Monday, December 31, 2012

Johor Premium Outlet & Selamat Tinggal 2012

1) Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012... Rasa bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan dunia yang masih wujud memandangkan kapir laknat asik buat cerita pasal kiamat je pada tahun 2012...

2) Rasa rugi kalo tak post something hari ni... jadi abang nak sembang pasal buat kali pertamanya abang jejak kaki ke Johor Premium Outlet... Abang berkesempatan melawat semasa urusan kerja di Danga Bay pada 27 Disember ari tu... Menyelam sambil minum katakan...

3) Mari kita layan gambar suasana semasa jalan jalan di sana...

IMG_2208 by pauzikassim
Senarai butik butik yang ada di J.P.O... Semua branded tu bai... Abang dah lah jenis shopping kat bundle je...

IMG_2207 by pauzikassim
Agak selesa shopping kat sini sebenarnya... 

IMG_2205 by pauzikassim
Jarang kedai kegemaran abang iaitu Levi's buat sale kat mana mana shopping complex...

IMG_2199 by pauzikassim
Kegilaan apakah ini???!!! murah tu... tapi malang... tak de saiz aku.. jadi terpaksa aku lupakan untuk membeli sepasang...

IMG_2203 by pauzikassim
Sudahnya.. abang angkat je lah sehelai baju kat Espirit... rugi pulak kalo singgah JPO tak beli sehelai pun...

IMG_2201 by pauzikassim
Kasut perempuan pun ada sale... sampai cecah 50% tu... harga asal RM400... mahal gila kasut perempuan!!! Pasar Kapar sepasang RM20 dah dapat... ish ish ish...

Kesimpulan: Jangan dibawa lah awek atau bini korang ke sini... Abang yang ade 1 nafsu 9 akal ni pun goyang tengok semua baju kat situ... semua ada sale dari C.K bawak ke Armani dan seterusnya... itu belum kira la senza... nyaris nyaris gak abang nak beli... Bayangkan awek atau bini korang yang ada 9 nafsu tapi 1 akal tu pegi JPO... pergh!!! tolong angkat barang je lah nanti haha... itu pun untung kalo angkat barang je... dibuatnye kene pau... ah sudah...

So kalo diorang ajak gi JPO korang buat buat dengar je... lepas tu buat buat terlepas bila lepas bangunan JPO tu... sebab bangunan tu nampak dari tepi highway... tapi kalo orang yang tak biasa dia tak tahu exit yang mana satu akan bawa ke JPO tu... 

Kawan abang dah pakai taktik ni kat awek dia masa abang tumpang kereta diorang hari tu...

Sebelum itu... mari kita ucapkan selamat tinggal tahun 2012... harap azam korng 2012 sudah tercapai...

Publish!!

Saturday, December 29, 2012

Lake Chini, Pahang

1) Tahukah anda... pada weekend lepas abang berkesempatan jalan jalan di tasik chini... tujuan abang ke sana adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan betul betul kat Felda Chini... Jadi bak kata orang menyelam sambil minum... abang pun pegilah jalan jalan ke buat kali pertama di Tasik Chini selepas tamat kenduri tersebut...

2) Gila babi besar Tasik Chini iaitu 12000 ekar!! Babi pun tak de besar macam ni...  abang punye site kat Malaysia Land, Kuala Langat tu baru 170 ekar... Ape ape hal kita layan gambar kat bawah... kot-kot korang yang pencinta alam bole pegi... kejap-kejap... ke abang ni yang ketinggalan baru nak pergi... padahal korang semua dah pegi... batak sungguh abang kalo macam tu...



IMG_1943 by pauzikassim
Sempat bergambar di sempadan rompin... abang ikut jalan bukit putus kuar entah ape felda tau tau sampai muadzam dah...

IMG_2073 by pauzikassim
Korang baca lah sendiri info ape yang ada... katanya ada naga...


IMG_2027 by pauzikassim
senarai tempat yang akan dilawat...

IMG_2026 by pauzikassim
Harga nak naik bot... jadi korang bayar lah... pandai lah Orang Asal tu bawak ko jalan-jalan...

IMG_1972 by pauzikassim
Sempat bergambar di jeti sebelum naik bot...

IMG_2054 by pauzikassim
Sini banyak ikan... bagi roti dulu... main main dengan ikan...

IMG_2023 by pauzikassim 

IMG_2006 by pauzikassim
Kih kih kih... main air...

IMG_1992 by pauzikassim

IMG_2001 by pauzikassim


IMG_1987 by pauzikassim

IMG_1985 by pauzikassim

IMG_1980 by pauzikassim

IMG_2018 by pauzikassim

IMG_2010 by pauzikassim
Teratai layu di tasik madu...


IMG_2011 by pauzikassim
Saat abang nak sampai jeti Orang Asal...

IMG_2060 by pauzikassim
Petronas sponsor tu...

IMG_2056 by pauzikassim
Suasana kawasan Orang Asal...


IMG_2062 by pauzikassim
Orang Asal juga menuntut hak mereka... orang macam ni yang layak tuntut...

mamak umno penang by pauzikassim
Orang macam ni layak tuntut hak melayu tak?? eeeee....eeee......


IMG_2063 by pauzikassim
Orang Asal juga sudah pandai menulis walaupun ejaan salah sedikit...

IMG_2069 by pauzikassim
Anak Orang Asal sedang bermain main


IMG_2068 by pauzikassim
Ini adalah ayam yang masih hidup... dah lama abang tak nampak ayam hidup...


IMG_2067 by pauzikassim
Wow!!! ada lampu... maknanye ada bekalan elektrik... jadi mana kabelnye??? kene carik ni...

IMG_2066 by pauzikassim
tu dia kabel... kecik je ni... untuk supply ke tandas... mana bekalannya?? tak kan TNB kot!!!

IMG_2065 by pauzikassim
Dalam rumah ni ada genset seketul... kecik je... mungkin digunakan pada waktu malam sahaja... Hm... tunggu proposal abang nak pakai solar... kot-kot bole add on dengan genset je... sebab harga diesel tak tentu hala... boleh cecah RM23 se liter kat kawasan pedalaman... dengan solar pasti free sebab tenaga solar siapa nak charge... mungkin kos untuk beli solar tu je mahal sket... So Orang Asal... tak paham paham lagi... ayuh turun 12 Jan tuntut hak kamu... Pergh abang provok ni... riot riot riot o! o! o!...

IMG_2064 by pauzikassim
Orang Asal juga ada ilmu kejuruteraan... Cuba mencipta water pressure dengan graviti flow...

IMG_2070 by pauzikassim
Tempat mereka berlatih sumpit...

IMG_2072 by pauzikassim
Ini pula sampan untuk tangkap ikan...

IMG_2077 by pauzikassim
Abang sempat bergurau senda dengan kuda....


IMG_2082 by pauzikassim
Penulis sempat memberi pose sebelum meninggalkan Tasik Chini...


IMG_2085 by pauzikassim
Kah kah kah... orang macam abang je bole pegang kabel ni... kih kih kih...

Kesimpulan: Abang rasa tak de ape yang menarik kat Tasik Chini... semak dengan hutan je... mungkin pada pencinta alam akan menghargai berbanding abang yang pencinta wanita kah kah kah... Baik abang jogging kat Tasik Shah Alam tu... pemandangan nya lagi indah kan...

Ok publish!!! bak kata Lisa Suri 

Wednesday, December 19, 2012

Public Address System Design

IMG_1885 by pauzikassim

1) Tahukah anda... abang berkesempatan pergi training design PA System hari selasa baru-baru ni... satu hari gak lah habis layankan... Walaupun abang dah terer bende bende ni... kalo tak mana mungkin akustik abang dapat A masa study dulu... tapi seronok gak hadir majlis ilmu ni... bagus sebenarnya berlagak bodoh... perangai pun dah berubah... duduk paling depan... kalo tak dulu dulu abang lah paling saf belakang di majlis majlis ilmu... menyesal tak sudah hingga saat ni...

2) Kesimpulan... tujuan hadir adalah untuk refresh balik teori teori abang... selain tu, abang dah kene mula kumpul CPD huhu...

Nota: Jahanam hari tu tak dapat pegi meeting... member balik muka ketat je menyesal replace abang...

Thursday, December 13, 2012

Citer Serammmm....

1) Tahukah anda... abang nak citer seram ni... tapi tak tahulah korang seram ke tak bila baca ni... citer ni abang dapat selepas mendengar kisah kisah mereka yang berada di site abang ni... tak tahu nak percaya ke tak... Bak kata Dr Fadilah dalam Al-Quran ada Jin dan Syaitan je... Mak bapak kita je yang takutkan kita dengan hantu...bila maghrib dah dekat suruh kita masuk umah sebab ada hantu berbanding takut kn pada Allah S.W.T...

2) Antara citer yang abang dengar... terdapatnya sebatang pokok yang telah mati... pekerja cuba memotong pokok tersebut... namun mesin pemotong tersebut mati dengan tiba-tiba... menurut pekerja di situ, pokok tersebut mempunyai 'tuan'... dan mereka pernah ternampak 'sesuatu' terbang dari pokok tersebut ke pokok lagi satu dalam hutan pada waktu maghrib... Nasib baik pokok tu tak kaco lalu lintas... makanya terpacaklah pokok yang tinggi tu...

3) Apa yang peliknya... 'tuan' pokok tersebut ingin kan durian... maka pekerja-pekerja tersebut mengadakan jamuan makan durian pada waktu rabu malam baru-baru ni... mereka jugak turut jemput abang... katanye lepas bacaan yassin oleh ustaz ada majlis makan-makan durian... lain macam je... tapi abang tak dapat join sebab malam tu tengok Twilight... tiket wayang rabu malam RM 6 je tu...

P1120830 by pauzikassim

P1140702 by pauzikassim
Ini lah pokok yang abang kata kan... siapa lah yang ilmu tinggi mampu tebang pokok tu?? mungkin kene bagi durian musang king kot?

4) Ada citer lagi... ada pekerja pernah melihat lembaga berkain putih berlegar-legar di ruang dewan makan yang masih dalam pembinaan... kejadian tersebut pada waktu malam... seram jugak lah abang nak jalan kat dewan makan walaupun waktu siang... tapi macam biasa... depan orang ramai mesti abang kene berlagak berani... berlagak jantan... berlagak Fahrin Ahmad dapat Tasha...

P1150704 by pauzikassim
Ini adalah dewan yang abang katakan tu... kat dalam tu lah lembaga berkain putih berlegar-legar di ruang makan... 

565617_10151180915273171_489627809_n by pauzikassim
Ini abang... sedang mendengar kisah 'lembaga kain putih' yang berlegar-legar di ruang dewan makan tersebut seperti yang didakwa... abang bagi cadangan kene panggil Uncle Seekers ni...

5) Ada citer lain pulak... Seorang pensyarah pernah menegur seorang wanita dengan bayi kecil di tandas di blok pentadbiran... wanita tersebut baru lepas mandi pada waktu maghrib... lantas pensyarah tersebut menegur wanita tersebut... tanpa berkata kata apa apa... wanita tersebut bergerak terus ke arah site meninggalkan pensyarah yang dalam keadaan terpinga-pinga... Keesokannya pensyarah tersebut bertanyakan pada kami semua semasa dalam meeting... lantas semua berkata tiada wanita dengan anak kecil  di site tersebut... Arghhhh... Sudahhhhh....

6) Ade citer lagi... pensyarah tersebut pernah menahan sebuah teksi pada waktu tengah malam... dan beliau bertanya pada pemandu tersebut apa yang dia buat kat sini... pemandu tersebut memberitahu kepada pensyarah tersebut yang dia baru sahaja lepas hantar seorang wanita kat atas tu (merujuk kepada site tadi sebelum ia dibina)... Pemandu tersebut memaklumkan meriah sungguh majlis perkahwinan tersebut... walhal pensyarah tersebut maklum bahawa kat atas tu hanyalah hutan... 

7) Begitulah beberapa citer seram yang abang berjaya kumpul... dan baru baru ni ada kes pekerja kene rasuk... sekali lagi mereka menyalahkan sesama sendiri kerana tidak membuat sebarang 'ritual' semasa menerokai kawasan hutan tersebut... terserah pada anda untuk mempercayainya... dan baru-baru ni diorang ajak abang tido asrama yang baru siap tu... tapi abang malas lah nak tido asrama tu... bukan ape... abang dah 10 tahun tido kat asrama... bosan lah...


UNCLE by pauzikassim
Sebut pasal Uncle Seekers tadi... kat mana dia ek skrg? last abang tau dia kene tangkap pasal positif dadah katanye... ada sape2 tahu kabar dia??

Nota: amacam citer abang... ada macam Mastika tak?? hehe...