1) Satu lagi projek besar makan 10 tahun gak lah nak disiapkan... Kuli macam aku ni hanya menurut perintah sahaja untuk menyiapkan projek tersebut... Dengan keluasan pembangunan mencecah 170 Ekar dan berbagai-bagai pembangunan akan dibina seperti hotel... hypermarket dan pusat pelancongan... Berdekatan dengan KLIA Airport yang dikira strategik... Kalo ko naik flight nak turun kat Malaysia Land just inform je kat Pramugari tu kata ko nak turun kat Malaysia Land... Nanti dia stop kan lah ko kat situ bila dah sampai... ( Tak kelakar jie)...
2) Tanah yang miliknya aku tak tahu apa status telah diberikan kepada developer yang aku pun tak tahu entah datang dari ceruk mana... tahu tahu dia dapat tanah dari orang atasan dan melantik aku sebagai orang bawahan untuk melaksanakan ideologi kapitalisma ni... (amboi ayat)...
3) Kalo pikir pikir balik ada je orang kat Malaysia ni tak de tanah untuk bina rumah... terpaksa merempat tido belakang Pasar Seni... tapi diorang senang-senang je dapat tanah kan... orang macam aku nak buat loan kereta pun kene cas sampai 3% setahun interest... Bantai Si Mak Cik Lembu buat loan RM250M interest 2% je... hm... rezeki diorang kot... kalo aku asik pikir sangat silap-silap tak bergerak kerja aku... Aku hanya kuli ni ikut je lah arahan... janji gaji cukup bulan macam biasa masuk... komisyen ade sket sebagai pelincir hehehe....
4) Sebagai kuli kerja aku kali ni senang je... pada peringkat awal ni aku hanya perlu pikir macam mana kabel 11kV dan 33kV aku nak lalu... nak tarik ikut celah mana... Dan bagitahu kat orang TNB berapa KW yang aku perlukan dari mereka walaupun TNB negeri Selangor dok pening sebab nak bagi supply untuk future entah cukup ke tidak... Tak pe isu tu biar orang TNB je pikir...
6) Akhir kata dari saya... selamat berjuang... Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan...
saya nak tanya soklan leh (angkat tanggan kanan - afdhal sikit :P)
ReplyDeletekat jepun tu guna internet kable brand ape? camner dorangnyer leh laju giler...
kat malaysia.. plak tenet slow... lembab...
nak bayar broadband kat Celcom pun asyik line slow je.. aikhh... tauke pun slow tenet ekh?
hehe... terima kaseh...
1) Masa angkat tangan kanan tu pakai deodarant brand nivea ke rexona?
Delete2) Bukan isu brand kabel yang menentukan kelajuan internet tersebut... tapi isu penyediaan infra (penyediaan fiber optik sepanjang semenanjung Malaysia)... seperti saudari sedia maklum negara Jepun sudah maju kehadapan sebanyak 10 tahun... Ini bermakna 10 tahun yang lalu Jepun telah siap pemasangan infra fiber optic di mana segala data dihantar pada kelajuan cahaya.
3) Di Malaysia, TM sebagai peneraju utama yang diberi kepercayaan untuk menyediakan internet berkelajuan tinggi dan baharu sahaja siap pemasangan infra fiber optic tersebut... Dan product utama dia adalah Unifi yang buat masa ini kelajuan nya 20Mbps berharga RM249 sebulan (Masih terlalu mahal untuk dinikmati oleh rakyat berpendapatan rendah)...
4)Tapi tak pe... Sistem Telekomunikasi kita ni ada saingan macam Digi, Celcom dan Maxis... Tidak seperti Sistem Bekalan Elektrik yang dimonopoli oleh satu syarikat sahaja iaitu TNB dan didalangi oleh IPP lintah darat yang mengenakan rate agak tinggi... Jadi jika saudari bersabar sedikit dalam 10 Tahun akan datang pasti harga rate tersebut mungkin turun dari RM249 kepada RM50... dan TM juga sedang dalam usaha menaik taraf kelajuan dari 20Mbps kepada 100Mbps...
5) Jadi isu sebenar bukan internet Malaysia lembap... tapi Malaysia cuma lambat pasang atau baru terhegeh-hegeh nak tukar Fiber Optic tu berbanding Jepun... (saya tak pernah pergi Jepun pun)...
6) Isu bayar bil broadband yang slow tu mungkin saudari dah terlebih penggunaan GB yang diperuntukkan... sebab tu slow... (saya guna wireless jiran... kalo jiran tak bayar internet saya pun slow jugak)...