Sunday, March 11, 2012

Underoath Live In KL

425209_300835566641696_115793291812592_773163_42143523_n by pauzikassim

1) Pada hari sabtu yang lalu bersamaan dengan 10 Mac 2012 aku telah menghadiri satu konsert yang tak patut dilepaskan iaitu Underoath... Ye... band yang bermain genre 'metalcore' yang menjadi panduan muzik aku selama ni... Jauh terbang tu dari Florida...

2) Bertempat di KL Live tempat yang strategik untuk menjadi pusat hiburan berpandukan budaya barat yang menjadi ikutan remaja di Malaysia tidak kira bangsa... Pejam celik pejam celik rupanya dah setahun aku tak masuk KL Live tu... last aku pergi masa konsert Deftones... memang head banging lah layan deftones masa tu... tapi kali ni lagi power... aku tak sangka pulak crowd sudah tak mampu dikawal sampai Spencer si vokalis tu terharu lah dengan sambutan rakyat Malaysia... Abes semua orang panjat stage slam kat crowd...

3) Yang aku tak tahan ada satu awek tu panjat stage lari ke Spencer terus peluk kiss tu... gila lah!!!... Aku pun ape lagi... terus lari ke stage gak lah... tapi malang... baru aku terkial-kial nak panjat stage tu... sempat pulak bonzer yang berbadan besar tu tangkap aku dan melambungkan aku yang jisim hanya 55kg semula ke crowd... rugi rugi....

4) Tapi ape-ape pun ni antara konsert yang memang aku akan kenang sepanjang usia... Dan di bawah ni aku share dengan korang suasana sekitar konsert Underoath...


IMG_1110 by pauzikassim
Ape2 hal sebelum masuk konsert kene ada tiket... Artis pun manusia gak perlukan duit untuk makan dan sokongan dari peminat sangat-sangat diperlukan...

P1130785 by pauzikassim
KL Live berwajah baru... last year aku pergi masa tengok konsert Deftones tu masih renovate lagi... View ni aku ambik masa tengah makan KFC setentang dengan KL Live...

P1130787 by pauzikassim
Seorang pemuda di mana tepat pukul 5 petang dia sudah terpacak... tanpa menghiraukan masa depannya dan wawasan 2020... dia hanya tahu hiburan diperlukan pada hujung minggu....

P1130786 by pauzikassim
Geng-geng Metal tengah q... masa ni masing-masing dok nyanyi lagu Paper Lung...

P1130788 by pauzikassim
Berbekalkan Tshirt berwarna hitam simbolik dengan Metal... Berseluar Levis yang usianya dah mencecah 5 tahun (Masuk e-Bay value seluar tu dah up ke RM2000).... dan ilmu metal di dada bagi mengharungi malam yang penuh berliku itu...

P1130791 by pauzikassim
Opening act by Tres Empre... Vokalis ni hilang Iphone masa dia sibuk slam kat crowd...

P1130835 by pauzikassim
Diikuti oleh 2Side1Brain diimport khas dari Jepun...

P1130792 by pauzikassim

P1130799 by pauzikassim

P1130803 by pauzikassim
Love Me Butch... Tahun lepas pun masa Deftones diorang pun jadi opening act gak...

P1130805 by pauzikassim
Spencer tu wo!!!!! menjerit aku masa ni....

P1130810 by pauzikassim
Timothy Mctague... geram pulak aku tengok effect dia...

P1130795 by pauzikassim
Yang ni aku tak paham... baru balik dari Sunway Lagoon kot... Tak sempat salin baju...

P1130800 by pauzikassim
Depan gua Mat Saleh... Dok bercumbuan aje depan gua... terus terang gua katakan tumpuan gua terhadap konsert tu sedikit trganggu sebab asik tengok diorang ni bercinta kah kah kah...

P1130801 by pauzikassim
Ko bayangkan minah ni slam ke arah gua... tidak terungkap dengan kata-kata...

P1130812 by pauzikassim
Hikmat tangan panjang...

P1130832 by pauzikassim
Ini senarai lagu yang Underoath perform... Gua bertuah beb dapat bende ni... balik terus gua jamming ikut senarai lagu tu wo!!!

P1130833 by pauzikassim

P1130836 by pauzikassim


P1130834 by pauzikassim
Jenama Allen & Heath ni memang jenama yang jadi pilhan gua... High Quality mixer...


Masa ni keadaan dah tak terkawal... bonzer badan besar pun lari tu... pagar abes runtuh...

Ini lagu top diorang... In Division... Reset!!!! Rewind!!! jerit gua...

Masa lagu Paper Lung masing-masing stone...

Masing-masing nak slam....








Sekian sampai di sini sahaja review gua... memang layan bai... gua terkenang-kenang lagi sampai sekarang ni... rasa tak percaya rasa macam bermimpi je....

Nota: Gua rakam sikit sikit je... sebab gua pun nak slam gak...

No comments:

Post a Comment