Wednesday, March 14, 2012

IBS (Industrialized Building System)

IMG_1117 by pauzikassim

1) Semalam petang pukul 5.30 sempat jugak aku mencuri masa untuk menghadiri satu seminar berkenaan IBS... Kalo korang nak tahu, Sistem IBS ni lah yang sangat sangat menyusahkan hidup aku dan membuat aku naik hangin dengan orang struktur...

2) Mana taknya... aku nak hack slab sana nak tarik kabel tak boleh... dia kata ade hollow... nak hack wall sini tak boleh... dia kata tak de reinforce... puih!!! semua tak bole hack... ade pulak aku hack uncle ni... ko duduk umah jaga cucu dah lah... " kata hati kecil aku mengeluh"... tapi tak pe... hidup aku memang mengalah... pandai lah aku solve kan...

3) Speaker ada lah orang kerajaan dan tujuan seminar ni nak ajar orang elektrik macam aku ni supaya coordinate betul2 masa design... tak bole simply hack je kat precast atau IBS ni... Dan menurut beliau kerajaan akan menggunakan 100% IBS pada masa akan datang... puih!!! ini mesti kroni IBS dah pegang orang atas... mana taknye... sejarah IBS ni adalah sisa-sisa orang yang buat Smart Tunnel ari tu... lepas tu bila tak de projek Smart Tunnel mula lah buat kat projek kerajaan macam sekolah... Kene lah aku jaga satu sekolah kat klang ni yang guna IBS....

4) Tapi kita kene berpikiran positif sebenarnya... tak baik bersangka buruk... tujuan kerajaan baik nak guna IBS ni sebab akan mengurangkan penggunaan pekerja import bila segala komponen bangunan dah buat di kilang... mana ada orang kita sanggup buat keje bancuh simen pasang bata ni... lagipun kualiti dah boleh control masa kat kilang lagi... tak delah bengkok2 coulomn tu kalo guna formwork... (Amacam... gua pandai bodek tak hehe)...

IMG_0658 by pauzikassim 
Tak bole hack tak pe... kita lalu luar je lah... lepas tu aku bole conduct satu talk kat anak murid nanti apa itu kabel dengan menunjukkan kabel kat wall ni... dan semoga akan datang anak murid ni akan memilih kerja macam aku iaitu penarik kabel...

No comments:

Post a Comment