semua mengetahui bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia Kepala Bana) sedang giat ditabur-tabur kepada masyarakat yang layak. Mereka yang bujang dan berpendapatan RM 2000 sebulan ke bawah adalah layak untuk memohon bantuan tersebut. Makanya abang yang layak ni terus lah memohon... Mana taknya... gaji kerja sebagai penarik kabel baru je disusun semula dari RM600 bawak ke RM900 untuk memenuhi pendapatan minimum. Tambah elaun dobi RM 50 + elaun rupa paras RM 50 + overtime tarik kabel malam malam RM 200... Cincai kira abang dapat RM 1200 sebulan...

2) Macam macam cerita kita dengar pasal BR1M ni... Isu angkat sumpah kene undi BN lah lepas dapat BR1M... Kene dengar ceramah menghasut undi BN lah masa nak ambik BR1M tu... Isu mengayam ayam kan orang yang terima BR1M ni lah... Semua bende di Malaysia ni boleh dipolitikkan... Demokrasi ma!!!... semua orang bebas bagi pendapat atau idea... walaupun kadang kadang pendapat atau idea tu nampak bangangnya... sampai kene ketuk dahi 10 kali... tapi tetap tak bole terima idea kebangangan tu...

3) Memang abang berasa gembira bila dapat terima duit RM 250 ni... orang bagi ambik je lah... lagipun duit bantuan ni daripada hasil KERAJAAN melalui pendapatan negara atau cukai cukai yang dipungut... jadi ambik je lah... tapi masa terima tu jangan terasa dipolitikkan... masa dia bagi ceramah tu dengar je lah... tapi sampai kene angkat sumpah tu korang mencarut je lah...

4) Pada pandangan abang ni... BR1M ni adalah satu tindakan yang agak bangangnya... penyelesaian yang hanya sementara... untuk nilai RM 250 ni ape je bole buat bai... beli Levis sehelai RM 150 kat JPO... servis kereta RM 100... dah habis begitu saje duit BR1M tu... Abang tak tahu lah korang buat ape pulak dengan duit sebanyak tu... Tapi kat Malaysia ni dulu ade LEMBU dapat RM 250 Juta... Lembu tu siap bole duduk KONDO... Lembu tu bole bawak MERCS bole pergi MAKKAH naik kapal terbang... Hebat tak lembu tu kah kah kah...

5) Kita perlukan penyelesaian yang menyeluruh... yang semua orang dapat rasa nikmatnya... abang bersyukur lah dapat RM 250 tu... tapi kawan kawan abang yang lain tak layak dapat pasti mengeluh... Daripada dikenalkan BR1M tu... lebih baik hapuskan sahaja AP kereta import tu... Bila dah hapus AP kereta import tu... Jadi kereta-kereta import yang berkualiti yang jarang rosak mampu dimiliki oleh kita... tak perlu buat loan panjang panjang macam nak mati bayar bulan bulan duit kereta... Bole lah bawak awek jalan jalan naik SKYLINE atau EVO...

6) Bila harga kereta import sudah turun... pastinya harga kereta tempatan akan turun jugak untuk mengekalkan daya saingnya... jadi harga Myvi yang RM 45000 bulanannya mencecah RM 450 untuk 9 tahun.... apabila disemak semula harganya... pasti akan turun juga... dan mungkin harga bulanan juga akan turun dari RM 450 kepada RM 350... disinilah penjimatan yang kita dapat iaitu RM 100 sebulan untuk 9 tahun... nampak tak... tak perlu BR1M pun kita semua dapat secara automotik... Damn!!! baru abang tahu abang kene tipu selama ni.... Celaka mana dapat AP kereta import ni?? 

7) Sehubungan itu, apa lagi... mari kita sebarkan hasutan... kita sebarkan fitnah... kata kepada ayah, ibu, jiran sebelah rumah, jiran belakang rumah, makcik jual nasi lemak kat simpang, kat sapa-sapa lagi bagitahu apa yang dah berlaku kat Malaysia ni... Sebarkan fitnah... guna je isu LEMBU duduk kondo... yang mana ada iPad atau TAB... tunjuk gambar gambar kat makcik sedara kita apa anak menteri dah buat dalam disko... tunjuk gambar zahida rafiq pun bole kah kah kah... Ingat!!! kita tak ade senjata bom C4 untuk bunuh orang... tapi kita ada senjata FITNAH yang lagi dahsyat dari membunuh... Sebarkan lah fitnah fitnah tersebut...

8) akhir kata dari abang... kenang kenang kan lah kata kata Joker iaitu " Its Not About The Money, Its About Sending A Message"... 


3qchj5 by pauzikassim

Nota: Waktu pilihanraya ni memang waktu keruntuhan akhlak yang paling teruk... dalam kepala abang ni hanya pikir GULINGKAN!!!