Friday, April 3, 2020

Melawat Tianjin

  1. Tahukah anda... sepanjang PKP/MCO ini abang rasa terlalu banyak masa... jadi kesempatan ini abang guna lah untuk update blog yang sekian lama tak update ni...
  2. Macam mana kehidupan MCO korang? harap semua sihat sejahtera... abang pun malas nak taip panjang panjang...
  3. ceritanya sempena hari jadi abang iaitu pada 6/11 tahun lepas abang berkesempatan ke Tanjin China untuk buat testing motor lift...
  4. Nasib baik masa abang pegi tu belum naik lagi virus Covid 19. 
  5. So layan jelah gambar gambar yang ada...



Penerbangan kali ni naik MAS turun ke Beijing... Baju Selangor mesti kene pakai... bangga bangga

Keadaan di Beijing Airport... abang tak tau lah ini airport baru ke tak... sebab sampai pukul 2 pagi waktu beijing...

Pukul 3 pagi baru check inn hotel kat Beijing... Kebulur belasah je lah maggi kat 7E Beijing tu...

Keadaan pagi di sekitar hotel yang abang tinggal...




Konsep design sistem elevator

Hotel abang jaga ni ada 50 tingkat... tapi tak guna button ni... guna touch screen... canggih.

Lif yang pernah dipasang di KLCC

Makan tengah hari di kilang



Bermalam di hotel kawasan Tianjin... 


Bangunan tertinggi di Tianjin... Finance Center... Katanya 100 tingkat...

Ini makanan abang... seafood... kat sini tapak sulaiman pun diorang makan... labi labi pun ada tu...
macam mana lah tak kene Covid 19

Abang selera yang ni je lah

Suasana malam di Tianjin... Tianjin ni bole diibaratkan macam Seksyen 15 Shah Alam... Kawasan Tianjin ni adalah kawasan kilang...

Hari kedua testing

tempat testing escalator

Escalator tu perhiasan je... tak gerak pun...

Abang berkesempatan berjalan di Italian Town... Korang paham paham lah China ni... semua bende dia bole copy mah...





Bandar ni dah wujud tahun 1902... 


Tempat bas awam dia...

Elevator diorang jenis outdoor tu...

Teringin nak makan mee tarik

Tak sedap pun... tawar habis... tak pedas... cili tu separuh lah abang tambah...



Lepak minum starbuck sebelum balik...

Korang ingat abang jalan jalan je ke? adalah abang buat keje... abang belanja satu... abang dah sign NDA dengan kilang ni... so tak bole leak banyak sangat info pasal lift machine ni... 

Wednesday, April 1, 2020

The Current War


Tahukah anda… sepanjang tempoh PKP/MCO ini…
Abang telah berpeluang untuk menonton cerita The Current War di Fox Astro secara percuma…
Cerita ini disarankan untuk ditonton oleh mereka yang terlibat di dalam bidang elektrikal kuasa.
Cerita ini mengisahkan pertembungan dan perlumbaan dua sistem elektrikal iaitu DC (Direct Current) dan AC (Alternative Current) yang digunakan di US untuk tujuan penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik sekitar penghujung kurun ke 18.
Jangan nak tanya abang apa kebaikkan dan keburukan dua sistem ini… bukan level abang nak jawab soalan macam ni… tapi keyword yang abang boleh berikan adalah ‘distance’.
Watak utama di dalam cerita ini adalah Edison, yang memperjuangkan sistem DC, Westinghouse, yang ingin menceburi bisnes elektrik dengan mempromosikan sistem AC, Tesla, mencipta motor AC dan JP Morgan, seorang kapitalis.
Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari cerita ini untuk dijadikan panduan memandangkan cerita ini tak de pun tunjuk formula formula ngeri macam Jelmaan Laplace, Kamiran Ganda Tiga atau Siri Fourier yang membuatkan pemikiran kita pening untuk memikirkannya.
Antara pengajaran yang dapat di ambil adalah:-
Keangkuhan dan mungkir janji oleh majikan kepada pekerja, Edison selalu tidak menerima pandangan Tesla yang seorang bijak juga. Edison juga telah memungkiri janji untuk memberi ganjaran USD 50k jika berjaya menyelesaikan masalah Edison. Hal ini menyebabkan Tesla kecewa dan resign dari syarikat Edison.
Perlanggaran etika atau prinsip, Edison mempunyai prinsip untuk tidak menggunakan kebolehannya bagi mencipta alat yang boleh membunuh dan dijadikan sebagai senjata walaupun mendapat tawaran kontrak dari Kerajaan US. Namun, demi memburukkan pesaingnya, Edison telah mendapat idea untuk mencipta kerusi renjatan elektrik yang menggunakan sistem AC bagi menggantikan kaedah hukum gantung. Ianya lebih kejam lagi apabila kerusi membunuh tersebut diletakkan dengan nama pesaingnya.
Persaingan di dalam bisnes, persaingan di antara Edison dan Westinghouse telah menjadi tumpuan di US. Mereka juga sedang bersaing untuk merebut kontrak Pesta Cahaya Chicago. Edison sering menyerang dan memburukkan Westinghouse dengan memberi gambaran sistem AC adalah berbahaya dan membunuh tanpa beliau sedar sistem DC juga merbahaya dan mampu membunuh manusia.
Peluang yang ada, Tesla melihat sistem AC ini lebih bagus berbanding sistem DC. Namun Tesla hanya ada idea dan teori di dalam pemikirannya sahaja. Westinghouse telah berjumpa Tesla kerana sistem motor AC ini mampu menggerakkan mesin mesin mekanikal seperti mesin jahit. Tanpa modal wang ringgit dan berbekalkan teori sahaja, Tesla telah berunding dengan Westinghouse dan mendapat USD 2.50 untuk setiap Horsepower machine yang akan dikeluarkan oleh Westinghouse.
Oleh yang demikian, dikesempatan hari Jumaat ini, hari yang abang tak dapat pergi sembahyang Jumaat, abang ingin menyeru untuk korang menderma secara online ke masjid yang korang selalu pergi sembahyang Jumaat sebagai tanda rindu ke masjid walaupun seminggu sekali. Selepas derma baru bole like post ni.
Untuk yang tak ingin menderma, bole lah tekan button share. Bagi mereka yang selalu main snooker waktu waktu macam ni, harap bertabahlah… bole download Snooker 147 buat lepas gian…
Siapa siapa yang berani kritik penulisan abang yang panjang kali ni… abang doakan masa korang tengah present thesis nanti, korang akan gagap… tak pun panel penilai korang tido lena masa korang tengah cakap… biar ko rasa cakap sorang sorang ni macam mana perasaannya…
Ok lah...lepas ni abang nak ulas cerita Touch Your Heart pulak... cerita pasal lawyer dengan secretary



Monday, August 12, 2019

Menyaksikan Manchester United Vs Inter Milan ICC Singapore 2019

1) Tahukah anda pada bulan 7 yang lalu abang berkesempatan untuk menyaksikan game MU vs Inter Milan... Abang juga sempat berjalan jalan di Singapura seperti Kg Glam dan Orchard Road.

2) Abang dah banyak kali sebenarnya masuk Singapore ni... tapi kali ini abang bawak kete sendiri masuk Singapore. Proses nak apply bawak kete masuk Singapore tak susah mana... korang google je lah seperti biasa...

3) Cuma abang terkejut di Singapore tidak bole parking sebarangan dan semua parking adalah berbayar... hatta abang parking kat rumah pun kene 20 SGD.... 

4) Apa-apa pun korang layan je lah gambar abang ni...



Sekitar perkarangan Kg Glam... ada masjid kat situ... sempat lah merasa sembahyang kat negara yang majoriti Cina...

Ini restoran Zam Zam... abang pegi makan murtabak...

View dari Restoran Zam Zam...


Sup tulang merah ni power... berhampiran di Kg Glam...




Selepas jalan di Kg Glam... abang bersiap-siap untuk pergi ke Stadium Singapore

Pengangkutan yang senang naik MRT je lah...

Banyak Minion Merah



Dibelakang abang terdapat segelintir penyokong Inter Milan





Stadium dia best... ada aircond... sejuk je rasa



Stadium Negara Singapore ni dapat 50k orang... Power lagi stadium shah alam bole dapat 80k... 


Meloncat kegembiraan selepas MU dapat score sebijik...




Malamnya sempat abang berjalan-jalan di Orchard Road...

Esoknya abang masuk USS... sengaja pakai jersey Selangor kasi bakar orang Singapore haha...




Nota: abang bersyukur hidup di Malaysia di mana agama Islam dapat diamalkan dengan mudah nya...
          kat singapore, azan kat TV pun tak de... itu belum sembang lain2 pasal kehidupan melayu 
          di Singapore... 

         Semoga Malaysia aman dan dipimpin oleh Menteri yang amalkan ajaran Islam, tak minum arak dan bayar cukai...

Selamat Hari Kebangsaan!!!







Monday, March 25, 2019

Konsert Dewa 19 2019 Kuala Lumpur

1) Tahukah anda... 2/2/2019 hari tu abang berkesempatan untuk hadir ke konsert Dewa ni... ahli ahli Dewa telah sekian lama tidak bergabung, kali ni buat julung julung kali nya mereka bergabung untuk buat persembahan di Malaysia...




2) Jadi abang tidak mungkin melepaskan saat ini untuk bersama Dewa... abang pun apa lagi... beli lah terus tiket walaupun harga nya agak 'Bala' dewa haha...

3) Sepertinya kita tahu emang nya lagu lagu Dewa ini enak didengari ya dong... waduh waduh... antara lagu yang abang minat macam Pupus dan Dewi...

4) Namun konsert ini terpalit dengan masalah apabila Ahmad Dhani selaku tunjang utama band ini telah dikenakan hukuman penjara akibat mengkritik hal hal politik di Indonesi... lantas anak beliau yang juga berbakat telah mengganti tempat beliau... memang sedih beb saat anak dia tuju kan lagu untuk bapanya yang masuk penjara...

5) Ayuh dong kita enjoin foto foto gue di konser itu...

Tempat bala bala berkumpul... terserempak lah abang dengan Elyana dan Ezlynn...

Walaupun harga tahap 'bala' tapi ekonomi Malaysia masih terus utuh dan berkembang makmur...

Pembukaan dari Andra & The Backbone...

Ahmad Dhani memberi ucapan...

Ketika akhir konsert

nikmati lampu lampu smartphone...


Opening band



Lagu untuk Ahmad Dhani... menangis anak nye...



Dewi...



dah lain macam dua lelaki cakap melepaskan kerinduan kah kah kah... terus geli



battle drum







Nota: Sorry geng dah lama abang tak update pasal teknikal/design... abang busy tengah siapkan Hotel 50 Tingkat GBI Platinum dan Balai Polis 27 Tingkat Penarafan Hijau 5 Bintang... so lepas ni abang akan jadi 'green' je lah... lagi pun abang dah sign NDA, tak bole share isu isu design kerana keselamatan dan hak cipta rekabentuk...

So lantak korang lah nak singgah ke tak baca blog abang ni...







Saturday, February 9, 2019

Jalan Jalan Cari Makan Di Kota Bharu Kelantan

1) Tahukah anda... cuti Thaipusam hari tu abang ambik kesempatan untuk jalan jalan di Kota Bharu Kelantan...

2) Walaupun sebelum ni sekitar tahun 2010-2012 abang selalu ke Kota Bharu... tapi malangnya abang tidak berkesempatan untuk jalan jalan akibat kekangan masa... naik flight pagi2... hari yang sama lepas maghrib abang dah gerak balik KL...

3) Jadi kesempatan cuti Thaipusam ini, abang pun jalan jalan lah sambil melihat tapak projek abang yang baru dan yang lama dah siap...

4) Perjalanan abang naik flight firefly, lepas tu sewa kereta dan tinggal di Hotel di Kota Bharu... Jom layan gambar gambar abang...



Menjadi kebiasaan membaca ketika travel...

Sesudah sampai airport terus mendapatkan kereta sewa...


Singgah ke tapak projek...

Semoga tuan rumah ini dapat duduk ke banglo idaman beliau...


Melawat bangunan sekolah yang abang buat dulu... abang pun tak sempat jaga sampai siap... yang abang ingat lepas pasang meter api... terus abang lepas tangan kah kah kah...

Menjadi kebiasaan abang kalo datang kelantan mesti makan kat Sup Man Trading...


Slurpppp...




Orang Kelantan masih mengekalkan adat tidak membawa selipar masuk ke bilik...

Malamnya abang makan di kedai Fizo Omar.. Maggi Sotong

Ini sedap gak... Bingsu namanya... macam ABC, tapi ais nye lagi halus... katanya Fizo membeli mesin Bingsu ini dari Korea...


Paginya abang berkesempatan untuk breakfast di Kopitiam Kita...

Makan Nasi Berlauk...

Yng ramai order adalah Roti Titab..

Makan tengah hari pula di Sup Kepala Ikan Pak Mat Pulau Pisang

Sedap Teh Ais Madu tu....



Sebelum pulang pula, abang berkesempatan untuk minum di kedai kopi viral di Kelantan ini... Kopi nye sangat sedap...




Abang sempat melihat model bagi cadangan uprading airport Kota Bharu ini... tapi itulah... cadangan tinggal cadangan... Semoga negeri Kelantan dapat airport yang canggih pada masa akan datang...