Dekat sebulan jugak lah abang tido dengan muka tersengih-sengih ni... nasib baik tak mengigau dibuatnya...
2) Memang menariklah membaca buku ni... boleh mengenali apa yang Tun telah lakukan pada Malaysia... Dan semestinya setiap tindakan yang dibuat pasti ada yang menyokong dan juga yang membantah... Boleh dijadikan sebagai motivasi diri lah... Abang buat kerja pasang tiang lampu tiga batang kat simpang AKLEH tu dah pening serabut perut... tapi Tun selamba je urus duit rakyat berjuta-juta ringgit tu...
3) Berbagai-bagai tuduhan juga telah dilemparkan seperti Ultra Melayu... Pengamal kroni... bersuara lantang... tapi biasa lah kalo jadi pemimpin... ada yang nak mengampu tu memujilah dan ada juga yang nak menjatuhkan beliau... Berbagai-bagai musuh Tun hadapi dari dalam UMNO macam Tengku Razaleigh mahupun dari pihak luar macam Lee Kuen Yew... Dan paling best persengketaan antara Tun dengan Tunku... power power... sound direct pakai surat je... main poker katanye... Sampai kene buang dari UMNO lah...
4) Selain itu juga, Tun ada menceritakan projek-projek mega macam kilang Proton lah yang digambarkan kereta lembu, KLCC yang tiang tengah sengetlah, Putrajaya yang merugikan lah... Selain itu, kisah peribadi turut dikongsi macam saat bercinta dan berkahwin... ketika menjadi doktor... dan Tun sering mengaitkan menjadi P.M sama macam menjadi doktor...
5) Akhir kata, abang syorkan korang baca jugak lah... mana tahu satu hari nanti korang pulak jadi P.M... Kalo korang jadi PM jangan lupa nak lantik abang jadi Menteri Pembangunan Wanita tu... Pengalaman keje tarik kabel sama je macam jadi Menteri Wanita tu... nanti abang tambat lah lembu lembu tu dengan kabel kat pokok...
Tun semasa menuntut di Kolej Singapore pernah berjumpa dengan Tunku... P.M ketika itu membincangkan isu Malayan Union... So abang ni jumpa PM kita ni bincang pasal ape??